Khamis, 30 September 2010

Kenaikan Harga Minyak dengan Kenaikan Harga Air: Mana Lebih Zalim?

Laporan Buletin Utama Tv3 malam tadi begitu memeranjatkan apabila dua negeri dibawah Pakatan Rakyat telah mengishtiharkan kenaikan tarif air.

Semasa janji pilihanraya 2008, semuanya dijanjikan turun, tapi bila dah jadi pemerintah, baru semua nak dinaikan. Alasan kos overhead lah, kos ini, kos itulah, alasan tidak mampu menampung subsidi juga menjadi perisai utama kepada keputusan kenaikan tarif air ini.

Kesemua alasan ini baru diperakui oleh Pakatan Rakyat yang kini berpeluh ketiak melayan kerenah rakyat dan mempertahankan kesejahteraan rakyat.

Bagaimana sukarnya kerajaan BN dahulu mahu membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak bagi mengelak kerajaan menampung kos subsidi minyak yang terlalu tinggi, pihak pembangkang hanya tahu mencari helah dengan teori ekonomi palsu dan menipu rakyat serta mencanang bahawa kerajaan BN zalim.

Semasa Menjadi Pembangkang, Asyik Membangkang, Semasa Jadi Pemerintah, Baru Terkangkang-Kangkang. Inilah istilah yang sesuai ditujukan kepada puak Pakatan Rakyat.

Antara air dengan Minyak mana lebih kejam dinaikkan?

Kalau secara lojiknya, bukankah Malaysia ini kaya dengan sumber air? antara sumber air dengan sumber minyak, Malaysia lebih kaya dengan air.

Jadi, jawapan ekonomi dan perniagaanlah bakal menjawab kepada kenaikan ini. Kos-kos overheadlah menjadi punca dan penyebabnya. 

Mengapa alasan ekonomi kerajaan BN semasa kenaikan harga minyak dahulu bagi menangkis tomahan pembangkang dijawab dengan alasan lojik? 

Rakyat pasti akan marah kepada kerajaan Kedah dan Pulau Pinang atas kenaikan tarif ini? Apa jawapan lojik yang akan diberikan?

Jadi, Taming Sari sangat yakin, PAS, PKR dan DAP semakin nampak, bahawa menjadi pemerintah bukan sesuatu yang mudah. 

Kita sama-sama tunggu apa jawapan Pakatan Rakyat atas tindakan drastik menaikan tarif air ini sedangkan di negeri-negeri Barisan Nasional tarif air masih mampu lagi menampung kos overhead pengurusan air. Tambahan pula, Lembaga Air Perak mampu memberi bonus tiga setengah bulan gaji kepada stafnya seperti yang dilaporkan oleh Taiping Mali. Bagaimana LAP boleh mengawal overheadnya sehingga mampu seyakin ini meraikan stafnya.

Jadi jawapan itu ada pada dua syarikat air dibawah seliaan kerajaan negeri ini. 

Wallahhualam.

Penulis,

Semuanya Kerana Nik Aziz

Taming Sari ada sesekali bersembang dengan orang-orang kampung di Kelantan. Rata-rata jawapan yang Taming Sari dengar sama sahaja. 

Mereka mengatakan bahawa PAS di Kelantan ini hanya akan bertahan jika Nik Aziz menjadi ketuanya.

Walaupun pelbagai cemuhan dan kritikan berapi dari kem pembangkang negeri Kelantan, sesungguhnya ke semua saf pimpinan PAS Kelantan begitu taksub dan hormat kepada Nik Aziz dan tidak ada seorang pun berani melawan kata-kata Nik Aziz. 

Dengan status "orang tua" malahan digelar sebagai Tok Guru, Nik Aziz tidak pernah dianggap salah malah segala tindakan dianggap betul dan menjadi ikutan mereka. Kata-katanya pula dibukukan seakan menyamakan Nik Aziz seperti wali Allah yang agong.

Dek kerana itu, rakyat Kelantan juga terikutkan rentak ini dan kerana terlalu sayangkan Nik Aziz, orang Kelantan tidak termakan dengan pujuk rayu BN walaupun disogokkan dengan janji pembangunan. 

Bukti paling jelas dan nyata adalah, ketika PRU-12, BN telah berjanji untuk menyediakan peruntukan bagi memperbaiki sistem Air di Kelantan. Namun, dek kerana sayangnya mereka kepada Nik Aziz, rakyat Kelantan sanggup mengorek telaga dan bersabar menghadapi masalah air walaupun kini masalah itu sudah berlarutan selama 20 tahun lebih.

Orang-orang Kelantan juga tidak yakin samaada selepas Nik Aziz tiada nanti ada atau tidak sesiapa bakal mengantikan tempatnya dan mereka yakin, apabila Nik Aziz tidak bertanding lagi, PAS sudah hilang bisa dan mungkin akan hanya duduk di kerusi pembangkang.

Jelas, Kelantan berada dibawah pengaruh PAS hanya kerana Nik Aziz. 


Pada PRK Galas, Pas pasti akan banyak mempermainkan isu agama serta mencampur adukkan isu royalti demi mengekalkan kerusi DUN Galas. Gambar Nik Aziz sedang berdoa dengan pakaian lusuh akan menjadi modal paling biasa buat PAS untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan, Nik Azizlah pemimpin paling zuhud yang mereka ada.

Wallahhualam.

Penulis,



1'000'000 Bakat Profesional Negara "Lari" : Tengku Datuk Zafrul Aziz

Penghijrahan hampir satu juta bakat termasuk separuh daripadanya adalah profesional tempatan ke luar negara perlu dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 18 bulan sejak Januari 2008 berbanding 140,000 pada tahun sebelumnya.

Difahamkan kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat, Eropah terutamanya United Kingdom dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz (Gambar) berkata, penghijrahan itu menyebabkan sektor-sektor ekonomi negara terutama dalam industri kewangan sukar mendapat bakat-bakat yang diperlukan.

Menurutnya, meskipun banyak alasan yang diberikan sebagai penyebab penghijrahan itu tetapi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tawaran gaji yang lebih lumayan.

Beliau berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan.

''Jika perkara ini tidak diatasi segera, bagaimana kita boleh bersaing dengan negara-negara serantau ini?'' katanya pada sesi perbincangan di Forum CEO 2010 di sini hari ini.

Beliau turut membangkitkan kemerosotan prestasi universiti tempatan di kalangan universiti dunia.

''Universiti Malaya kini di tempat ke-42 berbanding 39 sebelum ini, begitu juga dengan Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan ke-55 daripada 51.

''Sedangkan Singapura di tempat ketiga dan Amerika Syarikat di kalangan tempat lima terbaik. Jika begini bagaimana graduan kita mahu bersaing, setidak-tidaknya dengan Singapura, Indonesia dan Thailand,'' tambahnya.

Tengku Zafrul berkata, negara juga perlu mengkaji dan melihat semula mengapa negara ini semakin hilang daya saing dan ketelusan.

Buktinya, kata beliau, pada tahun 2008/09, Malaysia berada pada kedudukan ke-21 dalam aspek tersebut dan prestasi terus merosot di tangga ke-24 pada 2009/10, sedangkan negara pesaing terdekat, Singapura terus selesa di tempat keenam.

Selain itu, beberapa masalah lain perlu diberi perhatian termasuk masalah birokrasi dan fokus menangani perlakuan terlebih peranan serta tidak menggunakan sepenuhnya sistem berdasarkan merit.


Kata Taming Sari: Mungkin berita ini jarang diolah oleh blogger kita namum Taming Sari rasa ini juga adalah isu besar yang boleh mengancam masa depan negara kerana ia melibatkan banyak aspek.

Dalam konteks ekonomi, banyak sektor utama yang memerlukan profesional dan dambakan muka-muka tempatan. Malaysia sudah merdeka selama 53 tahun, pastinya sistem akademik negara sudah banyak melahirkan profesional tempatan yang berkebolehan dari segala aspek.

Inilah akibatnya apabila semangat patriotisme tidak diletakkan sebagai aras utama dalam memilih  kerjaya dan meletakkan kehendak peribadi melebihi segalanya.

Paling malang, kerajaan juga kehilangan profesional yang ditajanya melalui pelbagai skim pembiayaan pelajaran kerajaan.

Kepada pakar-pakar dan profesional yang dulunya meratah duit kerajaan kerana mahu mengenggam segulung ijazah, kembalilah ke pangkuan negara dan berkhidmatlah di sini dengan keihklasan.

Ingatlah pada negara yang sudah banyak berkorban demi menaikkan martabatmu.


Namun, seperti yang dinyatakan oleh Tengku Zafrul, birokrasi dan ketidaktelusan di dalam pemilihan pekerja oleh jabatan perkhidmatan awam boleh juga dijadikan punca mengapa mereka lari ke luar negara.

Wallahhualam.

Penulis,

Wang Hasil Judi VS Wang Cukai Judi

Taming Sari terpanggil untuk mengulas mengenai kejadian paling terajis melibatkan satu majlis bersih dan baik iaitu Majlis penyerahan Wang Ehsan Buat Warga Emas di Pulau Pinang tetapi mengunakan sumber yang tidak halal oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Walaupun niat Guan Eng itu baik mahu meringgankan sedikit beban orang-orang Melayu warga emas di negeri itu, namun mengunakan sumber yang haram adalah jelas haram dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Wang tersebut dipercayai hasil taruhan Lumba Kuda dan ini menjadi dalil utama mengapa wang derma itu dikatakan haram.

Yang haram, tetap haram dan LGE sepatutnya menjadikan YB. Salleh Man iaitu salah seorang Exco PAS dalam kerajaannya sebagai penasihat agama Islam. Sudah terhantuk baru nak bergadah, ini tidak patut berlaku malahan pula melibatkan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Timbul pula isu dimana puak-puak tegar Pakatan Rakyat, menyelar tindakan kerajaan persekutuan mengunakan cukai-cukai kedai judi, arak daan kelab-kelab malam dan judi dimana adakah halal pula diberikan kepada rakyat?

Terdapat perbezaan yang amat jelas jika kita membandingkan cukai dan wang pertaruhan.

Kedua-duanya adalah hasil tetapi hasil cukai adalah surcaj yang digunakan oleh pemerintah kepada mereka yang menjalankan perniagaan tersebut dengan strategi mahu mengawal berleluasanya kemasukan bahan tersebut dan mengelak tumbuhnya kelab-kelab malam seperti cendawan.

Dengan meningkatkan cukai, jadi kemasukan arak dan rokok serta pembinaan kelab malam dan judi dapat dikawal melalui perletakkan amaun yang tinggi dan syarat yang ketat.

Surcaj atau cukai itu akan kerajaan gunakan bagi membina kemudahan fizikal seperti jalanraya, lebuhraya, jambatan, sekolah dan lain-lain.

Kesemua kemudahan ini digunasama oleh semua kaum tidak kira agama dan bangsa. Pengunaan cukai kepada premis judi dan kelab juga digunapakai oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi menampung kos pembangunan negeri seperti yang dipaparkan di dalam portal ini: Kerajaan Kelantan Keluar 40 Lesen Arak !

Tetapi derma dari hasil pertaruhan jelas sekali haram kerana transaksinya jelas terus memberi sumber haram itu kepada rakyat. Jadi tiada alasan lagi mahu menghalalkannya.

Tindakan nekad penduduk kampung menyerahkan wang tersebut kepada kerajaan negeri adalah satu tindakan terbaik dari terus terjebak dengan pekara-pekara ini.

Wallahhulam.

Penulis,


Wang Derma RM100 dipulangkan: Tamparan Buat Kerajaan Guan Eng

Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ehsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan itu dipercayai datang dari sumber tidak halal.

"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan...apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di Kepala Batas semalam.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di Kepala Batas berkata semua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

Seorang lagi penerima Rosnani Mohd Rashid, 62, berkata dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.

Saad Akbar, 77, dari Kuala Muda pula berkata sekalipun kerajaan negeri menafikan umat Islam diberi sumbangan daripada sumber tidak halal, dia tetap berasa curiga.

Sementara itu Azhar yang juga ADUN Penaga berkata Umno menganjurkan majlis ini selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ehsan berkenaan.

"Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram," katanya.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada ketua menteri Lim Guan Eng.

Media baru-baru ini melaporkan Pemuda Umno negeri sebagai mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ehsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung
baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar, bukan untuk penghargaan warga emas.

Sumber : Malaysiakini

Kata Taming Sari: Pertamanya Taming Sari nak mengucapkan tahniah kepada blogger Pisau kerana pendedahan dialah, semua pihak membuka mata dan mengertak LGE dan kerajaannya mengaku dan memberikan penjelasan.

Biarpun pelbagai alasan diberi termasuk memberi pandangan silap oleh Dr. Asri (bekas Mufti Perlis), penduduk warga emas tetap nekad menyerahkan semula wang tersebut.

LGE kena beringat, berpolitik memang boleh tapi dia kena bertangungjawab menjaga sensitiviti masyarakat Melayu Islam.

Bagi Taming Sari, ini adalah satu petanda bahawa P.Pinang bakal dikembalikan semula kepada BN pada PRU13 nanti.

Wallahhualam.

Penulis,

Rabu, 29 September 2010

Tengku Razaleigh Sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO DUN Galas

Satu tindakan yang amat tepat dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri dan mendapat restu dari Presiden Parti meletakkan Ketua UMNO Gua Musang dan veteren UMNO yang paling dihormati sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Galas.

Kewibawaan dan keterbukaan Ketua Perhubungan UMNO negeri, Tok Pa, amat disanjung tinggi kerana walaupun sepatutnya dialah selalunya akan terpilih berdasarkan jawatannya sebagai Ketua Perhubungan tetapi atas dasar setiakawan dan pengalaman, Tok Pa, menyerahkan mandat tersebut kepada Ku Li.

Tindakan jawatankuasa melantik Ku Li bakal menghentikan spekulasi bahawa Ku Li akan memihak kepada PAS.

Peluang UMNO amat cerah memandangkan UMNO pernah mengisi kerusi DUN Galas pada tahun 2004. Jadi tidak ada yang mustahil selain, pengaruh Ku Li akan lebih membantu kemenangan BN.


Keputusan jawankuasa ini juga telah menyebabkan kubu PAS semakin gelisah selepas pelbagai cubaan mengalihkan perhatian rakyat dilakukan dengan kenyataan dari Takiyuddin, Harun Taib dan Nik Aziz sendiri meminta UMNO menarik diri dari bertanding dan menyerahkan kerusi DUN Galas kepada PAS.

Pastinya PAS sudah berniat jahat mahu melakukan sesuatu sabotaj memandangkan pelbagai kekangan yang bakal mereka hadapi untuk memenangi kerusi DUN Galas.

Kepada jentera UMNO dan sayap UMNO serta Barisan Nasional, bersiaplah menghadapi serangan musuh.

Wallahhualam.

Penulis,



PRK DUN Galas: Harun Taib Sila Kembali Ke Alam Nyata

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib hari ini menegaskan bahawa PAS tidak perlu risau semasa PRK Galas kerana:

1. Ku Li akan memihak kepada PAS dan semua penyokongnya juga akan menyokong PAS.

2. Veteren UMNO Kelantan telah hilang kepercayaan kepada UMNO dan pasti akan menyokong PAS semasa PRK Galas nanti. 

Ini seperti yang dilaporkan Bernama

Jelas, penyataan dari Datuk Harun Taib diatas adalah andaian sempit yang langsung tidak mengamalkan sistem tinjauan secara praktikal. 

Apa tidaknya, mengenai perkara pertama melibatkan Ketua UMNO Gua Musang, Ku Li, Taming Sari tidak mahu mengulas panjang kerana ia bergantung sendiri kepada kesetiaan Ku Li kepada UMNO. 

Tetapi jika tuduhan mengatakan bahawa veteren UMNO sudah hilang kepercayaan, itu sangat-sangat dangkal dan berniat jahat kerana setahu Taming Sari, veteren UMNO Kelantan begitu komited menyokong presiden UMNO, Najib Razak bagi memastikan Kelantan akan kembali ke pangkuan UMNO pada PRU13 nanti. 

Kepada pemimpin PAS, Taming Sari berharap, mereka tidak memainkan sentimen melaga-lagakan pemimpin UMNO dengan kenyataan fitnah.

Sekiranya betul PAS releven dan benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan nasib rakyat, buktikan di PRK Galas nanti. 

Sememangnya PAS tidak ada apa-apa agenda pembangunan di Kelantan melainkan tugas itu digalas oleh agensi-agensi kerajaan persekutaan yang terus menerus dan tidak jemu membela nasib rakyat Kelantan.

Wallahhualam.

Penulis,

Si Sepek dan Si Kaki Botol : Timbalan Pengarah BTN Dikecam

Jika benarlah dakwaan ini, perlu satu tindakan drastik di ambil. Al-maklumlah, dikala kita sedang memperjuangkan soal perpaduan dan satu Malaysia, kenyataan menghina kaum lain tidak pernah di ajar dan diterapkan di dalam modul Biro Tatanegara.

Kepada semua pegawai BTN, Taming Sari nasihatkan satu sahaja, perjuangan sebenar bukan hanya ketika berkursus selama 2 atau 3 hari di Kem BTN, tetapi perjuangan sebenar adalah menjadi idola dan contoh kepada masyarakat kerana anda semua yang sering bercakap mengenai perpaduan melayu dan perpaduan semua kaum, serta semangat cintakan negara harus melakukannya dahulu. Tunjuk dan buktikan kepada masyarakat, anda memang pengamal kepada apa yang anda perkatakan.

Carilah kaedah yang lain yang boleh digunakan bagi menyampaikan agenda Melayu bukan seperti program-program umum seperti ini yang hanya mengundang fitnah. 

"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar." 

Menurut laporan Malaysiakini:

Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa telah menghamburkan kata-kata perkauman ke atas masyarakat Cina dan India di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Dr Subramaniam berkata jemaah menteri secara umumnya kesal mendengar kata-kata yang didakwa dihamburkan oleh timbalan pengarah BTN, Hamim Husin pada sebuah majlis membabitkan Puteri Umno pada Isnin lalu.

Hamim didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh portal berita the Malaysian Insider sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC.

Wallahhualam.

Penulis,

Selasa, 28 September 2010

PAS Pusat Minta Serahkan Kerusi DUN Galas Pada PAS

Takkan belum bertanding sudah menyerah, malah merayu seperti itu?


Pas Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti Pas pada pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya, adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada Pas memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, hari ini.

Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Chek Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN, Mohd. Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Kata Taming Sari: PAS tidak patut meyarankan sedemikian. Malaysia ini mengamalkan konsep demokrasi dan apabila sesuatu kerusi DUN atau Parlimen kosong atas sebab-sebab tertentu, Pilihanraya kecil wajib dilaksanakan. 

PAS harus sedar, pada tahun 2004, BN pernah meyandang kerusi DUN Gallas sebelum tewas pada PRU12.

Ada berberapa kemungkinan PAS mahu menyarankan sedemikian dan antaranya adalah mungkin bajet mereka sudah tiada. Jadi, mereka cuba berselindung dari kenyataan itu.

Alasan perpaduan Melayu langsung tidak boleh digunapakai kerana sebelum ini PAS tidak pernah terfikirpun ke arah itu malah Musyidul Amnya pun tidak bangga menjadi Melayu, mengapa sibuk nak perjuangkan perpaduan?

Kalau taknak bertanding, serahkan sahaja kerusi DUN Galas Pada BN.

Taming Sari pasti, jentera BN sudah bersedia untuk merampas kembali kerusi DUN Galas demi terus memperjuangkan hak rakyat secara adil dan saksama.

Wallahhualam.

Penulis,

Nasihat Pak Lah Umpama Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus

Semangnya Taming Sari tidak nafikan nasihat Tun Abdullah Badawi dibawah amat berguna:

Kerajaan perlu membentuk minda masyarakat pelbagai kaum di negara ini supaya ia bebas daripada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan proses perpaduan.

Jika tidak, bukan sahaja perpaduan malah apa jua perubahan sukar untuk dilakukan kerana rakyat tidak dapat memahaminya secara menyeluruh.

"Sudah 50 tahun saya mendengar kita bercakap soal perpaduan. Tetapi sehingga kini perubahan ke arah itu masih gagal dilaksanakan.

"Ini kerana, pemikiran rakyat pelbagai kaum negara ini masih belum bebas dan dibelenggu oleh perkara-perkara negatif yang boleh menggagalkan proses tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Cita-Cita dan Harapan Negara pada Forum Perpaduan Kebangsaan 2010 anjuran Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) di Hotel The Corus di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon V. Navaratnam.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan mampu melahirkan modal insan berkualiti di negara ini sekiranya pemikiran rakyat dapat dibebaskan daripada unsur-unsur negatif.

"Rakyat perlu sentiasa diberi kesedaran bahawa mereka hidup di dalam sebuah negara iaitu Malaysia, mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama dan perlu hidup bersatu padu.

"Sekiranya pemikiran rakyat boleh dicorakkan ke arah itu, insya-Allah perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini akan dapat dicapai," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perpaduan akan dapat dilakukan sekiranya rakyat memahami dan mengamalkan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

"Perlembagaan dan Rukun Negara perlu dihormati dan dipatuhi oleh semua kaum. Ini kerana, ia merupakan panduan dan pegangan yang akan menguatkan kita (semua kaum) secara bersama," katanya.


Bagi Taming Sari, segala apa yang berlaku pada hari ini adalah kerana kelemahan Pak Lah sendiri semasa era pemerintahannya.

Kronisme dan ketidaksungguhannya dalam membawa agenda perpaduan sehingga wujud rasa curiga antara kaum menyebabkan Barisan Nasional tidak diterima oleh kaum Cina dan India.

Kekalahan teruk MIC, MCA dan gerakan menjadi jawapan kepada hasil kerja tangan Pak Lah.

Adalah lebih baik, Pak Lah duduk diam tanpa perlu menganggu usaha PM kini untuk memperbaiki segala kerosakan yang ditinggalkan.

Kenapa baru hari ini Pak Lah cuba nak mengajar kerajaan sedangkan ketika dia memegang tampuk pemerintahan, sejauhmana usahanya memakmurkan perpaduan dan meningkatkan kepercayaan sesama kaum?

Berikanlah sokongan sepadunya buat Najib Tun Razak dalam menempuh segala onak dan cabaran mendatang bagi menatang bangsa dan agama dikala banyak tangan menyepak dan kaki menendang.

Wallahhualam.

Penulis,

Media Baru Masih Dikuasai Pembangkang?

Suatu revolusi baru bakal tercipta kepada dunia media cyber selepas dilihat kesannya pada PRU12, media alternatif yang dulunya dikuasai oleh pembangkang namun kini pihak pro kerajaan sudah mula mendominasi pembaca cyber kini. 

Bukan kenyataan ini cuba mendabik dada atau cuba mengangkat bakul sendiri, namun jika kita perhatikan secara realistik, memang ada banyak perubahan yang dapat kita lihat selepas Barisan Nasional sedar, pengaruh media alternatif amat penting bagi mencorak ideologi masyarakat terutamanya golongan muda. 

Dengan kewujudan pelbagai blog pro kerajaan yang bersatu dibawah pelbagai kumpulan blogger menyaksikan kekuatan info dan fakta terkini dapat disebarkan dengan cepat. Tambahan pula dengan bantuan sokongan Facebook dan Tweeter, maklumat tersebut bertambah laju disebarkan. 

Satu lagi fakta yang perlu diakui adalah, pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat terlalu banyak isu untuk diulas dan dikritik sehinggakan blog pembangkang kini berkerja hanya menjawab segala tuduhan pro kerajaan dan tidak sempat mencari isu di pihak kerajaan.

Dari hari ke hari, pelbagai isu baru tercetus dan hampir setiap jam, posting terbaru blog pro kerajaan akan berkisar kepada pekara-pekara baru berkaitan Pakatan Rakyat.

Jesteru itu, dapat disimpulkan bahawa, pembangkang pasti buntu untuk mencari jalan bagaimana lagi mahu menabur fitnah dan tomahan kepada kerajaan apabila menjelang PRU13 nanti.

Apakah dengan berharap kepada media sedia ada dan blog-blog lapuk penjilat-penjilat mereka mampu dijadikan senjata untuk menentang arus perubahan di dalam arena media baru yang sudah dikuasai pro kerajaan.

Bagi semua sahabat blogger, marilah kita sama-sama bersatu untuk terus mempertahankan apa yang sudah dicapai oleh orang terdahulu kerana janganlah apabila ia sudah hilang nanti, barulah kita hendak menghargainya. Dikala itu sudah tidak ada gunanya lagi.

Apa dia yang perlu dipertahankan? pastilah sebuah kemerdekaan, kedaulatan dan keistimewaan serta ketuanan Melayu.

Walllahhualam.

Penulis,

Richard Branson Memang Ada Kaitan Dengan Orang Anwar

Secara tiba-tiba sahaja seorang jutawan Britain bersuara seperti ini: "Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,”

Inilah kenyataan Richard Bronson yang berucap ketika majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, dua hari lepas. Kisah dan berita tersebut dipaparkan disini. Richard Branson, pengasas Virgin Group mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak agar 'campurtangan' dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai 'duri' kepada reputasi baik Malaysia.

Terdetik di hati Taming Sari, kepada dengan tiba-tiba Mat Salleh ini tahu mengenai kes Anwar dan menganggap pula kes ini boleh menghalang pelabur datang ke negara ini.


Pastinya ada kaitan Mat Salleh ini dengan suku sakat Anwar atau dia ada bersetongkol dengan rakan-rakan yahudi Anwar di luar negara.

Dari sumber, blog House PK dan Taiping Mali, maka terjawablah segala andaian yang Taming Sari khayalkan selama ini.

Secara ringkasnya,Branson adalah rakan kongsi kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dalam syarikat yang melabur di Israel, GreenRoad.

Beliau merupakan peniaga dari Britain yang mengadakan usahasama dengan Al Gore melalui Generation Investment Management Group yang juga berpengkalan di United Kingdom.

Al-gore kan sahabat karib Anwar yang menyokong penuh tindakan Anwar bagi menjayakan protokol zionis yang ke-10 dan pendokong kepada aktiviti Gay.

Gambar-gambar dibawah mampu menjelaskan attitude sebenar dia yang cuba nak mengajar dan menganggu gugat undang-undang dan sistem kehakiman negara kita:


Walaupun gambar dibawah adalah catatan peribadinya, namun wajarkan orang yang memiliki sikap seperti diatas cuba masuk campur dalam urusan negara kita? sama-samalah kita membuat kesimpulannya.
Wallahhualam.

Penulis,

Isnin, 27 September 2010

ADUN GALAS (PAS) Meninggal Dunia - Al-fatihah


Chek Hashim Sulaima telah kembali ke rahmatullah kerana kanser usus. Beliau adalah ADUN Pas yang memenangi pilihanraya DUN Galas, Gua Musang dengan majoriti kecil iaitu sebanyak 646 undi.


Beliau, berumur 48 tahun meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.


Allahyarham memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, di Rantau Panjang, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya

Ini adalah kali ke-12 pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas pilihan raya umum 2008 berikutan kematian atau perletakan jawatan.

Sementara itu, jenazah Che Hashim sedang diuruskan di Masjid Jamek Kampung Baru, kata pembantu peribadinya Husin Embong.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS dilihat menziarahi allahyarham di masjid itu, termasuk timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa, serta naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

"Selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan, kita akan terus bertolak bawa jenazah ke Gua Musang," kata Husin ketika dihubungi.

Beliau menjangka, mereka akan bertolak membawa jenazah ke kampung halamannya di Kampung Kerinting, Gua Musang menjelang jam 7 malam.

Tambahnya, pimpinan PAS negeri serta warga Gua Musang akan menunggu ketibaan jenazah di Masjid Tengu Faiz Petra dan akan terus disemadikan di perkuburan berhampiran.

Allahyarham meninggalkan dua balu - Che Bongsu Jusoh dan Aida Zahari - serta 12 orang anak, yang turut berada di masjid itu hari ini.

Taming Sari mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Alfatihah.

Penulis,


Pengetua Rasis Kerana Slogan "Ketuanan Melayu" UMNO @ BTN : Er Teck Hwa

Menurut Harakah Daily :

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berpendapat insiden pengetua sekolah yang bersikap rasis adalah kesan daripada doktrin politik 'Ketuanan Melayu' ciptaan Umno.

Doktrin politik itu seringkali menjadi teras kepada kursus anjuran Biro Tatanegara (BTN) yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan dan golongan pelajar.

Justeru, belum pun reda isu pengetua rasis yang menghina pelajar Cina dan India di Johor baru-bari ini, kini timbul pula dua lagi kes serupa, juga di Johor dan satu lagi di Melaka.

Ianya didakwa membabitkan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Muar yang telah memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima, menadah tangan serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu April lalu.

Satu lagi kes yang berlaku Julai lalu di mana seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan Methodist di Tengkera, Melaka yang mengatakan pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan guru tersebut ekoran memarahi sekumpulan remaja Melayu yang berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen dalam satu aktiviti di sekolah itu.

Guru terbabit kemudiannya telah memarahi pelajar di sebuah kelas yang terdiri daripada berbilang kaum dengan menyalahkan pelajar Cina di atas perbuatan pelajar Melayu tidak menutup aurat tersebut.

Kedua-dua insiden itu didedahkan Teck Hwa serta Ahli Dewan Undangan Bachang, Lim Jak Wong.

Teck Hwa seperti lapor Suara Keadilan, telah membuat aduan kepada Jabatan Pendidikan Johor dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong sementara pengetua tersebut hanya diberi amaran sahaja.

Manakala, guru agama tersebut pula telah ditukar ke sekolah lain.

Kata Taming Sari: Teck Hwa jangan nampak ke'rasis'an ini pada orang-orang Melayu sahaja, malah mereka bersikap begitu kerana mereka sudah nampak orang Cina terutama dari parti DAP, paling lantang tidak menghormati perlembangaan dan menafikan hak orang Melayu.

BTN dan UMNO memang dipertangungjawabkan bagi menjaga kepentingan Melayu dan segala ancaman kepada Melayu harus diketengahkan segera.

Tidak salah rasanya Melayu untuk mengingatkan sesama Melayu mengenai nasib masa depan mereka dan setahu Taming Sari, kenyataan pengetua itu bukan dari hasutan orang lain tetapi lahir dari kesedarannya sendiri.

Sehingga kini kerajaan juga masih bersikap tolerasi kerana kebiadaban dan ke'rasis'an pemimpin DAP dan Namawee masih lagi disiasat secara adil dan kurang tekanan bagi mengimbangi sesetengah ekstrimis Melayu mempertahankan haknya.

Teck Hwa perlu mengenali siapa Melayu dan peranan BTN serta UMNO sebelum mengkondem agensi itu.

Wallahhualam. 

Penulis,
  



Anwar Fitnah Media Malaysia : Umpama Simbah Minyak Dalam Api.

Anwar begitu kejam menfitnah media Malaysia dengan isu yang berat iaitu : kononnya media Malaysia telah memberi liputan berat sebelah mengenai perkembangan berita mengenai Indonesia.

Tindakan si kitol ini mungkin jalan terakhir selepas kecelaruan di dalam pemilihan PKR semakin mencelarukan kepala otaknya.

Namun, tindakkannya mengaibkan media negara sendiri malah menceritakannya pula kepada negara yang kini sedang rancak mahu mengayang Malaysia tidak ubah seperti mahu menyimbah minyak ke dalam api walaupun apa yang ditomahkan jauh sekali dari kebenaran.

Anwar mengambil contoh soal rasuah yang mana media Malaysia didakwanya tidak pernah melaporkan berita mengenai peranan Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) dalam membanteras kegiatan itu di Indonesia, seolah-olah semua orang Indonesia melakukan korupsi.

"Padahal Malaysia juga korupsi, tapi korupsinya lebih canggih kerana pakai cara Inggeris, kalau Indonesia masih pakai cara Belanda," katanya lagi.

Malah Anwar ketika menjawab soalan pemberita menyatakan, sekiranya terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang melakukan kezaliman terhadap TKI dan menyelesaikan masalah sempadan maritim Indonesia-Malaysia sesuai dengan perlembagaan.

"Kita tidak jamin kekerasan itu dihentikan sama sekali, yang boleh kita jamin we will take action, keras," ujarnya lagi.

Berita mengenai tenaga kerja Indonesia (TKI) juga sangat memencilkan perantau asal Indonesia dan media hanya melaporkan berita negatif dilakukan.

Menurutnya, media Malaysia hanya melaporkan kes yang dilakukan TKI walaupun ia sangat sedikit berbanding yang dilakukan rakyat Malaysia sendiri.

Anwar juga turut menyalahkan UMNO sebagai cuba menjejaskan hubungan Indonesia-Malaysia dengan menyebarkan ketakutan.
Katanya, kecenderungan UMNO memanfaatkan isu ini menyebabkan sentimen negara menjalar kepada masyarakat

Menurut Buletin Utama TV3 semalam Anwar berkata demikian ketika berucap dalam majlis 'Reformasi Politik dan Demokrasi di Malaysia, Menuju Persahabatan Setara Indonesia-Malaysia' di Hotel Four Seasons di Setiabudi, Jakarta Selatan, semalam.


Kata Taming Sari: Bapak-bapak, ibu-ibu di Indonesia, Anwar memang seorang pengkhianat yang bisa ngomong apa saja demi meraih sokongan Indonesia asalkan dia boleh bisa jadi Perdana Menteri. 

Dia ini layaknya duduk di dalam penjara saja kerana suka bikin susah dan mengapi-apikan orang. 

Kain dia pun penuh dengan najis, sibuk mahu basuh kain orang. 

Busuk punya Anwar. Jangan bisa ditipunya ya. 

Wallahhualam. 

Penulis,


Blog Pembangkang Tak Mampu Tutup Aib Pakatan Rapuh


Hasil tinjauan rawak Taming Sari, Kebanyakkan blog pembangkang dilihat takut untuk mengulas pemilihan cabang PKR dan pemilihan MT PKR.

Keadaan ini membuktikan mereka hilang idea untuk mempertahankan satu-satu isu yang melibatkan DAP, PAS dan PKR.

Isu PAS berkaitan Nik Din, Nik Aziz dan Pembiayaan 4 billion yang kini masih terketar-ketar dijawab oleh Nik Ajis.

Isu DAP, adalah pembohongan kalifah Lim Guan Eng dalam menafikan wang derma kepada orang Melayu Pulau Pinang adalah wang judi. 

Isu PKR adalah isu yang paling teruk dihentam malahan pula mereka sedang sibuk mengadakan pemilihan cabang serta dihujani dengan keganasan dan ketidaktelusan.

Kalau kita jelajah satu-persatu blog pembangkang, isu PKR kini paling sukar dijumpai.

Adakah mereka sudah alah untuk mempertahankan anjing-anjing ini sehingga sudah kering idea mahu menipu rakyat lagi?

Paling ketara, blog perisik rakyat juga senyap tidak di-update malah portal Malaysiakini sibuk membuka pekung sendiri.

Sama-samalah kita kaji dan menganalisis situasi ini dan kepada sahabat blogger, sama-samalah kita dedahkan kepincangan ini demi menyelamatkan kedaulatan negara dari direnyuk oleh si kitol dan pengkhianat-pengkhianat bangsa ini.

Wallahhualam.

Penulis,

Ahad, 26 September 2010

Adun Bukit Lanjan Kalah Dalam Perebutan Kerusi PJ Utara


Exco kerajaan Selangor merangkap ADUN bukit lenjan dan ratu bogel PKR, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.

Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh adalah ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan (PJS).

Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala CC Lee mendapat 222.

Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.

Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.

Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.

Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.

"Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Kata Taming Sari: Elli.... aku cakap ko marah aku balik. 

Bagi pengamatan aku,  siapa nak pilih ko jadi pemimpin apabila sudah terjebak dengan masalah moral. Tapi no wonder sebab parti species ko ni suka pilih yang bermasalah.

Lainlah kalau muslimah PAS ada, mungkin diorang boleh tambah undi pada ko.

Wallahhualam.

Penulis,

Kalifah LGE Punya Penangan: Sebelum dan Selepas Memberi Sumbangan


Lu pikirlah sendiri rakyat Pulau Pinang.

Dah dasar orang kapir..... bagi dia sama sahaja Islam dengan agama lain. Apabila PAS tak mampu menjadi penasihatnya, dengan sesuka hati dia mencampurkan yang haram dengan yang halal.

Wallahhualam.  

Penulis,



Sabtu, 25 September 2010

Politik Melayu Kotor dan Penuh Sifat Mazmumah


Dewasa ini, tidak kiralah apa sahaja gelaran parti politik yang melibatkan melayu, pasti kepincangan akan terserlah kerana ia dihiasi dengan sifat dengki-mendengki, perebutan kuasa dan ketidaktelusan.

Dahulunya, episod ini diimplimentasi oleh parti politik terbesar orang Melayu iaitu UMNO, namun kini, penyakit ini sudah menjangkiti parti Melayu lain termasuk parti yang bertulang-belakangkan Islam, PAS.

Lihatlah situasi yang berlaku kepada PKR kini yang sedang menjalani proses menjual kerusi untuk diisi oleh muka-muka baru. Semua pihak berebut-rebut dan bersaing sengit sehingga sanggup bertegang leher dan membaling kerusi demi mencapai hasrat peribadi.

Lihatlah laporan-laporan ini khusus menceritakan kekalutan itu:



PKR sebuah parti yang ditubuhkan berprinsipkan asas yang keliru semakin dikelirukan oleh perwakilannya sehinggakan sanggup bergaduh berebutkan kekayaan peribadi.

Dikala UMNO sudah berubah dan berikrar mahu memperjuangkan nasib agama dan bangsa, parti lain yang dulunya lantang mengkritik ketidaktelusan di dalam persaingan merebut jawatan dalam UMNO, sudah terkena batang hidungnya sendiri. 

Kita, sama-sama saksikanlah episod-episod menarik dalam pemilihan PKR kini dan parti PKR yang menyaksikan wujudnya kronisme ini akan terserlahlah pekungnya.

Mungkin ini juga adalah balasan Allah kepada puak pelampau yang suka menabur fitnah dan mendedah aib orang lain. 

Wallahhualam.

Penulis,

Bukti Guan Eng Menderma Kepada Warga Islam P. Pinang Duit Judi

Gambar: Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

‘‘Kalau sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka, saya cabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat ini.

‘‘Kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Reezal Merican baru-baru ini mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Guan Eng bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa wang kerajaan negeri yang dinikmati adalah hasil penjimatan melalui prinsip ketelusan yang diamalkan pentadbirannya selama ini.

Reezal Merican bagaimanapun berkata, isi kandungan surat tersebut jelas bertentangan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri berhubung isu itu.

‘‘Kita tidak pernah membuat tuduhan melulu tetapi kita meminta penjelasan kerana kita percaya ia turut melibatkan dana untuk orang Islam. Malah, surat itu menyebut sumbangan (RM500,000) merupakan ‘baki’ dana yang disalurkan, bermakna kelab berkenaan sudah menyalurkan sejumlah dana lain sebelum ini.

‘‘Justeru, sekali lagi kita tuntut penjelasan. Anda (media) perlu bertanya kepada beliau (Guan Eng) sendiri atau tanya kepada kelab (lumba kuda) berkenaan. Kita harap ia akan memberi perspektif baru kepada rakyat yang inginkan kebenaran,” jelasnya.

Menjawab persoalan mengenai pendedahan blog pisau.net yang sebenarnya berkisar soal pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas, Reezal Merican berkata, ia tidak menjadi satu isu kerana program membasmi miskin tegar juga melibatkan masyarakat Islam.

‘‘Saya timbulkan perkara ini kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam mengenai sumber pemberian wang oleh kerajaan negeri. Kalau untuk miskin tegar sekalipun, bukankah ada orang Islam di negeri ini yang mengalami miskin tegar dan perlu dibantu?

‘‘Bagi orang Islam, kalau ia (sumbangan) daripada sumber tidak halal, mereka lebih rela susah daripada menerima sumbangan daripada perjudian kerana ia adalah haram. Lumba kuda ini bukankah satu bentuk perjudian?,” tegasnya.


Kata Taming Sari: Dah dasar lidah biawak, memang Guan Eng tidak akan mengaku. Lepas ini, apa lagi alasan mereka.

Bagi puak PAS dibelakang Guan Eng ini, jangan sampai direjam oleh orang Islam.

Wallahhualam.

Penulis,

Jumaat, 24 September 2010

Surcaj Pembaziran Air: Wujudkah Pembaziran atau..........?

 Isu kenaikan tarif atau surcaj pembaziran adalah satu keputusan yang tidak adil kepada rakyat pulau pinang. Kerajaan Guan Eng yang terkenal sebagai kerajaan yang tidak berakuantabiliti telah menguatkuasakan arahan ini dan pastinya ia akan terkesan kepada pihak-pihak tertentu.

Mangsa kepada keadaan ini pasti buat rakyat yang punyai keluarga yang ramai,bayangkan satu rumah lebih dari 8-9 orang,sudah pasti pengunaan air adalah tinggi.Masjid dan rumah ibadat lain.Perniagaan yang memerlukan air yang banyak sudah pasti akan terkesan akibat kenaikkan tarif ini.


PBA dibawah kerajaan negeri ternyata gagal diurus dengan baik. Cekap ,Akauntabiliti dan Telus hanyalah retorik . Pada 2007 keuntungan dicatatkan berjumlah RM43.9 juta,ini satu peningkatan yang amat tinggi ketika pemerintahan dibawah kepimpinan BN.Inilah bukti dibawah kerajaan BN pengurusan yang baik berjaya memperolehi keuntungan yang tinggi pada masa yang sama langsung tiada kenaikkan tarif air.

Pada 2008 sejak pemerintahan pakatan haprak PBA dipengerusikan oleh Guan Eng sendiri telah mencatatkan keuntungan yang menurun kepada RM31.3 juta. Pengurusan PBA dibawah akauntan buruk berlidah biawak ini bukan bertambah baik malah makin teruk apabila pada tahun 2009 keuntungan menurun lebih dari pada 50% kepada RM14.8 juta.

Inilah hadiah pakatan kepada rakyat Pulau Pinang. PBA satu syarikat milikan kerajaan negeri mengalami kerugian yang besar dibawah sistem CAT Guan Eng.Ini ternyata satu kegagalan dibawah urus tadbir yang benar benar tidak Cekap, Akauntibiliti yang lemah dan langsung tidak Telus.

Ketua menteri berlidah biawak ini memberikan alasan kononnya kenaikkan tarif adalah untuk menghukum penguna air.Sebaliknya tidak mendedahkan sebab yang sebenar mengapa pihak PBA perlu menaikkan tarif air.

Sudahlah gagal menunaikan janji pilihanraya,sebaliknya mungkir janji dan telah menyusahkan rakyat.Inikah contoh kerajaan negeri yang berkebajikan? Pisau nampak kerajaan negeri ini lebih kepada berkeanjingan yang membuli rakyat negeri Pulau Pinang.

Sumber: Pisau.net

Kata Taming Sari: Sikap kerajaan negeri yang memutarbelitkan fakta dan pantang ditegur menyebabkan mereka sering menyalahkan rakyat apabila wujud sesuatu isu di negeri tersebut.

PRU13 nanti tak reti-reti nak tukar kerajaan.

Wallahhulam.

Penulis,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif