Rabu, 29 Disember 2010

Telahan Sotong Indon Tepat : Indonesia Menang, Malaysia Juara !!

Safee Sali, pemenang kasut emas edisi kali ini dengan 5 gol.

Khairul Fahmi Che Mat. Inilah pemain yang seharusnya dilabelkan 
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir kerana ketangkasannya mengawal gawang Malaysia.

Semasa Taming Sari memandu kereta petang tadi, Radio THR Gegar telah menyiarkan berita bahawa sotong Indon yang diletakkan di dalam sebuah akuarium telah memilih Indonesia sebagai pemenang malam ini. Jesteru semua peminat Indonesia ingatkan sotong itu memberitahu mereka turut menang mengalahkan Malaysia secara agregat namun hakikatnya telahan si sotong itu hanya kemenangan 2-1 Indonesia. Ternyata Glora Bung Karno yang menjadi saksi kekalahan teruk Malaysia kepada Indonesia di perlawanan kumpulan turut menjadi saksi, Malaysia menjadi juara buat kali pertama Piala Asean, Suzuki.

Langkah sotong itu akhirnya berhenti ke bendera Indonesia.

Tahniah kepada pasukan Malaysia dan kejayaan ini adalah hadiah paling berharga kepada peminat bola sepak tempatan yang sangat-sangat mengharapkan Malaysia dipandang tinggi diperingkat Asia Tenggara. Begitu kepintanya sorakan penyokong Malaysia yang berkampung di  skrin TV melihat siaran langsung RTM apabila Safee Sali menjaringkan gol ke-4 Malaysia.

Tahniah juga kepada kerajaan kerana telah merencana begitu lama akademi bola sepak sekaligus pemain muda kita begitu dihormati setanding pemain-pemain senior antarabangsa. Jelas kematangan mereka, keupayaan mereka, tenaga mereka lebih baik dan lebih berkualiti berbanding pemain senior lain. 

Tahniah kepada K. Rajagopal selaku pengendali paling tenang dan tidak memberi tekanan kepada anak buah. Strategi Rajagopal adalah kunci kepada kejayaan Malaysia. 

Tahniah kepada penyokong Indonesia yang setia memberi sorakan semangat ketika piala AFF Suzuki dijulang oleh Safiq Rahim. Semangat kesukanan ini sangat terserlah diwajah mereka walaupun pasukan mereka tewas. 

Tahniah sekali lagi Taming Sari ucapkan kepada Satu Malaysia kerana bola sepak ini, meyatupadukan semula rakyat Malaysia sekaligus patriotisme di dalam jiwa masing-masing amat membara.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah..tahniah...Malaysia boleh!!!!


-AnuwarShamsidar-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif