Khamis, 30 Disember 2010

Piala AFF Suzuki : Orang Kedah, Kelantan Dan Terengganu Tidak Rasai Nikmatnya !!

Pemain negara yang turut diisi oleh pemain Kedah, Kelantan dan Terenganu meraikan 
kemenangan semalam.

Sehingga pukul 3 pagi dan bangun subuh ini, Taming Sari terus membelek Bernama.com mengharapkan ada pengumumkan terbaru dari PM yang kita sayangi untuk mengubah atau menambah imbuhan cuti supaya ia adil kepada rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tetapi sampai ke saat ini, tiada langsung pengumuman dibuat lalu Taming Sari yakin, beratus ribu rakyat Kedah, Kelantan dan Terengganu pasti amat kecewa diketepikan dari merasa nikmat cuti sempena kemenangan Malaysia di AFF Suzuki. Jelaslah, keputusan pemberian cuti itu sudah muktamad. Para pembaca sedia maklum, hari Jumaat dan Sabtu adalah kelepasan am bagi ketiga-tiga negeri itu.  

Seperti yang Taming Sari nyatakan di dalam artikel sebelum ini, cuti umum jika jatuh pada hari Jumaat di ketiga-tiga negeri itu tidak boleh dibawa ke hari Ahad. Hanya jika ia jatuh ke hari Sabtu sahaja, baru boleh dibawa ke hari Ahad. Namun, hari Sabtu ini, 1/1/2011, cuti umum awal tahun tidak disambut di tiga negeri itu sekaligus hari Ahad tetap tiada cuti. 

Dimana keadilan Tuan PM kita kerana hanya memilih satu tarikh sahaja iaitu 31 Disember yang jatuh pada hari Jumaat sedangkan tarikh itu tidak membawa apa-apa nikmat kepada rakyat Kedah, Kelantan dan Terengganu yang sudah sedia bercuti. Adakah rakyat ketiga-tiga negeri itu tidak patriotik? Adakah mereka bukan penyokong fanatik bola sepak? Jika Tuan PM kita betul-betul adil, dia seharusnya turut mengumumkan cuti pada hari Ahad, 2.1.2011 sebagai cuti di tiga negeri terbabit.

Hakikatnya, bukan soal cuti yang hendak Taming Sari perhebohkan, tetapi soal keadilan bagi merasai nikmat kemenangan mengondol Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah negara bakal lenyap dihati rakyat di tiga-tiga negeri terbabit. 

Maka, dengan pengumuman yang muktamad itu, nikmat kemenangan semalam bagaikan tiada makna kerana tuan PM hanya memberi nikmat itu kepada negeri selain Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tahniah PM, inilah keputusan paling adil yang pernah Taming Sari lihat. Tahniah !!

Wallahhualam.

Penulis,

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huhuhu sedey ni...

sy pun org kedah jgak....

Tanpa Nama berkata...

Maklumat anda salah. Di Kedah, kalau cuti umum Hari Jumaat, blh ganti hari ahad kecuali hari sabtu tak blh ganti. Tgk apa MB Kedah nak kata pulak. Kuasa cuti di Kedah di bwh kuasa MB Kedah.

Tamingsari berkata...

Dulu sy pernah berkerja di Kedah mungkin dah terlupa...

Kalau begitu, orang Kelantan dan Terengganu sahajalah dianak tirikan...

Dah takde rezeki... Redho je lah.

ojah berkata...

sy org terengganu.. sedey niii ;(

Tanpa Nama berkata...

kuasa cuti terletak pada state..so MB tiap2 negeri pulak yg kena umumkan..dia sama mcm konsep bonus, PM umum bagi peringkat Federal, dan MB akan umum utk follow di peringkat state..tak boleh salahkan PM, takkan dia nak huraikan satu persatu..pentadbiran negeri harus bijak dlm menanggani isu ini..so, pd rakyat negeri2 yg terbabit, cepat2 lah bunyikan hal ni pd pentadbir negeri masing2..
-anakjin-

Daniel berkata...

Betul tu...kuasa cuti untuk negeri di tangan MB & seterusnya di tangan majikan. Ada majikan tak peduli cuti...kerja jugak biarpun PM dah umum. Buat masa skg Ustaz Azizan tak umum lagi...jadi tak cuti la kot.

Tanpa Nama berkata...

baik sangka sudahlah. Cuti mereka tidak sedikitpun terjejas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif