Rabu, 10 November 2010

Zulkifli Noordin Pun Anti Malaysiakini : Malaysiakini Bohong Lagi

Ini berkaitan dengan kenyataan Dr. Asri mengenai permohonan maafnya kepada Anwar. Sengaja Taming Sari tidak mahu mengulas perkara ini kerana pendirian Dr. Asri selalu sahaja dimanipulasi oleh portal pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Hari ini, Zulkifli Noordin bekas ADUN PKR yang dahulunya dipuji oleh Malaysiakini menyelar pembohongan Malaysiakini berkaitan kenyataan Dr. Asri tersebut. 

Pembaca boleh ikuti artikel itu di blog Yb. Zul atau boleh baca dibawah :

Salam 2 all.

Media portal pro pembangkang MalaysiaKini cuba memutarbelitkan kenyataan Dr. Asri Zainul Abidin dengan membawa tajuk berita dalam siarannya semalam 09.11.2010 dengan tajuk "Asri mohon maaf cadang Anwar 'bersara'. Isi beritanya pula menyatakan "bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memohon maaf atas pandangan sebelum ini yang mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya "bersara politik."

Sedangkan kenyataan Dr. Asri sebenarnya jauh daripada yang dilapurkan. Malahan Dr. Asri tetap dengan ketegasannya menasihatkan Anwar supaya berundur daripada politik, malah sudah menjadi "dinasour PKR" pun.

Sebenarnya Dr. Asri telah membuat surat terbuka kepada Anwar semalam, yang kenyataan penuhnya teman lampirkan dibawah (di blog beliau) . Bagi yang berminat, boleh layari sendiri laman web www.drmaza.com.

Malah teman cuba memastikan kesahihan lapuran MalaysiaKini tersebut dan menghubungi Dr. Asri sendiri. Ini saya lakukan kerana ALLAH memerintahkan kita umat Islam supaya berhati-hati dengan berita daripada fasik, apa lagi kalau kafir (surah Al Hujurat: 6). Dan Dr Asri, yang sedang berada di Tokyo, menghantar sms pada jam 11.16.32am 10.11.2010 kepada teman saperti berikut:

"Saya tidak pernah tarik balik atau menyesal dengan kenyataan mencadangkan dinasour-dinasour politik termasuk DSAI bersara. Surat terbuka saya jelas dalam ini. Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau kecil hati. Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini".

Nah, begitu pendapat seorang ulama', penuh dengan adab dan kesopanan. Tetapi sayang ada pihak cuba mengambil kesempatan dan memutarbelitkan kenyataan Dr. Asri. Sebenarnya inilah politik kotor yang diamalkan: pembohongan dan cakap tak serupa bikin. Dan ini jelas daripada lapuran media portal pro-pembangkang ini. Kalau ini pun pak-pak jangoat badut ingusan masih buta tak nampak, memang jelaslah jiwa mereka sudah "summum bukmum 'umyum fahuum".

Semoga ALLAH menyelamatkan kita daripada bahana fitnah di zaman fitan ini.

Wassalam.

Sumber : Blog Zulkifli

Pembaca boleh menilai sendiri berita-berita dan kredibiliti Malaysiakini dalam agen penabur fitnah paling berjaya sekarang ini.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif