Sabtu, 4 Disember 2010

Rakyat Kena Kurangkan Mobiliti Dan Kurangkan Gula

Apa lagi yang boleh dikata. Selepas kenaikan harga minyak dan gula di dalam gelombang ke dua ini seharusnya menjadi ikhtibar kepada kita semua untuk menilai perkara ini dari sudut positif.

Walaupun kerajaan ada rasionalnya dengan keputusan ini namun Taming Sari tetap membangkitkan persoalan, adakah Pengurangan Subsidi Satu Tindakan Terbaik Bagi Mendapatkan Dana Segera? yang perlu dijelaskan kerajaan sebelum pembangkang memanipulasi isu ini.


Apa yang perlu rakyat lakukan kini adalah mengubah cara hidup yang kita amalkan selama ini.

Bagi isu rumah, kurangkan mobiliti ke tempat-tempat yang tidak penting. Jika terpaksa pergi juga, naiklah kenderaan awam seperti LRT atau BAS. Kalau boleh jangan pergi langsung jika ia tidak penting.


Kurangkan gula dalam masakan. Ia boleh mengurangkan risiko penyakit diabetis. Ini juga antara alasan kerajaan mengapa mereka berani mengurangkan subsidi ke atas gula seperti mana mereka berani menaikkan cukai rokok.  

Berjimat cermatlah di dalam pengunaan gas memasak. Cabut kepala gas dari tong gas selepas selesai memasak kerana jika tidak dicabut, gas akan tetap masuk dan meresap walaupun api tidak dinyalakan. Ini bukan sahaja berlakunya pembaziran, tetapi juga mendatangkan bahaya kepada kita.

Jika sehingga ke tahap ini rakyat yang didahulukan ini mampu menyesuaikan diri dan berjimat dengan keadaan ekonomi sebegini, Taming Sari seru kepada kerajaan untuk turut mampu menyesuaikan diri dengan teori ekonomi, pilihan dan kos lepas bagi menghadapi sumber yang terhad.

Untuk membuat banyak pilihan, perbanyakkan sumber. Untuk perbanyakkan sumber, terokai lagi pelbagai bidang dan untuk terokai pelbagai bidang sediakan dana yang cukup. Dana yang cukup perlu dikorek dengan pinjaman dalam negeri atau luar negeri tanpa perlu menyusahkan rakyat dengan mengambil peruntukan subsidi.

Wallahhualam.

Penulis,


3 ulasan:

Double-Y berkata...

salam.. jika tidak keberatan sila pautkan blog saya www.yuseriyusoff.blogspot.com

Terima kaseh sahabat..

hisham berkata...

gula naik harga ada baiknya...sepatutnya kerajaan naikan sehingga rm3.00.
apa salahnya kita kurangkan gula dalam minuman..atau makanan..baik untuk kesihatan.
selama ini pun subsidi gula bukan rakyat yang dapat sepenuhnya..penguasaha makanan yang untung besar.
belum ada rakyat malaysia mati kerana tak makan gula..sakit kerana kekurangan gula dalam darah tu ada juga aku dengar sesekali...
tapi yang biasa kita lihat dan dengar ialah penyakit terlebih gula..
kencing manis,darah tinggi...lemah jantung dan macam2 lagi mempunyai kaitan dengan pengambilan gula berlebihan..
rakyat malaysia ramai yang gemok2 dan terlebih berat badanya...
macam si arman perkasa tu...badan macam anak gajah tu kalau di suruh kejar musuh larat ke???
bawa badan sendiri pun belum tentu larat...camna nak menentang musuh ugama,bangsa dan negara.
eloklah kita berjimat....
kurangkan guna kenderaan sendiri...jimatkan penggunaan gula...kurangkan memasak...
menabung dalam ASB nanti kita bolih beli rumah berharga rm500,000.00 di pulau pinang.

Undi BN berkata...

Kenapa perlu dana segera kecuali untuk sesuatu bukan kehendak perbelanjawan. Kenapa kerajaan begitu terdesak untuk dana segera....kerajaan wajar naikkan harga minyak jika harga minyak dunia naik. Harga minyak masih stabil dan kerajaan menaikkan harga minyak menunjukkan kelemah pengurusan kewangan atau Malaysia memang kekurangan dana seperti heboh diperkatakan oleh kakitangan awam..ada yang tak kena ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif