Jumaat, 3 Disember 2010

Kenaikan Gelombang Kedua Minyak dan Gula Membukti Rakyat Perlu Kepada Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Menyalak lagi blogger sampah pembangkang (pembaca boleh scroll ke bawah blog ini dan lihat ruangan blogger pembangkang) apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan bakar dan gula dalam gelombang kedua selepas sebelum ini kenaikan hanya berlaku pada RON 97 sahaja di gelombang pertama.

Sebelum ini, minyak RON 97 sudah dinaikkan sebanyak RM0.15 kepada RM2.30 dan mulai 4/12/2010 harga minyak RON 95, diesel dan LPG gas memasak akan naik RM0.05 masing-masing kepada RM1.90 per liter, RM1.80 per liter dan RM1.15 sen per kilo. Harga gula juga naik ke RM2.15 per kilo.


Taming Sari amat memahami situasi kerajaan yang terpaksa menjimatkan subsidi kerana banyak lagi projek pembangunan yang perlu difokuskan serta tambahan pula, negara sekarang perlu suntikan baru khusus untuk mengerakkan rancangan ekonomi baru yang sedang dirancang kerajaan. Kerajaan berhadapan dengan pilihan dan kos lepas memandangkan di dalam usaha kerajaan mahu merencana dan menjalankan projek baru, desakan kos bahan ini di pasaran antarabangsa menyebabkan kerajaan berada di dalam dilema.

Keputusan Majlis Ekonomi Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sebenarnya adalah jalan terbaik yang dipilih mereka bagi mengelak ekonomi Malaysia terlalu dikongkong oleh ketidakstabilan bahan itu dan seterusnya mengunakan subsidi yang ada kepada perkara yang tidak menjana pulangan ekonomi kepada negara . Jika kebergantungan ini diteruskan, kerajaan takut rakyat tidak mampu menerima impaknya jika kerajaan terpaksa menaikkan bahan tersebut secara mendadak nanti dan negara akan terperangkap dengan "middle income track" disaat negara kita semakin menuju ke tahun 2020.

Kenaikkan yang diumumkan ini menambahkan lagi bukti bahawa rakyat Malaysia kini amat memerlukan anjakan ekonomi berpendapatan tinggi. Dengan kadar pendapatan perkapita kini yang masih ditahap sederhana dikala pendapatan KDNK negara juga tumbuh senderhana, keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Kita sekarang ini berhadapan dengan kenaikan kos dan jika tanpa usaha menaikkan pendapatan, kita bakal tenggelam di dalam kenaikan inflasi yang tidak tertanggung lagi.

Buat masa ini, rakyat perlu rasional. Bukan anda sahaja mengalami masalah ini malah seluruh negara mendapat impaknya. Walaubagaimanapun seperti yang ditekankan oleh Kerajaan, kenaikan ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Anggaplah ia satu pengorbanan kita kepada kerajaan demi kebaikan bersama. Marilah sama-sama kita yakin dan percaya kepada kerajaan kita kerana mereka sentiasa berusaha bagi membolehkan rakyat hidup sejahtera di masa-masa yang akan datang.

Wallahhualam.

Penulis,

5 ulasan:

anti bohmau berkata...

assalamu'alaikum tuan,

bagi mrk yg rasional, kenaikan harga barang merupakan sesuatu yg tidak dapat dielakkan krn kita bukan hidup di zaman 70'an, 80'an atau 90'an atau hidup dlm keadaan pergerakan dikuasakan oleh kuasa lembu, kerbau, kuda @ baghal tapi menggunakan KENDERAAN berkuasa kuda 400, 500 ekor!!! ooppss! 40 -100 ekor adalaa...

kita juga tidak dapat mengawal harga minyak ini sendiri tetapi ditentukan oleh harga pasaran dunia. kalau ini gagal difahami, maka adalah manusia yg rasanya ingin kembali ke zaman lampau..guna kuasa kaki! hehehe!

aku pikir, kerajaan bn wajib adakan pusat stok simpanan barang2 keperluan nasional utk stabilkan harga barang2 yg dikuasai oleh pasaran/pemborong2 besar krn kerajaan perlu prihatin kpd rakyat bawahan yg kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam!!!

mohon tuan pautkan ke blog ambo:
http://antibohmau.blogspot.com/

terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Naik..naik..jangan tak naik. PRU 13 pun naik gak..tapi siapa yang naik tak tau lagi. Sebagai rakyat kita gunakan kesempatan 5 tahun sekali.
Rakyat tanggung risiko harga barang naik atau Lim Kit Siang naik TPM. Pilih..pilih antara dua.

Pro TSM berkata...

Betui kata TamingSari....harga komoditi negara kita masih rendah dibandingkan dengan negara jiran, belajar berkorban untuk negara dan bersyukur.

Tu pasal TS Muhyidin mesti dinobatkan sebagai PM pertama isteri menutup aurat berkat satu alam, bukan macam Najib boros...ada hati nak bina bangunan 100 tingkat nak kawal fiskal pun peras keringat rakyat.

Buat petisyen singkir Najib...PM penuh skandal.

hangkedee berkata...

Potong stem betul tengah syok syok hentam al juburi pasal ketuanan melayu naik harga petrol naik pula jatuh saham balik maka semakin berdenkur ketua ketuat bahagian

Tanpa Nama berkata...

komfirm ker kenaikan minyak tuh tuk kurangkan beban sabsidi kerajaan dan dengan itu boleh tumpukan pada projek pembangunan lain?..hahaha....rasa tuk pakai dana pilihanraya dan sumbangan kepada kroni2 kot?...uhuhuhuh....ko tido ataih duit boleh ler bersetuju dengan kenaikan RON 95 0.5 sen.....orang kampung yang menoreh walaupun hujan renyai2 tuh...apa crita beb?..citt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif