Rabu, 29 Disember 2010

AFF Suzuki : Penyokong Malaysia Dambakan Piala, Mahu Maruah Dijulang dan Cuti Peristiwa Jika Menang !!

Irfan Haarys Bachdim kacukan Indonesia-Belanda lahir di Amsterdam, Belanda Pada August 1988 berusia 22 tahun, no. jersi 17 adalah  tonggak utama pasukan Indonesia malam ini. Pemain ini menjadi kegilaan peminat Indonesia sambil mengelarnya Ronaldo Asia kerana irasnya seperti pemain Portugal itu.

Biarpun kini perang Psikologi sedang melanda pemain Malaysia akibat dari tekanan yang diberi oleh Indonesia termasuk dari kerajaan, penyokong, jurulatih dan pemainnya, pemain bola sepak negara begitu tenang menghadapi Indonesia malam ini. Mereka dapat merasakan bahawa Indonesia sebenarnya tidaklah sehebat mana dan hanya pasukan biasa sahaja. Sebelum ini, Indonesia dikhabarkan begitu gah seakan terhebat di Asia Tenggara oleh medianya sendiri.

Safiq Rahim ketua pasukan di dalam Utusan Malaysia hari ini memperlekehkan terus cabaran Indonesia malahan menyatakan Indonesia tidak sekuat Vietnam. Menurut Utusan Malaysia:
Kapten Malaysia, Safiq Rahim melaungkan keyakinan Malaysia mampu sekali lagi menggempur benteng Indonesia dan sekali gus, memastikan gelaran juara Piala Suzuki AFF menjadi milik Harimau Malaya. 
Pemain kelahiran Kuala Selangor itu berkata, kejayaan skuad negara menyekat kemaraan juara bertahan Vietnam di Hanoi sebagi bukti mereka mampu mengulangi kecemerlangan sama ketika turun menentang Indonesia. 
''Jika Vietnam kami mampu sekat ketika beraksi di Hanoi, saya rasa tiada alasan yang kami tidak boleh mengulanginya semasa bertemu Indonesia. 
''Bagi saya, cara permainan skuad Indonesia tidak berbahaya seperti Vietnam atau Thailand," itu pengakuan kapten Malaysia, Safiq Rahim menjelang pertemuan getir berdepan Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam ini.

Apa yang ditelahkan oleh Safiq itu amat tepat apabila ramai pemerhati perlawanan memberi hujah yang sama apabila membandingkan tekanan yang diberikan kepada Malaysia oleh Indonesia berbanding Vietnam jauh berbeza. Dapat dilihat, pada perlawanan pertama separuh akhir bersama Vietnam di Bukit Jalil, Vietnam lebih jelas menguasai bola dan sering hampir membolos kubu Malaysia sehinggakan Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia berkerja keras menidakkan banyak percubaan Vietnam. Berbanding Indonesia, Khairul Fahmi dilihat lebih banyak rehat dan ini bukti, Indonesia hanya gah di mulut sedangkan di padang sama sahaja seperti pasukan lain.

Indoensia sendiri hampir tidak layak ke Final apabila sekadar mampu menundukkan Filipina dengan gol tipis sedang Filipina bukanlah pasukan yang kuat di rantau Asia. Indonesia diberi kelebihan kerana bermain kedua-dua siri perlawanan separuh akhir di tempatnya atas alasan di Filipina tiada padang yang sesuai.

Di dalam youtube, blog, facebook dan twitter perang antara penyokong Indonesia ke atas penyokong Malaysia makin panas. Paling malang, selepas mereka (Indonesia) nampak peluang mereka makin samar, penyokong mereka begitu kejam dan biadap mengutuk dan menghina Malaysia termasuk lagu negaraku. Harapan kita, hari ini, biar pemain Malaysia mengajar pasukan dari republik itu dengan kekalahan lebih teruk supaya dapat menutup terus mulut minah dan mat Indon ini agar lebih profesional dan menghormati kita.

Ini sikap artis Indonesia yang terkenal paling seksi
kononnya mahu mendedahkan tubuhnya bagi menganggu konsentrasi pemain Malaysia. Sikap ini jelas menunjukkan Indonesia tidak menunjang agama dan membudayakan adat tetapi melebihkan nafsu serakah mereka.

Kepada pemain Malaysia, teruskan perjuangan anda dan pastikan Piala AFF Suzuki dibawa pulang ke Malaysia. Janganlah terpedaya dengan pujuk rayu dan ancaman dari Indonesia ini kerana mereka lebih sudu dari kuah, lebih mulut dari tindakan.

Nota kecil : Dengar desas-desus ramai minta cuti peristiwa esok kalau Malaysia menang malam ini. Apa kata PM?

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif