Jumaat, 3 Disember 2010

Blogger Pembangkang Kini Tidak Popular !!

Sudah lama, Utusan Malaysia mengeluarkan rangking 100 blog terkenal di Malaysia dimana Blog Tamingsari turut tersenarai di dalam ranking (ke-71) tersebut walaupun usia blog ini baru mencecah beberapa bulan.

Walaubagaimanapun Taming Sari yakin blog ini mampu memperbaiki rankingnya kerana ramai pembaca blog lama Taming Sari, iaitu Empayar Malaya (yang telah dihack oleh blogger pembangkang) kini kembali membaca blog baru ini. 

Bukan senang mahu membinanya selepas segalanya musnah namun berkat kesungguhan dan rasa bertangungjawabnya Taming Sari bagi bersama-sama mendedahkan pengkhianatan Pakatan Rakyat, akhirnya ia berbaloi dengan penyenaraian di dalam rangking ini. Apa yang penting, Taming Sari ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menaikkan ranking blog ini termasuk pembaca sekalian.

Ranking yang dikeluarkan ini adalah berdasarkan statistik Alexa Ranking dan ia bukan dibuat-buat untuk populis. Namun ia sebenarnya membuktikan bahawa, ramai pelayar blog sekarang ini semakin sedar, mereka sebenarnya telah tertipu dengan media alternatif dan sekaligus selain mahu mendapatkan maklumat dari media arus perdana, mereka juga mahu mencari bacaan alternatif dari sumber blog dan laman sosial.

Kepincangan dan ketidaktelusan di dalam Pakatan Haram menyebabkan rakyat kini mahu mendapatkan cerita sebenar. Tambahan pula banyak blogger yang dahulunya pro pembangkang seperti Kickdefella, Cucu Mat Kilau dan Blog Malaysia Today (Raja Petra) kini sudah mengkritik tuan-tuan mereka (PAS dan PKR) sendiri. Jadi, senario ini memang menimbulkan tanda tanya dihati rakyat sekaligus mereka kini ramai yang berjinak-jinak menjadi pembaca setia kepada blog mesra kerajaan.   

Taming Sari cuma berharap, kesatuan blogger mesra kerajaan ini seharusnya terus diamalkan seperti mana kita pernah bersatu dibawah logo Blogger Pembela Negara. BPN walaupun kini tidak seaktif dulu namun masih berbisa. Taming Sari amat yakin, kita mampu meningkatkan lagi penyatuan ini supaya blogger pembangkang akan kecut telur dan kalah dalam memerangi hujah. 

Taming Sari juga amat tertarik dengan komen pro pembangkang di blog rakan mereka selepas kecewa dengan prestasi mereka iaitu ada yang mengatakan blogger pembangkang hanya menyalin artikel dari portal Harakah dan Malaysiakini menyebabkan pembaca meluat mahu membaca blog mereka. 

Taming Sari menyokong penyataan ini malah ada sesetengah blogger pembangkang sekadar berniat mahu mencari trafik bagi memancing pembaca kepada iklan-iklan yang berlambak-lambak di dalam blog mereka. Bagi Taming Sari majoriti blog mereka sebegitu. Contohnya blog Kedahlanie. Semua artikelnya di salin dari blog lain atau portal semata mahu menarik trafik. 

Selain dari ketandusan isu, mereka dari blogger pembangkang sebenarnya sudah tidak mampu menutup kelemahan pemimpin mereka kerana setiap hari ada sahaja kekhilafan yang dilakukan pemimpin mereka yang secara terang-terangan mengancam kelangsungan politik Pakatan Haram. Pembaca kini semakin nampak kerana Blogger Pro Kerajaan menyertakan sekali bersama bukti samaada gambar atau video. Ini menjadi blog pembangkang semakin tidak popular dan sukar dipercayai lagi.

Kepada pembaca sekalian, diharap dapat memberi sokongan padu kepada blogger pro kerajaan kerana kami yakin dengan perjuangan ini demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Kami juga sedar PAS, DAP dan PKR adalah ancaman kepada ketuanan bangsa Melayu dan kesucian agama Islam. Mereka juga adalah gerbang kepada hancurnya perpaduan kaum dan meledaknya ketidakteraman di dalam negara ini.

Anda boleh nilainya sendiri.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif