Ahad, 14 November 2010

Warta Keadilan Wadah Fitnah Baru PKR


Selepas Suara Keadilan digantung dan tidak diperbaharui permitnya oleh KDN baru-baru ini atas fitnah kepada FELDA, PKR mengeluarkan akhbar baru yang bernama Warta Keadilan.

Seperti biasa PKR akan mengeluarkannya tanpa kebenaran dan permit dahulu. Mereka baru bercadang untuk memohon permit itu kepada KDN sesegera mungkin.

Warta ke Suara ke..... Keadilannya turut tidak mampu dijelmakan. Ia hanya sekadar wadah menutup kelemahan PKR itu sendiri serta medan fitnah mereka kepada kerajaan pusat.

Seperti yang dinyatakan oleh Haprakdaily, Warta Keadilan bakal mengantikan Suara Keadilan :

Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini kembali diterbitkan dengan nama Warta Keadilan setelah permit penerbitannya ditarik balik akhir Jun lalu.
Menurut ketua editornya, Fazallah Pit, terbitan pertama Warta Keadilan sebnayak 32 muka surat berada di pasaran di seluruh negeri bermula hari ini.
Isu utama untuk terbitan pertama ini mengenai perbicaraan kes liwat dan pemiliahan PKR.
"Ahli PKR boleh mendapatkan akhbar ini di pasaran bermula hari ini," kata beliau kepada Harakahdaily.
Warta Keadilan masih mengekalkan harga lama iaitu RM2 senaskhah.
Beliau juga berkata, penerbitan Watra Keadilan adalah secara tidak berkala, iaitu mengikut keperluan semasa.
"Warta Keadilan diterbitkan secara tidak berkala. Kita akan tengok situasi dan bergantung kepada isu," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, PKR masih berusaha untuk mendapatkan kembali permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan sejak 30 Jun lalu setelah akhbar berkenaan menerbitkan artikel bertajuk "Felda Bangkrap".
Sebelum ini Suara Keadilan diterbitkan dengan nama Keadilan dan Utusan Keadilan serta Sinar Keadilan.
Aktivis Hishamuddin Rais turut menjadi salah seorang kolumnis dalam terbitan terbaru ini.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif