Sabtu, 25 Disember 2010

Tolak Satu Malaysia, Tolak Perpaduan !!


Taming Sari : Kerajaan negeri Selangor terlalu sempit pemikiran mereka apabila mencampuradukkan budaya politk busuk mereka dengan nilai-nilai murni yang cuba dipupuk oleh kerajaan persekutuan. Terbaru mereka telah mengharamkan logo 1 Malaysia dipaparkan dipapan iklan permis-permis perniagaan di negeri itu yang menimbulkan rasa kesal ramai rakyat Selangor kerana mereka sedar, gagasan itu ada manafaatnya.

Apa yang penting di sini, 1 Malayia bukannya melambangkan politik UMNO semata-mata, tetapi ia adalah idealis Perdana Menteri bagi mewujudkan satu wadah perpaduan di kala rakyat sudah mula berpecah-belah dan rasa curiga antara kaum mula wujud hanya kerana sikap pembangkang (Pakatan Rakyat) sendiri yang suka menyentuh isu-isu sensitif.

Anwar Ibrahim laknattullah inilah manusia paling bertangungjawab mewujudkan perpecahan antara kaum manakala, Nik Ajis Al Selipar pula pencetus kepada perpecahan ummah Melayu Islam di negara ini. Anwar dengan lantangnya mewujudkan rasa curiga kaum Cina dan India dengan Melayu apabila menuduh Melayu UMNO rasis dan anti-Cina dan India. Dihadapan orang Melayu pula dituduhnya cina dan india sebagai pendatang dan rasis serta mewujudkan rasa curiga kaum Melayu kepada Cina dan India. Lalu manusia hina ini berjanji bermacam-macam sehingga janji itu tidak tergapai olehnya sendiri. Nik Ajis tolak perpaduan sesama Islam hanya kerana sayangkan kerusi politiknya dan lebih rela berkawan dengan DAP yang pernah dilabelkan oleh DAP sebagai syaitan.

Inisiatif 1 Malaysia adalah gagasan terbaik menyatupadukan semula rakyat di negara ini kerana perpaduan di dalam negara ini merupakan perkara ajaib ke-8 dunia. Banyak negara lain begitu kagum dengan Malaysia kerana berjaya mempertahankan perpaduan kaum selama lebih setengah abad.

I Malaysia perlu dipertahankan kerana jika kita hendak mengharap pembangkang, mereka asyik hendak memecahbelahkan kaum dan mewujudkan huru hara sesama kita semata. Semua kaum harus bersatu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang kukuh memegang prinsip perlembagaan dan menjaga sensitiviti sesama kaum. Negara Malaysia kita ini hanya ada satu dan jika kita sudah  tidak boleh bersatu, maka rosakkan impian kita semua mahu menuju ke negara maju. 

Kepada pembaca sekalian, inilah bukti bahawa Pakatan Haram tidak pernah setuju dengan perpaduan malah merekalah pencetus kepada sikap rasis setiap kaum. 
________________________________________________________________

Rujukan : Utusan Malaysia

Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia hanyalah berlandaskan kepentingan politik semata-mata tanpa mahu memikirkan mengenai kebaikan di sebalik gagasan itu.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesal dengan tindakan kerajaan negeri itu yang jelas membelakangkan perpaduan demi kepentingan politik.

Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan negeri diterajui PKR penakut.

"Tidak patut buat begitu kerana seolah-olah mereka mahu menyisihkan Selangor daripada arus perdana sedangkan gagasan itu kian diterima majoriti rakyat negara ini.

"Demi memastikan rakyat Selangor menolak kepimpinan Perdana Menteri, mereka menghalang penggunaan logo yang membawa erti perpaduan. Itu membuktikan mereka sebenarnya rasa terancam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar kelmarin bahawa kerajaan PKR Selangor mengeluarkan arahan melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri itu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Punjabi Malaysia, Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal turut kecewa dengan larangan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak tahu untuk menjaga hati rakyat yang mencintai perpaduan dengan mempamerkan logo tersebut di premis-premis perniagaan mereka.

"Logo itu bukannya memberi erti tidak baik malah, menunjukkan kita semua adalah satu serta sama dari segala sudut tanpa mengira warna kulit serta agama.

"Tolonglah jangan kaitkan politik dengan kebaikan kerana ia hanya menyusahkan rakyat. Jika anda pembangkang sekali pun, adakah logik idea Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO tidak boleh digunapakai sedangkan ia menjurus ke arah kebaikan? Fikirlah dengan minda terbuka," ujarnya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Wong Chin Chong dalam pada itu turut menzahirkan harapan yang sama dengan Daljit.

"Cuma letakkan logo yang bermaksud perpaduan, takkanlah boleh meninggalkan kesan kepada kerajaan negeri?

"Ada pihak yang mempunyai agenda tertentu. Janganlah mencampuradukkan antara politik dengan perpaduan yang cuba kita bina kini," katanya.
___________________________________________________________________

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Mahathirjual737RM1 berkata...

Everyone knows Mahathir father is an Indian from Kerala.

As usual Indians will balek kampung whenever they have the chance.

The prodigal Indian son is back hehehe.

after giving monopoly astro, IPP,measat, gambling to ananda.

two 737 planes to Fernandex for RM1 .

Melayu has been taken for a ride. One an Indian always an Indian..

Untuk tahu kenapa Mahahtir jual AirAsia bernilai RM400 juta untuk RM1 kepada Fernandex sila baca di
http://airasiaannus.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif