Ahad, 26 Disember 2010

Isu Laser Hijau Sudah Hangat Diperkatakan Di Media Sesawang Indonesia

Pancaran laser yang dapat dikesan oleh lensa kamera.

Seperti yang ramai sudah menyangka, Indonesia tidak akan berdiam diri kerana isu laser inilah penyebab Penjaga Gol Indonesia, Markus Horison memprotes dan mengajak rakan sepasukannya memboikot permainan mengakibatkan perlawanan akhir itu terhenti selama lebih 5 minit. Insiden itulah menyebabkan Indonesia hilang fokus dan tewas kepada Malaysia 3-0. Kurang 1 jam selepas tamat perlawanan, media Indonesia terus menerus menghentam pengurusan Stadium Bukti Jalil akibat insiden ini membuktikan isu laser bukan isu kecil.

Presiden Indonesia sendiri, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) meminta, Menteri Pemuda dan Olahraganya mengadakan protes ke atas insiden laser ini. Anda boleh baca di Vivanews lebih lanjut.  Blog di Indonesia juga tidak terkecuali menyatakan kekesalan sambil menyatakan Malaysia menang dengan cara curang (tidak bersih). Anda boleh membaca di sini kenyataannya itu.

Memang tidak dinafikan, jika anda betul-betul amati siaran langsung tadi, memang benar ada pancaran laser berwarna hijau terkena batang tubuh Markus, Penjaga Gol Indonesia. 

Taming Sari turut merasa kesal dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang tidak pernah memahami konsep hormat menghormati yang kita amalkan. Walaupun kerajaan sudah memberi peringatan kepada penyokong supaya tidak mengunakan pancaran laser, ternyata jelas, ada sesetengah warganegara kita yang ingkar menyerlahkan sifat sesetengah dari kita ini suka melanggar peraturan. Jika ia melibatkan maruah empunya diri itu sahaja tercalar tidak mengapa, ini melibatkan maruah negara kita yang bakal dibakul sampahkan Indonesia. 

Taming Sari amat kesal dengan tindakan penyokong yang tidak bertanggungjawab ini dan pengurusan stadium mungkin bakal dihukum. Puaslah hati penyokong yang berotak lembu itu.

Wallahhualam.

Penulis,

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JGn cepat melatah...apakah lps nie kita perlu buat body scan pd penyokong nk masuk stadium?may be..
tentang isu game msia menang 3-0..x semestinya penyokong malaysia yg bwk..may be provokasi indon..saja ja bg laser kt penjaga gol diorang sendiri...bukti xdak ..mau rilekss maaa...

usin berkata...

entahnya. nk kena buat body scan ke sblm masuk stadium? kalau ada 80,000 penonton, sempat ke nk scan? pengadil dh menjalankan tgjwb dgn menghentikan perlawan selama 5 minit berkaitan cahaya lazer tu. yg penting kita dh ada bekalan 3 ketul. kita pulak x tau macamane punya provokasi oleh indon bila kita main di sana. apa yg penting, tahan mental. pedulik pd provokasi indon lps ni. buat mcm main dgn vietnam tempohari. mahkota aff dh dalam tangan, jgn terlepas pulak.

Tanpa Nama berkata...

Mesti boleh cari muka siapa yang buat perkara tu, kamera tu high resolution dan boleh zoom jauh mesti boleh dapt punya. lepas tu penjara orang tu 2 tahun baru ada akai, maybe indon gak sebab kecoh mamat indon beli tiket tak perlu IC dan masa Malaysia kalah kat indon pun penjaga gol Malaysia kena laser hijau kat muka lagi, cari kat youtube.

Tanpa Nama berkata...

Kita akui ade pancaran laser tapi belum tentu dari penyokong Malaysia.

Lagi pun pasukan Indonesia dulu dah kata nak pulau jika ada pancaran laser. Wow, hebat jangkaan mereka ni !!! Entah-entah ...

Siasat, tangkap dan buktikan.

Tahniah Pasukan Bola Malaysia. Kita menang 2 - 0 di Jakarta nanti.

Sorry, belum ade passport nak kesana, sokong dari rumah je.

Tanpa Nama berkata...

memang tiada semangat kesukanan pada mereka yang buat pancaran laser tu...

tapi jangan lah disebabkan perkara tu dijadikan sebab utama kekalahan...sedangkan permainan mengambil masa 90 minit sebelum berakhir...(team work lagipun kan...masing2 ada tugasan masing2...bukan depa kalah masa penalti yang hanya bergantung pada penjaga gol sampai gol boleh bolos...)

orang Malaysia ni memang berbudi bahasa....sopan...matang...meski pun ada juga warganegara yang tidak...ntah macamana lah bila tiba kat sana nanti...aiii harapnya sume dipermudahkan lahhh....

wallahu'alam...

Tanpa Nama berkata...

http://neutraldaily.blogspot.com/2010/12/piala-aff-suzuki-bukti-penyokong.html

sapa mula dulu..bacul tul indon ni

Tanpa Nama berkata...

jangan cepat melatah... betol ke tidak gambar 2.. aku tak nampak pon penyokong berbaju kuning atau biru.. yang aku nampak majoriti baju putih... maybe provokasi dari indon

schumee berkata...

gmbar 2 rsnya bkn dr game msia vs indon

bukti : http://techgenie.com/latest/fifa-2010-spectators-target-coach-maradona-messi-other-players-with-laser/

Tamingsari berkata...

Gambar itu memang belum sahih sbb tiada baju kuning pun....

Gambar itu Taming Sari ambil dari blog Indonesia yang memprovokasi gambar itu utk mengata ia berlaku di Bukit Jalil...

Orang terlalu ramai.... Kemungkinan ada kepada kedua-dua penyokong.

Cuma jika ia dilakukan oleh penyokong Malaysia, disebabkan itu teguran dibuat...

Maaf kalau ada dikalangan pembaca yang terasa....

Pendekar Amin berkata...

Kita nampak Malaysia sahaja yang salah. Bagaimana pula dengan Indonesia yang main laser ngn penjaga gol malaysia ketika malaysia kalah 5-1? buktinya.....

tanya Tamingsari

Tamingsari berkata...

Taming Sari sudah membetulkan artikel ini terutamanya gambar yang dipaparkan di atas.

Baca sini:
http://blogtamingsari.blogspot.com/2010/12/laser-hijau-punca-utama-malaysia-tewas.html

schumee berkata...

dgr crite dlm astro awani da brita psl laser 2
dikatakan dtng dr sbelah kiri.dr tmpt duduk pnyokong indon

btw,time lwn vietnam pn da laser jgk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif