Ahad, 28 November 2010

Nurul Izzah, Institusikan Personaliti Bukan Prinsip

Hakikatnya Nurul Izzah temberang ini mengutamakan personaliti dari prinsip. Sejak dia menjadi MP, siapa yang mengenali Nurul Izzah? Bagaimana dia boleh cepat naik dan sekarang memegang jawatan Naib Presiden paling kanan sekali dalam parti milik bapanya. Mengutamakan prinsip atau lebih kepada penonjolan personaliti. Kenyataan tersebut ditulis di Malaysiakini.

Kongres PKR yang berlangsung kini tidak habis-habis mencerca UMNO dan BN, adakah begini prinsip perjuangan PKR? Bermain dengan kata-kata indah kononnya mereka sudah berpengalaman memerintah negara lebih setengah abad. Rakyat jangan mudah mempercayai kata-kata yang keluar dari seekor-seekor biawak PKR ini kerana kata-kata mereka semuanya kosong dan kosong macam tong kosong.

Anak sulung Anwar bernama Nurul Izzah ini tidak siapa pun pernah mengenalinya tetapi kerana dia mendahulukan personaliti, almaklumlah, diakan ayu dan menawan malah anak kepada pemilik PKR, pastinya dia diundi. Ini sahaja modal yang dia gunakan bagi memenagi PRU 13 di kerusi lembah pantai menewaskan orang tua, DS Sharizat Jalil. Dimana prinsip Nurul Izzah ketika itu?

PKR dan Nurul Izzah tidak perlulah mendabik dada berlagak seperti juara rakyat kerana semua rakyat tahu dan sedar, PKR tidak akan kemana. Sibuk bercakap mengenai perjuangan rakyat sedangkan kaum india yang menjerit-jerit meminta secebis keadilan di luar Dewan Sivik tempat mereka bersidang itu langsung tidak mereka endahkan. Sudah korang liwat mereka, biarkan mereka terpinga-pinga. Apa punya pemimpin-lah pakatan haram ini. 

So, Nurul Izzah, makin banyak kau bercakap, makin sempit aku nampak pemikiran kau. 

Wallahhualam.

Penulis,



Seorang Rakyat Serambi Mekah Minum Arak Di Kota Bharu


Minum Arak T'buka? Mana MBKB-BRI?, originally uploaded by Atendent

Maklumat ini Taming Sari dapat di blog pro pembangkang :
Ni aduan dari ramai peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu tapi ditutup sebelah mata oleh pihak Majlis Bandaraya Kota Bharu. Untuk pengetahuan peniaga yang berbaju hijau kerap kali dengan selamba minum arak depan orang ramai. Mengikut aduan, botol2 arak ditinggalkan secara bersepah.
Manakala peniaga ni meniaga secara haram tanpa lesen, tapi ramai yang kecewa apabila pihak bandaraya tidak ambik apa-apa tindakan.
Apabila mabuk, peniaga ni dok buat onar dengan perkataan yang mencarut kepada orang perempuan yang lalu lalang, pihak bandaraya tidak ambil tindakan padahal banyak kali orang ramai buat aduan.
Ini sungguh malang kalau pihak yang berkenaan. Kalau tidak percaya, tolong turun dan tengok sendiri gelagat samseng gila ni yang berbaju hijau dan seluar pendek!

Kata Taming Sari : Beginikah yang dikatakan oleh kerajaan PAS mereka berjaya membawa pembangunan bersama Islam di negeri Kelantan sehingga sanggup mengelarkan Kelantan sebagai negeri Serambi Mekah?

Taming Sari tidak nampakpun keseriusan mereka iaitu pihak PBT menangani isu sosial di negeri ini. Hanya rektorik semata-mata. Lesen arak tetap juga diluluskan. Kata ia tidak boleh. Kalau di negeri lain sibuklah mereka jaja yang BN pendorong kepada berlakunya kemaksiatan.

Jadi, Kerajaan PAS Kelantan sekarang ini sudah diketahui rakyat sebagai kerajaan penipu, dan suka menghisap darah rakyat. Sudahlah gagal membawa apa-apa perubahan dan memberi keselesaan kepada kehidupan terutama penyediaan air yang bersih untuk rakyat malah mereka juga gagal menangani isu sosial yang melanda masyarakat Kelantan yang terkenal dengan sikap malas, degil dan pemarah.

Rakyat Kelantan takkan tak reti-reti untuk tukar kerajaan pada PRU 13 nanti.

Wallahhualam.

Penulis,

Namawee Tak Salah : Apa Sudah Kena Dengan Menteri Bertangungjawab?


Dalam Malaysia ini, orang yang paling bertuah adalah Wee Meng Chee atau Namewee.

Ini kerana dia merupakan anak Malaysia yang nampaknya bebas untuk melakukan apa saja termasuk memghina lagu Negaraku serta mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.

Namewee seolah-olah mempunyai 'lesen' untuk menghina individu dan bangsa tanpa perlu khuatir didakwa di mahkamah, paling kuat pun hanya perlu hadir untuk diambil keterangan oleh pihak polis. Itu saja.

Untuk rekod, kira-kira setahun lalu, Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.

Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya.

Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus.

Dia kemudiannya kelihatan menelefon seseorang yang didakwanya TNB.

Dia mendakwa panggilan itu tidak dijawab sehingga menyebabkan dia berang dan pergi ke sebuah pejabat TNB berdekatan dengan diiringi jurukamera.

Ketika sampai di pejabat itu, Namewee menuntut penjelasan kepada kakitangan di pejabat tersebut dan meminta notis atau pemberitahuan tentang ketiadaan elektrik.

Biarpun kakitangan di situ cuba mententeramkan Namewee dengan memberitahu bekalan elektrik terputus akibat kerosakan namun dia tetap tidak berpuas hati.

Sebelum keluar daripada pejabat berkenaan dia memaki hamun kakitangan-kakitangan itu dengan bahasa kesat sambil menunjukkan isyarat lucah dengan tangan.

Dia kemudian menghabiskan klip video berkenaan dengan kata-kata mencarut dan gambar isyarat lucah berkenaan.

Itu pun dia lepas dan tiada tindakan dikenakan ke atas dirinya.

Dan yang terbaru, Namewee menghasilkan klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Selain itu Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Namun semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Namewee kerana pemuda dari Muar, Johor itu kerana dia tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan.

Katanya, dalam klip video terbarunya, Namewee mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Tambah Nazri, mengikut akta tersebut, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee.

‘‘Sekiranya Namewee membuat lagu lucah yang dihalakan kepada pengetua sekolah di Kulai, maka orang yang berhak mengambil tindakan di bawah Akta SKMM ialah pengetua sekolah itu.

‘‘Terpulang kepada pengetua itu untuk mengambil tindakan atau tidak tetapi kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tindakan ke atas Namewee,” katanya kepada pemberita

Apa lagi nak diperkatakan.

Nampaknya walau dikecam pelbagai pihak, ia langsung tidak menjadi kudis pada Namewee.

Justeru kepada mana-mana pihak yang mahu menghina lagu Negaraku selepas ini, hendak mengutuk dan mencaci individu, kaum atau siapa saja selepas ini, maka mereka bolehlah berbuat demikian kerana Namewee telah membuktikan yang perkara tersebut tidaklah menjadi kesalahan dalam negara kita yang tercinta ini

Tak percaya tanya Nazri Aziz.

Penulis asal : JEFRI ZACHARIAH di Malaysia Instinct

Wallahhualam.

Penulis



Perang Korea Kembali Berbunga


Konflik terbaru di semenanjung Korea Selasa lalu telah mengheret dua kuasa besar yang masing-masing mempunyai kepentingan politik dan ekonomi selain mahu mengimbangi pengaruh antara satu dengan lain. Malah konflik yang dianggap antara provokasi terbesar selepas tamatnya Perang Korea 1953. Empayar Korea yang dulunya satu telah terbelah dua oleh Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat (AS) pada 1945, ketika Perang Dunia Kedua.

Hingga kini terus terbelah, satu bangsa dan satu budaya menjadi dua yang berbeza ideologi. Masing-masing digunakan oleh kuasa besar dan konflik terbaru bukan saja melibatkan Korea Utara dan Korea Selatan malah kuasa-kuasa besar, China dan AS yang menaungi kedua-dua negara ini.

Selepas enam dekad, dendam dan prasangka terus menjadi menyala. Gerak geri di sempadan menjadi perhatian kerana masing-masing seolah-olah menunggu masa untuk menyambungkan perang yang tertunda. Selepas dua dekad runtuhnya negara blok komunis di Eropah Timur, Korea Utara cuba bertahan dengan ideologi komunis yang muflis itu. Kebergantungan kepada kuasa besar ekonomi iaitu China selepas era keruntuhan Kesatuan Soviet terus memperkukuhkan kedudukan Korea Utara.

Maka bedilan yang membunuh dua orang awam dan dua tentera di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan adalah isyarat kepada AS dan Barat. Di rantau Asia Timur, Korea Utara adalah bom jangka yang boleh meletup dengan tiba-tiba. Kalau berlaku sekali lagi Perang Korea, kesannya jauh lebih besar terhadap landskap politik di Asia Timur. Korea Selatan adalah sekutu AS di rantau itu.

Provokasi ini dengan sendirinya memusnahkan perjanjian damai pada 4 Oktober 2007. Lapan perkara dalam perjanjian antara bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo-Hyun dan pemimpin Korea Utara, Kim Jung il antara lain mengenai kerjasama ekonomi, membaharui perjanjian laluan keretapi, jalan darat dan udara antara kedua-dua negara.

Bekas Presiden AS, George W. Bush melabelkan Korea Utara sebagai "paksi kejahatan". Tindakan ketenteraan itu dianggap satu provokasi kepada Korea Selatan dan AS selepas beberapa hari Korea Utara mengumumkan peningkatan loji nuklearnya.

Korea Utara adalah sebuah kuasa komunis yang memperkayakan dan membangunkan pelan senjata nuklear dan peluru berpandu pelbagai jarak termasuk jarak jauh yang mampu sampai ke Washington. Ia sebuah negara tentera. Daripada populasi rakyat 23.4 juta orang, 1.19 juta adalah anggota tentera yang aktif sementara 7.7 juta pula adalah tentera simpanan. Berbanding Korea Selatan yang hanya mempunyai 655,000 anggota tentera aktif dan 3.3 juta tentera simpanan. Ini menunjukkan hidup Korea Utara bukan saja mempertahankan negara, malah untuk berperang dan memperagakan kuasa.

Ini adalah satu-satunya kuasa komunis yang secara terang-terangan mendedahkan program senjata nuklearnya tetapi tidak ada tindakan balas daripada AS. Daripada segi saiz pelan senjata nuklear, Korea Utara sangat berbahaya kepada dunia, bukannya Iran atau Iraq. Korea Utara mengeluarkan kira-kira 50 kilogram plutonium yang boleh membuat lapan senjata nuklear.

Maka tidak hairanlah kalau AS mengambil tindakan berhati-hati menangani isu ini. AS memilih untuk tidak melawan provokasi dengan provokasi. AS tidak mengikut rentak Korea Utara dalam kejadian bedilan ini tetapi telah bersiap sedia apabila kapal perang induknya USS George Washington sudah berada di perairan Korea Selatan sebaik saja tercetus konflik terbaru ini. Kapal perang itu membawa 75 jet pejuang bersama 6,000 bala tentera dikatakan hanya membuat "latihan" biasa di perairan itu. Walaupun begitu, kehadiran kapal perang itu tidak dapat menyembunyikan matlamat untuk melindungi Korea Selatan sekaligus meningkatkan ketegangan di semenanjung Korea.

Pada masa yang sama provokasi ketenteraan ini juga dianggap isyarat peralihan kuasa daripada diktator Kim Jong il kepada anaknya, Kim Jong un. Ini menunjukkan obsesi Jeneral Muda yang mahu memperlihatkan kekuatan dan keupayaan senjata nuklear yang bukan menjadi rahsia lagi.

Bagaimanapun peralihan kuasa juga memberi dilema kepada Kim Jong il. Antara yang menjadi persoalan apakah Kim Jong un yang muda itu membuat persiapan yang secukupnya meneruskan legasi keluarga Kim di negara itu? Ada tiga perkara penting yang membelitnya; adakah barisan utama tentera akan setia kepada Jeneral Muda muda itu, adakah wujud kestabilan politik dan mampukah kuasa politik terus berada dalam genggaman keturunannya.

Walaupun diasak oleh kuasa besar seperti AS dan badan dunia seperti Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Korea Utara tidak boleh diperkecilkan kesannya kepada landskap politik di rantau itu.

Kedua-dua negara yang satu bangsa dan satu budaya ini masing-masing mempunyai pelindung yang terdiri daripada kuasa besar. Maka apabila kedua-dua "anak-anak" ini bertelagah, kesannya melibatkan kedua-dua orang tua mereka.

Kerana itu bedilan ini bukan perkara kecil. Malah akan memberi ledakan besar terutama dalam hubungan diplomatik AS - China yang mula terjalin. AS juga tidak terburu-buru kerana memerlukan China yang akan muncul sebagai kuasa ekonomi yang baru. Bagaimanapun China terus didesak supaya memberi tekanan kepada Korea Utara mengenai isu bedilan ini. Bedilan itu juga mencabar Presiden AS Barack Obama yang menjadikan pembanterasan senjata nuklear sebagai salah satu perkara dalam manifesto parti Demokrat semasa berkempen pilihan raya Presiden 2008.

Bedilan yang memusnahkan lebih 60 bangunan itu adalah tindakan paling agresif ke atas orang awam selepas pengeboman pesawat Korean Air pada 1987. Ini juga mencatatkan sejarah sebagai bedilan pertama ke atas Korea Selatan selepas berakhirnya Perang Korea pada 1953, yang tanpa perjanjian damai itu.

Pertelagahan Korea Utara dan Korea Selatan tidak berlaku tanpa campur tangan kuasa-kuasa besar. Mereka ada kepentingan di segi ekonomi dan ketenteraan. Ketegangan kedua-dua negara ketika ini adalah isyarat ketegangan antara kuasa-kuasa besar yang berada di belakang kedua-duanya.

Ketika ini pihak yang mampu meredakan tindakan provokatif Korea Utara adalah China. Hubungan akrab kedua-dua negara yang berkongsi sempadan ini menjadi kebimbangan Barat. China antara negara yang menduduki perbincangan enam negara, ini termasuk Korea Utara, AS, Korea Selatan, China, Jepun dan Rusia. Komitmen negara-negara berkenaan ialah memantau program nuklear Korea Utara dan selama ini China tidak memperlihatkan tentangan terhadap program nuklear itu.

Malah China telah memberikan reaksi dingin mengenai sekatan terbaru Majlis Keselamatan PBB terhadap Korea Utara. Tindakan sekatan itu berikutan 46 tentera Korea Selatan terkorban dalam tragedi bedilan kapal perang Korea Selatan Mac lalu. China dijangka tidak akan mengambil langkah-langkah yang bertentangan dengan prinsipnya sebelum ini. Semua ini disebabkan Korea Utara begitu penting bagi mengimbangi kuasa AS di rantau berkenaan.

China tetap mahu "memisahkan" dua Korea itu kerana strateginya mahu menjadikan Korea Utara sebagai "buffer zone" untuk memberi tekanan kepada Korea Selatan. Kerana itu juga China akan melakukan apa saja strategi yang boleh melambatkan "kehancuran" Korea Utara demi kelangsungan geopolitik China di rantau berkenaan.

Sebelum ini Korea Utara telah mengejutkan pemerhati politik dunia apabila membenarkan wartawan asing membuat liputan perayaan ulang tahun ke 65 Parti Pekerja menerajui Korea Utara.

Bukan itu saja malah Korea Utara difahamkan akan membenarkan keluarga-keluarga yang terpisah sejak Perang Korea enam dekad lalu bertemu di sebuah resort di Korea Utara. Tetapi kini adalah sebaliknya apabila Perang Korea kembali berbunga.

Diadaptasi dari Utusan Malaysia.

Walllahhualam.

Penulis,

Sabtu, 27 November 2010

Kemana Menghilangnya Blogger Pengampu Perisik Rakyat?


Sekali sekala ada juga Taming Sari masuk ke blog pengampu Pakatan Rakyat ini iaitu Blog Perisik Rakyat. Taming Sari amat mengingati blogger ini kerana dia pernah memperkecilkan blog Empayar Melaya milik Taming Sari yang akhirnya terkubur disebabkan kekejaman mereka yang berstongkol dengan blogger ini menghack blog tersebut. Mereka telah mengflag blog Empayar Malaya sekaligus google telah membatalkan akaun Taming Sari. Tapi dia ingat Taming Sari sudah give up, biarlah bertatih semulapun dengan Blog Taming Sari ini, perjuangan tetap diteruskan.

Sudah hampir 1 bulan, blog ini tidak diupdate semenjak diadakan pemilihan PKR 2010 ini. Klik sini untuk ke blog tersebut di mana posting terakhir adalah pada 28 Oktober 2010. Sudah-lah blog pengampu ini tidak mengulas apa-apa berkaitan pemilihan yang menyeleweng. Penulisannya juga langsung tidak ilmiah malah lebih menghalalkan maki hamun dari fakta sebenar. Sekarang ini terus senyap.

Bukan apa pun Taming Sari bertanya khabar seperti ini. Ini kerana Taming Sari mengikut tindakan Nabi S.A.W bertanya khabar kepada seorang yahudi yang membaling najis ke atasnya selepas dia tidak lagi membaling najis kepadanya pada satu hari itu.  

Mungkin ada jawapan disebalik ketidakaktifan blogger ini dan mungkin dia juga sudah tergolong dari golongan mereka yang kecewa. Kepada blogger Perisik Rakyat, banyak-banyakkanlah bertaubat seperti mana yahudi yang membaling najis kepada nabi itu mengucapkan bertaubat serta mengakui kesilapannya dan paling manis dia telah mengucapkan khalimah Syahadah dihadapan Nabi sendiri.

Wallahhualam.

Penulis,

"PAS Kelantan Banyak Menyeleweng" Katanya Sambil Menyerah Borang UMNO

Seramai 103 bekas anggota PAS, termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan DUN Selising dalam Parlimen Pasir Puteh, bertindak menyertai Umno Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini.

Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66.

"Saya sedar perjuangan PAS selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam," kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Rujhan Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita, Karimah Mohd Noor dan lebih 100 penduduk kampung berkenaan.

Nordin yang mula menyertai PAS selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi.

Nordin yang juga bekas setiausaha PAS cawangan kampung berkenaan berkata beliau mendapati banyak berlaku penyelewengan dalam parti itu selepas diberi peluang memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas.

Sumber : Bernama

Wallahhualam.

Penulis,

Nurul Izzah Ibarat Wanita Sihir Purba Kala !!

Pernah tengok episod Merlin yang memaparkan kisah wanita yang berjaya menguasai raja sedangkan sebenarnya dia adalah makhluk hodoh yang sengaja mahu merampas tahta raja. Puas Merlin memberitahu dan menjelaskan kepada Raja dan rakyat, namun Merlin tidak dipandangpun kerana dia hanya-lah orang suruhan putera raja sahaja sedangkan perempuan itu adalah keturunan Raja yang dirasuk oleh troy yang jahat. 

Inilah ibarat yang sesuai diberikan kepada Nurul Izzah di dalam PKR. Hari ini dia menyelar kenyataan Ezam mengatakan bahawa Anwar paling bahaya dan ancaman kepada perpaduan kaum di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Mentang-mentanglah dia kini Naib Presiden PKR Reput, kenyataan Ezam langsung tidak dipandangnya sedangkan dulu, abang Ezam-lah orang yang boleh diharap menjaga dan menengok-nengokkan keluarganya semasa dia berlajar di luar negara dan Anwar di dalam penjara.

Nurul Izzah menyangkal kenyataan Ezam itu dengan menghantar tulisannya di Malaysia kini dan memasukkan kenyataan yang jelas menunjukkan kejelekkannya di dalam memahami apa yang diperkatakan Ezam serta menunjukkan bahawa Izzah sengaja mengelirukan rakyat dengan penjelasan yang tidak tepat dan berbaur jahat kepada kerajaan BN. Sambil mempertahankan papa hebatnya, Izzah turut mempertahankan kenyataan papanya berkaitan DEB.

Izzah cuba menjelaskan tentang penentangan dasar DEB oleh Anwar sedangkan dia tidak sedar, dia dahulu berjaya belajar sampai ke luar negara pun hasil dari DEB. Penjelasan Izzah mengenai DEB kononnya ada ketirisan yang berlaku sebenarnya adalah kerana satu masa dahulu Anwar pernah meniriskannya semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Projek berkiatan semua dibolot kepada kroninya sahaja.

Taming Sari amat yakin, rakyat kini bukan seperti rakyat tahun 2008 yang singkat berfikir bagi mempercayai berita dari media alternatif kerana memang dari hari ke hari makin jelas, merekalah sebenarnya pengampu kepada parti pembangkang. Berita yang sahih-pun mereka putar belitkan seperti mana pemimpin pembangkang memutar-belitkan fakta yang tidak memihak kepada mereka.

Taming Sari tidak sabar melihat rakyat mengajar mereka-mereka yang melampaui batas ini di PRU13.

Wallahhualam.

Penulis,





PKR Memang Parti Yang Syok Sendiri


Nak tergelak juga Taming Sari membaca keratan Haprakdaily yang melaporkan kenyataan Wan Azizah, Presiden Popet PKR ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres PKR ke 7 seperti yang tertulis di bawah :
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, dalam usia semuda itu juga PKR telahpun mencapai banyak kejayaan yang di luar dari kebiasaan.
Tambahnya, bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, parti itu telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu.
Dalam usia semuda itu, ujarnya PKR telah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik.
“Maka itu, usahlah kita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan, kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah.
Beliau menambah, jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidak perlu dijadikan kesalan dan menjadi pesimis melulu hingga melupakan hakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar. Demi membela nasib rakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara,” katanya lagi.

Baru hari ini kita nampak presiden popet ini bersuara. Bersuara pun lebih kepada place save dan sengaja mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengundang rasa panas di hati mereka-mereka yang kenal siapa PKR ini. 

Jelas, kenyataan Wan Azizah langsung tidak mengambarkan hasrat sebenar PKR malah ia hanya rektorik untuk mengaburi mata rakyat. PKR dikatakan sebagai wadah memperjaungkan nasib rakyat. Bagi Taming Sari, tidak ada langsung perjuangan mereka yang membela nasib rakyat malah mereka lebih mengutamakan tembolok sendiri dari kepentingan rakyat. Tidak ada langsung bukti yang jelas bagi mengukuhkan kenyataan Wan Azizah ini. 

Semalam, apabila TV3 melaporkan apa yang berlaku sekitar kongres dan membawa liputan jumlah ahli kongres yang tidak ubah seperti satu Majlis Raptai, hari ini wartawan TV3 dikasari dan dihalau dari membuat liputan kongres. Memang jelas, kongres itu hanya dihadiri oleh pak-pak ampu dan ahli yang masih diperbodohkan. Mereka sengaja mengelak dari media arus perdana menyiarkan keburukan dan keaiban mereka supaya tembelang mereka menipu rakyat tidak pecah.

Kepada rakyat dan ahli PKR yang sudah menilai kelemahan PKR di dalam pemilihan parti itu sebelum ini, janganlah terpengaruh lagi dengan kenyataan si popet ini. Dia ini tidak ubah seperti popet yang dimainkan oleh Anwar di dalam opera politik jahatnya. Ketidaktelusan PKR selain suka menyalahkan pihak lain tidak bakal menjadi satu ancaman besar jika mereka inilah yang memerintah Malaysia nanti.

Wallahhualam.

Penulis,

Ketuanan Melayu Perlu Ditinggalkan : Intipati Ucapan Presiden PKR


Seperti yang dilaporkan oleh portal pro pembangkang :
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri.
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.
"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.
Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

Betapa sempitnya pemikiran Presiden PKR popet ini apabila begitu mudah memperlekehkan maksud Ketuanan Melayu walhal dia sendiri tidak sedar, dia berjaya menjadi doktor dan mendapat status yang berbagai-bagai itu hasil dari ketuanan Melayu  yang telah dipertahankan sekian lama oleh pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu. 

Wan Azizah memang tidak pernah mengerti dan tahap kebodohannya sama sahaja dengan suaminya Anwar serta anaknya Nurul Izzah kerana selalu bercakap tidak berlandaskan fahaman yang tepat selain hanya gimik politik semata mahu menjaga hati rakan DAP-nya semata. Kebodohan dan kejahilan Wan Azizah ini sama sahaja tarafnya dengan pemimpin bukan Melayu samaada dari pembangkang atau dari BN yang pernah mempersoalkan ketuanan Melayu itu sendiri.

Ketuanan Melayu bukan satu slogan kosong tetapi ini adalah satu simbol yang dipertahankan di dalam Barisan Nasional kerana dengan hanya memiliki kuasa, Melayu mampu merencana apa sahaja untuk kebaikan bangsa Melayu. Segalanya berkaitan Melayu terutama Islam akan dapat dipelihara selagi orang Melayu masih menjadi pemimpin kepada negara ini.

Apa yang penting, makin tersenyum lebarlah DAP mendengar popet PKR ini berucap dengan kejahilan dan kebodohannya sendiri,


Wallahhualam.


Penulis,

PKR Retak Menanti Belah


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu tamparan pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu apabila lebih 1,300 orang ahli di Cabang Hulu Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.

Bekas calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Zahar Rusli yang mengetuai tindakan keluar parti itu berkata, pihaknya amat kesal kerana suara mereka langsung tidak didengari sekali gus memberi gambaran PKR tidak memberi keadilan kepada ahli parti sendiri.

"Kami dibodoh-bodohkan, dianggap macam tak tahu apa-apa dan tak tahu undang-undang, jangan anggap kita tiada suara dan hanya mempunyai seorang dua pengikut sahaja.

"Ramai ahli PKR Cabang Hulu Selangor sebenarnya sudah muak, mesyuarat cabang hanya mencatatkan kehadiran kira-kira 1,500 orang sahaja walaupun mempunyai 7,000 ahli manakala jumlah pemilih pada peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula jauh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahar menganggap PKR adalah sebuah parti yang kalut dan sudah tidak relevan kerana ia mula dikuasai dinasti keluarga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila isterinya, Wan Azizah Ismail menjadi Presiden manakala anak sulungnya, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden paling kanan.

Katanya, pengaruh Anwar sendiri semakin menyusut kerana kegagalannya menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit di peringkat cabang.

"Begitu juga dengan kerajaan negeri PKR di Selangor, hanya nampak elok pada tiga ke empat bulan pertama sahaja, kemudiannya mula menjadi kacau-bilau," katanya.

Mengenai perancangan beliau dan pengikutnya selepas ini, Zahar berkata, mereka akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) awal tahun depan untuk meneruskan agenda membantu rakyat Hulu Selangor.

Beliau tidak menolak kemungkinan NGO berkenaan akan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli bersekutu jika itu mendatangkan kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat setempat.

Sumber : Utusan Malaysia

Wallahhualam.

Penulis,

Jumaat, 26 November 2010

Budaya Taksub Kepada "Imam PAS" Masih Kekal Di Benak Orang Kelantan


Menurut apa yang dinyatakan di dalam Utusan Malaysia hari :
Kira-kira 500 penduduk Kampung Geting, Tumpat mengadakan demonstrasi secara aman bagi mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memecat imam muda (Rosli) yang bertugas di Masjid As-Somadi di sini hari ini.
Perhimpunan selama tiga jam itu bermula kira-kira pukul 9 pagi di pekarangan Kompleks Balai Islam Lundang di sini sebagai tanda tidak puas hati penduduk terhadap imam muda, Rosli Abdul Latif, 31, yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik kerana mengutamakan tugas-tugas lain.
Mereka turut membawa poster 'Allahuakbar Tuanku kekalkan imam tua kami', 'Dato' Wan Konok (Yang Dipertua MAIK) jangan jadi dalang' dan 'Dato' Wan Konok jangan bermain politik'.
Jurucakap penganjur perhimpunan, Abdullah Isa, 64, mendakwa, imam muda yang dilantik sejak dua tahun lalu tidak mengutamakan tanggungjawab di masjid itu sebaliknya sering mengadakan kuliah agama di tempat lain.
"Imam muda tersebut pernah meletakkan jawatannya itu tetapi ditarik semula dan bertugas seperti biasa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pada 5 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan Rosli telah dipulaukan oleh ahli jawatankuasa Masjid As-Somadi gara-gara tindakan bapa mertuanya, Abdullah Sa'amah yang juga pengasas Pondok Geting kerap mengkritik Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah setiap kali imam muda itu mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang lain secara berasingan di belakang.
Rosli pernah meletakkan jawatannya pada Jun lalu tetapi menarik balik selepas memikirkan beberapa faktor.
Sebelum ini, bapa mertuanya (Rosli) kerap mengkritik Nik Abdul Aziz kerana berpendapat Mursyidul Am Pas itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam seperti tidak menggalakkan sambutan Maulidur Rasul dan mengatakan Allah pun mencarut.
Sementara itu, Rosli ketika ditemui di pejabat MAIK berkata, beliau masih imam muda yang sah untuk bertugas di Masjid As-Somadi dan belum ada surat mengarahkannya meletakkan jawatan.
Tambahnya, beliau akan terus menjalankan tugasnya selagi MAIK tidak mengeluarkan arahan.
''Saya terkilan apabila ahli jawatankuasa masjid itu tidak memberi peluang kepada saya menjalankan tugas selaku imam muda," katanya.

Kata Taming Sari : 

Apakah jenis budaya dan pegangan yang diajar oleh totok PAS ini apabila sanggup mengadaikan agama semata kepentingan politik murahan mereka. 

Hanya kerana Ust. Rosli tidak sehaluan dengan mereka dan bibik bermula dari bapanya yang kerap mengkritik Nik Ajis laknat itu, orang PAS sanggup mengetepikan prinsip Islam. 

Kepada totok PAS Kelantan yang bengap, Nik Ajis bukannya maksum. Dia juga terdedah untuk melakukan kesalahan. Nak Harapkan korang menegurnya, jangan haraplah. Bagi Taming Sari, Nik Ajis memang sudah melampau dan sangat melampau. Banyak sungguh kenyataan dan keputusannya lebih mendahulukan pengaruh politiknya dari agaran Islam sebenar. Taming Sari amat menyanjung mereka yang berani menegur Nik Ajis ini. Tapi malang, penyokongnya yang totok dan buta hati menambahkan lagi kekusutan yang ada.

Soal  korang totok PAS sekalian sanggup memecahbelahkan jemaah islamiah di dalam masjid hanya kerana alasan politik, adakah korang yakin tindakan korang itu betul? Korang tahu atau tidak bahawa korang sudah tergolong dari golongan yang melampaui batas dan fasiqun?

Semoga Ust. Rosli terus tabah dalam menghadapi masyarakat fasiq yang masih menular di benak orang Kelantan yang sudah dimomok oleh PAS lebih dari 20 tahun ini. 

Harus diingat, Islam boleh bertahan tanpa PAS kerana Islam adalah agama yang syumul, tetapi PAS tidak akan hidup tanpa mempergunakan Islam kerana PAS adalah parti politik murahan yang tidak berkualiti malah sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam itu sendiri.

Rakyat perlu sedar perkara ini terutamanya orang-orang Kelantan.

Wallahhualam.

Penulis,


Kenyataan Bekas Ketua AMK PKR Ini Harus Diambil Perhatian Serius !!

Bekas Ketua Angkatan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ancaman sebenar kepada kestabilan kaum dan masa depan negara berdasarkan percaturan politiknya.

Menurut Mohamad Ezam, Anwar melakukan pembohongan serta membangkitkan perasaan kebencian antara kaum hanya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, tindakan Penasihat PKR itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas bertentangan dengan semangat dan perjuangan pemimpin terdahulu yang membentuk perpaduan dengan sifat kejujuran, kasih sayang serta prinsip setiakawan.

"Kita tidak boleh bina negara ini dengan pembohongan, sifat tidak jujur dengan menyatakan perkara-perkara yang palsu.

"Anwar merupakan seorang yang paling bahaya, dia akan rosakkan kita (Melayu, Cina dan India) dengan pembohongan. Adakah orang seperti ini mahu kita jadikan sebagai pemimpin negara," katanya ketika berucap dalam ceramah bertajuk 'Siapakah Anwar Ibrahim' anjuran MCA Bahagian Kelang di sini malam tadi.

Tambah Mohamad Ezam, percaturan politik tidak bertanggungjawab Anwar itu dilihatnya sendiri apabila pemimpin pembangkang itu mengarahkannya untuk 'menyerang' Dasar Ekonomi Baru (DEB) kononnya sebagai punca kepada amalan rasuah di negara ini.

Katanya, ketika itu Anwar mahu beliau menghina dasar tersebut selain membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Cina dan India terhadap DEB serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Dia (Anwar) mahu saya hina (DEB), barulah orang India dan Cina sokong beliau. Saya kata kalau tidak setuju dengan kerajaan, jangan hina DEB. Tapi Anwar nak dapatkan sokongan, dia mewujudkan perasaan benci kaum Cina dan India terhadap DEB dan kerajaan," jelasnya.

Kata Mohamad Ezam lagi, percaturan politik itu menurut Anwar harus dilakukan kerana Penasihat PKR itu mengakui bahawa amat sukar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu untuk membolehkannya berkuasa.

Jelasnya, Anwar ketika itu menyatakan bahawa untuk mendapatkan sokongan Melayu sepenuhnya mungkin sukar dan paling banyak pun hanya 60 peratus akan sokong beliau, manakala 40 peratus tetap menyokong UMNO.

"Kata Anwar, kalau menaikkan kemarahan orang Cina dan India mungkin boleh mendapat 80 hingga 90 peratus sokongan kaum itu dan kalau tak dapat Putrajaya, dapatkan beberapa buah negeri," dedahnya lagi.

Mohamad Ezam menyifatkan percaturan politik Anwar itu merupakan satu strategi jahat yang akan merosakkan negara dan hubungan antara kaum kerana ia menyemai kebencian di kalangan rakyat

Sumber : Utusan

Penulis,

Khamis, 25 November 2010

100 Hari Sebelum Ajalmu : Inilah Tandanya

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 


Wallahhualam. Sesungguhnya, ajal itu ditangan Allah. Namun sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya adalah orang yang paling bijak menurut sabda Rasullulah.

Penulis,

Video Menarik !! Anda Pasti Terpegun



Wallahhualam.

Penulis,

Hoki Sukan Asia : Malaysia Tewas Ditangan Pakistan


Malaysia akhirnya kempunan pingat emas bagi acara hoki Sukan Asia apabila tewas 0-2 kepada Pakistan.

Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada skuad hoki negara kerana walaupun pada asalnya diletakkan sebagai bukan pilihan akhirnya berjaya masuk ke perlawanan akhir.

Tahniah walaupun sekadar merangkul pingat perak.

Wallahhualam.

Penulis,

Malaysia Hari ini Berjaya Memenuhi Target 9 Pingat Emas Sukan Asia


Tahniah Kontigen Malaysia !!!

Rakyat Malaysia mengharapkan pasukan squasy lelaki dan hoki lelaki mampu mengapai pingat emas mereka hari ini.

Teruskan semangat patriotisme ini.

Wallahhualam.

Penulis,

Keprofesionalan Dicabuli Keegoan Penjawat Awam di Kelantan

Sudah lama Taming Sari perhatikan senario ini. Isu berkaitan begitu banyak persepsi buruk diberikan oleh orang luar berkenaaan budaya kerja penjawat awam di Kelantan ada kebenarannya. Taming Sari tidak pasti adakah penyakit ini turut melibatkan semua organisasi awam di Kelantan atau sesetengah sahaja namun ia bukan suatu yang mustahil. Taming Sari ada menyelidik perkara ini di luar Kelantan dan bertanya secara rawak dengan penjawat awam di luar namun mereka menafikan perkara ini berlaku. Taming Sari sendiri pernah berkerja di Kedah, Perak dan Putrajaya sememangnya perkara ini amat jarang berlaku.

Apakah yang Taming Sari maksudkan dengan pencabulan keprofesionalan? Pencabulan itu berlaku apabila tidak ada sifat hormat kepada pegawai atasan sehingga mereka sanggup melawan arahan, tidak bertangungjawab kepada arahan malah ada pula yang mengarah-arahkan pegawai atasan mereka sesuka hati oleh pegawai peringkat rendah. Jika mereka tidak melakukan perkara seperti disebut tadi, memanggil nama pegawainya dengan nama biasa tanpa ada panggilan hormat seperti Encik atau Tuan menampakkan staf bawahan itu biadap dan sombong.

Contohnya, ada pemandu atau staf gred kumpulan sokongan secara biadapnya memanggil pegawai atasannya dengan nama sahaja. Oleh kerana pegawai itu pegawai muda dan dia tidak mahu memperbesarkan isu ini, dia menghalalkan dan membiarkan sahaja. Dari segi personalnya memang ia tidak ada masalah namun dari segi profesionalnya ia jelas dicabuli.

Penyakit ini sebenarnya bukan dihidapi oleh seluruh warga penjawat awam Kelantan tetapi sebilangan kecil sahaja. Namun kesannya amat bahaya kerana ia bakal berjangkit kepada staf-staf baru yang tidak mengerti bahawa budaya itu melanggar Perintah Am. Bagi Taming Sari, penyakit ini berpunca dari sikap ego dan merasakan diri mereka sudah berpengalaman di dalam sesuatu perkara. Disebabkan itu timbul rasa riak dan sombong. Apabila hadir pegawai baru yang masih mentah, rasa hormat kepada pegawai tersebut hilang malah pegawai itu dianggap penganggu dan menyusahkan. Maka disebabkan itu, berat sungguh mulut mereka ini memanggil panggilan hormat walaupun pegawai itu berpangkat di gred kumpulan pengurusan dan profesional.

Apakah kesannya jika fenomena ini dibiarkan? Jelas, jika ia berlarutan, hiraki autoriti yang sepatutnya dipatuhi di dalam sesuatu organisasi bakal dicabuli. Ibarat sebuah keluarga dimana seorang anak yang menderhaka kepada ibu bapanya bakal merosakkan institusi keluarga itu. Penumpuan kepada visi dan misi sesuatu organisasi ini bakal terganggu malah kebarangkalian gagal amat tinggi. 

Bagi Taming Sari, apa yang sudah ditetapkan di dalam Perintah Am, Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam sudah cukup baik bagi memelihara hubungan antara pihak atasan dan pihak bawahan. Budaya saling hormat menghormati sememangnya sudah lama diterapkan. Tidak ada ruginya jika ia dituruti malah ia akan mendatangkan suasana yang lebih harmoni apabila yang tua dihormati yang muda disayangi. Pihak staf bawahan kena mengakui mereka adalah staf bawahan yang perlu menurut perintah pegawai atasan. Pegawai atasan pula perlu mengakui jika dia kurang berpengetahuan dan perlu belajar bersama orang bawahan. Jangan jadikan alasan peribadi untuk mencabuli budaya hormat menghormati ini.  


Taming Sari amat yakin, jika kita melihat budaya ini di dalam tentera, pegawai bawahan amat menghormati pegawai atasan dan penolak keperibadian di dalam urusan rasmi. Pernahkah pembaca menonton filem Leftenan Adnan lakonan Hairi Othman dan Rusdi Ramli? Ia jelas membuktikan penyataan Taming Sari ini. Rushdi dan Hairi adalah rakan sekampung tetapi apabila di dalam tentera, Hairi dihormati sebagai Leftenan Muda oleh Rushdi dan dia tidak pernah memanggilpun Hairi dengan panggilan nama biasa walaupun suatu masa dulu Hairi adalah rakan baiknya yang digelar dengan nama biasa sahaja. Hormat dan penghormatan diajar dan diterapkan di dalam tentera supaya tidak timbul di benak mereka rasa penderhakaan.

Taming Sari menekankan perkara ini kerana ia adalah nadi kepada kelancaran perjalanan jentera kerajaan yang digerakan kakitangan awam. Budaya egois dan bodoh sombong ini perlu digantikan segera dengan budaya hormat menghomati supaya misi memperkasakan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan lancar dan transformasi kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri mampu diadaptasi oleh semua pihak. 

Tapi yang peliknya, mengapa budaya ini sering dikaitkan dengan penjawat awam di negeri Kelantan? Taming Sari sendiri tidak tahu apa jawapannya.

Wallahhualam.

Penulis,



Rabu, 24 November 2010

Ekspo Cheng Ho Persis Ekspo Konvokesyen Universiti Layaknya


Suasana Kota Bharu ibarat serupa seperti hari-hari biasa. Sibuk dengan kesesakan lalu lintas yang tidak teratur malah keadaan jalan yang berlubang-lubang memburukkan lagi keadaan di sini. Rakyatnya sibuk dengan aktiviti harian mereka bagaikan tidak sedar ada persinggahan saudagar China ke bumi Kelantan pada bulan ini.

Mungkin ada yang masih tidak tahu, PAS Kelantan terkini melalui Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Husam Musa telah menganjurkan Ekspo Cheng Ho di Stadium Muhammad Ke 4 di Kota Bharu di sini. Ekspo itu akan berlangsung pada 21 hingga 26 Disember 2010. Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta MIDA.

Taming Sari amat tertarik dengan konsep ekspo yang dibawa oleh PAS Kelantan ini kerana ia adalah ekspo paling besar yang pernah dianjurkan oleh kerajaan PAS Kelantan selama 20 tahun pemerintahan. Dengan skala yang sama saiznya dengan ekspo-ekspo konvokesyen universiti-universiti, Taming Sari kadang-kadang amat bersimpati dan kagum dengan keazaman pemimpin PAS ini untuk memenangi hati rakyat. Ia sebenarnya lebih kepada rasa menunjuk-nunjuk bahawa mereka telah melakukan "sesuatu" kepada Kelantan. Namun bagi Taming Sari kadang-kala ekspo konvokesyen universiti lebih "havoc" dan berilmiah berbanding ekspo kebanggaan PAS Kelantan ini.

Pengisian Ekspo Cheng Ho ini lebih kepada pertemuan perniagaan, seminar dan pameran. Biarlah PAS dengan keasyikannya sendiri dan paling penting rakyat Kelantan ingin tahu secara telus, apakah kesan langsung yang akan mereka nikmati selepas pelaksanaan ekspo ini kerana difahamkan ekspo ini menelan belanja berjuta ringgit wang rakyat. Apa yang dinyatakan oleh Husam Musa di dalam sidang media adalah terlalu subjektif dan umum. Menurut penyataannya seperti yang dipaparkan oleh Haprakdaily :
"...Enam syarikat gergasi dari China, Kazahstan, hari ini telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Kelantan.
Perjanjian persefahaman yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa bagi pihak kerajaan Kelantan meliputi beberapa bidang khususnya pendidikan.
Selain itu, ianya juga menyentuh soal pelancongan, kesihatan (perubatan tradisional), perdagangan, kebudayaan, sains dan teknologi termasuk kesukanan.
Enam syarikat atau pendidikan terbabit diwakili Universiti Antarabangsa Qinghai, yang diwakili Qi Fumin, Liu Chang Jiang mewakili Government of Zhangjiangchuan Muslim Autonomous Country Gansu Province.
Selain itu Presiden Association Dungan of Kazahstan, Zhu Yan yang mewakili China Council For The Promotion of Internantional Trade Qinghaiu Provincial Committee.
Turut menjayakan perjanjian persefahaman, Ishaq Ma, Setiausaha Agung Persatuan China Muslim dan Presiden Counselor of Public Association Donggang, Junusov Abduljalil Majitovich.
Hasil perjanjian usahawama itu, rakyat Kelantan yang terpilih akan mengikuti pengajian dan kebudayaan China secara percuma di Taiwan.
Ekoran perjanjian itu juga, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai hubungan terus dengan beberapa wilayah di negara China dan Asia Tengah.
Untuk itu, Kerajaan Kelantan akan meningkatkan prestasi dalam bidang ekonomi, kebudayaan Islam, pelancongan dan lain-lain lagi demi untuk kepentingan rakyatnya...."

Tidak nampak penjelasan yang jelas oleh Husam berkaitan impak positif yang berkesan langsung kepada rakyat atas penganjuran ekspo ini selain ada rakyat yang akan terpilih mengikuti pengajian percuma di Taiwan. 6 syarikat gergasi yang disebutkan oleh PAS Kelantan ini pun adalah istitusi pendidikan sahaja dan tidak ada syarikat dari China mewakili bidang-bidang penting terutama peneraju industi berat, atau sederhana berat. Selain itu mereka juga bercadang membina Cheng Ho City yang kononnya menjadi paltform penjualan produk antarabangsa yang akan dibina di Machang Kelantan. Bagi Taming Sari idea ini amat bagus jika diperkemaskan dengan justifikasi yang lebih mendalam berkaitan lokasi dan suntikan pasaran.

Penekanan kepada sektor pendidikan bukanlah satu kerugian namun sebenarnya rakyat Kelantan dambakan pelaburan FDI yang lebih kompetatif ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Harapan mereka dengan penganjuran Ekspo ini diharapkan akan ada syarikat gergasi China yang berani melabur di Kelantan sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat dan membuka peluang pekerjaan di Kota Bharu atau di mana-mana daerah di Kelantan. Tetapi mengenangkan pengisian dan beberapa MOU yang ditandatangani, hasrat rakyat Kelantan itu bagaikan akan terkubur.

Rakyat Kelantan nilailah sendiri pelaksanaan ekspo ini. Tidak dinafikan banyak ilmu baru yang boleh dikorek. Tetapi amat malang jika kesan langsungnya dari segi anjakan ekonomi dan peningkatan taraf hidup tidak dapat direncana walaupun China sebagai sebuah negara berkembang pesat di dalam bidang ekonominya telah diambil contoh. 

Kerajaan PAS Kelantan perlu meniru bagaimana China boleh maju dan bukannya semata mengunakan nama Cheng Ho iaitu seorang laksamana China yang pernah berdagang di Melaka dan mempraktikan kaedah dia berniaga dan berurusan ketika itu kerana cara itu sudah lapuk. Runtunan ekonomi perlu mengikut arus perubahan zaman dan kerajaan PAS Kelantan perlu membuka mata seluasnya bagi menalaah sistem ekonomi baru supaya mereka tidak dinampakkan seperti bodoh dan jahil di dalam merencana ekonomi negeri.

Rakyat Kelantan masih menanti dan terus menanti.

Wallahhualam.

Penulis,




Kisah Ikhtibar : Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak !!

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital :


Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. 

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Marilah kita mengambil ikhtibar dari kisah ini wahai sahabat pembaca sekalian.

Wallahhualam.

Penulis,

Kerajaan Pusat Bernasib Malang Kerana Punya Gunting Dalam Lipatan

Apabila Taming Sari melihat dan memantau keadaan semasa yang berlaku di negeri Kelantan jelas bahawa kerajaan PAS Kelantan sebenarnya punya kekuatan tersendiri di dalam membentuk jemaah yang utuh. Di dalam jentera kerajaan negeri iaitu pegawai-pegawai kerajaan negeri Kelantan mereka adalah terdiri dari mereka yang totok PAS. Ini adalah satu kemestian jika mereka mahu memegang jawatan penting samaada diperingkat daerah atau negeri. 

Kalau dilihat dari segala sudut, PAS amat menitikberatkan soal ideologi politik di semua peringkat jawatan kerajaan negeri Kelantan kerana itu adalah salah satu cara bagi mengekalkan Kelantan di bawah takluk mereka. Apa yang membanggakan PAS Kelantan, mereka sebenarnya berjaya membawa satu wadah yang sungguh kuat di dalam setiap sanubari pegawai dan staf kerajaan negeri. Mereka inilah begitu setia menghebahkan setiap manifasto kerajaan PAS Kelantan dalam masa yang sama mempromosikan kerajaan PAS Kelantan kepada rakyat. 

Pada pandangan Taming Sari, terlalu sedikit dan mungkin tiada langsung di kalangan staf dan pegawai kerajaan negeri Kelantan beridologi anti kerajaan PAS. Mungkin dihati masing-masing terkilas kata-kata mengatakan gaji dan tembolok mereka yang diisi dari usaha kerajaan negeri jadi masakan mereka tergamak melawan kerajaan negeri. Sebenarnya sikap mereka inilah yang menjadi nadi utama, PAS terus kekal di Kelantan walaupun semua rakyat tahu, PAS gagal membawa pembangunan menyeluruh kepada negeri Kelantan. 

Apa yang membezakan ideologi ini dengan sikap penjawat awam kerajaan pusat (BN) memang amat ketara sekali. Mereka yang bekerja dengan kerajaan pusat, malahan ada diantaranya habis keseluruhan ahli keluarganya bekerja dengan kerajaan pusat bersikap pengkhianat dan anti kerajaan pusat. Mereka yang sepatutnya menjelaskan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan pusat telah gagal melaksanakan amanah itu kerana hati mereka telah dirasuk dengan ideologi pembangkang. 

Berapa ramaikah di kalangan kakitangan awam pusat yang bersikap sedemikian? Kita sendiri boleh menjawabnya. Pembaca bayangkan dia adalah seorang pejawat awam pusat, tetapi dialah hantu yang membangkang semua dasar yang dibuat oleh kerajaan pusat. Amat-amatlah malang bagi kerajaan pusat jika dia ini tergolong dikalangan orang yang memegang jawatan penting di dalam sesuatu agensi dan organisasi awam dan teramat malang lagi jika dia adalah seorang pendidik atau guru. Setiap bulan orang inilah yang akan makan gaji yang diberi oleh kerajaan pusat tetapi setiap kali arahan dan dasar yang diumum kerajaan, dia gagal melaksanakannya dengan penuh dedikasi malah memburuk-burukkan pula pemimpin-pemimpin kerajaan pusat. Pada pendapat pembaca, apakah hukum orang seperti ini jika dia memakan hasil gaji kerajaan pusat tersebut. 

Taming Sari bukan menidakkan demokrasi dikalangan kakitangan awam. Setiap rakyat ada hak memilih parti politik yang dipercayainya. Namun bagi Taming Sari amat kejam dan dangkalnya seseorang itu menjadi duri dalam daging dan gunting di dalam lipatan jika dia terus bersama di dalam sesuatu kumpulan yang tidak disukainya. Seperti dia terus berada di dalam kakitangan awam pusat walaupun dia sebenarnya berideologi PAS atau pembangkang lain. Dia sebenarnya punya banyak pilihan untuk mencari rezeki di tempat lain jika dia merasakan kerajaan pusat kini tidak sebaik kerajaan pembangkang. Jangan-lah dia sengaja menjadi penyebab kepada kegagalan manifasto kerajaan pusat kerana masih ramai lagi mereka yang berideologi aspirasi kerajaan mampu melaksanakan tugas ini dengan baik. 


Taming Sari berharap kakitangan awam pusat yang membaca artikel ini sedar dengan perbezaan yang tercetus antara kesetiaan staf kerajaan negeri pembangkang dengan staf kerajaan pusat kerana ia wujud dari sikap anda sendiri. Mana mungkin kerajaan pusat mahu mengenakan syarat politik di dalam merekrut kakitangan awam pusat kerana ia tidak pernah dinyatakan di dalam perintah AM namun seharusnya bagi mereka yang sudah mengangkat sumpah mahu menjadi jentera kerajaan pusat secara sendirinya mereka perlu menyembah taat setia kepada kerajaan pemerintah. 

Senang sahaja, anda ada dua pilihan, jika anda tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, perbaiki dan muhasabahlah diri anda untuk kembali kepada perjuangan sebenar. Jika anda masih tidak mahu berganjak dengan pendirian songsang anda, bertindak berani-lah untuk berundur dengan bermaruah supaya di akhirat kelak anda tidak akan disoal tentang segala amanah yang telah dipertangungjawabkan kepada anda.

Wallahhualam.

Penulis,


  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif