Rabu, 8 Disember 2010

Raja Melayu Tidak Redho Dengan Perjuangan Pakatan Rakyat


Apabila Sultan Ibrahim bertitah hari ini dan menekankan pri pentingnya orang Melayu menjaga hak istimewanya dan menghormati ketuanan Melayu yang merangkumi Kedaulatan Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, maka lengkaplah seramai 4 orang Raja Melayu tidak redho dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Sebelum ini titah SPB YDP Agong, Sultan Perak dan Sultan Pahang melahirkan rasa kesal mereka ke atas kumpulan ekstrimis yang menidakkan ketuanan Melayu.


Wajah Pak Lawak Dan Pengkhianat Kepada Bangsa Melayu

Cadangan Sultan Johor menukar istilah Ketuanan Melayu kepada istilah Kedaulatan Melayu adalah cadangan yang bernas bagi mengelak kesilapan tafsir oleh orang bukan Melayu. Orang no. 1 MCA pun sehingga kini masih gagal memahami konsep ketuanan Melayu sehingga dengan lantangnya meminta UMNO tidak mengunakan istilah itu lagi. Jadi cadangan Sultan Johor boleh diambil maklum dan perhatian.

Pastinya satu-satu hujahan dibuat oleh mereka yang berpengaruh dengan menidakkan pendirian Pakatan Rakyat yang jelas menyalahtafsir istilah ketuanan Melayu ini dan seterusnya menimbulkan syak yang buruk dari kalangan orang bukan Melayu kepada Melayu. Keluarga Anwar dan PKR sepakat membakul sampahkan ketuanan Melayu kerana mereka gagal memahami konsep itu. 

Jadi, kenyataan orang no. 1 negara dan negeri pasti menjadi satu tamparan hebat buat keluarga Anwar dan PKR ini.

Wallahhualam.

Penulis,



4 ulasan:

Wake UP! berkata...

Kedaulatan Melayu harus dipertahankan dengan menolak Pakatan Rakyat yang telah banyak membodohkan penyokong mereka.

Tanpa Nama berkata...

salam.
aku anak melayu yang akan menyedarkan bahawa melayu itu semakin mundur dengan pendidikan.
nak bagi nasihat...
ajarlah anak2mu agar pada masa depan mereka takkan mudah ditipu oleh bangsa lain ataupun bangsa sendiri.
aku tak punya harta.. tapi aku punya tenaga untuk bergerak supaya sedikit2 aku ubah hati bangsa melayu untuk terus belajar.

Tanpa Nama berkata...

Kalau sesiapa tidak mahu lagi haknya, dipersilakan segera buat surat pelepasan hak individunya dan hantar kepada YDPA dan salinan kepada Yang diPertuan negeri masing-masing - habis cerita. - jangan dok cakap saja. Salinkan juga satu copy kepada UMNO, PAS, dan PKR.

Hak orang-orang Melayu lain jangan nak persoalkan dan dijadikan isu politik - itu untuk orang-orang Melayu dan Raja-Raja melayu fikirkan.

Saya mahu hak orang melayu kekal untuk saya sekeluarga sampai 7 keturunun, dan begitu juga setiap keturunan saya untuk 7 keturunan mereka.

Hak itu adalah hasil kebijaksanaan nenek moyang dan warisan bangsa Melayu yang perlu dibanggakan dan dipertahankan. Allah tidakmerubahnasib satu bangsa kecuali bangsa itu sendiri merubahnya.

Mana-mana individu yang lantang tidak mahu lagi dipersilakan buat surat pelepasan - habis cerita.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KedaulatanMelayulebihsesuai_/Article/

'Kedaulatan Melayu lebih sesuai'
Oleh Mohd Zin Ali
mdzin@bharian.com.my
2010/12/09
Sultan Johor gesa orang Melayu muhasabah

“Apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

“Awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri Melayu belum dijadikan Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta bersama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak kaum lain terus dijaga dan dihormati serta dijamin Perlembagaan,” titah baginda ketika merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor di sini, semalam.

Tanpa Nama berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Kebenaran dalam ketuanan Melayu
Oleh NORALI NORDIN

Apakah kandungan Perlembagaan Persekutuan? Di antara asas penting Perlembagaan Persekutuan ialah di bawah Perkara 3, bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Di bawah Perkara 32 (1) bahawa Kepala Utama Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dilantik di antara Sultan-Sultan yang menganggotai Majlis Raja-Raja.
Di bawah Perkara 152, bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Malaysia. Dan, di bawah Perkara 153, bahawa orang-orang Melayu di beri hak keistimewaan berbanding bangsa Cina dan India. Di samping itu, di bawah Perkara 89, terdapat peruntukan mengenai tanah Rezab Melayu dan lain-lain peruntukan yang melindungi orang-orang Melayu.
Jika diperhatikan kesemua Perkara-perkara yang membentuk teras Perlembagaan seperti yang tersebut di atas adalah bertunjangkan bangsa Melayu. Ia tidak boleh dipinda walaupun dengan undi 2/3 Parlimen kerana menurut Perkara 159 (5) ia memerlukan kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu.
Mengapakah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk melindungi hak-hak Melayu? Perkara ini terjadi kerana semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (sebelum ditukar nama kepada Malaysia), Suruhanjaya Reid iaitu pihak yang bertanggungjawab menulis Perlembagaan Persekutuan, mengakui bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu. Kerana itulah juga namanya disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Keseluruhan perkara-perkara yang diperincikan oleh Suruhanjaya Reid melalui Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi orang-orang Melayu sebenarnya adalah sebagai timbal balas kepada kesanggupan Raja-Raja Melayu memberikan kewarganegaraan secara jus soli kepada sejuta orang bangsa Cina dan India yang diambil sebagai pekerja oleh pihak British.
Secara dasarnya, para pekerja ini apabila habis kontrak bekerja maka mereka wajib dibawa balik oleh British ke negara masing-masing.... .Sepatutnya, pihak British membawa kesemua pekerja ini ke England dan memberi kerakyatan British.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif