Rabu, 8 Disember 2010

Bodohnya BN Kerana Sentuh Isu Subsidi Tanpa Alasan Kukuh

Sebelum ini ketika zaman Pak Lah, lihatlah bagaimana rakyat menghukum BN sehingga gagal mempertahan 2/3 kerusi parlimen di dalam PRU 12 tahun 2008. Walaupun ada pelbagai isu lain, namun isu gagalnya Pak Lah menguruskan perbelanjaan kerajaan dengan baik serta lemahnya sistem penyampaian kerajaan, maka apabila pembangkang memanipulasi isu ini, rakyat mudah terpengaruh dan terpedaya. Lagipun, orang yang memperdaya bukan orang lain, tetapi Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara satu ketika dahulu yang terkenal kini sebagai pembelit dan tukang spin no.1 negara.

Walaupun rasionalisasi subsidi adalah satu agenda kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan rakyat kepada subsidi namun pernahkah ia diperbincangkan serta diperdebatkan secara terbuka sebelum pelaksanaannya? Persoalannya adakah pendapatan perkapita isi rumah hari ini sudah mampu mengadaptasi segala kos hidup dan inflasi ekonomi hari ini, sehinggakan kerajaan begitu berani menarik bantuan mereka kepada rakyat.

Kerajaan sekarang ini meruntun untuk membina satu empayar pembangunan infrastuktur kelas terbaik buat rakyat dalam masa yang sama, kerajaan mahu rakyat berkorban dan membayar semua usaha ini. Pada hemat Taming Sari, biarlah kita hidup tanpa keretapi peluru asalkan kuasa beli rakyat tidak jatuh merudum. Memang sesuatu yang sukar bagi menjaga kuasa beli rakyat dengan menyediakan infrastruktur serentak, namun ia masih boleh difikirkan lagi oleh bijak pandai ekonomist negara. 

Contohnya dengan membuka bon-bon baru bagi mengalakkan rakyat melabur di dalam ekonomi, ia juga sangat berkesan dari terus mengambil hak rakyat. Dengan terbitan bon, maka kita akan dapat menilai, sejauhmana rakyat berlebih dalam pendapatannya. Jika sedikit sahaja yang melabur, ini membuktikan rakyat kini cukup-cukup makan. Begitu juga di sektor koporat dan komersial, jika sedikit sahaja syarikat yang membeli bon tersebut, maka ia juga petunjuk, inflasi gagal diadaptasi. Namun jika bon ini dijamin pulangan yang positif  Kerajaan boleh lagi memikirkan cara lain bagi menghadapi semua ini asalkan tidak mengurangkan perbelanjaan kerajaan melalui pengurangan subsidi. 

Penyelarasan fiskal bukan sahaja boleh melalui pengurangan perbelanjaan kerajaan tetapi dengan menaikkan cukai kepada industri non-halal atau rokok. 

Kini, selepas kerajaan memberi alasan untuk merasionalisasi subsidi dengan menaikkan harga minyak, gas dan gula untuk pembangunan akan datang, sejauh manakah kerajaan memberi penjelasan mengenai isu ini kepada rakyat? Tidak sedarkah mereka, bahawa pembangkang kini berlumba-lumba menabur fitnah dan janji manis kepada rakyat bagi memanipulasi isu ini. Mereka menuduh kerajaan kini perompak kepada pendapatan rakyat. Apa yang dikatakan oleh Majalah Ekonomist mengenai BN akan gagal mempertahankan 2/3 kerusi parlimen mereka pada PRU13, jangan dipandang sinis. Sinis-sinis Pak Lah menafikan pandangan pemerhati politik kepada masa depan PRU 12 dulu akhirnya dibalas dengan kebenaran. 

Taming Sari yakin, rakyat Malaysia boleh menerima kenaikan harga tetapi dengan dua situasi. Pertama, kerajaan betul-betul telus menerangkan kepada rakyat sebab utama perlunya kenaikan itu dan yang kedua, bagaimanakah kerajaan membayar semula pengurangan itu kepada rakyat. Syarat kedua ini penting supaya rakyat dapat melihat bahawa kerajaan benar-benar ikhlas mahukan rakyat berkorban disamping adanya pulangan yang dijamin dalam jangka pendek dan jangka panjang. 

Nilailah teguran ini dengan postif kerana ini adalah suara hati rakyat marhaen kepada kerajaan yang disayanginya. 

Wallahhualam.

Penulis,





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tamingsari, blog anda jadi kurang menarik untuk dibaca bila ada iklan kat tepi tu. susah nak dibaca. buangkan lah yer. baru ler enak di baca tanpa gangguan.


shah, muar

KL BOYZ berkata...

Tamingsari.....harap blog saya dapat dilink disini...
Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

blog anda susah nak baca ada gangguan kat tepi tu!

Tamingsari berkata...

Terima kasih atas komen tuan2...

Sy dah buang pun navigator di tepi dek kerana komen tuan-tuan kerana ia menganggu.

Cuma jam tu saje saya tinggalkan untuk mudah elak leka waktu solat... haha.

T.kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif