Jumaat, 31 Disember 2010

Gambar Teo Ning Ching (DAP) Yang Seksi Di Masjid Taman Cheras








Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching melakukan senamrobik di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dekat sini dianggap tidak menghormati adab dan sopan di kawasan rumah Allah.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, aktiviti yang disertai peserta lelaki dan perempuan yang tidak diasingkan itu bukan sahaja tidak bersopan malah telah melanggar syariat Islam. 

Apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia adalah seperti berikut :
Menurutnya (Nakhaie), sebagai bukan Islam, Nie Ching sepatutnya tidak berpakaian ketat kerana senamrobik itu diadakan di kawasan masjid.

"Aktiviti senamrobik yang tidak mengasingkan antara lelaki dan wanita itu seolah-olah menjadikan kawasan masjid sebagai "disko" yang mana peserta bebas berpakaian ketat dan menari mengikut muzik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nakhaie mengulas kejadian terbaru Nie Ching berada di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan berpakaian ketat melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu menerusi laman blognya, acara senamrobik itu adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Nakhaie menambah, walaupun senamrobik itu dianggap riadah namun lelaki dan wanita perlu diasingkan dengan berpakaian sopan memandangkan acara itu diadakan di pekarangan masjid.

Pendedahan Utusan Malaysia ini sebenarnya menimbulkan kekeliruan kepada empunya diri malah dia mula membangkitkan pelbagai persoalan yang benar-benar mungkin akan mendatangkan kekeliruan kepada bukan Islam lain. Menurut Nie Ching di dalam blognya :
Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru. Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap “assalamualaikum”? Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain? Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?

Siapakah rakan DAP yang bertanggungjawab menjelas kepada si kafir ini mengenai semua persoalan yang dibangkitkannya di atas? Sudah pastilah, PAS selaku parti yang kononnya mendokong Islam perlu menjelaskan kepadanya semua perkara yang disenaraikannya di atas termasuk isu dirinya yang menayang nasi lemak 50 sen sambil bersenamrobik di kawasan masjid.

Aurat adalah isu penting yang jangan diambil mudah terutamanya ketika berada di kawasan Masjid. Tidak kiralah ia dilakukan oleh orang Islam atau orang kafir, ia tetap menjadi satu kesalahan dan dianggap mengotorkan kesucian masjid. Pemimpin DAP perlu merujuk kepada orang yang lebih tahu dan tidak berjawatan politik jika ikhlas mahu mengetahui pasal Islam.

Nota kaki : Utusan janganlah berat sebelah sangat. Orang UMNO pun ada yang tidak bertudung langsung walaupun mengaku Islam. Bagi yang bertudung pula ada yang nampak jambul di depan, nampak sanggul di belakang. Ada juga yang baca AlQuran dalam keadaan seksi, ada pula baca AlQuran tidak menutup aurat. Jadi nak tegur orang, kita cerminkan diri kita dulu. 

Wallahhualam.

Penulis,

11 ulasan:

Kama Irahsa berkata...

setuju kadang2 media pro-kerajaan hanya attack bila kena batang hidung orang lain. kena batang hidung sendiri didiamkan jer.

secara peribadi, baju teo tu memanglah agak ketat. tapi, kita jangan politikkan sesuatu isu sampai orang bukan islam ingat masjid ni tak mesra bukan islam. sedangkan kita sepatutnya mendekatkan mereka dengan rumah ibadat orang islam.

kalau masjid cuma eksklusif untuk orang islam jer, hatta kalau perkarangan masjid/surau pun tak boleh, macamana nak berdakwah. bagi aku, kerajaan kena banyakkan aktiviti kat masjid2 seluruh negara. asalkan tak mencemarkan kesucian rumah ibadat islam tu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ya pun nak senamrobik atau berdakawah,buatlah di padang sekolah atau padang majlis ker.
Kama Irahsa ni pun sengal juga.Dakwah ni bukan hanya di masjid siot.Perlakuan kita pun dakwah juga.Kalau lah pengikut dibelakang tu bangsa melayu semua,dan cina sexy tu di depan..kalau tengok dari sudut 'SAPA BOSS'..dakwah mende..
melayu yang bangang nampak nya.
Ini saya cakap pasal ..WHO CONTROL WHO?Bukan pasal dakwah siot.
Kita ni sebenarnya membiarkan akar tumbuh jadi pokok..buka peluang kepada opportunist..Bagi dia,ugama dia paling best,berdakwah lah dulu supaya melayu sedar diri..itu yg mutlak nya.PAS yang menggunakan agama dalam politik,tapi pengikut2 PAS tak semua yang perangai macam ISLAM..Betulkan dalaman dulu,baru berdakwah untuk ugama lain..
Ni sampai bawa si sexy masuk perkarangan RUMAH ALLAH..Beriadah tapi hakikatnya..menunjukan melayu suka jadi pengikut,sexy jadi BOSS..
Pikir2 lah..
BUKA LAH PELUANG APA YG ADA.londeh bagi semua.Territory kita di biarkan di monopoly.
Cuba melayu organise senamrobik di depan temple pulak..saya nak tengok.Apa kata kaum2 sexy ni pulak?

Keris hitam bersepuh emas berkata...

"orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid " kata TGNA.

TERINGAT AKU PADA KES SI ROSMAH MANSOR.

Tanpa Nama berkata...

http://2.bp.blogspot.com/_6ziizLxwtSI/TR_fvC-4CmI/AAAAAAAABqM/Px8R61JcEMQ/s1600/Aj2.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_6ziizLxwtSI/TR_fvC-4CmI/AAAAAAAABqM/Px8R61JcEMQ/s1600/Aj2.jpg

TGk bagaimana ANgelina jOlie pun pandai beradap sopan menutup aurat bila berada diPakistan baru2 nih...sah2 dia dibesarkan dinegara yg bukan Islam agama rasminya pun tau camne nak menghormati bila berada dinegara orang yg beragama Islam..ni si Nie nih dilahirkan dan dibesarkan diMsia lagi pun xtau ke atau saje nak cari fasal???

Yang tenginnya orang2 Pas dan yg bertanggungjawab bagi mesjid berkenaan pun ikut sama ketenginan nya maka lagilah naik tocang dornag nih, camnelah puak2 nih nak menghormati agama Islam sbb ada org2 Islam sendiri yg bukan main sokong lagi!!

Tanpa Nama berkata...

salam.

Apa yang dok bising bising pasai dia pegi masjid dengan baju ketat. Pak Lebai yang menjadi AJK Masjid tak bising pon, bergambar lagi..

Dia wakil rakyat , dia mempunyai hak untuk hadir ke majlis tersebut. Soal berpakaian terletak pada diri dia. Orang Islam juga yang pilih dia sebagai wakil rakyat kawasan tu. Jadi depa sukalah dia datang dan berpakaian macam tu diperkarangan masjid . Apa yang nak dirisaukan.

Tak kan terjejas Islam kita dek kerana dia pakai macam tu.

Bagi orag PAS mereka sebenarnya berjaya membawa wakil rakyat pilihan mereka itu untuk mendekati Islam.

Orang PAS kata dia bercadang nak masuk Islam. Tapi dah banyak tempat dia buat macam tu . Tak masuk Islam pon. Nampaknya PAS akan kena temberang sampai depa akan hilang sokongan masyrakat Melayu.

Kalau PAS nak hilang sokongan dari masyarakat Melayu buatlah kerap-kerap perangai macam ni. Kita orang Islam akan tetap dengan PAS sebab dia Islam. Tapi kalau perangai macam ni berterusan kita akan berubah. Undi orang Islam bermusim. Bila depa suka depa bagi bila depa tak mau depa pegi. Tak menjejaskan apa bagi depa. kita yang nak jaga kepentingan Islam asyiklah kena temberang dan tipu memanjang macam yang berlaku pada PAS sekarang. Hilang sokongan hilang maruah. PAS tak boleh leka sekarang . Golongan muda akan menjauhi dan yang tinggal mereka yang hard core saja...

Tanpa Nama berkata...

Kalo tak ada nafsu jahat biar lah apa dia pakai.

Ni nah sibuk kenapa pasai pakiana dia

Tetek dia montok ke buat semua jadi berahi wakakkakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan mualaf memeluk Islam kerana mereka rapat dengan Melayu. Mereka fasih berbahasa Melayu dan faham adat Melayu. Mereka juga pergi sekolah kebangsaan. Ini adalah realiti. Kerana majoriti orang Islam adalah orang Melayu.

Kalau di UK, mualaf memeluk Islam kerana mereka rapat dengan orang Pakistan warganegara British.

Janganlah kita menipu diri menganggap pelampau Cina ini mahu mendekati Islam.Jikalau sekolah kebangsaan pun mereka pandang rendah, macam mana mereka nak dekati Islam?Beritahu saya, adakah mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Kita tahu Cina produk sekolah kebangsaan dan sekolah Cina. Ternyata jauh berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Pernah ke kita terfikir kenapa orang bukan Islam berbuat begitu?bagi mereka berpakaian begitu tidak salah?kerana ramai yang mengaku Islam tetapi berpakaian dan hidup seperti bukan Islam.Kalau dah isteri pemimpin pun tidak bertudung,dan memasuki masjid,mengaji Quran dengan jambulnya tersembul tidak salah...inikan pula orang yang bukan Islam..

Tanpa Nama berkata...

sapa kata tak bolehhhhh...kan depa pegang kunci pintu sorga...sorga bapak depa yang punya...orang lain belum tentu lagi nak pijak syurga..

Tanpa Nama berkata...

Alaa...

Limaposen je....

Tanpa Nama berkata...

Huh jgn seksi sgt,tgk hari ini.amoi nanti tak blh msuk masjid.sopan la nati orang Pas tak sokong awk.awk tak seksi comel giler.harap beradat skit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif