Sabtu, 18 Disember 2010

Nasihat Tok Pa Terutama Kepada Rakyat Kelantan

Tok Pa, Menteri Kabeinet yang berkerja kuat demi rakyat

Rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang yang cuba merosakkan iklim pelaburan negara ekoran pelbagai tindakan mereka sejak kebelakangan ini yang boleh menggugat kehadiran pelabur asing ke dalam negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, tindakan mana-mana pemimpin yang sengaja memburukkan negara dengan cuba mencetus keadaan huru-hara di samping menabur pelbagai fitnah, adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar, Pameran dan Klinik Usahawan anjuran Gabungan Muda Berjaya di sini, hari ini beliau berkata, seluruh rakyat tidak mahu negara luar menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Beliau berkata, hasil pelbagai pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini rakyat Malaysia sudah mula menunjukkan semangat untuk bekerjasama berganding bahu bagi memajukan negara.

"Perdana Menteri sudah bawa banyak transformasi bagi memajukan negara dan kita perlu bersama membantu beliau agar iklim pelaburan negara tidak terjejas, seterusnya negara dapat melahirkan rakyat berpendapatan tinggi di masa depan," katanya.

Sumber: Bernama

Taming Sari : Sokongan penuh kepada penyataan Tok Pa !!

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif