Jumaat, 31 Disember 2010

Gambar Teo Ning Ching (DAP) Yang Seksi Di Masjid Taman Cheras








Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching melakukan senamrobik di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dekat sini dianggap tidak menghormati adab dan sopan di kawasan rumah Allah.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, aktiviti yang disertai peserta lelaki dan perempuan yang tidak diasingkan itu bukan sahaja tidak bersopan malah telah melanggar syariat Islam. 

Apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia adalah seperti berikut :
Menurutnya (Nakhaie), sebagai bukan Islam, Nie Ching sepatutnya tidak berpakaian ketat kerana senamrobik itu diadakan di kawasan masjid.

"Aktiviti senamrobik yang tidak mengasingkan antara lelaki dan wanita itu seolah-olah menjadikan kawasan masjid sebagai "disko" yang mana peserta bebas berpakaian ketat dan menari mengikut muzik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nakhaie mengulas kejadian terbaru Nie Ching berada di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan berpakaian ketat melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu menerusi laman blognya, acara senamrobik itu adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Nakhaie menambah, walaupun senamrobik itu dianggap riadah namun lelaki dan wanita perlu diasingkan dengan berpakaian sopan memandangkan acara itu diadakan di pekarangan masjid.

Pendedahan Utusan Malaysia ini sebenarnya menimbulkan kekeliruan kepada empunya diri malah dia mula membangkitkan pelbagai persoalan yang benar-benar mungkin akan mendatangkan kekeliruan kepada bukan Islam lain. Menurut Nie Ching di dalam blognya :
Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru. Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap “assalamualaikum”? Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain? Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?

Siapakah rakan DAP yang bertanggungjawab menjelas kepada si kafir ini mengenai semua persoalan yang dibangkitkannya di atas? Sudah pastilah, PAS selaku parti yang kononnya mendokong Islam perlu menjelaskan kepadanya semua perkara yang disenaraikannya di atas termasuk isu dirinya yang menayang nasi lemak 50 sen sambil bersenamrobik di kawasan masjid.

Aurat adalah isu penting yang jangan diambil mudah terutamanya ketika berada di kawasan Masjid. Tidak kiralah ia dilakukan oleh orang Islam atau orang kafir, ia tetap menjadi satu kesalahan dan dianggap mengotorkan kesucian masjid. Pemimpin DAP perlu merujuk kepada orang yang lebih tahu dan tidak berjawatan politik jika ikhlas mahu mengetahui pasal Islam.

Nota kaki : Utusan janganlah berat sebelah sangat. Orang UMNO pun ada yang tidak bertudung langsung walaupun mengaku Islam. Bagi yang bertudung pula ada yang nampak jambul di depan, nampak sanggul di belakang. Ada juga yang baca AlQuran dalam keadaan seksi, ada pula baca AlQuran tidak menutup aurat. Jadi nak tegur orang, kita cerminkan diri kita dulu. 

Wallahhualam.

Penulis,

Malaysia Instinct Silap Faham Maksud Harakah : Kelantan Cuti Hari Ahad


Malas sebenarnya Taming Sari mahu mengulas soal cuti Piala AFF Suzuki ini lagi kerana artikel ini kali bertiga berturut-turut Taming Sari mengulas soal cuti tidak adil yang dilakukan PM ke atas negeri pantai timur sempena kemenangan Malaysia di AFF Suzuki. Berhubung kenyataan Malaysia Instinct yang mengulas kenyataan Harakahdaily berkenaan terkilannya orang Kelantan kerana "hadiah" dari PM itu tidak dirasai nikmatnya oleh orang-orang Kelantan, Taming Sari nampak jelas berlaku salah faham. Baca Harakah sini dan Malaysia Instinct sini.

Terus terang Taming Sari katakan, maksud Harakah itu bukan pendirian PAS tetapi pendirian semua rakyat Kelantan yang sungguh-sungguh terkilan dengan keputusan PM memberi "hadiah cuti" itu pada hari Jumaat kerana jika sebarang cuti umum jatuh pada hari Jumaat, ia tidak boleh dibawa ke hadapan. Melainkan negeri Kedah yang sudahpun mengumumkan cuti pada hari Ahad kerana takwin mereka memang mengamalkan sedemikian.

Malaysia Instinct (MI)  silap kerana menuduh mereka yang menafikan keputusan PM itu mementingkan cuti semata-mata dan meminta Kelantan mengikut sahaja cuti pada hari Jumaat tanpa perlu memohon cuti pada hari lain. Jelaslah MI sendiri tidak mengerti perasaan orang Kelantan dan Terengganu kerana di dua negeri itu memang hari jumaat adalah cuti kelepasan am mereka. Jika Kelantan dan Terengganu hanya perlu redho dengan cuti yang ada maknanya tiadalah nikmat hadiah yang hendak diberikan PM kerana ia tetap sama sahaja sedangkan di negeri-negeri lain berpesta menikmati hadiah itu. Apa yang orang Kelantan dan Terengganu harapkan PM turut mengumumkan cuti pada hari Ahad khas buat orang Kelantan dan Terengganu. Itu sahaja, barulah adil. 

Semalam, sepanjang tinjauan Taming Sari di Kelantan dan Terengganu bertanya dengan rakan, sanak saudara, rakan sekerja dan orang ramai secara rawak di kedua-dua negeri itu masing-masing menyatakan rasa kesal dengan sikap PM yang berat sebelah dan tidak berlaku adil. Populariti Najib menurun mendadak malahan aura kejayaan Piala AFF Suzuki bagaikan hilang sebentar atas ketidakpuasan itu. Ada juga rakyat salah sebuah negeri itu berkata, bagaimanalah Najib nak perintah Kelantan dengan adil jika BN berjaya rampas Kelantan kerana dalam soal cuti sebegini sekalipun, dia gagal memberikan keadilan. Taming Sari dapat simpulkan bahawa, soal sebegini, Najib dan BN tidak boleh ambil sikap enteng dan ambil mudah.  

Tetapi Alhamdulillah, kerajaan negeri Kelantan, mengimbangi ketidakadilan itu dengan pengumuman cuti seperti yang dilaporkan Bernama hari ini. Khabarnya, Terengganu turut mengumumkan cuti tetapi Taming Sari  masih tidak menjumpai sumber sahihnya. 

Tapi percayalah pembaca sekalian, sokongan kepada PM kita di Kelantan dan Terengganu menurun sejak berlakunya kesilapan dalam pemberian "hadiah" ini yang Taming Sari tidak pasti PM kita melakukannya dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja. 

Lain kali, berfikir sebelum bertindak, bertindaklah dengan adil.

Nota Kaki : Tutup cerita pasal cuti. Najib carilah cara lain nak pujuk hati orang Kelantan dan Terengganu selepas ini.

Wallahhualam.

Penulis,



Khamis, 30 Disember 2010

Piala AFF Suzuki : Orang Kedah, Kelantan Dan Terengganu Tidak Rasai Nikmatnya !!

Pemain negara yang turut diisi oleh pemain Kedah, Kelantan dan Terenganu meraikan 
kemenangan semalam.

Sehingga pukul 3 pagi dan bangun subuh ini, Taming Sari terus membelek Bernama.com mengharapkan ada pengumumkan terbaru dari PM yang kita sayangi untuk mengubah atau menambah imbuhan cuti supaya ia adil kepada rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tetapi sampai ke saat ini, tiada langsung pengumuman dibuat lalu Taming Sari yakin, beratus ribu rakyat Kedah, Kelantan dan Terengganu pasti amat kecewa diketepikan dari merasa nikmat cuti sempena kemenangan Malaysia di AFF Suzuki. Jelaslah, keputusan pemberian cuti itu sudah muktamad. Para pembaca sedia maklum, hari Jumaat dan Sabtu adalah kelepasan am bagi ketiga-tiga negeri itu.  

Seperti yang Taming Sari nyatakan di dalam artikel sebelum ini, cuti umum jika jatuh pada hari Jumaat di ketiga-tiga negeri itu tidak boleh dibawa ke hari Ahad. Hanya jika ia jatuh ke hari Sabtu sahaja, baru boleh dibawa ke hari Ahad. Namun, hari Sabtu ini, 1/1/2011, cuti umum awal tahun tidak disambut di tiga negeri itu sekaligus hari Ahad tetap tiada cuti. 

Dimana keadilan Tuan PM kita kerana hanya memilih satu tarikh sahaja iaitu 31 Disember yang jatuh pada hari Jumaat sedangkan tarikh itu tidak membawa apa-apa nikmat kepada rakyat Kedah, Kelantan dan Terengganu yang sudah sedia bercuti. Adakah rakyat ketiga-tiga negeri itu tidak patriotik? Adakah mereka bukan penyokong fanatik bola sepak? Jika Tuan PM kita betul-betul adil, dia seharusnya turut mengumumkan cuti pada hari Ahad, 2.1.2011 sebagai cuti di tiga negeri terbabit.

Hakikatnya, bukan soal cuti yang hendak Taming Sari perhebohkan, tetapi soal keadilan bagi merasai nikmat kemenangan mengondol Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah negara bakal lenyap dihati rakyat di tiga-tiga negeri terbabit. 

Maka, dengan pengumuman yang muktamad itu, nikmat kemenangan semalam bagaikan tiada makna kerana tuan PM hanya memberi nikmat itu kepada negeri selain Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tahniah PM, inilah keputusan paling adil yang pernah Taming Sari lihat. Tahniah !!

Wallahhualam.

Penulis,

Hari Jumaat Cuti Umum Sempena Kejayaan AFF Suzuki : Adilkah?

Menurut Bernama :

Taming Sari mohon kepada DS Najib memikirkan keadilan kepada peminat bola sepak di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pemilihan cuti umum pada hari jumaat, 31.12.2010 seperti yang war-warkan Bernama adalah tidak adil kerana sememangnya tiga negeri itu sedang bercuti. Cuti hanya boleh diganti jika jatuh hari Sabtu. Namun, hari Sabtu ini, 1.1.2011, tiga negeri ini tidak meyambut cuti Awal tahun. Jadi, tiada apa-apa kelebihan buat penduduk di tiga negeri ini.

Harap DS Najib memikirkan kenyataan itu semula agar ketiga-tiga negeri ini turut merasa nikmat kemenangan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.

Nota Kaki : Akhirnya nikmat kemenangan AFF Suzuki lebih bermakna kepada penduduk selain di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu atas pengumuman cuti ini.

Wallahhualam.

Penulis,

Rabu, 29 Disember 2010

Telahan Sotong Indon Tepat : Indonesia Menang, Malaysia Juara !!

Safee Sali, pemenang kasut emas edisi kali ini dengan 5 gol.

Khairul Fahmi Che Mat. Inilah pemain yang seharusnya dilabelkan 
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir kerana ketangkasannya mengawal gawang Malaysia.

Semasa Taming Sari memandu kereta petang tadi, Radio THR Gegar telah menyiarkan berita bahawa sotong Indon yang diletakkan di dalam sebuah akuarium telah memilih Indonesia sebagai pemenang malam ini. Jesteru semua peminat Indonesia ingatkan sotong itu memberitahu mereka turut menang mengalahkan Malaysia secara agregat namun hakikatnya telahan si sotong itu hanya kemenangan 2-1 Indonesia. Ternyata Glora Bung Karno yang menjadi saksi kekalahan teruk Malaysia kepada Indonesia di perlawanan kumpulan turut menjadi saksi, Malaysia menjadi juara buat kali pertama Piala Asean, Suzuki.

Langkah sotong itu akhirnya berhenti ke bendera Indonesia.

Tahniah kepada pasukan Malaysia dan kejayaan ini adalah hadiah paling berharga kepada peminat bola sepak tempatan yang sangat-sangat mengharapkan Malaysia dipandang tinggi diperingkat Asia Tenggara. Begitu kepintanya sorakan penyokong Malaysia yang berkampung di  skrin TV melihat siaran langsung RTM apabila Safee Sali menjaringkan gol ke-4 Malaysia.

Tahniah juga kepada kerajaan kerana telah merencana begitu lama akademi bola sepak sekaligus pemain muda kita begitu dihormati setanding pemain-pemain senior antarabangsa. Jelas kematangan mereka, keupayaan mereka, tenaga mereka lebih baik dan lebih berkualiti berbanding pemain senior lain. 

Tahniah kepada K. Rajagopal selaku pengendali paling tenang dan tidak memberi tekanan kepada anak buah. Strategi Rajagopal adalah kunci kepada kejayaan Malaysia. 

Tahniah kepada penyokong Indonesia yang setia memberi sorakan semangat ketika piala AFF Suzuki dijulang oleh Safiq Rahim. Semangat kesukanan ini sangat terserlah diwajah mereka walaupun pasukan mereka tewas. 

Tahniah sekali lagi Taming Sari ucapkan kepada Satu Malaysia kerana bola sepak ini, meyatupadukan semula rakyat Malaysia sekaligus patriotisme di dalam jiwa masing-masing amat membara.

Wallahhualam.

Penulis,

"Sedangkan Nabi Ampunkan Umat" : Nik Ajis Jelas Tak Mengikut Sunnah !!

Solat berlakon sambil menunjuk-nunjuk kononnya dia berdoa sambil menangis. 
Apa tujuannya? Demi menipu orang Kelantan.

Baru kena provok sikit, Nik Ajis De'Facto PAS meroyan bagai nak rak. Orang tua ini jelas seorang yang cepat melatah dan cepat mengamuk seperti mana tidak tahan diprovokasi oleh Ustaz Idris semasa kempen pilihanraya Galas dahulu.

Taming Sari ada melihat posting rakan-rakan blogger yang meminta pembaca membacakan Al-Fatihah kerana Nik Ajis dilaporkan sudah Kojol (mampus), tetapi apabila dibaca sebetul-betulnya rupanya ia adalah dari berita dibawah yang paparkan oleh Utusan Malaysia pada 26/8/2009 :
Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Kebetulan sahaja nama arwah sama dengan nama si Wali Selipar ini. Jadi, ini membuktikan bukan Nik Ajis seorang yang memiliki nama sedemikian. Taming Sari faham, blogger berkenaan sengaja menghangat berita itu kerana nama arwah sama dengan nama De'Facto PAS ini selain mahu memprovokasi ahli PAS tetapi jelas, ahli PAS tidak kisah, Nik Ajis sendiri yang melatah-latah seakan nama itu hanya miliknya. 

Hari ini Nik Ajis telah mengugut blogger terbabit yang menyebarkan berita kematian di atas agar meminta maaf kerana kononnya ia adalah fitnah sedangkan fitnah yang dikatakannya tiada asas langung kesalahannya. Seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia :
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf kepadanya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am Pas itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Beginilah salah satu sifat tercela yang ada pada Nik Ajis laknat ini selain sifatnya yang suka menyesatkan orang dan mengalakkan perpecahan sesama umat Islam. Sedangkan nabi ampunkan umat inikan pula Nik Ajis yang belum tentu boleh masuk syurga atau tidak. 

Perkara kecil macamnie pun Nik Ajis nak ambil port. Dah takde kerja lain ke?

Nota Kaki : Nik Ajis, mu tok tahu berapa ramai ore Kelate yang tok ampun ka mu sebab mu doh khianat amanah mereke yang hendok mu jago kebajike mereke. Paling tepat, mu doh abaikan masalah air di Kelate ni dan mu jawablah dengan Allah nanti sebab mu gagal menjalankan amanah yang diberi pada mu ini.   

Wallahhualam.

Penulis,

Sharbinee Mengaku Menjadi Mangsa Laser Penyokong Indonesia

WAJAH Sharbinee (kanan) yang disuluh dengan pancaran laser hijau selepas gawangnya bolos sewaktu Malaysia kalah 1-5 kepada Indonesia.

Apa yang didedahkan Kosmo adalah seperti dibawah : 
"Memang ada (sinaran laser) pada perlawanan itu dihalakan ke arah saya. ''Kita kalah tetapi kita tidak menjadikan insiden yang menimpa saya itu punca kekalahan.''

Demikian pengakuan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee Ramli, 24, terhadap insiden beliau menjadi mangsa pen sinaran laser dari penyokong bola sepak Indonesia ketika skuad negara tewas 1-5 dalam aksi sulung Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 1 Disember lalu.

"Bagi saya ia tidak memberi kesan selagi kita tidak memandang ke arah pancaran laser itu,'' katanya kepada Kosmo! ketika ditemui selepas sesi latihan ringan di pekarangan Hotel Sultan di sini semalam.

Isu pen sinaran laser itu menjadi hangat selepas penjaga gawang pasukan Indonesia, Markus Harison Rihihina membuat protes selepas mukanya terkena sinaran laser sehingga mendorong perlawanan akhir pertama antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil terhenti selama enam minit.

Bukti video kecurangan penyokong Indonesia.

Nota kaki : Disebabkan mereka (Indonesia) sudah "curang" mereka mahu menuduh kita curang. Jahat sungguh mereka ini. 

Wallahhualam.

Penulis,

AFF Suzuki : Penyokong Malaysia Dambakan Piala, Mahu Maruah Dijulang dan Cuti Peristiwa Jika Menang !!

Irfan Haarys Bachdim kacukan Indonesia-Belanda lahir di Amsterdam, Belanda Pada August 1988 berusia 22 tahun, no. jersi 17 adalah  tonggak utama pasukan Indonesia malam ini. Pemain ini menjadi kegilaan peminat Indonesia sambil mengelarnya Ronaldo Asia kerana irasnya seperti pemain Portugal itu.

Biarpun kini perang Psikologi sedang melanda pemain Malaysia akibat dari tekanan yang diberi oleh Indonesia termasuk dari kerajaan, penyokong, jurulatih dan pemainnya, pemain bola sepak negara begitu tenang menghadapi Indonesia malam ini. Mereka dapat merasakan bahawa Indonesia sebenarnya tidaklah sehebat mana dan hanya pasukan biasa sahaja. Sebelum ini, Indonesia dikhabarkan begitu gah seakan terhebat di Asia Tenggara oleh medianya sendiri.

Safiq Rahim ketua pasukan di dalam Utusan Malaysia hari ini memperlekehkan terus cabaran Indonesia malahan menyatakan Indonesia tidak sekuat Vietnam. Menurut Utusan Malaysia:
Kapten Malaysia, Safiq Rahim melaungkan keyakinan Malaysia mampu sekali lagi menggempur benteng Indonesia dan sekali gus, memastikan gelaran juara Piala Suzuki AFF menjadi milik Harimau Malaya. 
Pemain kelahiran Kuala Selangor itu berkata, kejayaan skuad negara menyekat kemaraan juara bertahan Vietnam di Hanoi sebagi bukti mereka mampu mengulangi kecemerlangan sama ketika turun menentang Indonesia. 
''Jika Vietnam kami mampu sekat ketika beraksi di Hanoi, saya rasa tiada alasan yang kami tidak boleh mengulanginya semasa bertemu Indonesia. 
''Bagi saya, cara permainan skuad Indonesia tidak berbahaya seperti Vietnam atau Thailand," itu pengakuan kapten Malaysia, Safiq Rahim menjelang pertemuan getir berdepan Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam ini.

Apa yang ditelahkan oleh Safiq itu amat tepat apabila ramai pemerhati perlawanan memberi hujah yang sama apabila membandingkan tekanan yang diberikan kepada Malaysia oleh Indonesia berbanding Vietnam jauh berbeza. Dapat dilihat, pada perlawanan pertama separuh akhir bersama Vietnam di Bukit Jalil, Vietnam lebih jelas menguasai bola dan sering hampir membolos kubu Malaysia sehinggakan Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia berkerja keras menidakkan banyak percubaan Vietnam. Berbanding Indonesia, Khairul Fahmi dilihat lebih banyak rehat dan ini bukti, Indonesia hanya gah di mulut sedangkan di padang sama sahaja seperti pasukan lain.

Indoensia sendiri hampir tidak layak ke Final apabila sekadar mampu menundukkan Filipina dengan gol tipis sedang Filipina bukanlah pasukan yang kuat di rantau Asia. Indonesia diberi kelebihan kerana bermain kedua-dua siri perlawanan separuh akhir di tempatnya atas alasan di Filipina tiada padang yang sesuai.

Di dalam youtube, blog, facebook dan twitter perang antara penyokong Indonesia ke atas penyokong Malaysia makin panas. Paling malang, selepas mereka (Indonesia) nampak peluang mereka makin samar, penyokong mereka begitu kejam dan biadap mengutuk dan menghina Malaysia termasuk lagu negaraku. Harapan kita, hari ini, biar pemain Malaysia mengajar pasukan dari republik itu dengan kekalahan lebih teruk supaya dapat menutup terus mulut minah dan mat Indon ini agar lebih profesional dan menghormati kita.

Ini sikap artis Indonesia yang terkenal paling seksi
kononnya mahu mendedahkan tubuhnya bagi menganggu konsentrasi pemain Malaysia. Sikap ini jelas menunjukkan Indonesia tidak menunjang agama dan membudayakan adat tetapi melebihkan nafsu serakah mereka.

Kepada pemain Malaysia, teruskan perjuangan anda dan pastikan Piala AFF Suzuki dibawa pulang ke Malaysia. Janganlah terpedaya dengan pujuk rayu dan ancaman dari Indonesia ini kerana mereka lebih sudu dari kuah, lebih mulut dari tindakan.

Nota kecil : Dengar desas-desus ramai minta cuti peristiwa esok kalau Malaysia menang malam ini. Apa kata PM?

Wallahhualam.

Penulis,

Selasa, 28 Disember 2010

Mengejar Ranking Alexa Budaya Baru Blogger?


Taming Sari sengaja menulis posting ini semata mahu mengulas kenyataan seorang blogger yang menyatakan blogger yang mengejar ranking alexa adalah beruk. Satu tuduhan melampau yang berunsur kepada kepentingan peribadi dan bukan komuniti.

Bagi Taming Sari, Alexa ranking adalah salah satu alat pengukur kepada prestasi blogger itu sendiri. Makin baik kedudukan blog seseorang bermakna semakin popular blog tersebut di kalangan pelayar internet dan pembaca blog. Popular dalam erti kata, blog tersebut memiliki traffik atau pembaca yang ramai. Jika blogger itu sensitif kepada kedudukan blognya, apabila melihat ranking blognya semakin baik, ia akan menambah motivasi kepada bloggger tersebut untuk terus menulis dan terus menulis dan terus menulis bersesuaian dengan tema blog-nya. Begitu juga sebaliknya, apabila dia melihat blognya jatuh ranking, dia akan berusaha memperbaiki rankingnya dengan cara terus menerus menghantar artikel ke blognya. Sekarang ini, blogger lebih mudah menilai blog mereka kerana ada blog yang khusus meninjau kedudukan ranking blog di Malaysia khusus untuk blog berunsur politik. Klik sini.

Apa kebaikannya apabila sesebuah blog itu memiliki ranking yang baik dan trafik yang ramai? Mengapa blog pembangkang begitu mementingkan soal penambahan traffik dan penambahbaikan ranking? Kepada blogger politik dan pro kerajaan, sudah pastilah ia adalah satu peluang yang baik bagi mereka untuk terus menerus menyampaikan wadah perjuangan sebenar kepada lebih ramai pembaca. 

Jika anda seorang penulis yang baik, tidak copy and paste artikel orang, tetapi blog anda tiada kekuatan trafik, anda hanya syok sendiri dan tidak membawa faedah kepada sesiapa. Biarlah anda seorang blogger yang suka copy and paste tetapi menyalin artikel ditempat yang tidak melarang plagiat dan artikel yang disalin itu dari sumber yang tepat dan isi yang baik serta memberi kredit sebagai sumber rujukan, apalah salahnya anda lakukan sedemikian jika blog anda sudah memiliki status-qo yang baik dalam ranking alexa. Persoalannya, salahkah budaya ini diamalkan dan adakah blogger baru turut berpeluang menambahkan trafiknya?

Dalam dunia blogger, tidak ada istilah blogger otai atau blogger baru. Setiap orang ada hak untuk menulis dan yang paling penting di sini adalah apa tujuan kita menulis? Kerana nama, kerana harta atau tujuan lain. Kepada blogger yang tidak berbayar seperti Taming Sari dan ramai rakan-rakan seperjuangan, kita menulis demi mempertahankan survival Melayu dan Islam di Malaysia ini. Bukan seperti blogger pembangkang, yang terkongkong dalam menjilat parti ketaksuban mereka.

Bersama-sama di dalam komuniti blogger yang disepakati terutama Blogger Pembela Negara, BPN adalah salah satu cara kepada blogger baru meningkatkan trafiknya. BPN ditubuhkan pada tahun 2008 dan hanya hangat membara tidak sampai 1 tahun. BPN mempersetujui, penyatuan blogger ini bukan atas dasar mahu mempertahankan survival politik UMNO dan BN tetapi BPN khas untuk mempertahankan survival orang Melayu dan Islam dari sebarang ancaman samaada dari dalam selimut atau luar. Kini banyak blog yang hanya meletakkan gambar logo BPN sahaja tetapi asas perjuangan BPN tidak lagi diperhalusi. Paling penting, perlukah BPN hanya dijadikan sejarah dan sumber peringatan? Mengapa ia tidak diperhangatkan semula?

Ada blogger lama yang kononnya pengasas BPN berlagak mengaku otai sedangkan pengasas utamanya Panglima Perang Cyber langsung tidak berkata apa-apa. Dia kononnya bertindak sebagai pemerhati dan memberi ruang kepada blogger baru menulis dan menonjol. Kenyataan ini langung tidak boleh diterima pakai kerana setiap orang berhak menulis dan terus menulis serta tidak perlukan pemerhati. Jika anda rasa anda sudah tidak mahu menulis, terus berhenti dan jangan sibuk melabelkan blogger itu, blogger ini dengan macam-macam gelaran. 

Apa yang penting di sini, atas tujuan apa kita menulis? Menulislah dengan jujur dan ikhlas tanpa perlu meminta-minta. Berusahalah naikkan trafik blog anda kerana dengan cara itu sahaja, penulisan anda akan dibaca oleh ramai orang. Biar apa pun motif anda, ia akan sampai jua ke pengetahuan pembaca. Buang sifat syok sendiri dan merasa diri anda bagus. Sama-samalah kita insafi diri.

Wallahhualam.

Penulis,


Beza 1 Malaysia Dan One Israel Yang Patut Anda Tahu !!


Benarkah 1Malaysia sama dengan One Israel? Rencana ini cuba mengupas perbezaan kedua-dua gagasan terbabit dengan memberikan penekanan kepada aspek konsep bangsa. Konsep One Israel diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel pada awal tahun 1990-an. Ia bertujuan memperkukuh kedudukan kaum Yahudi di bumi Palestin. Justeru, One Israel berkaitan dengan kesinambungan perjuangan Zionis yang terus menerus berusaha memperkukuh kedudukan mereka di bumi Palestin.

One Israel adalah gagasan yang bersifat rasis, egoistik, cauvinistik dan partikularistik. Ia mengamalkan dasar diskriminasi terhadap bangsa Arab Palestin. Gagasan tersebut dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Melaluinya, rejim Zionis Israel melaksanakan dasar pentadbiran yang mengutamakan kaum Yahudi di negara haram Israel itu.

Oleh itu, segala bentuk dasar pembangunan sosioekonomi adalah untuk kepentingan kaum Yahudi semata-mata, manakala rakyat Palestin terus menerus ditindas dan dinafikan hak mereka.

Pada hemat saya, tidak salah kita mengatakan bahawa One Israel adalah gagasan yang mendukung dogmatisme utama bangsa Yahudi yang menganggap kaum mereka sebagai 'Bangsa Pilihan Tuhan' (The Chosen People of God). Kaum Yahudi telah menjadikan faktor 'darah keturunan' sebagai faktor penentu Tuhan memilih mereka sebagai 'Bangsa Pilihan'. Pilihan ini berasaskan kepada kasih sayang Tuhan 'Yahweh' kepada mereka.

Menurut mereka, keistimewaan ini tidak dikurniakan kepada bangsa-bangsa lain seperti gambaran yang diberi di dalam 'Perjanjian Lama' (Old Testament) yang menyebut:

"Engkau...wahai Israel adalah bangsa yang dikuduskan oleh Tuhanmu. Engkau telah dipilih oleh Tuhanmu agar engkau menjadi satu bangsa yang paling istimewa dan unik di sisi Tuhan engkau dari seluruh bangsa-bangsa lain yang menyebabkan Tuhan cinta kepada kamu dan memilih kamu tetapi pemilihan kamu adalah kerana kasih sayang Tuhan kepada kamu dan jagaan-Nya terhadap sumpah yang dibuat-Nya dengan bapa-bapa kamu, iaitu Tuhan telah membawa kamu keluar dengan tangan yang kuat dan menebus kamu daripada perhambaan Fir'aun Raja Mesir ( Deuteronomy V11:6-8).

Sebelum wujudnya apa yang dinamakan pergerakan Zionis secara rasmi, telah lahir pelbagai pergerakan Yahudi yang berjuang untuk kembali dan menjadikan bumi Palestin sebagai negara mereka. Di antara pergerakan awal itu adalah pergerakan Maccabean, pergerakan Barkohhba (117-136M), pergerakan Maosisi al-Kariti, pergerakan Dapd Robin (1501-1532M), pergerakan Mansyah bin Israel (1604-1657M) dan pergerakan Syabtai Lapei (1626-1676M).

Akhirnya, pergerakan Zionis yang dipelopori oleh Theodor Herzl telah berjaya membawa impian mereka untuk kembali menguasai bumi Palestin. Sejak menguasai Palestin pada tahun 1948, pemimpin Yahudi yang silih berganti itu menjalankan dasar 'penghapusan kaum' terhadap bangsa Arab Palestin sehinggalah ke hari ini.

Dasar-dasar yang dilaksanakan di negara haram Israel itu semuanya mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan bangsa Yahudi. Dasar ini jugalah yang termuat di dalam gagasan One Israel. Jelas bahawa gagasan rasis Zions itu jauh berbeza konsepnya berbanding dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Gagasan 1Malaysia tidak memiliki elemen rasisme atau ideologi perkauman sempit seperti mana yang dipamerkan oleh One Israel. Slogan 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah bukti nyata gagasan ini tidak bersifat rasis. Seperti yang pernah dihuraikan oleh Najib di dalam Dewan Rakyat bahawa 1Malaysia itu membawa maksud perpaduan dan kesepakatan, "Rakyat Didahulukan" membawa pengertian pengagihan dan perkhidmatan kerajaan merentasi tembok perkauman, manakala "Pencapaian Diutamakan" membawa maksud kerajinan dan penghasilan.

Yang jelas kepada kita ialah, 1Malaysia menekankan konsep 'rakyat', bukannya konsep kaum atau bangsa-bangsa tertentu. 'Rakyat' bermaksud 'warganegara' yang mana kerakyatannya sah di sisi undang-undang negara. Justeru, apa juga dasar pembangunan sosioekonomi di bawah gagasan 1Malaysia adalah untuk disertai dan nikmati oleh seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum supaya matlamat untuk mencapai perpaduan kebangsaan menjadi kenyataan.

Bukannya mudah untuk memuaskan hati semua kaum kerana apabila sesuatu dasar itu disalah tanggap atau dipolitikkan, maka akan berlaku tuntutan-tuntutan ekstrem daripada kaum-kaum tertentu yang boleh menjejaskan hubungan dan keharmonian kaum di negara ini. Justeru, pernah di dalam satu majlis bersama media, Najib berkata kepada para wartawan: "Saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tetapi soal tanggungjawab dan harapan yang diberi oleh rakyat amat besar".

Kesimpulannya, gagasan 1Malaysia jauh berbeza dengan gagasan One Israel. Perbezaannya 'umpama langit dengan bumi'. One Israel adalah gagasan yang mendukung dogmatisme bangsa Yahudi yang mempercayai bangsa mereka sebagai 'Bangsa Pilihan'. Ia adalah gagasan yang mengamalkan fahaman kuno yang mendukung konsep 'super race'.

Sebaliknya, gagasan 1Malaysia mendukung konsep 'rakyat' (warganegara). Ini bermakna 1Malaysia memberikan hak kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Tegasnya, 1Malaysia adalah gagasan yang mendukung konsep kesatuan rakyat. Kita meraikan 'kepelbagaian' (kemajmukan kaum) dan mengamalkan kesederhanaan (wasatiyyah).

Menurut Dr. Hassan Ahmad (2010), kesatuan rakyat yang diasaskan kepada kesatuan sosiopolitik-legalistik adalah landasan penting untuk mencapai perpaduan kebangsaan. Negara akan hancur seandainya setiap kaum cuba membentuk 'perkampungan' sendiri, sistem sosial, sistem ekonomi, sistem pendidikan dan sistem politik sendiri yang terpisah daripada dasar, institusi, dan sistem kebangsaan negara.

Sumber : Mohd Ayop Abd Razid, Utusan Malaysia

Wallahhualam.

Penulis,

Isnin, 27 Disember 2010

Bekas Pengamal Politik Wang Dilantik Pengerusi FELDA !! Tahniah


Menurut Bernama :
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif. Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.
Baca selanjutnya di Bernama.

Mungkin DS Najib ada hujah tersendiri melantik ADUN Kawasan Bagan Pinang ini sebagai Pengerusi FELDA. TS Mohd Isa mempunyai rekod yang tersendiri mengisi warna politik beliau iaitu pernah digantung keahlian UMNO kerana mengamalkan budaya politik wang di dalam Perhimpunan Agong UMNO 2004. Beliau didapati bersalah oleh BPR (Sekarang SPRM) ketika itu dan akhirnya terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Baca sini untuk laporan lebih lanjut.

Latarbelakang TS Mohd Isa adalah seperti berikut :
Tan Sri Isa Samad dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978). Isterinya Puan Sri Hazizah Tumin yang dikahwini pada 26 Nov 1977. Hazizah Tumin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2005. Beliau mengidap kanser parotid yang dihidapi sejak 1995.
Sumber : Wikipedia

Ketika bertanding di Pilihanraya DUN Bagan Pinang, sememangnya kontroversi mengenai politik wang tersebut dimainkan oleh pembangkang namun beliau akhirnya menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009 mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi membuktikan rakyat masih menerimanya dan mahukan lagi kepimpinannya.

Taming Sari mengucapkan tahniah kepada TS Mohd Isa sebagai pengerusi FELDA yang baru serta terima kasih kepada TS Dr. Mohd Yusuf Noor atas jasanya menerajui FELDA sejak Julai 2001.

Wallahhualam.

Penulis,




Laser Hijau Punca Utama Malaysia Tewas Kepada Indonesia 1-5 Dalam Perlawanan Kumpulan

Bukti, diwajah Shabinee Allawi, Penjaga Gol Malaysia telah dipancarkan laser.

Patutlah media Indonesia begitu ekstrim menuduh penyokong Malaysia mengunakan pancaran laser bagi mengelirukan pemain-pemain Vietnam sekaligus Malaysia menang di pentas separuh akhir Piala AFF Suzuki, rupanya mereka terlebih dahulu mengunakannya ketika kekalahan teruk pasukan negara 1-5 di tangan Indonesia dalam perlawanan kumpulan. Sedang, di kem Vietnam, tidak kedengaran perkara ini diperbesarkan malah Indonesia sendiri yang memprovokasi Vietnam supaya mengetengahkan perkara itu.

Ini dibuktikan dengan penemuan video ini di Youtube dimana penjaga gol kita ketika itu, Sharbinee Allawi dipancarkan laser sehingga menyebabkan dia bermain dengan gangguan dari penyokong Indonesia.

Bukti Penjaga Gol Malaysia dipancarkan laser oleh penyokong Indonesia

Memang ada kebenarannya video ini dan ia membuktikan bahawa penyokong Indonesia turut terlibat di dalam permainan laser ini malah menjadi punca prestasi Malaysia di Gelora Bung Karno semasa perlawanan kumpulan merudum jatuh.

Kewujudan gambar ini pun telah disahkan ketidaksahihannya kerana ia sebenarnya dilakukan penyokong ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia. Klik Sini sebagai bukti. Jadi Taming Sari pohon maaf atas kesilapan paparan dalam posting sebelum ini dan terima kasih kepada sahabat pembaca yang menegur.

Jadi, kita kutuk tindakan Indonesia begitu cepat menuduh pihak kita mengunakan laser dan tidak berkompromi di dalam tuduhan itu sehingga presidennya sendiri campur tangan. Rupanya mereka mahu mentup kesilapan mereka sendiri di Gelora Bung Karno. Sikap double standard mereka ini akhirnya terbongkar.

Kemungkinan sememangnya ada dilakukan oleh penyokong kedua-dua pasukan tetapi sehingga kini masih tiada bukti untuk menuduh penyokong Malaysia melakukan perkara sedemikian. Namun, jika ada penyokong Malaysia yang turut melakukan, anda patut memohon maaf dan menyesali perbuatan anda.

Apa-apapun kita doakan kejayaan pemain kita di perlawanan akhir ke-dua nanti di Indonesia dan diharapkan pemain kita turut berani untuk menegur dan bertindak jika mereka diganggu dengan laser dari penyokong Indonesia seperti yang Indonesia lakukan semalam di Stadium Bukit Jalil. 

Tanpa laser, Malaysia tetap mampu melakar kejayaan kerana sekarang kita punya pasukan yang kuat dan paling kuat dirantau asia tenggara ini.

Wallahhualam.

Penulis,

Ahad, 26 Disember 2010

Isu Laser Hijau Sudah Hangat Diperkatakan Di Media Sesawang Indonesia

Pancaran laser yang dapat dikesan oleh lensa kamera.

Seperti yang ramai sudah menyangka, Indonesia tidak akan berdiam diri kerana isu laser inilah penyebab Penjaga Gol Indonesia, Markus Horison memprotes dan mengajak rakan sepasukannya memboikot permainan mengakibatkan perlawanan akhir itu terhenti selama lebih 5 minit. Insiden itulah menyebabkan Indonesia hilang fokus dan tewas kepada Malaysia 3-0. Kurang 1 jam selepas tamat perlawanan, media Indonesia terus menerus menghentam pengurusan Stadium Bukti Jalil akibat insiden ini membuktikan isu laser bukan isu kecil.

Presiden Indonesia sendiri, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) meminta, Menteri Pemuda dan Olahraganya mengadakan protes ke atas insiden laser ini. Anda boleh baca di Vivanews lebih lanjut.  Blog di Indonesia juga tidak terkecuali menyatakan kekesalan sambil menyatakan Malaysia menang dengan cara curang (tidak bersih). Anda boleh membaca di sini kenyataannya itu.

Memang tidak dinafikan, jika anda betul-betul amati siaran langsung tadi, memang benar ada pancaran laser berwarna hijau terkena batang tubuh Markus, Penjaga Gol Indonesia. 

Taming Sari turut merasa kesal dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang tidak pernah memahami konsep hormat menghormati yang kita amalkan. Walaupun kerajaan sudah memberi peringatan kepada penyokong supaya tidak mengunakan pancaran laser, ternyata jelas, ada sesetengah warganegara kita yang ingkar menyerlahkan sifat sesetengah dari kita ini suka melanggar peraturan. Jika ia melibatkan maruah empunya diri itu sahaja tercalar tidak mengapa, ini melibatkan maruah negara kita yang bakal dibakul sampahkan Indonesia. 

Taming Sari amat kesal dengan tindakan penyokong yang tidak bertanggungjawab ini dan pengurusan stadium mungkin bakal dihukum. Puaslah hati penyokong yang berotak lembu itu.

Wallahhualam.

Penulis,

Kepuasan Yang Tiada Tandingan Malam Ini !!


Tahniah kepada pemain Malaysia yang berjaya menundukkan ego pemain Indonesia. 

Biarpun permainan dihentikan selama 5 minit akibat dari dakwaan Marcus, Penjaga Gol Indonesia yang mendakwa dirinya di pancar laser dan mengajak rakan sepasukannya memberhentikan permainan, Malaysia tetap komited mengekalkan rentak permainan. 

Tindakan Indonesia itu sebenarnya membawa padah kepada pasukan mereka sendiri kerana hilang fokus dan gagal mengembalikan rentak. Namun bagi Taming Sari, dakwaan Indonesia itu adalah taktik mereka melambatkan rentak permainan kerana mereka hanya mahukan seri di Malaysia dan menghentam Malaysia di Indonesia nanti. Kesannya mereka ketinggalan 3 gol sekarang kelebihan memihak Malaysia. 

Kepada penyokong Malaysia yang tidak beretika membawa laser jelas telah mencemarkan imej Malaysia dan contoh warganegara yang degil dan pengkhianat kepada negara. kata-kata itu tepat kerana perlawanan ini dipancarkan secara langung di astro disaksikan seluruh dunia. Diharap KBS dan FAM perlu memikirkan sesuatu bagi menyekolahkan penyokong yang biadap itu.

Permain terbaik malam ini, bagi Taming Sari adalah Nor Shahrul Idlan Talaha yang begitu lincah mengucar kacirkan pertahanan Indonesia. Selain itu tahniah kepada Mohd Safee Sali dan Ashaari Samsudin kerana menjadi penyudah yang tajam membenam ketangkasan Marcus. 

3 gol bekalan cukup berharga seakan-akan nyata Malaysia sudah boleh menjulang Piala AFF Suzuki ini.

Tahniah kepada penyokong Malaysia tidak bawa laser ke stadium kerana begitu patriotik menyokong pasukan negara. Tahniah K. Rajagopal kerana ilmu anda pemain negara begitu berkeyakinan dan paling tidak ketinggalan kepada RTM kerana berjaya membawa siaran langsung ke Stadium Bukit Jalil merasai kehangatan itu di rumah seluruh rakyat Malaysia. 

Tahniah sekali lagi dari Taming Sari buat semua.

Wallahhualam.

Penulis,

Tumpuan Hari Ini : Perang Bola Malaysia Indonesia !!

Barisan Kesebelasan utama pemain Malaysia yang dijanga turun pada malam ini. Kepada pemain negara, anda perlu buktikan yang anda mampu mengalas harapan seluruh rakyat Malaysia.

Tonggak Indonesia, Ayam Importnya, Gonzales perlu dikawal ketat. Muslim tonggak pertahanan negara perlu fokus dengan langkah lawan.

Tidak kurang juga, perhatian perlu diberi kepada tonggak tempatan Indonesia yang pernah bersama Selangor, Bambang Pamungkas.

Kekang serangan mereka habis-habisan.

Ayam tambatan bagi menjaringkan gol, Nor Shahrul, Safee Sali dan Safiq diharap berkesan mencari gol awal kepada Malaysia.

Ikutlah sepenuhnya strategi jurulatih, K. Rajagopal.

Doa penyokon sentiasa mengiringi dan sokongan penyokong bakal mengegarkan Stadium Bukit Jalil. Tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Tapi orang PAS tu beringat sikit, jangan bawa bendera PAS dan gambar Nik Ajis Al Selipar pula dalam stadium.

Sokong-sokong juga, tapi kalau ada yang sampai guna bomoh, Taming Sari tak ambil port.

Selamat berjuang pemain bola sepak Malaysia bagi mengukuhkan kedudukan dalam perlawanan akhir pertama sebelum kita melangkah ke Stadium Glora Bung Karno, Jakarta Indonesia bagi berjuang perlawanan kedua..

Hari ini, penentu kepada segalanya. 

Wallahhualam.

Penulis,


Teguran Mufti Perak Kepada Blogger-Blogger !!



PELIHARA AIB ORANG LAIN
Oleh Harussani Zakaria

SEJENAK merenung di dada akhbar mahupun coretan di laman sesawang, membuatkan saya beristighfar panjang bila menyelusuri bahan berita, coretan mahupun komentar dari pihak yang rata-ratanya agak kritis dan kadangkala memualkan.

Setiap bahan berita, coretan dan komentar lebih banyak menyentuh hal-hal bersangkutan diri seseorang yang bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya, malah lebih dari itu sehingga menghinakan diri dan keluarganya.

Adakalanya komentar dan catatan yang dipaparkan sarat dengan fitnah, umpatan dan cacian daripada sesuatu pernyataan yang membina. Saya menyedari hakikat umat Melayu ini yang pandai berbahasa dan berkias, namun sejak mutakhir ini gaya bahasanya sudah tidak berlapik dan beralas lantas menerjah maruah diri seseorang sehingga menusuk ke tulang putihnya.

Malah, bukan sekadar menerusi penulisan, pelbagai medium digunakan termasuklah menggunakan kehebatan berkata-kata, berpidato dan berjenaka bagi menyampaikan hasrat menjatuhkan maruah dan membuka keaiban orang lain. Apakah kita sudah lupa pesanan agung Rasullullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dari Anas Ibnu Malik r.a, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tidak lurus hatinya, hingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”

Anggota lidah seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Al-Ghazali adalah antara sebesar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan lidah kita berzikir, tilawah Al-Quran dan berkata-kata dengan perkataan yang baik. Menerusi lidah juga dakwah Islam disebar siarkan di serata alam, dengannya juga terlaksana proses saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya hati sentiasa dekat dengan Allah dan Rasul-Nya.

Namun sebesar nikmat itu, maka besar juga tanggungjawab untuk menjaganya. Dengan lidah jugalah manusia boleh terjerumus ke dalam kehancuran, malah boleh mengundang ke lembah neraka Allah SWT. Hal ini mengingatkan saya bahawa Al Marhum Said Hawwa pernah menyatakan besarnya bahaya lidah hingga tiada siapa yang mampu selamat darinya kecuali dengan diam. Bertepatan dengan apa yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa beriman dengan Allah dan hari qiamat, maka berkatalah yang baik atau pun berdiam saja.”

Teringat saya bagaimana sejarah menaqalkan bahawa Saidina Abu Bakar r.a pernah satu ketika meletakkan batu kerikil di mulutnya, semata-mata mencegah dirinya dari berbicara.

Lalu ditanya mengapa beliau berkelakuan begitu, ia menunjukkan kepada lidahnya seraya berkata, “Inilah yang menjerumuskan aku ke dalam kehancuran.” Al Imam Al Bukhari meriwayatkan dari Sahl bin Sa‘ad bahwa Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara janggutnya dan dua pahanya maka aku menjamin untuknya syurga.” Dalam hal ini juga, apakah umat Melayu sudah lupa pepatah yang berbunyi “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.”

Bahaya fitnah

Al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai manual yang memandu hidup manusia telah mencatatkan bahawa di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mengumpat setengah yang yang lain. Adakah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” Imam Al-Qurtubi ketika membahaskan ayat di atas menukilkan sebuah hadis tentang erti ghibah (mengumpat) seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Mengumpat itu adalah anda menyebut perihal saudaramu dengan suatu yang di bencinya.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari Al-Barra beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami hingga terdengar oleh kaum wanita di rumah-rumah mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya, janganlah kalian mengumpat orang-orang muslim dan mencari keaibannya. Sesungguhnya orang yang mencari-cari keaiban saudaranya, maka Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang keaibannya di cari-cari Allah, maka pasti Allah akan membongkarnya di tengah rumahnya.”

Biarpun sekian banyaknya peringatan al-Quran dan hadis tentang telatah buruk ini, namun umat ini seakan-akan tidak pernah mendengar dan mengambil tahu. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya masyarakat kita dipenuhi dengan tingkahlaku yang “jelek” ini, dipenuhi saban hari dengan sikap fitnah memfitnah dan mencerca sesama kita. Hanya ilmu dan penghayatannya sahaja mampu mengekang penularan sikap keji ini sepert imana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Umamah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul berbagai fitnah, di pagi hari seseorang dalam keadaan mukmin lalu kafir di petang harinya, kecuali orang yang dihidupkan Allah dengan ilmu.”

Tentang keburukan orang lain.

Seringkali kita mendengar pihak-pihak beralasan dengan menyatakan “Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya punya bukti itu dan ini!. Pernyataan yang seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka. Al Marhum Sa‘id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud, “Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga : (1) ghibah : iaitu kamu menyatakan apa yang ada pada dirinya; (2) buhtan :iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya; (3) ifkun : iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.”

Biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah taala akan menutup keaibaannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah taala sentiasa menolong seseorang hamba, selama dia menolong hambanya.”

Walau bagaimanapun, Imam Al Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat yang tertentu. Antaranya seperti aduan seorang yang dizalimi oleh seorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.

Politik, umpat dan fitnah

Akhir-akhir ini, politik, umpat dan fitnah seolah-olah suatu perkataan yang tidak mungkin dipisahkan. Baik pihak manapun, ia seolah-olah dibolehkan dengan beralaskan hujah-hujah yang tertentu. Segala keburukan pihak lawan didedahkan untuk pengetahuan umum. Lebih mendukacitakan, saya melihat medium penting bagi membincangkan isu dan kebajikan rakyat seperti sidang Dewan Rakyat dan sidang DUN hari ini sudah menjadi medan umpatan, tuduh-menuduh dan fitnah memfitnah berkait dengan isu-isu peribadi. Apakah kita tidak menyedari betapa terlalu banyak masa dan ruang telah kita habiskan bagi memenuhi selera buruk ini, sedangkan di hadapan kita terlalu banyak isu dan perkara yang perlu dilangsaikan. Apabila ini terjadi, fokus utama ke arah mengutamakan kepentingan rakyat terpaksa dikesampingkan bagi memberi ruang menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.

Ledakan ICT

Ledakan sumber maklumat pada abad ke-21 ini menyaksikan era baru dunia maklumat. Menerusi e-mel, SMS, blog, facebook, twitter dan sekarang era wikileaks, maklumat disampaikan dengan begitu mudah dan pantas. Kebebasan bersuara dalam menyampaikan kritikan, penyebaran maklumat kontroversi mahupun khabar-khabar angin menjadikan dunia maklumat ICT berjaya menarik jutaan penggemar. Menurut sumber internetworldstats.com menyatakan bahawa pengguna Internet hari ini sudah mencapai 1.9 billion dan Asia sahaja mencapai 110 juta pengguna.

Manakala pengguna facebook di Asia sudah mencapai 93.5 juta. Namun apa yang merisaukan saya hari ini, kecanggihan memindah maklumat hari ini telah dicemari dengan medan menabur fitnah dan umpatan. Adakah ini termasuk dalam apa yang kita bincangkan di atas. Imam Al-Ghazali menyatakan mengumpat itu sebenarnya bukanlah semata-mata dengan lidah, namun merangkumi isyarat-isyarat dan tulisan. Tidak keberatan saya katakan bahawa penggunaan medium ini bukan lagi semata-mata menyebarkan berita mahupun maklumat yang bermanfaat, tetapi terselit agenda-agenda tersembunyi yang didokongi oleh mereka yang punya niat untuk membobrokkan orang lain.

Jika amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan ia ke dalam neraka.”

Maruah manusia terlalu berharga hingga menyebabkan setiap manusia perlu memeliharanya. Kemakmuran beragama, bermasyarakat dan bernegara sukar dikecapi melainkan setiap warga menghormati antara satu sama lain.


Wallahhualam.

Penulis,

Sabtu, 25 Disember 2010

Hinanya Nik Ajis Mengemis Kepada Karpal !!


Gunakan akal dan logik pembaca sekalian bagi menilai kenyataan akhbar Nik Ajis ini. Sebagai seorang Islam, kita patut malu dengan penghambaan ini.

Ini-lah bukti PAS langsung tidak dominan di dalam Pakatan Rapuh Al-Harami. Mengapa Taming Sari berkata begitu? Jika benar mereka dominan, tidak perlu tunggu Karpal, pengerusi DAP ini membuka pintu, Nik Ajis selaku De'Factor PAS boleh membukanya sendiri kerana sebagai dominan, mereka juga turut memegang kunci.

Masih tak faham lagi? Jika benar PAS kata mereka kapten, tekong, pengemudi dan dominan di dalam Pakatan, PAS tidak perlu mengemis untuk mendapatkan persetujuan dan ehsan Karpal untuk menubuhkan negara Islam. Jika sampai ke tahap ini PAS menghambakan diri, jangan harap-lah Karpal dan geng DAP yang anti Islam itu akan menerima Islam sepenuhnya.

Karpal pernah mengeluarkan kenyataan, jika nak tubuh negara Islam, langkah mayat DAP dulu. 
(Ini ciri kafir Harbi) 



Apa yang sudah dicakna oleh UMNO dalam BN sudah cukup sempurna bagi memartabatkan Islam tertinggi dalam negara kita ini. Di dalam negara yang berbilang kaum ini, bagi Taming Sari, apa yang diterapkan oleh kerajaan sudah cukup baik bagi memartabatkan Islam disamping kepentingan agama kaum lain tidak pernah kita abaikan. Kita tidak menghalang mereka mendirikan rumah ibadat mereka, mengamalkan kepercayaan agama mereka dan tidak menghalang mereka menyebarkan ideologi agama mereka. 

Apa yang penting di sini, Islam dalam diri umat Islam itu sendiri yang perlu diperkukuhkan. Itulah yang lebih utama.

Wallahhualam.

Penulis,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif