Rabu, 15 Disember 2010

Rakyat Masih Mempercayai Anwar !!







Semua gambar ini telah diambil seorang blogger pakatan ketika ceramah Anwar di Taman Melawati malam tadi

Berbuih sudah mulut ramai orang mendedahkan pendedahan portal Wikileaks berkaitan dengan kebenaran wujudnya perbuatan liwat melibatkan Anwar Ibrahim. 

Disebabkan dari awal lagi, Anwar serta kuncu-kuncunya berjaya menghilangkan kepercayaan rakyat kepada media arus perdana, maka apa yang didedahkan oleh media cetak dan elektronik arus perdana langsung tidak dipedulikan oleh sesetengah rakyat. Inilah sumber kekuatan yang mampu memberi kecergasan kepada Anwar di saat kakinya sudah mengeletar dan jiwanya sudah tertekan akibat dari pendedahan ini.

Apa yang Taming Sari harapkan adalah, rakyat jangan cepat percaya dengan helah Anwar ini. Dia dan rakannya sangat berhajat mahu merintah persekutuan dan dek kerana itu, biar apa pun kebenaran yang tercipta menghalang usaha mereka, mereka akan cuba sedaya upaya menutupnya dengan pembohongan dan fakta-fakta rekaan. 

Pendedahan Wikileaks adalah pandangan dari luar yang tidak ada kena mengena dengan UMNO dan BN. Semua terkejut dengan pendedahan ini kerana orang yang dikatakan tahu mengenai skandal Seks Luar Tabii ini adalah bekas Perdana Menteri Singapura sendiri yang sinonim dengan DAP di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika secara seriusnya DAP mempunyai niat jahat untuk mempergunakan Anwar asalkan hasrat mereka untuk memerintah negara tercapai. 

Karpal Singh selaku pengerusi DAP yang kini menjadi peguam bela pertama kes liwat Anwar ke atas Saiful tidak mungkin tidak tahu mengenai skandal anak guamnya. Disebabkan dia berhajat mahu mempergunakan Anwar pada PRU13 bagi mendapatkan sokongan PAS dan orang Melayu, dia rela melakukan apa sahaja bagi menangguhkan perbicaraan Anwar. 

Pembaca boleh mengkaji semula kes liwat ini dan lihatlah kronologi bagaimana ia boleh tertangguh sehingga ke hari ini. Selepas PRU 13, jika pakatan memerintah persekutuan, dikala itu, Anwar sudah tidak diperlukan. Singh dan barisan peguam akan membuat onar pada Anwar dan di kala sudah memegang tampuk TPM, DAP akan sumbatkan Anwar di dalam penjara dan mereka akan ambil tampuk PM pula. Telahan ini ada kebenarannya jika kita kaji semula tindakan dan peranan mereka sekarang ini yang lebih beropera.

Rakyat perlu rasional dan menerima kenyataan bahawa Anwar bukanlah pemimpin yang membawa harapan baru. Dia adalah pengkhianat bangsa, agama dan negara. Kes liwatnya dan segala bukti yang tersembul adalah berkat doa Saiful di Mekah dan semua ini tidak akan wujud jika ia tidak benar-benar berlaku. Seperti kata pepatah, jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Wallahhualam.

Penulis,



3 ulasan:

org taman melati berkata...

Relaks la bro,

kalau aku counter balik senang aje.
cuba compare crowd yang datang dengar anwar masa pru 2008 dengan yang datang malam semalam. jauh banyak merudum yang datang.

Lu tak boleh expect anwar dah tak ada supporter lagi. lagipun atas pagar masih ramai. so, jangan panik. sebenornya anwar yang patut panik.

PS aku pun lalu kat situ masa pi pasar malam melati tu.

Mohd Ridzuan berkata...

Yang penting korang semua dah buka mata aku..

:)

Tanpa Nama berkata...

Hanya mereka yang buta mata hati saja yg percayai kat anwar. Itu pun kerana mereka bersekongkol mengejar kebendaan dan kepentingan diri sendiri. Jadi mereka menggunakan blog untuk menabur fitnah terhadap sesiapa yang menggugat pakatan syaitan mereka untuk menghancurkan ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif