Jumaat, 3 Disember 2010

Dua Demo 5 Disember Ini, Haram !! : Polis

Ahad ini 5 Disember akan berlangsungnya dua Demonstrasi dan perarakan yang menentang antara satu sama yang lain.

Satu kumpulan yang berkumpul di Masjid Negara adalah kumpulan berbaju merah yang Pro Kerajaan Selangor bagi menyerahkan memorandum kepada YDP Agong di Istana Negara berkaitan dengan ketidakpuasan hati mereka dengan kenaikan tarif air. Kumpulan ini secara terang-terangan didominasi oleh pemimpin Pakatan Haram dan  meminta orang ramai hadir terutama rakyat negeri Selangor, KL dan Putrajaya.

Satu kumpulan lagi adalah NGO yang berbaju Hitam mahu mengadakan Demontrasi dan Perarakan bagi menunjukkan bahawa mereka Anti kepada Kerajaan Selangor yang dikatakan banyak menyeleweng dan menindas rakyat. Kumpulan ini akan berkumpul di Masjid Jamek kemudian berarak ke Istana Negara dan dijangka mampu mengumpulkan ramai pendemostrasi berbanding demo anjuran pakatan rakyat selepas melihat kepada prestasi kerajaan Selangor yang makin merudum dan kebencian rakyat Selangor kepada kepimpinan si Khalid Gagap. Demo yang dianjurkan ini adalah sekadar membalas demo yang dilakukan di masjid negara yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Haram Selangor.

Walaubagaimanpun, polis, sudah awal-awal lagi memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas kepada penganjur dan peserta demo ini kerana kedua-duanya belum mengemukan sebarang permohonan berhimpun dari pihak polis. Jelas ianya melanggar seksyen 27(5) Akta Polis 1967. Jadi, pihak polis akan menasihatkan orang ramai untuk tidak menyertai sebarang demo pada hari ahad ini bagi mengelak keselamatan mereka terancam. Polis akan menahan tidak kira siapa termasuk pemimpin. Polis amat kesal kerana pemimpin Pakatan sanggup melacurkan kententeraman awam semata memuaskan nafsu politik mereka.


Pastinya rakyat KL marah dengan penganjuran demo ini kerana seperti mana pernah berlaku kepada Demo bersih dan Hidraf, keadaan bandar KL seperti zon perang dan ketenteraman awam terancam sama sekali. Paling menyedihkan, banyak kemudahan awam dirosakkan dan ekonomi KL lumpuh sama sekali. 

Taming Sari melihat penganjuran kedua-dua demo ini perlu dihentikan kerana ia langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada kesejahteraan negara. Kerajaan perlu bertindak tegas melarang orang ramai menyertai demo ini dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menghalangnya. 

Rakyat sudah kenal siapa kerajaan negeri Selangor. Tidak perlu menunjuk hero.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

blogenstarz berkata...

PERHIMPUNAN ! Jika Haram,Janganlah membuat aksi yang melampau.Hanya ikut arahan pasukan keselamatan,Pasti semuanya akan selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif