Ahad, 7 November 2010

Ust. Nor Idris Diugut : Rentetan Dia "Sekolahkan" Nik Ajis

Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris semalam membuat laporan polis selepas menerima ugutan dalam laman sosial Facebook dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ekoran tersiarnya rakaman video pertengkaran beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Internet baru-baru ini.

Mohd. Nor membuat laporan itu di Balai Polis Nilam Puri kira-kira pukul 3.30 petang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat ugutan tersebut.

Beliau berkata, ancaman itu jelas menunjukkan Pas mengamalkan budaya samseng sedangkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ini (ugutan) menunjukkan budaya Pas ala samseng, Islam di mana? Perangai samseng, Nik Aziz sendiri pun pernah terjemah Allah pun samseng, ini contoh yang diberikan oleh pemimpin Pas kepada ahli-ahlinya.

"Saya tidak buat apa-apa pun pada Nik Aziz, saya cuma mahu dia jelaskan kenapa bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi kenapa ancam keselamatan saya," katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' itu meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Sementara itu, Mohd. Nor yang juga bekas Ahli Dewan Ulama Pas berkata, perjuangan Pas telah berubah berbanding asas penubuhannya yang mencari keredaan Allah kepada perjuangan untuk kemenangan pada pilihan raya.

Perjuangan Pas sekarang hanya mengejar pangkat dan harta, bertopengkan Islam, berkubukan demokrasi supaya mencapai hasrat nafsunya dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.

Disebabkan itu, jelasnya, pakatan Pas dengan mana-mana parti tidak kekal lama kerana ia hanya mahu mencapai kemenangan dalam pilihan raya dan bukannya menegakkan Islam berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tunjang dan wujud perjanjian seperti Piagam Madinah.

"MCA dan MIC sudah buat perjanjian dengan UMNO iaitu menerusi kontrak sosial, malah UMNO menjadi pemimpin dalam pakatan itu dari dulu sehingga sekarang. Tidak seperti pakatan pembangkang yang tidak tahu siapa ketuanya tetapi Pas lebih banyak ikut cakap DAP," katanya.


Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

udanggalah berkata...

Salam..Itulah pasal orang kafir anggap Islam itu pengganas.Kesnya sebab pilihanraya je...gaduhnya berpanjangan walau prk dah selesai.Harap je berjubah/berjanggut tapi perangai tak melambangkan Islam...

usin berkata...

org2 pas ni ramai yg x taupun apa pemimpin mereka ckp dan buat. dorang ni anggap pemimpin mereka kalis dosa sebab berpenampilan warak. pemimpin2 taraf 'star' dlm pas pun langsung tak reti buat bacaan politik. apa fungsi pas dlm pakatan rakyat? apa hala tuju pas bila ditakdirkan menang pilihanraya? kalau pakatan rakyat menang, dimana kedudukan pas? sekarang ni dalam pakatan rakyat pas hanya diperkudakan saja. apa yg bodoh sgt x sedar2. kalau rasa perjuangan kamu itu benar, buatlah sesuatu. letakkan kedudukan pas pada tempat yg sepatutnya di dalam pakatan rakyat. sepatutnya pas jd leader. dalam pas hampir 100% Islam. dalam pkr lebih 50% Islam, so, siapa yg sepatutnya jd leader? dap ke? korang pikirlah sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif