Ahad, 31 Oktober 2010

PAS Politikkan Kemenangan Kelantan Jadi Juara Piala Malaysia !!


Beginilah sikap PAS yang senantiasa mengambil kesempatan dari kebahagian dan kemenangan orang lain. Sikap suka menumpang dan mengisytiharkan sesuatu kejayaan seperti mereka yang bertungkus-lumus menjayakannya adalah rencah kepada kebencian ramai peniliti politk. Ia tidak ubah seperti kata pepatah, "Lembu punya susu, Sapi dapat nama".

Dalam laman facebook Hj Hadi Awang, dia menyatakan bahawa kemenangan ini :
"......Jadikanlah ia sebagai hadiah sempena perayaan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam......"

Mahfuz juga tidak ketinggalan menyatakan bahawa :
"..........Tahniah kepada Kelantan juarai Piala Malaysia. Galas Piala Malaysia lepas ni Galas untuk PAS dan Pakatan Rakyat........."

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan pula berkata
".............Tahniah daripada DPPP Kelantan bawa pulang trofi Piala Malaysia. Ia jadi hadiah untuk pemerintahan Tok Guru Nik Aziz dan juga Sultan baru........ "

Hakikatnya yang sepatutnya PAS kena akui ialah, ini adalah usaha TS Annuar Musa yang gigih berusaha mencari penajaan dan membangunkan kelab bola sepak Kelantan.

Isu berkaitan gaji-lah yang paling dijaga beliau menjadi satu nadi, kepada semangat pemain dan pengurusan. Penyokong Kelantan juga signifikan kepada kejayaan ini kerana sama-sama berdoa kepada kejayaan pasukan dan memberi sokongan paling padu kepada pasukan kesayangan mereka. Setakad doa Nik Ajis, tidak akan temakbul langsung.

Jelas, tidak ada langsung faktor PAS di dalam kejayaan ini. Taming Sari amat kesal dengan sikap pemimpin PAS yang suka menangguk di air yang keroh. Seperti pembangunan di Kelantan yang dibawa oleh kerajaan pusat (BN), langsung tidak dihargai oleh PAS malah mereka berkempen mengatakan Kelantan dibangunkan sendiri oleh PAS tanpa bantuan pusat.  

Inilah contoh kejahatan dan sikap Nik Ajis dan rakan-rakannya yang suka mengambil kesempatan dari kesenangan orang lain. Jadi tidak hairanlah, mengapa Nik Ajis ditengking oleh Ustaz Nor Idris yang sudah tidak sabar dengan sikap celakanya.

Wallahhualam.

Penulis,

Sahabat Pembaca : Mari Baca Luahan Hati TS Harussani Zakaria !!

Catitan TS Harussani Zakaria di Utusan Malaysia 31/10/10 :

SUATU lagi sejarah tercatat pada tanggal 21 Syawal 1431 Hijri bersamaan 30 September 2010 Masihi ketika umat Islam di seluruh negara malah dunia masih rancak menyambut sambutan hari raya,

saya menerima berita kematian seorang ulama tersohor di negeri Perak yang juga merupakan sahabat karib saya iaitu Tuan Guru Datuk Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman. Beliau juga lebih dikenali sebagai Tuan Guru Pak Teh. Beliau merupakan pengasas Pondok Madrasah Ad-Diniah Al Latifiah di Pengkalan Hulu dan juga salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak. Pemergiannya amat dirasai sehingga kini terutama bagi para pencinta ilmu dan gerakan Islam. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang amat istiqamah menyampaikan ilmu, kuat beribadat, tajam hafalan dan begitu komited dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Betapa saya melihat sendiri lautan manusia datang menziarah, tanpa disuruh dan dipaksa. Jalan kecil ke pondok pada hari itu terpaksa ditutup kerana lapisan manusia bersesak-sesak mahu menziarahi al-marhum jenazah beliau.

Saya yakin pemergian tokoh ulama seperti Tuan Guru Pak Teh sememangnya meninggalkan ruang kosong dalam masyarakat yang memerlukan ulama dalam memandu kehidupan mereka. Suatu soalan yang ingin saya lontarkan di sini ialah mengapa kematian para ulama disebut sebagai satu ujian kepada kita? Bagi menjawab persoalan ini, saya mengajak para pembaca merenungi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari:

“Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”.

Imam Ibnu Hajar menyatakan di dalam Kitab Fathul Bari bahawa dari Abu Umamah r.a, ketika mana Baginda SAW menunaikan Haji Wida’ Baginda SAW bersabda : “Ambillah ilmu sebelum ia dicabut atau diangkat.’ Maka para sahabat bertanya, “Bagaimana ilmu itu diangkat?' Jawab Baginda SAW : ‘Ketahuilah, bahawa perginya ilmu itu dengan perginya orang yang menanggungnya ( ulama ).”

Pemergian seorang ulama tidak sama seperti hilangnya seorang doktor, arkitek, peguam mahupun seorang pemerintah. Bukan saya bertujuan mahu memperkecilkan peranan orang lain, namun setiap manusia punya ‘gelanggangnya’ sendiri. Masyarakat yang kehilangan ulama seumpama masyarakat yang hilang arah pedoman hidup. Tiadanya ulama menandakan titik permulaan kehancuran dalam masyarakat. Ketiadaan ulama sebenarnya adalah alamat kepada berlakunya hari kiamat.

Seorang ulama adalah pewaris tugas kenabian sebagai mursyid, murabbi, mudarris, muallim dan muaddib. Tercatat di dalam kitab Tarikh Baghdad diriwayatkan bahawa seorang yang pernah sezaman dengan Imam Syafie r.a menyatakan apabila kami ingin menangis, maka sebahagian dari kami berkata kepada sebahagian yang lainnya “Mari kita pergi bersama-sama kepada pemuda keturunan Bani Muthalib (Imam Syafie) untuk membaca al-Quran. Ketika kami mendatanginya, maka ia mulai membaca al-Quran hingga manusia luluh di hadapannya dan suara tangisan pun akan terdengar. Jika ia mendengar suara-suara tangisan, ia menghentikan bacaannya”.

Seorang ulama adalah laksana bintang di langit yang memandu manusia mencari arah. Di siang hari ulama adalah matahari yang menyinari segala hidupan dengan ilmunya. Oleh kerana itulah Allah SWT telah mengangkat darjat para ulama berbanding manusia yang lain seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”

Banyak ilmuwan bukan bererti banyak ulama

Ketika Imam Abu Hanifah r.a wafat pada tahun 150 Hijriah, lahir juga pada tahun itu Imam Syafie r.a. Maka orang menyatakan telah pergi seorang ulama, tetapi telah datang seorang ulama. Bila Allah SWT mematikan para ulama maka ia ujian bagi umat manusia dalam mencari dan melahirkan generasi ulama baru dalam masyarakat. Kegagalan kita dalam melahirkan dan mengangkat mereka yang selayaknya digelar mahupun dinamakan sebagai ulama akan melebarluaskan ruang kesesatan terhadap umat ini.

Hari ini, ramai dari kalangan anak-anak kita telah dihantar ke universiti di dalam dan luar negara bagi mendalami ilmu-ilmu agama. Secara zahirnya, kita sudah melahirkan para ilmuwan Islam, namun saya berpandangan ia masih belum mencapai tahap sebagai seorang ulama yang hebat. Seorang ulama yang hebat bukan sekadar terbina ilmu dengan timbunan kitab-kitab, tetapi juga perlu menempuh lautan pengalaman. Mereka bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembimbing dan penasihat. Mereka bijak membawa fatwa untuk diterjemahkan ke dalam dunia hakiki. Setiap katanya adalah mutiara bukannya kaca. Setiap geraknya adalah cerminan adab yang terkandung dalam kitab-kitab. Hidupnya untuk memandu umat bukan dipandu.

Maka adakah para generasi ilmuwan muda pada hari ini mampu mengisi kekosongan ini? Saya bukan pesimistik dengan kehadiran ilmuwan muda hari ini, malah saya sentiasa akan cuba membimbing dan menunjuk ajar mereka sebaik mungkin. Namun inilah cabaran kita hari ini, segulung ijazah adalah permulaan perjalanan untuk menjadi seorang ulama. Terjunlah ke dalam rumpun masyarakat bagi memahami situasi, dengan itu barulah kita mampu menjadi seorang ulama yang hebat.

Cabaran dalam berdakwah

Secara peribadi, saya telah menikmati asam garam dalam kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan dalam jangkamasa yang agak lama. Memegang amanah sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak sahaja sudah menjangkau 26 tahun dan terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan sudah melangkaui 35 tahun. Saya berserah kepada Allah SWT agar tugasan ini menjadi amal soleh sebagai bekalan saya di akhirat. Terjun dalam arena dakwah memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang amat tinggi. Banyak kenyataan yang telah saya keluarkan menjadi bahan cacian dan sendaan pelbagai pihak. Teringat saya kepada kenyataan yang pernah saya nyatakan dahulu bahawa haram hukumnya menonton filem Bollywood. Begitu juga haram menganjurkan program Sure Heboh. Terdapat banyak pihak memberi ulasan yang pelbagai bagi “menghalalkan” filem dan program tersebut untuk dipertontonkan kepada masyarakat. Saya sama sekali tidak pernah akur biarpun didesak oleh pelbagai pihak supaya melihat bahan tontonan dan program tersebut dari perspektif positif, kerana bagi saya pihak berwajib perlu menyajikan kepada masyarakat bahan-bahan yang boleh menambahkan kemantapan aqidah, kekuatan beribadah dan nilai tambah kepada akhlak dan adab. Apatah lagi sajian-sajian tersebut amat digemari oleh generasi pewaris agama, bangsa dan tanah air kita.

Dalam konteks ini, saya ingin menukilkan bahawa alangkah baiknya jika Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dapat memberi ruang kepada para mufti, para agamawan mahupun para cendekiawan Islam bersama-sama memberi idea dan buah fikiran dalam penyediaan garis panduan penyiaran rancangan-rancangan televisyen dan program-program anjuran mereka. Dalam catatan kehidupan saya sebagai mufti khususnya, saya tidak pernah dipanggil secara rasmi untuk dikongsi idea dan pandangan berkenaan hal ini. Pernah para mufti berhasrat untuk bertemu dengan menteri terbabit dan tarikh pertemuan sudah diatur, namun kunjungan kami hanya disambut oleh pegawai dari kementerian terbabit. Dalam hal ini, saya memuji kesediaan Allahyarham Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri di sebuah kementerian untuk bertemu dan berbincang dengan para mufti terhadap isu-isu yang berlaku ketika itu. Sebagai seorang mufti, saya menzahirkan rasa kecewa kerana keinginan untuk bertemu dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seringkali tidak tercapai sedangkan banyak isu dan permasalahan yang boleh diketengahkan oleh para mufti. Ini satu contoh yang diperturunkan dalam ruangan ini supaya para ulama dan terutamanya para mufti tidak sewenang-wenangnya di labelkan sebagai “bisu” dan “lembab” .

Saya melihat bahawa kegagalan mengawal selia bahan-bahan penyiaran juga merupakan ejen dan penyumbang kepada kerendahan akhlak dan moral para muda mudi dewasa ini. Biarpun terdapat rancangan-rancangan berbentuk keagamaan ditayangkan, namun pada pengamatan saya ia tidak mampu menyaingi rancangan hiburan yang seolah-olah menjadi suatu kemestian untuk disiarkan setiap hari. Pada saya, inisiatif perlu diambil oleh pihak kementerian agar dasar dikaji semula supaya bahan-bahan yang akan ditayangkan dikawal dan disaring agar memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh syarak. Apakah ertinya melaungkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh sekiranya bahan-bahan tontonan umum tidak menepati penanda aras yang telah ditetapkan oleh Islam?

Mutakhir ini, saya dihubungi oleh pihak media berhubung dengan perancangan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan bertujuan memaju industri pelancongan negara. Saya difahamkan bahawa program ini akan lebih menyuburkan kegiatan-kegiatan maksiat yang terang-terangan boleh merosakkan akhlak anak bangsa terutamanya di bandar-bandar besar. Biarpun program ini bertujuan menggandakan pendapatan dan akan berlaku peningkatan ekonomi terhadap negara, namun saya menentang keras program ini kerana ia sama sekali tidak menjamin pulangan yang membanggakan terhadap peningkatan akhlak masyarakat. Para mufti, para pendakwah dan para ustaz membanting keringat menyedarkan masyarakat saban hari tentang bahaya maksiat dan dosa, namun dalam masa yang sama aktiviti yang berteraskan maksiat disubur biakkan. Saya mengharapkan agar pihak yang berwajib melakukan kajian semula terhadap cadangan ini dan saya berkeyakinan semua para mufti dan cendekiawan Islam akan bergerak senada dan seirama membantah cadangan ini. Menghindarkan masyarakat dari sebarang kerosakan lebih baik daripada mengubat masyarakat yang sudah rosak dan tenggelam dalam kelalaian.


Wallahhualam.

Penulis,

Mendahulukan Kafir Dan Meninggalkan Sesama Islam : Tafsiran Ayat 28 Surah Ali Imran


Sebelum kita mengupas ayat di atas lebih lanjut lagi, marilah kita melihat, apakah sebab ayat ini diturunkan:

Sebab Turun Ayat

Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab. Lalu turunlah ayat:

Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

Hukum Dari Ayat Ini

Terdapat beberapa hukum yang daapt kita ambil dari ayat berkenaan, iaitu:

Hukum Pertama: Apakah hukum meminta bantuan orang kafir dalam peperangan?

Terdapat dua pendapat ulamak dalam masalah ini, iaitu:

1. Jumhur ulamak yang terdiri dari Syafi'i, Hanbali dan Hanafi. Mereka mengatakan bahawa meminta bantuan dari orang-orang kafir dalam peperangan dibolehkan, tetapi dengan 2 syarat, iaitu:

Syarat pertama: Bantuan tersebut memang benar-benar diperlukan.
Syarat kedua: Berkeyakinan terhadap kesetiaan orang-orang kafir tersebut terhadap tentera Islam.

Apakah alasan dari pendapat jumhur ulamak ini? Mereka beralasan bahawa Nabi Muhamad s.a.w. pernah menggunakan Yahudi Qainuqa' dalam peperangan, bahkan mereka telah diberi habuan rampasan perang. Di lain ketika Nabi menggunakan Safwan bin Umaiyah ketika menentang kabilah Hawazin. Ini membuktikan bahwa meminta bantuan mereka dalam peperangan dibolehkan.

2. Mazhab Maliki. Mereka berpendapat bahawa meminta bantuan orang kafir dalam peperangan adalah tidak dibenarkan.

Alasan mazhab ini ialah, larangan berbuat demikian adalah bersesuaian dengan zahir ayat al-Quran:
Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

Mazhab ini juga menggunakan kisah Ubadah bi Shomit yang menyebabkan ayat di atas diturunkan.

Selain itu, mereka berhujah dengan Hadis Nabi riwayat Aisyah, di mana seorang lelaki musyrik yang gagah dan tangkas datang kepada Nabi Muhamad s.a.w. Ketika itu peperangan Badar sedang tercetus. Lelaki tadi meminta izin dari Nabi untuk ikut serta dalam peperangan tersebut. Nabi bersabda:
"Kembalilah, aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik."

Jawapan jumhur ulamak terhadap hujah mazhab Maliki:
1. Hujah yang digunakan oleh mazhab Maliki telah dinasakhkan oleh perbuatan Nabi sendiri.
2. Ataupun, boleh jadi hujah tersebut tidak dinasakhkan tetapi ketika itu nabi tidak memerlukan bantuan orang kafir. Atau berkemungkinan tiada kepercayaan terhadap kesetiaan orang kafir berkenaan.

Hukum Kedua: Taqiyah
Apakah itu taqiyah yang tercantum di ayat:
"....kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka."?

Maknanya ialah bahawa seseorang mengucapkan perkataan dengan lidahnya, sedang hatinya tetap teguh dengan keimanan. Definasi ini diberikan oleh Ibnu Abbas r.a.

Sebahagian ulamak mengatakan taqiyah ialah memelihara diri dan harta benda dari kemusnahan musuh dengan cara menzahirkan apa yang mereka mahu tetapi tidak dengan keyakinan hati.

Apakah hukumnya?

Jelas bahawa ayat di atas membenarkan perlakuan taqiyah demi untuk memelihara diri dari kezaliman. Terdapat ayat lain yang semakna dengannya iaitu:
Ertinya: Barangsiapa yang kafir kepada Allah, sesudah ia beriman (maka ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dan beriman. (al-Nahl, ayat 106)

Dan, walaubagaimanapun taqiyah bukanlah suatu perkara yang wajib dilakukan. Ia adalah bentuk keringan (rukhsah) yang diberikan oleh Allah. Ketika seseorang itu dipaksa (dengan ancaman kemusnahan) untuk menjadi kafir, dia boleh memilih antara berbuat taqiyah (melafazkan kata kufur tetapi hatinya tetap beriman) ataupun tetap tidak berganjak sehingga dirinya terbunuh. Dan yang kedua ini adalah lebih afdhal.

Hukum Ketiga: Menyerahkan kepimpinan kepada orang kafir, serta mempergunakannya dalam semua urusan kaum muslimin.

Berdasarkan ayat:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali .." mengambil orang kafir sebagai pemimpin atau menguruskan urusan kaum muslimin adalah tidak dibenarkan. Begitu juga mengambil mereka sebagai pekerja atau pelayan. Samalah halnya kita tidak boleh menghormati atau memuliakan mereka di majlis, atau berdiri ketika mereka datang. Kerana perbuatan ini merupakan penghormatan kepada mereka. Bukankah kita diperintahkan agar merendahkan mereka, firman Allah Taala:
"Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis." (al-Taubah, ayat 28)

Hukum Keempat: Hukum berpura-pura dengan menunjukkan kebaikkan/sokongan kepada penjahat. Ini merupakan muslihat dan diplomasi.

Perbuatan ini adalah dibenarkan. Rasulullah pernah melakukannya sebagaimana yang tercantum di dalam sabdanya:
"Kami tersenyum manis kepada suatu kaum, padahal hati kami melaknat mereka."

Walaubagaimanapun ia tidak boleh sampai ke peringkat boleh memudaratkan orang lain atau menyalahi dasar-dasar ajaran Islam.

Rujukan : Al-Quran, Tafsir Ayatil Ahkam -Ali al-Shabuni.

Wallahhualam.

Penulis,

Tidak Pernah Nik Ajis Ditengking Sedemikian

Wali selipar pasti terkencing di dalam seluar. Sergahan yang tepat ke mukanya sungguh memalukan namun, bagi pihak Ustaz Nor Idris, dia sudah lama memendam rasa dengan sikap dan keangkuhan Nik Ajis ini apabila perkembangan terkini PAS sudah bersekedudukan dan berstongkol dengan DAP.

Ustaz Nor Idris pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar yang kini merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Ustaz Nor juga bukan calang-calang orang kerana beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan.

Ustaz Nor Idris pasti sangat kecewa dengan PAS yang sudah hilang prinsip sehingga mudah diperkuda, diperanjing dan dipersetankan oleh DAP Laknattullah. PAS merelakan Islam dilacurkan oleh DAP hanya kerana kemarukan kuasa dan undi dari pihak Cina.


Berita Nik Ajis disekolahkan oleh Ustaz Nor semalam mendapat pelbagai pandangan meluas samaada di dalam blog pro kerajaan atau blog pembangkang. Antara bait-bait sergahan Ustaz Nor kepada Nik Ajis seperti yang dinyatakan di dalam portal Haprakdaily :
"....Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.
Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat...."

Taming Sari dapat simpulkan disini adalah Taming Sari tidak pernah melihat orang tua kerepot yang sudah didewa-dewakan oleh orang PAS selama ini, yang tidak pernah dianggap salah oleh orang PAS serta tidak pernah disergah dan diperlakukan seperti budak tadika ini telah mengalami keadaan ini buat pertama kalinya seperti pertama kalinya Kelantan menjulang Piala Malaysia. 

Ini adalah petanda paling ketara, PAS bakal dinafikan undinya di Galas, malah mereka juga menghadapi tugas yang maha berat kerana bakal disanggah pengundi pada PRU13 kelak. Ustaz Nor tidak berseorangan kerana ramai veteren malahan generasi kini pun tidak besetuju dengan pendirian PAS yang sudah jauh terpesong.

Wallahhualam.

Penulis,

Sabtu, 30 Oktober 2010

Esok Kelantan Cuti : Kelantan Julang Piala Malaysia


Pasti di Kelantan sekarang ini sedang meriah. Bukan sahaja mereka dihadiahkan dengan kemenangan pasukan mereka tetapi esok juga kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa kepada semua rakyat Kelantan. Ini merupakan cuti peristiwa kedua minggu ini kerana sebelum ini kerajaan Kelantan telah mengumumkan cuti peristiwa pada 4hb Oktober 2010 sempena piliharaya kecil Galas. 

Kelantan berjaya mengalahkan pasukan N.Sembilan 2-1 dengan permainan yang sungguh dramatik dan menghiburkan. 


Tahniah Taming Sari ucapkan kepada RTM 1 kerana berjaya membawa siaran langsung Piala Malaysia sekaligus kehangatan perlawanan akhir dapat dirasai bukan sahaja di Kelantan dan N.Sembilan, tetapi oleh 1 Malaysia. 

Taming Sari juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan, penyokong dan pengurusan atas kejayaan ini.

Tahniah.

Wallahhualam.

Penulis,



Keluar Mengundi Mengecewakan : Bukti Sokongan Kepada PKR Jatuh !!

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata peratusan keluar mengundi yang rendah pada hari pertama pemilihan parti, antaranya mungkin disebabkan oleh bahang kehangatan pemilihan jawatan kanannya tidak sampai ke peringkat cabang.

"Apa yang berlaku sekarang tidak menggambarkan seperti mana pemilihan di peringkat cabang dahulu," kata Saifuddin ketika ditanya sebab-sebab berlakunya fenomena itu.

Semalam, daripada sembilan cabang yang mengadakan pemilihan jawatan dalam majlis pimpinan pusat PKR, peratusan keluar mengundi amat sedikit.

Contohnya, di Pokok Sena, daripada 314 anggota, hanya 24 orang sahaja yang hadir mengundi.

Saifuddin menjelaskan, setakat semalam, hanya 15 hingga 20 peratus sahaja anggota parti itu yang turun memilih calon-calon yang bertanding.

Menurutnya, jika trend ini berterusan, mungkin sasaran 75,000 anggota - seperti semasa pemilihan di peringkat cabang sebelum ini- terlibat dalam pemilihan sukar dicapai.

Sementara itu, Saifuddin juga berpendapat, fenomena tidak keluar mengundi itu juga mungkin berlaku kerana pemilihan di peringkat cabang baru sahaja tamat.

"Jadi, mobilisasi (supaya keluar mengundi) kena dibuat dua kali," jelasnya yang juga ahli parlimen Machang.

Sehubungan itu, Saifuddin menyeru kesemua 400,000 anggota parti itu menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

"Kita (sekretariat) sudah sediakan yang terbaik. Jadi, saya harap mereka turun beramai-ramai mempraktikkan demokrasi melalui sistem 'satu ahli, satu undi' yang diperkenalkan ini," katanya.

Ditanya tentang aduan rasmi yang diterima setakat ini, Saiffuddin berkata, pihaknnya baru menerima beberapa aduan berhubung kelewatan memulakan pengundian.

Sementara itu, setakat jam 3 petang ini, peratusan keluar mengundi bagi memilih pucuk pimpinan parti masing kurang memuaskan.

Di cabang Kuantan, difahamkan baru 100 daripada 1,400 pengundi hadir melaksanakan tanggungjawab mereka. Manakala di Seremban sebanyak 110 dari 2,800 berbuat demikian.

Di Teluk Kemang pula setakat jam 12.30 tengah hari tadi, difahamkan seramai 70 daripada kira-kira 2,000 pengundi, telah membuat pilihan mereka.

Beberapa pemimpin cabang berpendapat perkara itu disebabkan anggota PKR yang rata-rata berpendapatan rendah di luar bandar masih terpaksa keluar bekerja pada hari ini.

Bagi Taming Sari ini bukan sahaja bukti ahli PKR sudah hilang kepercayaan kepada pemimpinnya, mereka juga hilang kepercayaan kepada perjuangan parti itu sendiri. Walhal, jika mereka tidak berpuas hati dengan calon sekalipun, mereka boleh terjemahkan dengan undi.

Wallahhualam.

Penulis,

Selangor Defisit Belanja 65.95 Juta?

Anwar "zero" dalam pengetahuannya tentang kewangan. Inilah kata-kata yang pernah dikeluarkan oleh salah seorang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar daripada jawatan TPM. Kata-kata itu dipercayai keluar dari mulut Tun M sendiri selepas hilang kepercayaan kepada timbalannya itu.

Apabila Selangor melantik Anwar sebagai penasihat ekonominya, ia bagaikan satu tindakan bodoh MB Selangor, Khalid Ibrahim. Kesannya tahun ini Selangor mengalami defisit dalam perbelanjaannya. Laporan ini dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Apa yang menyedihkan, rakyat Selangor tidak nampak di mana wang kerajaan negeri telah dibelanjakan.

Menurut apa yang dipaparkan di Sinar Harian :
".......UMNO Selangor mencabar Kerajaan Selangor memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri berikutan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri itu yang mengalami defisit RM65.96 juta pada tahun lalu.
Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri yang mengalami defisit pada 2009 membuktikan Anwar gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan.
“Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, ini memberi kesan buruk kepada rakyat Selangor dan membuktikan Pakatan Rakyat tidak mampu menjana ekonomi negeri ke arah yang lebih baik walaupun mempunyai penasihat ekonominya sendiri dan kononnya ditadbir menggunakan pendekatan korporat.
“Jika begini keadaan ekonomi dan kewangan Selangor, apa yang telah dibuat oleh Penasihat Ekonomi negeri (Anwar) ini sebenarnya. Adalah lebih elok pecat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Abdul Shukor juga tidak menolak kemungkinan kemerosotan kewangan Kerajaan Negeri berpunca daripada pengurusan yang tidak berhemah yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung kedudukan kewangan Kerajaan Negeri..........". Baca selanjutnya di sini

Pakatan Rakyat sememangnya gagal di Selangor. Mereka sekadar menjadi penguna sahaja kepada segala kemajuan yang dibawa oleh BN selama ini.

Mereka hanya sibuk mahu mempertahankan kuasa sahaja serta mereka tidak pernah memikirkan kaedah bagi memperjuangkan nasib rakyat Selangor.

Wallahhualam.

Penulis,

Tun Hussain Onn : Kenapa PAS Ditendang Dari BN?



Berdasarkan:
Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977

"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini. Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum. Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti. Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan. Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974.

UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya. Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi. Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku.

Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok. Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional. UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu. UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah.

Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS. Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen. Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya. Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi.

Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO. Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu. Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda.

Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat. Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya. Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur.

Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini. Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik. Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri. Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya.

Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar. Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya.

Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan. Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah.

Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita. Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain? Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional.

Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini. Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional?

Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional. Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah. Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian. Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu. Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing. Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS. Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional. Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional. Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional.

Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini. Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu. UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita. Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran.

Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah. Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.
Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan. Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982. FAKTA TAMBAHAN

7...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. 1

1...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK MAC 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. Wallahhu'alam.


Wallahu'alam

Penulis,
Tamingsari

Kerana Mainkan Islam, Ansari Asyik Jatuh Laut Lagi

Sekali terjadi, bolehlah kita katakan ia adalah kemalangan yang berlaku secara kebetulan, tetapi sekiranya ia belaku kali kedua dengan situasi yang sama, ia memang sesuatu yang perlu difikirkan.

Taming Sari amat terkejut, kerana ia tidak pernah kepada sesiapa yang berkempen di dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini sehingga mengalami pengalaman melucukan seperti ini.

Seperti yang diceritakan kisahnya di dalam Malaysiakini :
"...........Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.
Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.
Ansari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh
Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.
Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.
Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada........."

Bagi Taming Sari, Ansari telah melakukan dua kesilapan besar yang menyebabkan dua kejadian jatuh laut itu betul-betul boleh diinsafinya.


Perkara pertama, dia dipilih menjadi calon PKR di Batu Sapi bukan dari suara akar umbi. Dia dikatakan sebagai calon emas Anwar Ibrahim. Ansari tidak disenangi oleh akar umbi kerana adu-dombanya kepada kepimpinan tertinggi PKR termasuk Anwar Ibrahim. 


Pekara kedua, Ansari cuba membawa imej Islam dalam melobi orang Melayu dan Islam di Batu Sapi bagi mengundinya. Mempermain dan menpergunakan Islam adalah satu kesalahan besar yang kini digunapakai oleh PAS dan sekutunya. 

Ansari adalah calon PKR yang bertanding di Pilihanraya Batu Sapi yang bakal diadakan pada 4 November ini. 

Wallahhualam.

Penulis,

Orang Asli Pos Brooke Belasah Orang PAS


Gambar : Bukan orang PAS yang jadi mangsa tetapi ini adalah acara merebut kerusi semasa program yang dianjurkan oleh Puteri UMNO di Kg. Sangwai,  Pos Brooke, Kelantan sempena kempen pilihanraya kecil DUN Galas.

Tetapi hakikatnya tetap ada bahawa orang asli di sini hidup bagaikan tiada bernegeri, tiada berkerajaan. Kebanyakkan bantuan yang disalurkan kepada mereka adalah dari kerajaan persekutuan.

Undi BN bakal terjamin selepas ramai orang asli meluahkan rasa marah apabila kerajaan PAS gagal menepati janji dalam soal pemilikan tanah serta banyak pembukaan tanah di kawasan mereka tidak dibincangkan dahulu bersama orang-orang asli di sini.

PAS di gelar "Yahudi" oleh mereka.

Wallahhualam.

Penulis,

Jumaat, 29 Oktober 2010

Puting Beliung Melanda Perlis : Satu Keajaiban !!

Lebih 50 buah rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi dekat sini rosak akibat angin puting beliung semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis Mansor Jusoh berkata, kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 6 petang menyebabkan kerugian sekitar RM100,000.

Baitul Mal Perlis dan Unit Pembangunan Insan Perlis akan membantu mereka yang terlibat membaiki rumah, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menilai kerugian sebenar, katanya kepada pemberita ketika melawat mereka yang terlibat hari ini.

Katanya walaupun sebuah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi, kebanyakan penduduk lebih selesa tinggal sementara bersama saudara-mara.

Sementara itu seorang penduduk, Rohana Abdul Rahman, 52, berkata, ketika kejadian dia berada seorang diri di rumah dan terdengar bunyi bising serta rumahnya bergegar.

"Saya melihat macam ada benda putih di luar rumah dan dalam sekelip mata pintu hadapan pecah dan bumbung diterbangkan angin," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, semua yang terlibat hari ini menerima bantuan awal daripada Yayasan Pok dan Kassim (YPK) dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 seorang dan beras.

Sumber : Bernama

Kata Taming Sari : MasyaAllah. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Wallahhualam.

Penulis,

Penduduk Kg Pokok Asam Jelutong Bakal Merempat Di Bawah Kerajaan Khalifah DAP

Taming Sari sedang berkursus di P.Pinang. Segaja mengambil sedikit masa berjalan-jalan di sekitar Permatang Pauh kawasan Anwar Ibrahim. Setahun lebih Taming Sari tidak ke sini, tiada bezanya dengan adanya Anwar atau tidak. Sama sahaja seperti dahulu.

Hari ini tersebar berita mengenai penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong, yang berdepan dengan pengusiran. Mereka meluahkan rasa marah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang diteraju DAP kerana gagal menepati janji.

Seorang penduduk Mohd Khir Mohd Sai, 44, berkata sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berjanji dengan mereka untuk menyelesaikan isu pampasan itu.

"Mereka berjanji sebelum Hari Raya Aidilfitri mereka akan bantu kami tetapi sehingga hari ini masih tidak ada penyelesaian berkenaan isu itu dan kami juga tidak berpeluang bercakap dengan Lim atau Ooi,” katanya kepada pemberita di sini.

Dia yang mewakili penduduk di situ mendakwa hanya 17 keluarga di kampung itu yang menerima pampasan daripada pemaju, manakala 14 lagi masih menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri.

"Kami sekarang terkapai-kapai, tidak tahu apa yang harus dilakukan,” katanya menambah mereka harus berpindah dari kawasan itu sebelum tarikh akhir perjanjian iaitu 27 Nov ini.

Difahamkan kampung berusia 100 tahun itu akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman apartmen oleh pemaju dari Kuala Lumpur.

Nasib 14 keluarga yang tidak mendapat pampasan itu bagaikan telur dihujung tanduk nasib mereka. Pihak kerajaan negeri di bawah Khalifah DAP bagaikan tiada perasaan ingin membantu kerana penduduk kampung tersebut adalah orang-orang Melayu. 

Taming Sari mengesa pihak kementerian terbabit atau UMNO P.Pinang supaya masuk campur kerana ia bakal menidakkan hak asasi keluarga terbabit yang berhak mendapat pampasan selepas rumah dan tanah mereka dirampas oleh khalifah DAP. Desakan lebih kuat perlu dilakukan bagi membantu mereka. 

Seperti yang DS Najib katakan, orang Melayu sudah tidak boleh bergantung kepada PAS dan PKR lagi kerana agenda mereka hanya mabukkan kuasa sahaja.

Wallahhualam.

Penulis,


Nurul Izzah Bernafsu Besar : Tapi Cepat Klimaks "Diusik" Saifuddin Nasution

Nurul Izzah amat marah. Impiannya bagi menduduki kerusi no. 3 PKR semakin membara. Dia tahu, bermodalkan wajahnya yang 'ayu' itu dia bakal dinobatkan sebagai Naib Presiden PKR.  

Walaubagaimanapun dia telah mempertikaikan perubahan pada aturan nama calon-calon yang bertanding kerusi tersebut. Diumumkan dua hari sebelum proses pengundian pusat bermula. Senarai perubahan ini diendoskan oleh Saifuddin Nasution.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini berkata senarai baru yang dikeluarkan semalam, dua hari sebelum ahli-ahli parti itu keluar mengundi memilih kepimpinan pusat, secara berperingkat-peringkat, “agak sedikit membimbangkan”. 

Sebanyak 69 cabang PKR akan keluar mengundi hujung minggu ini, sebahagian daripada tiga peringkat pengundian yang dijadualkan. 

Menurut kenyataan Izzah di The Malaysian Insider :
"...........“Saya telah dimaklumkan bahawa pada 27 Oktober (semalam) bahawa ibu pejabat parti telah mengumumkan senarai baru yang mengandungi perubahan aturan nama calon-calon naib presiden pada kertas undi (yang dikeluarkan).
“Saya cuma ingin menyatakan yang situasi ini agak sedikit membimbangkan, atas dua sebab,” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Wakil beliau, Mohamed Siddik Mohamed Ibrahim menyerahkan surat minta penjelasan daripada Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail di ibu pejabat PKR di sini kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
Nurul Izzah berkata senarai muktamad calon-calon yang bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu.
“Pengumuman senarai muktamad terbaru pada 27 Oktober, yang mengandungi perubahan aturan nama calon-calon dalam kertas undi, meletakkan tanda tanya pada senarai muktamad pertama tadi.
Pada senarai dikeluarkan 24 Oktober lalu, nama beliau diletakkan sebagai calon nombor dua atas nama “Anwar, Nurul Izzah” selepas Ansari Abdullah.
Bagaimanapun senarai dikeluarkan semalam menunjukkan namanya berada di tangga kesembilan atas nama “Nurul Izzah Anwar”.
Difahamkan jawatankuasa pemilihan pusat menentukan aturan nama calon mengikut susunan abjad. Berdasarkan maklumat borang penerimaan pencalonan, Nurul Izzah memohon agar nama pada kertas dicetak sebagai “Anwar, Nurul Izzah”..........."

Berdasarkan kenyataannya, jelas Izzah memang beriya-iya untuk menang jawatan itu. Dia sendiri yang meminta kepada urusetia pemilihan untuk mengunakan nama "Anwar, Nurul Izzah". Ini kerana, mengunakan abjad "A" di hadapan, nama Izzah akan berada di kedudukan no. 2. Jika dia mengunakan nama "Nurul Izzah Anwar", kedudukannya jatuh ke tangga ke 9. 

Bagi Izzah, No. 9 hanya menyebabkan orang tidak memangkahnya kerana nombor itu terlalu kebawah dan sukar dikesan pengundi. 

Mana ada di Malaysia ini dalam apa-apa pun keadaan kita meletakkan nama bapa di depan. PKR dan Nurul Izzah sengaja mengikut sesuka hatinya menjadikan perlembagaan mereka ibarat karangan kosong yang boleh dipadam-padam dan diubah-ubah. Jelas, perlembagaan mereka tidak telus dan tidak konsisten. 

Izzah yang bernafsu besar ini telah menghantar surat bantahan kepada Saifuddin Nasution kerana mengubah saat akhir senarai nama di atas kertas pencalonan Naib Presiden. Saifuddin yang sengaja mengusik Izzah tidak menyangka, Izzah cepat klimaks dan cepat teransang apabila bereaksi sedemikian rupa. Jika Saifuddin teruskan juga mengayuh permainan ini, maka makin banyak lagi air Nurul Izzah yang akan tumpah. 

Izzah punya harapan tinggi agar permainan ini dihentikan supaya apabila menjelang pemilihan nanti dia mahu kehendaknya dijelmakan. Walaubagaimanapun, Izzah perlu akui, kuasa dalam menentukan senarai calon terletak di tangan Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agong. 

Wallahhualam.

Penulis,

  

Melayu Perlu Segera Sedar dan Disedarkan !!

Bukan satu rekaan lagi. Tidak mungkin DAP boleh berdiam diri. Mereka tidak akan puas dengan penguasaan di P. Pinang dan Selangor pada hari ini. DAP lebih optimis, mereka mahu menerajui pentadbiran Malaysia pada masa-masa akan datang.

Apa yang dilakukan Lee Kwan Yew sehingga mereka berjaya mendapatkan tanah Singapura adalah taktik terbaik yang akan DAP lakukan bagi mendapatkan P.Pinang. Inipun selepas mereka berjaya menguasai Malaysia.

DAP telah mengariskan beberapa fasa tindakan sebelum dan selepas PRU13. Fasa pertama yang sibuk mereka lancarkan adalah fasa pengemisan. Untuk mendapat mandat pemerintahan Malaysia, DAP perlukan sokongan orang Melayu. Walaupun mereka jijik dengan Melayu dan Islam, dalam fasa pengemisan ini mereka perlu mendampingi parti yang paling banyak sokongan daripada orang Melayu. Parti tersebut adalah PAS. 

Seperti yang didedahkan oleh Dr. Zulkifli Noordin, YB Bandar Baru Kulim, di Parlimen hari ini (28.10.10), PAS sememangnya tidak sedar dengan helah DAP ini. Mereka sangkakan DAP sudah boleh menerima Islam dan menerima perjuangan PAS. Fasa pengemisan DAP ini sedikit sebanyak berjaya meyakinkan PAS bahawa DAP sudah bertaubat dan akan senantiasa menghormati pendirian PAS. Baca sini.

Fasa pengemisan ini telah pun DAP lakukan pada awal pemerintahan mereka di P.Pinang. Mereka sanggup mengunakan nama Umar Abdul Aziz semata mahu menutup kerisauan masyarakat Melayu akan pemerintahan mereka. Apabila tahun bersilih ganti, DAP P.Pinang sudah melaksanakan fasa kedua yang lebih kejam pada hari ini. 

DAP juga nampak, orang-orang Melayu sangat menyokong Anwar Ibrahim. Sayangnya mereka pada Anwar sehingga sangat percaya bahawa Anwar tidak meliwat. Karpal Singh sangat mengenali Anwar. Mengapa Karpal yang pernah meminta Anwar bertaubat tiba-tiba berubah pendirian dan kemudiannya bertindak menjadi peguam bela Anwar? Pasti ada agenda tersembunyi yang Pengerusi DAP ini sedang rancangkan. 

Bagi Taming Sari, muslihat ini adalah jerangkap samar kepada Anwar Ibrahim. Anwar adalah penarik sokongan orang Melayu. Dia adalah aset DAP yang paling mahal kerana Anwar berjanji kepada DAP, jika Pakatan Rakyat menang DAP akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Janji Anwar itu tidak pernah dilupakan DAP. 

Pembaca bayangkanlah, apa yang akan dilakukan DAP jika mereka sudah memegang portfolio Timb. Perdana Menteri. Bagaimana agaknya nasib orang-orang Melayu kelak? Kali ini, mereka tidak lagi mengamalkan fasa pengemisan. Kali ini mereka akan laksanakan fasa pengstrukturan dan perubahan dasar. Seperti mana mereka lakukan kepada P.Pinang, mereka tidak membuang Melayu secara fizikal, tetapi mereka buang Melayu dengan memberi tekanan mental. Dasar-dasar ini bakal mereka praktikan supaya peralihan milik tanah dan segala aset kerajaan yang dulunya dikuasai Melayu bakal diubah secara dokumentasi dasar. 

DAP tidak lagi berpuas hati kerana misi mereka mahu kerusi utama kepimpinan negara tidak pernah padam. Di kala itu, mereka bebas memerintah. Menteri kebinet yang ada kaitan dengan orang Melayu akan mereka kuasai. Mereka pasti akan melaksanakan dasar bercanggah dengan perlembagaan. DAP optimis sedang mengira usia Anwar yang semakin lanjut. Anwar tidak mungkin akan bertahan lama menjadi Perdana Menteri dan dia bakal menyerahkan tampuk kepimpinan itu kepada DAP. Maka impian mereka bakal digapai. Tujuan Karpal Singh terus mencari jalan melambatkan kes liwat Anwar adalah bersangkutan. Karpal akan membiarkan Anwar tengelam dengan kesnya jika Anwar sudah tidak diperlukan lagi. 

Fasa penjajahan adalah fasa terakhir yang bakal DAP lakukan kepada Melayu bagi mengekalkan kuasanya di  Malaysia. Di kala itu, sudah tidak ada lagi media alternatif. ISA digunakan bagi menangkap pemerontak dan pro pembangkang. Sektor pertahanan dan kerajaan tiada lagi orang Melayu. Melayu akan dipinggirkan serta Islam akan dicatu dan diperkecilkan peranan. Tiada DEB, tiada MEB. Tiada Uitm tiada kuota Melayu. Tiada pinjaman PTPTN. MARA, BTN, KEMAS, JASA dan semua agensi berkaitan Melayu ditutup. 

DAP akan sogok orang Melayu dengan janji-janji palsu serta mengawal ketat setiap pergerakan dan aktiviti politik orang Melayu supaya tiada usaha menentang mereka. Fasa penjajahan ini bakal diperbaiki dari semasa ke semasa untuk terus memperkasakan DAP di bumi Malaysia ini.

Realitinya pasti dan apa yang Taming Sari nyatakan di atas ini adalah impian DAP. Usaha mereka dengan fasa-fasa yang dinyatakan cukup kemas dan rapi supaya apa yang mereka lakukan di fasa penjajahan nanti tidak dilawan kerana DAP sudah mendokumentasi dasar baru semasa fasa ke-dua.

Melayu perlu segera sedar. Ancaman semakin hampir.

Wallahhualam.

Penulis,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif