Khamis, 30 Disember 2010

Hari Jumaat Cuti Umum Sempena Kejayaan AFF Suzuki : Adilkah?

Menurut Bernama :

Taming Sari mohon kepada DS Najib memikirkan keadilan kepada peminat bola sepak di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pemilihan cuti umum pada hari jumaat, 31.12.2010 seperti yang war-warkan Bernama adalah tidak adil kerana sememangnya tiga negeri itu sedang bercuti. Cuti hanya boleh diganti jika jatuh hari Sabtu. Namun, hari Sabtu ini, 1.1.2011, tiga negeri ini tidak meyambut cuti Awal tahun. Jadi, tiada apa-apa kelebihan buat penduduk di tiga negeri ini.

Harap DS Najib memikirkan kenyataan itu semula agar ketiga-tiga negeri ini turut merasa nikmat kemenangan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.

Nota Kaki : Akhirnya nikmat kemenangan AFF Suzuki lebih bermakna kepada penduduk selain di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu atas pengumuman cuti ini.

Wallahhualam.

Penulis,

15 ulasan:

Keris Hitam bersepuh emas berkata...

INILAH BUKTI KEPRIHATAN SEORANG PM KEPADA SEMUA ORANG DIBAWAHNYA.

LC berkata...

thanks sebab prihatin.tapi takpe.cuti jatuh jumaat boleh ganti Ahad.Dun worry. Cuti hari sabtu takleh forward...

Tamingsari berkata...

LC...

jgn tunjuk pandai... Jatuh hari Jumaat tak boleh carry forward... jatuh hari sabtu baru boleh bawa ke ahad...

Salah fahm awak tu...

Tanpa Nama berkata...

bersyukur dgn apa yg ada

Tanpa Nama berkata...

kalau tak bagi cuti.. disalahkan kata tak prihatin... dah dibagi cuti pun dipersoalkan lagi... cuti tu kan ke rezeki masing2... kalau macam tu, pekerja / student kat oversea pun ley mogok gak sebab rakyat malaysia cuti sempena kemenangan bola sepak ni.... yg penting, sama2lah kita bersyukur atas kemenangan ni... peace NO war!

Tanpa Nama berkata...

eh eh..
sy rasa btol lah ckp LC..
sy pun keje kt kedah..
cuti jatuh ari jumaat jer yg leh ganti ari ahad..
klu jatuh ari ahad..xleh ganti ahad..
mcm yang ditulis dalam takwim setiap tahu tu...

Tanpa Nama berkata...

eh eh..
sy rasa btol lah ckp LC..
sy pun keje kt kedah..
cuti jatuh ari jumaat jer yg leh ganti ari ahad..
klu jatuh ari sabtu..xleh ganti ahad..
mcm yang ditulis dalam takwim setiap tahun tu...

Tamingsari berkata...

Dulu sy pernah berkerja di Kedah mungkin dah terlupa...

Kalau begitu, orang Kelantan dan Terengganu sahajalah dianak tirikan...

Dah takde rezeki... Redho je lah.

Tanpa Nama berkata...

takkan takleh forward ke Ahad kot kalau cuti umum Jumaat...kebiasaannya boleh...kalau tak boleh, memang betul2 tak adil....hidup Kedah!!

Tanpa Nama berkata...

JTK kte,cuti xsemestinya amik jumaat nie,leh bwk ke hari lain..bgantung kt bos msing2 le...kalo gov xpasti la..

Tanpa Nama berkata...

memang le yang kat pantai timur persoalkan, sama gak kalau najib istiharkan ahad ni cuti korang pun mesti commment nak tanya gak..... ni bukan cuti 1 malaysia ..... pasal 3negeri tak dapat...

Tanpa Nama berkata...

untuk negeri2 yg cuti umumnya adalah hari jumaat, maka cuti umum yg diumum oleh PM akan dibawa ke hari ahad. Kalu jatuh hari sabtu, mmg x blh nk ganti.

chik berkata...

utk negeri kelantan, kalo cuti umum jatuh pada hari jumaat, xde bawa ke hari seterusnya..kalo sabtu baru hari keesokkannya cuti..so, kalo x tahu pasal cuti negeri len, jgn nk memandai.. :D

btw, radio kelantan tadi umum Ahad ni, 2 Januari cuti umum utk kelate.. :))

Tanpa Nama berkata...

Pasal cuti pun nak heboh semua.

Cuba lah pikir pasal produktivity sama.Tau tak,orang2 yang berniaga,bergelumang siang malam nak majukan perniagaan,satu hari cuti pun
semua dah pening sebab bank tak berfungsi.Nasib baik hujung tahun sebab account dah tutup.

Tanpa Nama berkata...

YE ke.. aku kat kedah ni Dapat cuti tu. budak2 naik sekolah isnin gak sebab cuti tu diforwardkan. tak tau la kat tempat lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif