Sabtu, 4 Disember 2010

Jangan Anda Keliru Dengan Penyebaran Video Ini Di FaceBook


Video ini sudah disebarkan di Facebook. Anda boleh menontonnya di sini.

Inilah seorang Islam yang bernama Hussain Ye yang menjelaskan dengan begitu baik mengenai peri pentingnya seorang kafir membaca Alquran atas alasan Alquran ini diturunkan untuk memberi hidayah keseluruhan umat manusia. Tidak ada salahnya video ini namun Taming Sari kesal kerana ia telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu semata untuk kepentingan politik.

Video ini disebarkan oleh puak pembangkang bagi menghalalkan tindakan seorang wakil PKR bukan Islam menafsirkan Alquran dengan terjemahan yang salah dari Surah Ali Imran ketika kongres PKR baru-baru ini. Biarpun ramai pemimpin Melayu dari PAS yang mengatakan ia tidak salah dan boleh diperbetulkan namun sehingga hari ini tidak ada sesiapa pun tampil memperbetulkannya malah si celaka yang menghina ayat AlQuran itu sehingga kini masih belum mengaku dan meminta maaf.

Fenomena ini jelas, Pakatan Haram bukan sahaja sanggup melacurkan bangsa demi kepentingan politik, namun mereka juga sanggup melacurkan Islam hanya kerana kemarukkan kuasa.

Membenarkan orang kafir membaca Alquran sememangnya tidak salah asalkan niatnya betul. Ini sememangnya amat jelas. Inilah perkara yang kita tuntut. 

Namun, jika dia menelaah AlQuran untuk tujuan politik dan menyedapkan ceramahnya tanpa ada sedikit pun rasa ingin memahami isi kandungannya untuk melihat kebesaran Allah dan kebenaran Islam, Ia ternyata satu kesalahan dan dosa serta orang yang menghalalkannya juga berdosa dan jatuh fasik. Apa yang telah dilakukan oleh pemimpin PKR dan DAP yang kafir ini adalah semata untuk mendapatkan sokongan orang Melayu tanpa ada sedikitpun perasaan mereka mahu menerima Islam.

Taming Sari berharap pembaca tidak memanipulasi video ini dan salah faham kepada perbezaan kafir membaca AlQuran untuk hidayah dengan membacanya untuk tujuan politik. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Double-Y berkata...

Aku pun ada tengok video ni bro...ermm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif