Isnin, 13 Disember 2010

Azmin Makin Bongkak Dan Takabur !!


Azmin lupa, yang adiknya sudah memecahkan tembelangnya sendiri. Adiknya, Umi Halfilda Ali mahu abangnya bertaubat kerana terlalu kritikal membohongi rakyat.

Hari ini, Azmin dengan penuh rasa takburnya yakin akan mendapatkan Sarawak sambil menabur janji yang bukan-bukan kepada Sarawak seperti yang dilaporkan oleh Portal Otak Kuning :
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menjanjikan pemberian "autonomi penuh" kepda rakyat Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Bercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara.
"Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama dengan negeri-negeri persekutuan Malaya," kata Azmin, menurut kenyataan media oleh pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian.
Menurut kenyataan itu, Azmin juga mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwanya rasuah dan mengamalkan kronisme, dan mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya BN yakin menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Bian berkata, kenyataan Azmin itu menghantar "mesej yang sangat jelas" dan menunjukkan "komitmen" PKR dan pemimpin Pakatan terhadap rakyat Sarawak.

Perangai dan sikap Anwar semakin sebati dalam jiwa anak emasnya ini. Janji yang ditaburkannya kepada orang Sarawak hanya janji kosong yang langsung tidak masuk akal. Kuasa Autonomi yang bagaimana hendak diberikan Azmin jika PKR menang di Sarawak? Adakah dia mahu memisahkan Sarawak dari mengikut perlembagaan Malaysia? Terlalu kabur penyataan Azmin ini malah sanggup mencabar Ketua Menteri sekarang seakan-akan mereka sudah kukuh dan bersedia dengan bala jentera mereka. Rakyat Sarawak janganlah terpengaruh dengan sikap meroyan si Azmin ini.

Dia juga cuba menabur fitnah mengenai pimpinan BN Sarawak kronisme dan korupsi. Jika benar dakwaannya tunjukkan sahaja bukti yang jelas. Tidak pernah didengar pun ada pemimpin Sarawak ditangkap oleh SPRM. Jangan ingat orang Sarawak ini bodoh Azmin. 

Kepada rakyat Sarawak, Taming Sari seru kepada anda semua. Jangan terpedaya dengan janji pemuda yang berstongkol dengan gay dan pelacur demokrasi ini. Agenda PKR di Sarawak bukan semata untuk memerintah Sarawak, tetapi mahu semua kerusi parlimennya dikuasai mereka. Almaklumlah, kerusi parlimen di Sarawak antara penyumbang terbesar BN masih mengekalkan majoriti mudah di parlimen. Dengan menguasai Sarawak, mereka akan dapat menguasai Putrajaya.

Tapi harus diingat, kalau mereka sudah dapat Sarawak, jangan kata nak membangunkan Sarawak, nak menjenguk pun belum tentu nanti. Rakyat Sarawak perlu ingat semua itu.

Jangan tertipu dengan si Azmin ini. Kaki temberang serupa sahaja dengan bradernya Anwar Ibrahim.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif