Ahad, 5 Disember 2010

Selepas Bertempur Dengan Polis, Selesai Ke Masalah Air Di Selangor?

Sesiapa sahaja yang bersama di dalam Demo air Puak Pakatan Rakyat hari ini jelas mereka yang bodoh. Bodoh dalam erti kata gagal menilai dan mengenalpasti punca masalah yang dihadapi.



Sayang sekali, golongan mahasiswa pro-pembangkang turut sama diperbodohkan oleh mereka ini sedangkan mereka tertakluk kepada AUKU dan boleh mengancam masa depan pembelajaran mereka. Mahasiswa sekarang ini terlalu sempit pemikiran mereka malah cepat melatah dan percaya kepada anasir pembangkang tanpa terlebih dulu menilai perkara ini sedalamnya.

Isu ini isu terpencil yang melibatkan masalah kerajaan negeri dan menjadi tangungjawab kerajaan negerilah untuk menyelesaikannya. Kalau pembaca lihat alasan kerajaan Selangor dan pemimpin penjenayah Pakatan Haram ini memberi alasan, anda akan dapat melihat maksud sebenar yang mereka utarakan. Lihat sini. Usaha TV1 dan TV3 sungguh murni bagi menjelaskan kepada rakyat apakah sebenarnya yang berlaku antara Kerajaan Selangor Pakatan Haram dengan Syabas. Lihatlah penjelasan dari Pengawai Syabas dan DS Khir Toyo ketua pembangkang DUN Selangor mengenai isu ini. Ianya jelas tidak ada pengkhianatan malah apa yang dilakukan Syabas adalah satu usaha yang murni.

Apa yang dilakukan Syabas sehingga mendatangkan kemarahan Pakatan Rakyat Selangor? Segalanya bermula selepas Syabas melancarkan tabung budi di Selangor. Itu sahaja sebabnya. Tabung budi, dilancarkan Syabas pada bulan Julai 2010 bertujuan bagi menyalurkan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM11 kepada setiap meter kepada isu rumah melalui skim air percuma. Syabas telah membuka kepada isi rumah yang  mampu untuk tidak menerima bantuan itu untuk mengembalikan wang tersebut kepada Syabas supaya Syabas boleh memberikan air percuma kepada mereka yang betul-betul berhak.

Melalui maklumat Syabas, ramai pihak terutama ahli koporat, orang perseorangan dan warga Syabas sendiri menyambut baik pelancaran Tabung Budi ini kerana ia bukan satu kewajipan tetapi berdasarkan kehendak individu itu sendiri. Di sini, tiada sesiapa pun yang akan tertindas malah ramai yang menghulurkan sumbangan dengan mengembalikan balik nilai air percuma itu ke dalam tabung budi dan membolehkan Syabas membantu mereka yang lebih memerlukan. Ini yang dinamakan mereka sebagai "Rakyat Bantu Rakyat"

Percaturan inilah yang menjadi kemarahan kerajaan Selangor apabila popularinya ke atas rakyat terancam melalui skim ini kononnya ia telah dimanipulasi oleh Syabas. Mereka sebenarnya lebih sayangkan nama dan wang itu sedangkan wang itu tidak kemana-mana kerana ia berbalik semula kepada rakyat malahan ia terus kepada rakyat yang memerlukan. Jelas sekali Tabung budi langsung tidak mempunyai apa-apa keraguan selain Pakatan Rakyat sengaja membesarkan isu ini semata mahu menunjuk lagak ego mereka.

Jika benar mereka nak perjuangkan nasib rakyat, mengapa mereka naikkan tarif air di Kedah dan P.Pinang? dan adakah UMNO anjurkan demo? Siapa yang berperangai seperti seekor beruk sekarang ini?

Persoalan yang Taming Sari ingin bangkitkan kepada mereka yang sertai demo ini, adakah akan selesai masalah anda jika menyertai demo ini? Pakatan Rakyat sengaja mahu mengumpul anda semua melakukan huru-hara sedangkan yang sepatutnya menyelesaikan salah faham ini adalah antara kerajaan Selangor dan Syabas.

Hanya orang yang bodoh sahaja menyertai demo ini. (gambar demo anda boleh tengok di blog pembangkang ini)

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif