Isnin, 27 Disember 2010

Bekas Pengamal Politik Wang Dilantik Pengerusi FELDA !! Tahniah


Menurut Bernama :
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif. Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.
Baca selanjutnya di Bernama.

Mungkin DS Najib ada hujah tersendiri melantik ADUN Kawasan Bagan Pinang ini sebagai Pengerusi FELDA. TS Mohd Isa mempunyai rekod yang tersendiri mengisi warna politik beliau iaitu pernah digantung keahlian UMNO kerana mengamalkan budaya politik wang di dalam Perhimpunan Agong UMNO 2004. Beliau didapati bersalah oleh BPR (Sekarang SPRM) ketika itu dan akhirnya terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Baca sini untuk laporan lebih lanjut.

Latarbelakang TS Mohd Isa adalah seperti berikut :
Tan Sri Isa Samad dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978). Isterinya Puan Sri Hazizah Tumin yang dikahwini pada 26 Nov 1977. Hazizah Tumin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2005. Beliau mengidap kanser parotid yang dihidapi sejak 1995.
Sumber : Wikipedia

Ketika bertanding di Pilihanraya DUN Bagan Pinang, sememangnya kontroversi mengenai politik wang tersebut dimainkan oleh pembangkang namun beliau akhirnya menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009 mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi membuktikan rakyat masih menerimanya dan mahukan lagi kepimpinannya.

Taming Sari mengucapkan tahniah kepada TS Mohd Isa sebagai pengerusi FELDA yang baru serta terima kasih kepada TS Dr. Mohd Yusuf Noor atas jasanya menerajui FELDA sejak Julai 2001.

Wallahhualam.

Penulis,




1 ulasan:

Keris hitam bersepuh emas berkata...

INILAH SALAH SATU KELEMAHAN UMNO, SISTEM MONOPOLI JAWATAN UNTUK GOLONGAN TERTENTU SAHAJA TANPA MENGIRA PRINSIP MORAL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif