Sabtu, 18 Disember 2010

Malaysia Ke Final Piala AFF Suzuki : Siaran Lansung RTM Dicemari Pegulas Gagap


Tahniah kepada pasukan negara kerana berjaya mengekalkan kelebihan sekaligus menutup ego jurulatih Vietnam dan pasukan itu yang memandang rendah kemampuan pemain Malaysia. Corak bertahan Malaysia harus dipuji sekaligus memberi tekanan kepada pasukan Vietnam. 

Gol kedua Safee Sali di Bukit Jalil menjadikan bekalan Malaysia ke Hanoi, selesa.

Walaupun corak permainan dipenuhi dengan aksi lasak sehingga banyak kad kuning dilayangkan, namun pujian juga harus diberikan kepada pemain Vietnam yang jelas profesional menghadapi tekanan. 

Pujian juga harus diberikan kepada pengadil kerana berjaya mengawal perlawanan walaupun terpaksa membuat keputusan yang berat mengeluarkan seorang pemain tuan rumah selepas berlakon jatuh di kotak penalti. 

Mutu pengulas perlu dipandang serius oleh RTM

Tahniah kepada RTM kerana mengadakan siaran langsung sekaligus memudahkan rakyat Malaysia yang tiada siaran Astro di rumah menonton perlawanan ini. Namun, mutu pengulas harus ditingkatkan kerana gandingan kepada Hasbullah Awang, iaitu Hj Rahman bukan bertindak sebagai pengulas tetapi hanya merapu dan tergagap menganggu tumpuan penonton menyaksikan perlawanan itu. RTM perlu menitikberatkan perkara ini supaya tidak berulang lagi.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada pasukan Malaysia, K. Rajagopal, FAM dan seluruh penyokong pasukan Bola Sepak Malaysia.

Wallahhualam.

Penulis,


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah harimau malaya!

game taktikal tadi.. pertahanan mmg mantap.. Kunalan memang best..

TAPI... kenapa banyak buang bola sia2.. ini menyebabkan barisan pertahanan cepat penat. lebih ideal jika setiap clearance adalah hantaran tepat utk barisan serangan.. harap dpt terus diperbaiki.. majulah Harimau Malaya!

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa elok saja jemput pengulas jemputan sebelum ini iaitu Richard Scully. Cakap pun tak ada gagap, ulasan yang diberikan pum profesional

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif