Ahad, 19 Disember 2010

Loji Nuklear, Malaysia Optimis Siap Pada Tahun 2022


Sudah tiba masanya, negara yang maju seperti Malaysia memikirkan sumber tenaga altenatif yang lebih berkuasa bagi menampung keperluan akan datang yang dijangka berkali-kali ganda. Biarpun ia masih diperingkat kajian, Malaysia tetap optimis merealisasikannya paling lewat 2022.

Menurut Bernama :
Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 Megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.
Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.
Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat tentang keperluan sedemikian.
"Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.
Beliau berkata, Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.

Walaubagaimanapun, kajian mengenai kos dan lokasi adalah dua elemen penting bagi membina loji ini. Elemen lokasi dilihat lebih penting kerana nuklear mempunyai kesan radioaktif yang sangat berbahaya kepada benda hidup. Jesteru kawasan yang berjauhan dari penempatan dan memiliki keupayaan kos yang efektif dan keselamatan yang optimum dapat mengelak dari kesan buruk kepada rakyat perlu dimasukkan sebagai lakaran utama proses kerja. 

Elemen kos adalah kedua terpenting kerana jika kita sudah beralih ke sumber nuklear, adakah rakyat akan dibebani dengan kos elektrik yang berkali-kali ganda? Seperti yang kita ketahui, mengawalselia loji nuklear pasti akan memakan belanja yang tinggi. Sejauhmana kerajaan mampu menyerap segala kos supaya rakyat tidak dibebani? Kiraan-kiraan ini perlu dilakukan segera bagi mengelak rakyat menangung perbelanjaan bulanan yang tinggi. 

Kita masih mengharapkan satu pembentangan proposal yang teliti dan setiap aspek disentuh dengan rapi. Walaupun projek ini satu impian yang tidak pasti, kita yakin, bermula dengan impian itu, kita bakal menjadi negara Asean pertama memiliki loji nuklear sekaligus masalah kekurangan tenaga dan sumber tenaga dapat diatasi. 

Wallahhualam.

Penulis,
  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif