Isnin, 20 Disember 2010

Bas Membunuh Lagi !!

Keadaan bas yang remuk teruk  dipercayai terbabas dan masuk ke dalam longkang

Sebanyak 28 mayat mangsa nahas bas pelancong yang terbalik ketika menuruni Cameron Highlands di Simpang Pulai di sini dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini petang ini.

Bagaimanapun, pihak hospital hanya mengesahkan 27 daripada mayat itu iaitu 10 lelaki, 14 perempuan, manakala tiga lagi mayat belum dikenal pasti.

Mangsa turut melibatkan warga Malaysia seramai 3 orang. Ketiga-tiga mereka adalah pemandu bas tersebut, Omar Shahidan, 48, serta pemandu kedua dan pemandu pelancong yang belum dikenal pasti identiti masing-masing.

Bas tersebut yang bernombor pendaftaran AFX 2266 membawa 34 penumpang warga Thailand ketika kejadian dan dipercayai dalam perjalanan dari Cameron Highlands.

______________________________________________________________

Taming Sari : Kepada pemandu-pemandu yang mengunakan jalan Cameron - Simpang Pulai dinasihatkan berhati-hati kerana di sana terlalu banyak selekoh yang amat berbahaya dan tidak sesuai memandu terlalu laju di situ. Terutamanya bas yang memerlukan ruang yang luas dan brek yang berfungsi dengan baik. 

Tragedi ngeri yang berlaku pagi tadi kepada bas pelancong warga Thailand ini sungguh menyayat hati dan semoga boleh menjadi ikhtibar kepada kita semua.
______________________________________________________________

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif