Jumaat, 31 Disember 2010

Malaysia Instinct Silap Faham Maksud Harakah : Kelantan Cuti Hari Ahad


Malas sebenarnya Taming Sari mahu mengulas soal cuti Piala AFF Suzuki ini lagi kerana artikel ini kali bertiga berturut-turut Taming Sari mengulas soal cuti tidak adil yang dilakukan PM ke atas negeri pantai timur sempena kemenangan Malaysia di AFF Suzuki. Berhubung kenyataan Malaysia Instinct yang mengulas kenyataan Harakahdaily berkenaan terkilannya orang Kelantan kerana "hadiah" dari PM itu tidak dirasai nikmatnya oleh orang-orang Kelantan, Taming Sari nampak jelas berlaku salah faham. Baca Harakah sini dan Malaysia Instinct sini.

Terus terang Taming Sari katakan, maksud Harakah itu bukan pendirian PAS tetapi pendirian semua rakyat Kelantan yang sungguh-sungguh terkilan dengan keputusan PM memberi "hadiah cuti" itu pada hari Jumaat kerana jika sebarang cuti umum jatuh pada hari Jumaat, ia tidak boleh dibawa ke hadapan. Melainkan negeri Kedah yang sudahpun mengumumkan cuti pada hari Ahad kerana takwin mereka memang mengamalkan sedemikian.

Malaysia Instinct (MI)  silap kerana menuduh mereka yang menafikan keputusan PM itu mementingkan cuti semata-mata dan meminta Kelantan mengikut sahaja cuti pada hari Jumaat tanpa perlu memohon cuti pada hari lain. Jelaslah MI sendiri tidak mengerti perasaan orang Kelantan dan Terengganu kerana di dua negeri itu memang hari jumaat adalah cuti kelepasan am mereka. Jika Kelantan dan Terengganu hanya perlu redho dengan cuti yang ada maknanya tiadalah nikmat hadiah yang hendak diberikan PM kerana ia tetap sama sahaja sedangkan di negeri-negeri lain berpesta menikmati hadiah itu. Apa yang orang Kelantan dan Terengganu harapkan PM turut mengumumkan cuti pada hari Ahad khas buat orang Kelantan dan Terengganu. Itu sahaja, barulah adil. 

Semalam, sepanjang tinjauan Taming Sari di Kelantan dan Terengganu bertanya dengan rakan, sanak saudara, rakan sekerja dan orang ramai secara rawak di kedua-dua negeri itu masing-masing menyatakan rasa kesal dengan sikap PM yang berat sebelah dan tidak berlaku adil. Populariti Najib menurun mendadak malahan aura kejayaan Piala AFF Suzuki bagaikan hilang sebentar atas ketidakpuasan itu. Ada juga rakyat salah sebuah negeri itu berkata, bagaimanalah Najib nak perintah Kelantan dengan adil jika BN berjaya rampas Kelantan kerana dalam soal cuti sebegini sekalipun, dia gagal memberikan keadilan. Taming Sari dapat simpulkan bahawa, soal sebegini, Najib dan BN tidak boleh ambil sikap enteng dan ambil mudah.  

Tetapi Alhamdulillah, kerajaan negeri Kelantan, mengimbangi ketidakadilan itu dengan pengumuman cuti seperti yang dilaporkan Bernama hari ini. Khabarnya, Terengganu turut mengumumkan cuti tetapi Taming Sari  masih tidak menjumpai sumber sahihnya. 

Tapi percayalah pembaca sekalian, sokongan kepada PM kita di Kelantan dan Terengganu menurun sejak berlakunya kesilapan dalam pemberian "hadiah" ini yang Taming Sari tidak pasti PM kita melakukannya dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja. 

Lain kali, berfikir sebelum bertindak, bertindaklah dengan adil.

Nota Kaki : Tutup cerita pasal cuti. Najib carilah cara lain nak pujuk hati orang Kelantan dan Terengganu selepas ini.

Wallahhualam.

Penulis,



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai!harimau malaya mana main ngajuk2...

simple je bende ni.. carry forward..jadik complicated psl unsur2 politik dicocok2.. mcm haramjadah

Tamingsari berkata...

Anon-anon...

Mane ada unsur politik...

Ini soal keadilan...

Sudahle, tutup cerite.

Tanpa Nama berkata...

betol ke org2 kelantan dan terengganu majok dgn PM?
betol ke populariti PM jatuh mendadak?
kang kalau aku kondem..takot org marah. patotlah aku jarang nk baca blog nih..

Tamingsari berkata...

Anon... kalau tak tahu cerite jgn sibuk nak komen apa2.

Perkara dah selesai pun, kerana Kelantan dan Terangganu sudah mengumumkan cuti pada hari Ahad (semalam)

Tak perlu komen apa2 dan kalau taknak baca blog ini, jgn masuk.

Mudah saja kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif