Isnin, 6 Disember 2010

Siapa "Rakyat" Yang Dimaksud Oleh Hj Hadi?


Bagi Taming Sari, Hj Hadi hanya hipokrit. Dia mungkin melihat sokongan itu semata kepada penyokongnya sahaja dan tidak realistik melihat sokongan sebenar rakyat sekarang ini. Kenyataan Hadi mengatakan DS Najib sebenarnya gelabah berhubung kutukan Pengerusi BN itu ke atas pembangkang semasa ucapan dasarnya di Konvensyen BN.

Menurut Hadi, yang dinyatakan di Haprakdaily :
Mengulas ucapan Najib itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Najib sudah tidak mampu lagi menyembunyikan ketakutannya berdepan sokongan kuat rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
"Kita melihat ucapan itu menunjukkan kegelabahan BN dalam menghadapi perkembangan terkini Pakatan Rakyat.
"Malah mereka sebenarnya agak terkebelakang mengadakan konvensyen daripada kita Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau membandingkan dengan Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan kali kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.
Selain menuduh Pakatan Rakyat anti nasional, Najib semalam turut menuduh PKR sebagai nepotisme manakala PAS dituduh menjalin kerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara.

Apa yang dikatakan oleh DS Najib itu sememangnya benar dan tidak ada keraguannya lagi. Keadaan politik semasa yang diwarnai mereka sangat jelas menuju ke sikap anti nasional, nepotisme, pembohong besar, petualang bangsa dan pengkhianat negara. Najib bukan berkata kerana gelabah tetapi kerana yakin dengan semangat perpaduan dan transformasi di dalam BN malah mahu rakyat sedar hakikat ini. Hj Hadi sahaja yang gelabah dengan semangat itu.

Lihatlah pendedahan yang dibuat diblog ini dan blog-blog sahabat perjuangan Taming Sari bagi mengukuhkan kenyataan DS Najib itu. Tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikannya. 

Hj Hadi hanya bermimpi mengatakan rakyat semakin menyokong Pakatan Haram ini sedangkan semakin hari apa yang Taming Sari nampak, mereka yang selama ini gelap mata dan buta hati sudah kembali kepada perjuangan asal. Jika seorang pemimpin PKR keluar parti, mungkin 100 penyokongnya dikalangan rakyat jelata menurut jejaknya. Bukan dikalangan rakyat sahaja, dikalangan blogger mereka juga sudah beralih arah.

Jadi, siapa "rakyat" yang Hj Hadi maksudkan itu?

Wallahhualam.

Penulis,





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif