Sabtu, 25 Disember 2010

Budak Baru Nak Ambil UPSR, Perasan Lebih Berjaya Dari Graduan Universiti

Wahai bebudak, ingat kalau berjaya dalam UPSR belum cukup untuk melabelkan kamu sudah berjaya dalam hidup.  Inikan pula kamu baru je nak ambil UPSR, tak payah berlagak nak kata kamu sudah berjaya.

"Budak Baru Nak Ambil UPSR, Rasa Lebih Berjaya Dari Graduan Universiti."

Beginilah perumpamaan yang Taming Sari dapat berikan kepada Pakatan Rakyat yang dianggap sebagai budak sekolah baru nak ambil UPSR kerana baru setahun jagung belajar memerintah, banyak lagi yang perlu diperbaiki, banyak lagi yang belum mereka terokai, baru sahaja mencipta buku jingga mereka yang kononnya mengubah banyak perkara di dalam 100 hari pemerintahan sudah berlagak dan begitu yakin mereka lebih baik dari pemerintahan Barisan Nasional yang Taming Sari anggap sebagai Graduan Universiti. Begitulah jauhnya perbezaan pengalaman memerintah kedua-dua ideologi politik ini.

Sepanjang sepenggal pemerintahan mereka di Selangor, penuh dengan ketidaktelusan. Selangor bermasalah dari segi pengalian pasir dan pengambilalihan Syabas. Kedah pula MB-nya panas baran dan tidak ikhlas membantu rakyat. Kelantan, PAS telah memperbodohkan rakyat kelantan bagi memilih Isle dan tolak pembangunan, manakala di P.Pinang, regim DAP Guan Eng rosakkan keistimewaan Melayu dan bencikan Islam. 

Ramai pemimpin pembangkang terutama dari PAS, begitu yakin buku jingga mereka akan menjadi wadah perjuangan dalam memenangi pilihanraya. Kejayaan mereka mencipta buku ini dibandingkan dengan kejayaan BN yang sudah membina KLCC, KLIA, lebuhraya bertaraf dunia, Litar F1, masjid-masjid dan sudah berpengalaman mengemudi negara selama lebih 53 tahun sambil menyatakan mereka lebih berjaya. Membandingkan angan-angan mereka dengan realiti kejayaan BN adalah satu kejayaan buat mereka? kejayaan yang macamana? Pembaca boleh baca disini kenyataan Pengarah Pilihanraya Pemuda Pas yang sungguh meloyakan. Tapi mengapa asyik PAS sahaja yang sibuk promote buku jingga, DAP senyap saja. DAP tak yakin ke dengan angan-angan Anwar Al-Juburi Al-Israel ini?

Buku Jingga yang dicipta Pakatan Haram ini amat rendah nilainya sama taraf dengan nilai akhbar Harakah yang layak di tong sampahkan. Alangkah malangnya, jika rakyat menaruh harapan kepada mereka ini sedangkan harapan itu hanya angan-angan kosong, tanpa justifikasi jelas dan sekadar gula-gula pilihanraya. 

Berhati-hatilah rakyat.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif