Jumaat, 3 Disember 2010

Badrul Amin Kenapalah Ko Nie Tak Faham-Faham !!


Masih lagi berkisar mengenai demonstrasi haram Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada hari Ahad ini 5 Disember.

Badrul Amin telah menjawab ugutan polis untuk menangkap mereka yang menghadiri demonstrasi ini kerana ianya tanpa permit dan menyalahi akta polis seperti yang disiarkan di Portal pro pembangkang :
Badrul Amin Bahrom bagaimanapun berkata, perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara seperti yang dirancang sebelum ini bergantung kepada keadaan pada hari berkenaan.
"Kalau diizinkan, kita berarak. Jika tidak diizinkan, kita mungkin guna cara lain. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti cuaca, ketegangan pada hari itu, apa saja.
"Lagi pun kita bukan orang jahat," kata Badrul Amin yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR.

Badrul Amin melihat teguran polis ini hanya sebagai satu cabaran baginya kerana dia adalah penyelaras demontrasi itu. Sedangkan teguran polis adalah berkisar kepada awalnya mereka tidak memohon permit kepada polis. 

Baginilah jahatnya pemimpin Pakatan Rakyat yang sengaja mencetuskan huru-hara kerana mereka tahu, suasana akan lebih tegang apabila dua kumpulan demostrasi yang berhaluan berbeza akan bertembung di hadapan Istana Negara pada hari yang sama itu nanti. Mereka tidak mahu memohon permit polis kerana mereka tahu, mereka tidak mampu memberi jaminan bahawa demo itu akan berlangsung secara aman. 

Paling tidak boleh diterima akal, mengapa mereka sanggup membawa isu negeri mereka ini di jalanan. Walaupun mereka sudah menjadi pemerintah, sikap suka melagakan rakyat dengan kerajaan pusat ini bagaikan sudah sebati dalam jiwa mereka. 

Apa yang menimbulkan tanda tanya, adakah YDP Agong selayaknya mereka bawa isu negeri mereka ini sambil mengenepikan Sultan Selangor sendiri? Bukankah ini biadap namanya. Lagi pun mereka yang sudah dilantik sebagai pemerintah seharusnya bertangungjawab mengawal Syarikat Air Selangor dan bertangungjawab menjaga kebajikan rakyat. Jadi mengapa bertindak seakan pembangkang dengan melacurkan isu ini dijalanan dan membiarkan rakyat yang kebanyakkan bersikap mengikut sahaja menghuru-harakan keadaan?

Badrul Amin seharusnya berani tampil dihadapan polis mengemukan permohonan jika benar dia ikhlas mahu mengadakan demo itu secara aman. Jika sehingga hari Ahad ini tiada sebarang permohonan, Taming Sari yakin mereka sekali lagi mahu mencabar kredibiliti polis dan apabila polis mula menahan pemimpin, mereka akan bertindak ganas ke atas polis menyebabkan polis terpaksa mempertahankan diri. Di kala itu, jika polis berkasar, wartawan Harakah dan Malaysiakini akan mempersoalkan dan mengatakan polis kita bertindak ala Zionis.

Perancangan ini sudah dapat dihidu oleh semua pihak semata mahu menutup beberapa isu lain termasuk isu perbicaraan Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada hari Isnin keesokkan harinya. Masa tu, tiba-tiba Karpal sakit sebab kena hentam dengan polis-lah dan macam-macam lagi usaha mereka mahu melacurkan demokrasi dan perundangan negara.

Wallahhualam.

Penulis,




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif