Ahad, 26 Disember 2010

Kepuasan Yang Tiada Tandingan Malam Ini !!


Tahniah kepada pemain Malaysia yang berjaya menundukkan ego pemain Indonesia. 

Biarpun permainan dihentikan selama 5 minit akibat dari dakwaan Marcus, Penjaga Gol Indonesia yang mendakwa dirinya di pancar laser dan mengajak rakan sepasukannya memberhentikan permainan, Malaysia tetap komited mengekalkan rentak permainan. 

Tindakan Indonesia itu sebenarnya membawa padah kepada pasukan mereka sendiri kerana hilang fokus dan gagal mengembalikan rentak. Namun bagi Taming Sari, dakwaan Indonesia itu adalah taktik mereka melambatkan rentak permainan kerana mereka hanya mahukan seri di Malaysia dan menghentam Malaysia di Indonesia nanti. Kesannya mereka ketinggalan 3 gol sekarang kelebihan memihak Malaysia. 

Kepada penyokong Malaysia yang tidak beretika membawa laser jelas telah mencemarkan imej Malaysia dan contoh warganegara yang degil dan pengkhianat kepada negara. kata-kata itu tepat kerana perlawanan ini dipancarkan secara langung di astro disaksikan seluruh dunia. Diharap KBS dan FAM perlu memikirkan sesuatu bagi menyekolahkan penyokong yang biadap itu.

Permain terbaik malam ini, bagi Taming Sari adalah Nor Shahrul Idlan Talaha yang begitu lincah mengucar kacirkan pertahanan Indonesia. Selain itu tahniah kepada Mohd Safee Sali dan Ashaari Samsudin kerana menjadi penyudah yang tajam membenam ketangkasan Marcus. 

3 gol bekalan cukup berharga seakan-akan nyata Malaysia sudah boleh menjulang Piala AFF Suzuki ini.

Tahniah kepada penyokong Malaysia tidak bawa laser ke stadium kerana begitu patriotik menyokong pasukan negara. Tahniah K. Rajagopal kerana ilmu anda pemain negara begitu berkeyakinan dan paling tidak ketinggalan kepada RTM kerana berjaya membawa siaran langsung ke Stadium Bukit Jalil merasai kehangatan itu di rumah seluruh rakyat Malaysia. 

Tahniah sekali lagi dari Taming Sari buat semua.

Wallahhualam.

Penulis,

3 ulasan:

ISAC berkata...

Bro,

Juga bukti penghantaran skuad Harimau Muda ke Yugoslavia, tidak sia-sia.

Kawan juga mahu berikan penghargaan buat Kunalan. Bukti kita tidak mendiskriminasikan pemain bukan Melayu. Budak tu pun bagus dalam mengucar-kacirkan benting pertahanan lawan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Harimau MAlaya..

bab laser nie..memang org akn tuduh penyokong kita..tapi bukti masih tiada..mungkin.penyokong indon pun ada bwk..dgn tujuan provokasi...cuma hrp kita berdoa agr pemain malaysia mampu menghadapi indon di sana..mcm2 ada..
-pemuda kulim

Keris Hitam Bersepuh emas berkata...

APA-APA PUN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN PASUKAN MALAYSIA YANG BEGITU BEKERJA KERAS UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif