Sabtu, 17 Disember 2011

"Seketeriat Ulama Dan Umara" Membunuh Terus Kerier Politik PAS


Seluruh ulama, umara, imam dan pendakwah bebas berkumpul di PWTC semalam bagi membentuk satu suara yang bakal digunakan oleh pemerintah menilai serta menokok tambah atas segala dasar yang diadakan. Cadangan dari DS Najib iaitu mahu perhimpunan itu menjadi titik awal pembentukkan Sekateriat Ulama dan Umara Malaysia disambut baik semua pihak kerana inilah yang ditunggu-tunggu oleh pencinta dakwah.

Ramai dikalangan mereka yang dulunya bersama PAS kini sudah bergantung tidak bertali selepas melihat PAS semakin jauh tersasar dari asas perjuangan mereka. Cinta PAS kepada dunia semakin kuat dan dek kerana cinta itu PAS sekaligus turut mengadaikan Islam yang mereka julang selama ini. Hakikatnya sebenarnya PAS hanya mempergunakan Islam demi mengapai cita-cita politik mereka.  

Dengan tertubuhnya saketeriat itu, maka suara ulama dan umara secara rasminya bakal didengar dan sinifikan untuk merubah apa sahaja dasar kerajaan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang merupakan kunci kepada corak pemerintahan di negara ini. Biarpun negara ini mengamalkan perlembagaan civil dan dasar pemerintahan demokrasi berparlimen, Islam tetap dijadikan asas kepada setiap perlaksanaan dasar oleh kerajaan. 

Jesteru, ilmu dan nasihat dari para ilmuan Islam amat perlu agar setiap langkah yang mahu dilaksanakan kerajaan tidak terpesong dari ajaran Islam itu sendiri. Inilah yang sepatutunya dilakukan oleh pemerintah di dalam pemerintahan mereka dahulu lagi. Sikap ambil mudah kepada golongan ulama dan umara ini menjadi parti pembangkang yang berlabelkan Islam seperti PAS semakin kuat dan berpengaruh. Tamingsari percaya, dengan keperihatinan DS Najib kepada golongan itu, maka karier politik PAS bakal terkubur tidak lama lagi. 

PAS sudah tidak punya modal lagi untuk berpolitik apabila modal Islam yang mereka pergunakan bagi mengaburi mata pengikut mereka sudah tidak boleh lagi digunakan. PAS bakal dilihat tidak releven lagi buat selama-lamanya. Muktahir ini pun semua orang akui, UMNO dilihat semakin Islam dari PAS yang kini menjadi tali barut kepada DAP yang terang-terangan mahu menjatuhkan Islam.    

Kepada pengikut PAS yang taksub, kembalilah kita kepada penyatuan seluruh umat Islam dan Melayu bersama UMNO kerana kita tubuhkan UMNO dulupun kerana kita mahu bersatu mempertahankan Islam, Melayu dan Malaysia ini. Biarlah UMNO sahaja releven untuk memperjuangkan nasib bangsa kita buat selama-lamanya.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Khamis, 8 Disember 2011

Jelas Musa Hassan Telah Difitnah!


Tamat sudah teka teki yang selama ini bermain di minda kita bahawa lelaki dalam gambar perkahwinan Syella Kamarudin yang dikatakan Tan Sri Musa Hassan, bekas ketua polis negara adalah tidak tepat setelah diteliti.

Mungkin ada sedikit persamaan dari raut wajahnya dan bentuk mukanya, namun ternyata suami Syella Kamarudin bukanlah Tan Sri Musa Hassan seperti yang didakwa beberapa blog politik. Sampai ada yang tulis ‘Isteri Musa Hassan Berkemban’ dan banyak lagi.


Kami sendiri pun tidak tahu siapakah sebenarnya suami Syella Kamarudin kerana dia sendiri merahsiakan perkara tersebut. Namun jika sebuah banglo bernilai RM 5 juta menjadi hantaran, dan kereta mini cooper sementara menunggu kereta Audi, nampak gayanya suami, Syella Kamarudin bukan sebarangan orang, Vip, orang kenamaan mahupon bisnesman. Malah kos perkahwinan mereka juga dianggarkan kira-kira RM 15 juta. Fuh! Dahsyat sungguh.

Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, semoga perkahwinan Syella Kamarudin berbahagia dan berkekalan.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Hanya Hassan Ali Diiktiraf Oleh Sultan Selangor

Mengikut kalendar, minggu depan ialah Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Saya difahamkan satu peristiwa yang cukup signifikan akan berlaku.

Datuk Dr. Hasan Ali akan menjadi satu-satunya, saya ulang satu-satunya, Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran negeri Selangor oleh baginda Al-Sultan. Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor.

Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. Mengapa hanya Dr. Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya.

Mengapa tidak YB Cik Teresa Kok, YB Encik Ronnie Liu dan lain-lain? Mengapa pula Dr. Hasan, yang sudah pun menerima banyak gelaran?

Beliau pun bukanlah Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakan-rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Dr. Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau. Beliaulah yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

Malah, banyak kenyataan Dr. Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu.

Namun itulah Dr. Hasan. Semasa saya bertemu dengan beliau di kediamannya semasa isu gereja itu tengah panas tidak lama dulu, beliau menegaskan yang dia sanggup dipecat daripada kerajaan pimpinan DAP jika tindakannya untuk menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian itu dipertikaikan.

Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.

Perlu diingat dalam sistem berperlembagaan di tanah air yang cukup bertuah ini, “Melayu itu ialah Islam dan Islam itu ialah Melayu”. Hanya Pas ala Nik Aziz sahaja yang tidak mengiktiraf sistem itu. Pas Nik Aziz enggan menerimanya kerana beranggapan itulah yang dipegang oleh UMNO selama ini. Pas Nik Aziz berfikiran, jika mereka menerimanya, bermakna mereka akan menerima UMNO. Dendam Nik Aziz terhadap UMNO terlalu berkesumat sekali.

Perlu diingat lagi, melalui sistem yang dipegang itulah, Malaysia bukan seperti bumi Melayu Nusantara yang lain, yang memperlihatkan kepercayaan akidah orang Melayu di sana sudah terbiar dirobek oleh pendakwah-pendakwah agama lain.

Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Dr. Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?
Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Dr. Hasan?

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun Sembah Patik Harap Diampun, bukan hasrat patik mahu menarik Tuanku ke dalam kancah politik, tapi sebagai pemerhati dan penganalisis politik, perkara ini tidak boleh lari daripada diperbincangkan.

Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr. Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam.

DAP sebenarnya gerun dengan Dr. Hasan. Malah PKR pun pening kepala dengan beliau.

Dr. Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat itu bukan calang-calang orang. Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr. Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor.

Memetik kata-kata Sultan Sharafuddin semasa mencemar duli mengunjungi pejabat Utusan Melayu, yang amat dibenci oleh DAP, kelmarin: ‘‘Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain.

“Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu ‘berkahwin’ sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik.”

Sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.

Di Selangor Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam Pas (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat-penjawat awam Melayu di dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali.

Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Dr. Hasan untuk melakukan perubahan. Dr. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor.

Selangor perlu diselamatkan!!!!

Sumber

Wallahhu'alam.

Penulis,

Rabu, 7 Disember 2011

Ustaz Budak Dianaktirikan Nik Aziz. Alahai !!!


Ustaz Budak atau nama asalnya Shamsul Zaman Sukri  menerima tempias paling dahsyat apabila "nabi versi PAS" Nik Ajis menolak untuk bertanggungjawab ke atas tindakannya menyamakan Nik Ajis seperti seorang Nabi ketika berceramah di salah sebuah kampung di Machang, Kelantan beberapa hari yang lalu. Setelah begitu berani Shamsul ini menyamakan seorang wali selipar kepada taraf seorang nabi, akhirnya si wali selipar yang diagungkannya tidak mahu menyokong dan membantunya setelah kata-katanya itu dipersalahkan oleh ramai pihak.

Mungkin Shamsul ada hujah tersendiri tetapi ungkapannya yang divideokan serta tersebar di dalam Youtube membuktikan dia turut menyamakan wali sanjungan PAS itu adalah nabi. Shamsul pastinya tiada niat untuk bermaksudkan sedemikian tetapi oleh kerana aura taksubnya begitu tinggi ketika berceramah hari itu, maka terkeluarlah bai-bait yang mempunyai maksud yang berbeza. Shamsul boleh meniliti sendiri video itu dan nilailah adakah benar atau tidak dakwaan orang ramai.

Beginilah sifat pemimpin dan penceramah PAS yang kadang-kadang lupa, apabila mereka merasakan ilmu agama mereka setinggi gunung dan ketaksuban terlampau mereka kepada sebuah parti sesat berwarna hijau ini, akhirnya mengancam kepada akidah dan keimanan mereka sendiri. Sudahlah ceramah mereka penuh dengan kata nista diselangseli pula dengan ayat-ayat suci Allah dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Dimana letaknya kualiti ceramah mereka ini walhal mereka kononnya membawa imej Islam. Islam itu ironinya suci lagi menyucikan.

Paling malang, pemimpin mereka hanya mengaku mereka ini sekapal jika pujian melambung mereka itu memberi impak postif kepada pengundi tetapi bersikap lepas tangan apabila ia memberi impak yang negatif. Beginikah sikap seorang pemimpin yang harus kita julang? Shamsul pula ditempelak "jatuh fasiq" oleh Nik Ajis jika benar Shamsul menyamakannya dengan nabi. Kasihan kau Shamsul.

Shamsul perlu bermuhasabah. Seharusnya ini menjadi pengajaran kepada dia untuk melihat semula adakah benar perjuangan PAS ini mendaulahkan fikrah dan tasawur Islam seperti yang ditelah oleh Ketua Dewan Pemudanya, Nasaruddin Tantawi. Islam tidak perlukan PAS tetapi Islam perlukan roh yang perlu disemat di setiap jiwa orang Islam itu sendiri tanpa ada prejudis kepada politik dan berkepentingan.

Jika masih ada lagi umat Islam yang kononnya berkata mahu mendaulahkan Islam sedangakan dijiwanya asyik memikirkan hadiah dunia, sampai bilapun Islam tidak akan mampu didaulahkan kerana disebalik bait-bait suci Kalimah Allah, kedengaran pentengkaran merebut kepentingan.

Paling penting, semua orang Melayu Islam perlu akui, PAS masih gagal mencerna pemikiran dan tasawwur Islam di Kelantan walaupun sudah 21 tahun mereka memerintah negeri itu. Walhal rakyat Kelantan sudah memperjudikan air dan infrastruktur yang sangat daif demi menagih janji PAS mendaulahkan fikrah dan tasawuf Islam.

Bagaimana ianya mampu untuk berlaku sedangkan pemimpin PAS sendiri bergelumang dengan nafsu politik seperti Nik Ajis yang hanya memilih ruang selamat asalkan sokongan politiknya tidak tergugat.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Selasa, 6 Disember 2011

Khalid Ibrahim Tidak Bercirikan Seorang Pemimpin


Satu Selangor pasti terkesima melihat laporan TV3 semalam tentang apa yang berlaku di Ijok. Program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor itu kononnya sebagai medan penjelasan kepada penduduk yang kebanyakkannya adalah orang India berkaitan cadangan kerajaan Selangor memindahkan penduduk dari kawasan itu ke perumahan teres yang akan dibina di lokasi lain. Rumah tersebut akan diberikan diskaun oleh kerajaan negeri menjadiakan harganya hanya sekitar RM100 ribu +++++. Katanya.......

Keadaan menjadi tegang kerana apa yang dicadangkan kerajaan Selangor bukan apa yang dimahukan penduduk. Penduduk hanya mahu rumah mereka yang tidaklah segah mana itu berdiri atas tanah hak milik mereka sendiri. Maksudnya mereka mahukan geran tanah. Perkara ini juga adalah janji yang diutarakan oleh PKR dan DAP jika mereka menang di dalam pilihanraya PRU12 dahulu. Kini mereka sudah menang dan memerintah negeri Selangor. Namun sehingga kini janji tinggal janji, penduduk pula disalahkan Khalid kononnya melanggar peraturan. Paling malang, tanah tempat tinggal penduduk itu khabarnya akan dijual kepada sebuah syarikat kroni untuk dibangunkan.

Kejam atau tidak itu bukan isunya. Suhakam perlu bertindak kepada perkara-perkara seperti ini. Tapi Tamingsari yakin, Suhakam akan senyap. Tamingsari tidak hairan dengan ketidaktepatan janji Pakatan Syaitan kerana sudah banyak penduduk di negeri-negeri bawah pemerintahan mereka ditipu. Inilah bukti yang jelas bahawa pakatan pembangkang tidak mampu bertindak sebagai pentadbir yang cekap. Rakyat yang berada di bawah negeri pembangkang harus segera sedar dan mengakui perkara ini. Ubahlah undi anda di PRU 13 nanti.

Apa yang perlu anda lihat lagi adalah inikah ciri yang dimainkan seorang pemimpin tertinggi kerajaan negeri apabila berhadapan dengan rakyat? Apa yang dipertontonkan oleh TV3 jelas, begitu biadap dan bangangnya seorang pemimpin bernama Khalid Ibrahim apabila mengambil pendekatan bertekak dengan seorang penduduk dengan masing-masing berlawan cakap semalam. Seharusnya dia sebagai seorang pemimpin perlu lebih bijak mengawal keadaan dan tidak sama-sama berada di dalam api kemarahan penduduk. 

Tamingsari amat kesal dengan personaliti Khalid dan ini jelas membuktikan pemerintah Selangor hari ini langsung tidak mendahulukan rakyat. Khalid bernasib baik kerana tidak ada satu selipar pun singgah ke mukanya kerana hanya selipar buruk penduduk sahaja layak mengajar si gagap yang sama sekali gagal memerintah sebuah negeri kaya ciptaan BN itu.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Ahad, 4 Disember 2011

Kos Bersalin Bedah Di Hospital Swasta RM4800++


Ini salah satu bukti kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional begitu perihatin.

Kos bersalin secara bedah di hospital swasta bernilai RM4800 +++ belum dicampur lagi dengan kos lain termasuk bilangan hari berada di wad dan sebagainya. Bagi yang berkemampuan pastinya nilai itu tidak membebankan namun kepada yang kurang berkemampuan pasti tidak akan mampu menanggung kos itu semua.

Di hospital kerajaan, untuk bersalin bedah pihak hospital hanya meletakkan bayaran RM150--- sahaja. Bagi penjawat awam, pastinya tidak ada sebarang kos dikenakan. Jika angka RM150 itu digunapakai, baki RM4,650 adalah dibawah tangungan subsidi oleh kerajaan. Bayangkan dalam sehari berapa ramai rakyat Malaysia yang bersalin di hospital kerajaan? Darabkan pula dengan sebulan dan setahun. Kalau penjawat awam pula, berapa ramai agaknya yang bersalin sehari di hospital kerajaan? Darabkan pula dengan bulan dan tahun. Anda bayangkan berapa banyak wang yang dilaburkan kerajaan untuk memberi perubatan percuma kepada rakyat.

Itu baru kita bercerita soal bersalin, sedangkan di dalam bab perubatan, telah begitu banyak kerajaan membuktikan yang amalan mewujudkan sebuah negara kebajikan sudah lama diamalkan. Tidak ada kerajaan di dunia ini seperihatin itu dan seharusnya kita rakyat Malaysia bersyukur dikurniakan Allah kerajaan yang sangat perihatin kepada nasib rakyatnya. 

Wallahhu'alam.

Penulis,

Kit Siang "Marah" UMNO Serang DAP!


Sudah tiba masanya UMNO menunjukkan taring. Kesabaran yang dipegang selama ini bagaikan hilang. Walaupun perhimpunan Agong UMNO 2011 ini dihadiri oleh mereka yang ada kepentingan dikalangan parti namun kesempatan diambil oleh semua pembahas termasuk pemimpin tertinggi untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Ini kerana liputan persidangan diadakan secara meluas di media-media massa arus perdana dan pembangkang.

Ruang terbaik buat pemimpin UMNO menyatakan pendirian UMNO mewakili orang Melayu di persidangan kali ini hangat diperkatakan. Satu persatu hujahan mereka ditayangkan di media arus perdana, sekurang-kurangnya rakyat sedar apakah sebenarnya helah pembangkang terutama kejahatan musuh utama orang Melayu iaitu DAP laknattullah. 

Orang yang paling lantang sekali mengherdik DAP adalah TS Muhyiddin sendiri selaku Timbalan Presiden UMNO. DAP dianggap sebagai pengkhianat dan pencetus kerosakkan kepada keharmonian kaum di dalam negara. DAP adalah parti super Rasis yang terang-terangan menghina dan membakulsampahkan hak-hak orang Melayu dari apa jua dasar yang mereka lakukan di negeri-negeri dibawah pemerintahan mereka. Kesucian agama Islam cuba mereka cabuli dengan membaca ayat-ayat Allah tanpa tajwid dan menafsirkannya sesuka hati. Orang Islam pula cuba dimurtadkan. 

Tindakan TS Muhyiddin ini menghadirkan rasa kurang senang Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Lalu dia mengariskan siapa sebenarnya pengkhianat dan menuduh UMNO sebagai agen pepecahan rakyat dengan membawa elemen kebencian kepada DAP. UMNO juga dituduh cuba mewujudkan suasana tegang antara kaum dan agama apabila melabelkan DAP cuba memurtadkan orang-orang Melayu. Ikuti luahannya disini. 

Bagi Tamingsari, Lim Kit Siang kini tidak berpaksi kepada kebenaran dan hanya mahukan simpati rakyat selepas segala tembelang mereka didedahkan UMNO. Kit Siang lupa, apa yang DAP telah lakukan kepada orang-orang Melayu di P.Pinang akan menjadi satu inspirasi kepada orang Melayu untuk menolak mentah-mentah parti itu dari kamus pilihan orang Melayu di PRU13. Orang Melayu bukan buta, bukan pekak dan bukan tuli untuk menilai perjuangan sesat dan jahat DAP ini.

Tidak perlulah Kit Siang membalik kata kerana tidak akan sesekali orang Melayu menyerahkan negara yang tercinta ini kepada super Rasis seperti DAP yang hanya akan menjerut leher orang Melayu itu sendiri.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Matangkah Berpolitik Jika Memilih UMNO?

Meremang bulu tengkok melihat setiap perwakilan UMNO melaungkan "hidup UMNO" ketika Majlis Pengulungan oleh Ketua sayap, Naib dan Timbalan serta Presiden UMNO di Perhimpunan Agong UMNO yang berakhir semalam. Ikrar yang dilafaskan oleh perwakilan yang dipimpin oleh Timbalan mengukuhkan lagi semangat orang UMNO untuk berjuang di peperangan pilihanraya umum ke-13.

Orang Umno termasuk presidennya begitu yakin, orang Melayu semakin sedar, bahawa jika UMNO tiada, maka kesucian agama Islam akan ternoda, nasib bangsa Melayu tidak terbela dan kedaulatan Raja-Raja Melayu bakal tergugat. Perkara ini bagi Tamingsari bukan satu omongan atau rencah politik yang saja-saja diadakan UMNO, tetapi lihatlah realitinya di negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, salah satu atau ketiga-tiga perkara tersebut pasti berlaku.

Contoh di Selangor, PKR Selangor begitu biadap dengan Sultan Selangor. Adun Sri Muda-nya begitu lantang mengkritik Sultan Selangor dan barisan kepimpinan negeri sanggup membelakangkan Sultan atas setiap keputusan diperingkat negeri. Soal agama Islam juga diabaikan malah mereka menjadi agen kepada pihak gereja untuk memurtadkan orang Islam di Selangor. Nasib rakyat Selangor langsung tidak terbela malah mereka bakal berdepan dengan masalah air pada 2014 tanpa ada usaha bersepadu dari mereka untuk mengatasi masalah itu.

Di Kelantan, PAS terang-terangan mengabaikan tangungjawabnya bagi memastikan bekalan air bersih disalurkan kepada rakyat Kelantan. PAS melacurkan Islam demi kepentingan politik mereka dan sanggup membiarkan rakyatnya yang terdiri 90% adalah orang-orang Melayu Islam hidup tanpa kemudahan asas yang sempurna.

Di Pulau Pinang, nasib orang Melayu makin kelam. Satu persatu kepentingan orang Melayu dinodai DAP. Ia termasuklah hak milik tanah, rumah dan perniagaan orang Melayu dianaktirikan mereka tanpa ada belas ehsan. DAP memamirkan wajah sebenar mereka yang anti Islam apabila sanggup mengeluarkan arahan supaya masjid-masjid di P. Pinang tidak memasang bacaan suci AlQuran sebelum azan subuh serta meminta azan subuh diperlahankan.

Beginilah yang berlaku kepada negeri-negeri dibawah DAP, PAS dan PKR yang tidak bercirikan apa yang dikehendaki perlembagaan dan orang-orang Melayu itu sendiri. Malang seribu kali malang, di dalam Pakatan Rakyat, orang Melayu bagai dibelenggu dan tidak berani bersuara takkala DAP begitu garang menyergah orang-orang Melayu bagi memenuhi nafsu serakah mereka. DAP juga kini semakin berani masuk campur di dalam urusan orang-orang Melayu dan agama Islam serta sama-sama cuba membuat keputusan berkaitan orang Melayu dan Islam. 

Inikah ciri-ciri kerajaan yang kita mahu untuk mengantikan UMNO dan BN jika benar anda mahu menyokong peralihan kerajaan pada PRU13? Bagi Tamingsari orang Melayu hanya cuba menjerut leher mereka sendiri jika berbuat demikian.

Jelas dan terbukti orang Melayu hanya terbela jika memilih UMNO kerana UMNO muktahir kini sudah berjaya memartabatkan bangsa itu ke persada antarabangsa. Jasa UMNO juga telah banyak melahirkan ramai cendiakawan Melayu yang kini berkhidmat di dalam dan luar negara. Agenda Melayu adalah tajuk utama setiap kali ada dasar baru yang diperkenalkan demi memastikan kelangsungan penguasaan orang-orang Melayu di tanahair tercinta ini. Seharusnya kita terus mempercayai UMNO untuk menjadi wadah perjuangan Melayu hari ini dan selamanya.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Khamis, 1 Disember 2011

"UMNO Amal Islam Secara Bersederhana" Kata Pak Din

Inilah masalah yang berlaku pada UMNO dan cabaran mereka untuk mengantikan PAS. Biarpun ia satu ucapan yang pastinya tidak difahami oleh perwakilan UMNO yang kini sedang "berdekah-dekah" di PWTC. Namun, kepada mereka yang teliti, pasti akan keliru dengan ungkapan itu.

TS Muhyiddin @ Pak Din telah mengungkapkan ayat "UMNO akan amal Islam secara bersederhana dan tidak ekstrimis" ketika ucapan perasmian beliau untuk Perhimpunan tiga sayap, wanita, pemuda dan puteri serentak dua hari yang lalu. Tamingsari tahu, bait-bait itu tujuannya untuk memerli PAS yang sememangnya ekstimis dalam mengamalkan Islam walhal PAS hanya sebuah parti yang langsung tiada ciri pentadbir yang layak untuk memerintah negara. Islam hanya alat untuk memancing undi demi survival parti itu semata.

Muktahir ini, UMNO sebuah parti yang diwakili oleh 100% orang Melayu Islam bukan mengamalkan Islam secara sederhana sebenarnya. Tetapi lebih tepat pegangan Islam yang diamalkan UMNO telalu longgar. Tamingsari bukan mahu menuduh UMNO jahil didalam mengamalkan Islam, tetapi budaya dan fikrah Islam itu masih sukar didapati di dalam parti UMNO itu sendiri. Di dalam setiap program mereka, sejauhmana mereka mengutamakan Islam walhal mungkin ada sesetengah mereka menganggap Islam hanya merencatkan perjalanan program mereka.

Berdasarkan contoh di bawah, beginikah pendekatan bersederhana di dalam mengamalkan Islam yang dimaksudkan UMNO?
Bab 1 : Bersalaman dengan wanita tanpa lapik. Vice Versa. Bukankah di dalam Islam, bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim adalah HARAM. Biar apapun alasan, ia tetap HARAM. Tidak ada di dalamnya harus atau makruh. Alasan berserhana juga tidak menghalalkan ia berlaku.

Bab 2 : Soal aurat. Di atas ini contoh pemimpin berpengaruh di dalam UMNO yang tidak memakai hijab dengan sempurna. Di dalam Islam, wanita tidak kira diperingkat umur mana apabila selepas baligh wajib bagi mereka menutup aurat dengan sempurna dan mendedahkannya pula adalah HARAM. Biar apapun alasan, ia tetap HARAM. Tidak ada di dalamnya harus atau makruh. Alasan berserhana juga tidak menghalalkan ia berlaku.

Bab 3 : Salah seorang Puteri UMNO sedang  membaca AlQuran di dalam keadaan aurat yang terdedah. Biar apapun alasan, ia tetap HARAM. Tidak ada di dalamnya harus atau makruh. Alasan berserhana juga tidak menghalalkan ia berlaku.

Di atas adalah tiga contoh paling asas yang dilakukan orang-orang UMNO di dalam memahami erti Islam itu sendiri. Mungkin juga inilah maksud "kesederhanaan" yang dikatakan Pak din. Kesimpulannya, inilah perkara yang bakal mengelirukan jutaan umat Islam di negara ini terutama kepada generasi muda di dalam memahami penekanan tentang cara hidup Islam yang sebenar.  

Apa yang memenangkan PAS di dalam soal ini memang jelas. Jika anda pembaca sekalian ke program PAS, anda akan lihat bagaimana mereka mengatur program mereka beracuankan Islam secara menyeluruh. Dari segi pakaian, hubungan lelaki dan wanita dan perjalanan program yang berunsur Islamik, mereka amat menekankan semua ini. Di dalam program mereka juga tidak ada unsur-unsur hiburan terlampau yang jelas mencerminkan mereka mempraktikkan Islam secara betul dan menyeluruh. Perkara ini bukan arahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan mereka, tetapi ini adalah arahan Allah yang termaktub di dalam AlQuran dan hadis.

Biarpun PAS dilihat sebagai sebuah parti yang gagal dalam membawa agenda Melayu namun secara zahirnya, imej Islam yang dibawa oleh PAS telah menambat hati ramai orang-orang Melayu terutama di kampung-kampung. Kesederhanaan Islam tidak pernah wujud di dalam kamus imej PAS secara luaran dan inilah penyebab mengapa golongan berpendidikan tinggi dalam bidang agama Islam akan berpaling kepada PAS walaupun sedar, mereka belajar dahulu dibawah bantuan UMNO.

Fikrah dan cara hidup Islam konklusinya tidak boleh diambil secara bersederhana. Ini kerana Islam tidak hadir secara bersuku-suku kerana ia agama yang sempurna meliputi segenap kehidupan kita. Di dalam apa jua urusan hidup kita Islam pasti ada kaedah dan peraturannya. Tidak ada satupun yang tertinggal dan tiada kompromi baginya untuk dipilih malah alasan kesederhanaan juga tidak wujud di dalam mengamalkannya.

Bagi Tamingsari, jika beginilah cara UMNO mengamalkan Islam, sampaibila pun mereka akan gagal menawan Kelantan dan juga menguburkan PAS dijiwa orang-orang Melayu. Tamingsari merayu kepada kepimpinan UMNO, jadikanlah Islam wadah perjuangan secara total kerana hanya dengan Islam, Melayu akan terus mampan dan mampu mengalas cabaran mengharungi badai masa depan yang sungguh mencabar. 

Namun, kepada sesiapa sahaja, jika hujah Tamingsari di atas ada yang tersalah, mohon diperbetulkan.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Selasa, 29 November 2011

Pemimpin UMNO Perlu Jadikan "Harimau Muda" Sumber Teladan


Siapa boleh menyangka, dalam tempoh 10 minit baki masa perlawanan dengan jumlah pemain hanya 10 orang, Bahrain mampu menumbangkan skuad Ong Kim Swee 3-2. Dalam tempoh sesingkat itu, bagaikan satu keajaiban, 3 gol boleh dihasilkan. Biarpun gol-gol itu bukan gol mudah namun ia terhasil kerana di dalam skuad Ong Kim Swee sudah timbul beberapa penyakit.

Penyakit pertama : Terasa selesa
Penyakit kedua : Terlalu yakin
Penyakit ketiga : Timbul rasa riak dengan perlekehkan lawan dan menganggap diri tu star habis.
Penyakit keempat : Silap strategi
Penyakit kelima : Lembik
Penyakit keenam : Tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan.
Penyakit ketujuh : Masih dibuai mimpi kemenangan sebelum ini.

Apabila Tamingsari melihat semua pemain Bahrain sujud apabila memperolehi gol ketiga jelas, mereka memiliki sifat berlawanan dari apa yang ada pada skuad Harimau Muda. Tahniah Bahrain, anda buktikan anda lebih sayangkan negara anda dari orang Malaysia sayangkan negaranya.

Dengan kekalahan memalukan itu, skuad Ong Kim Swee kalah semua perlawanan di peringkat kumpulan di pusingan pertama dan menduduki tangga tercorot bagi Pra Kelayakan Olimpik 2012.

Apa-apapun ini adalah sukan. Di dalam sukan pasti akan ada menang dan kalah. Namun, penyakit seperti di atas boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja tidak kira di arena apapun termasuk politik.

Pemimpin UMNO yang sudah kembali berasa selesa selepas dibantu dengan imej presidennya DS Najib Tun Razak dilihat berisiko dijangkiti penyakit ini. 1Malaysia adalah gagasan cetusan DS Najib menjadi tonggak pemerintahan dan transformasi parti itu dan juga negara. Tetapi apa tujuan ia dihasilakn? pastinya untuk terus kekal releven semasa PRU 13 dan berharap mandat pemerintahan kekal dibawah mereka selepas itu.

Samalah seperti skuad Ong Kim Swee, ditubuhkan dengan gelaran Harimau Muda bermisikan ke Sukan Olimpik London 2012. Namun kerana silap percaturan dan berhempas pulas bertanding di tempat lain, misi utama bagai dilupakan serta kini tidak mampu bersedia 100% ke atasnya. Akhirnya ketika bertemu dengan Bahrain, walaupun pada awalnya mendahului 2-0, dalam tempoh yang singkat Bahrain pula yang mencipta kemenangan. Matlamat sudah hilang, kesakitan pula menjelang.

Itulah yang parti UMNO perlu titikberatkan. Seni di dalam bola sepak perlu diadaptasi di dalam permainan politik UMNO. Jangan berasa selesa dan elakkan tujuh penyakit diatas berjangkit kepada setiap pemimpin UMNO sehinggalah pengurus pilihanraya mengumumkan siapa yang layak membentuk kerajaan. Jika sudah layak membentuk kerajaan sekalipun, elakkan penyakit itu dihidapi untuk UMNO kekal releven. Ini kerana dalam tempoh beberapa saat sebelum mengundi pun, rakyat boleh lagi dipesongkan ke kiri hanya dengan informasi yang kini dihujung jari.

Beringatlah wahai pemimpin UMNO, strategi ditangan kamu, pilihan ditangan rakyat.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Maka Berdekah-Dekahlah Puak Ini Di PWTC


PWTC kembali bergegar dengan perhimpunan pemimpin-pemimpin sebuah parti keramat orang Melayu. Maka berhimpunlah pemimpin UMNO pelbagai peringkat di sana dengan misi dan niat peribadi masing-masing. Pada pencinta transformasi pastinya tidak sabar menanti pendebat-pendebat berplotasi mendominasi arena. Manakala bagi pendebat pula tidak sabar mereka untuk menterjemahkan idealisasi. Namun tidak dapat dinafikan ramai juga dikalangan perwakilan hadir mahu makan free  dan tidur di kamar hotel yang dingin dan sepi. Masuk dalam dewan bertepuk tangan tak henti-henti, idealisasi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

Apa pun misi dan niat mereka, Tamingsari tetap tidak mahu ketinggalan mengikuti intipati perjalanan program ini kerana di dalamnya penuh dengan kos fulusi, emosi, imaginasi dan provokasi. Walaubagaimanapun, resolusi tercipta tidak diketahui pula ke mana perginya. Walhal bukan kali pertama ia diadakan namun masih samar ke mana perginya semangat perjuangan mereka ini semua. Balik-balik presiden dan timbalan mereka juga berpeluh muka membaiki bahtera berlubang yang tidak putus-putus ditikam bangsa sendiri.

Sayap puteri, pemuda dan wanita masih tampak longgar. Walaupun ketua mereka bukan calang-calang manusia namun dek kerana masalah peribadi dan sahsiah diri mereka, ketiga-tiga sayap ini masih tidak punya seri. Mereka kelihatan gah di perhimpunan seperti ini walhal dalam tempoh 2011 ini, Pemuda hanya menampakkan kerja di hari kerjayanya manakala wanita dengan skuad sayangnya yang berdondang sayang. Puteri masih diteliti apa kerja mereka sehingga ke hari ini. 

Biarlah mereka akan berekah-dekah bercakap mengenai isu nasional, Tamingsari melihat mereka ini, lebih suka berkata dari mengota. Kita masih ingat ketika pertemuan terakhir mereka di sini, ketiga-tiga sayap ini bagaikan dirasuk jembalang tanah, mengila semangat patriotisme mereka di dalam PWTC bagaikan negara ini sudah tidak perlu lagi sebuah Kementerian Pertahanan. Namun, apabila keluar sahaja dari sana, mereka tampak longlai semula. 

Inikah perjuangan? Adakah kegilaan mereka berdekah-dekah di PWTC itu sudah cukup memuaskan hati rakyat di luar sana yang pernah menghukum mereka? Biar setinggi mana lambungan media perdana kepada parti pemerintah ini, rakyat tetap menilai usaha mereka diakar umbi kerana kepada akar umbi jua lah tempat rakyat berpayung dan berlindung. Jika payung itu berlubang, pastinya rakyat dengan mudah memberi mandat dan berlindung di bawah payung lain. Itu yang perlu dititikberatkan.   

Tamingsari berharap agar pemimpin UMNO di pelbagai peringkat jangan berasa selesa dengan keadaan sekarang. Jangan kerana kamu semua lena dibuai mimpi dan kenyang dihidang makanan sedap di PWTC, maka kamu yakin, kamu masih berada di puncak. Dunia ICT menjanjikan maklumat dihujung jari dan dalam tempoh sesaat sahaja rakyat boleh beralih ke kiri tanpa menoleh ke arahmu lagi. Maklumat itu pastinya campuran fitnah dengan yang benar namun ia tidak akan diadlili lagi bahkan terus dihakimi.

Biar sejuta emas kau taburkan, jika rakyat sudah membuat pilihan, tidak akan mampu lagi kamu pertahankan. Nasib bangsamu bakal dihinjak, Islam bakal ditempelak dan tanahair bakal dipijak.

Ingatlah wahai pemimpin UMNO sekalian.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Sejak 23 Mac 1995 lagi Rokok Sudah Difatwakan Haram

Sudah lebih 16 tahun fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan rokok adalah haram. Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini orang Islam dilihat terus menerus mengabaikan fatwa ini malah jumlah penghisap rokok makin bertambah dari hari ke hari. Malah ada juga dikalangan perokok baru tidak tahu tentang wujudnya fatwa tersebut.

Mengapa fenomena ini berlaku? Pernah Ketua pengarah JAKIM mengingatkan semua penagih rokok agar tidak mengabaikan fatwa tersebut kerana yang haram tetap haram dan tidak ada kompromi untuk soal itu. Namun, bagaikan satu tren dan budaya, ia sukar lagi ditinggalkan oleh orang Islam di negara ini. 

Rokok ternyata tidak memberi apa-apa kesan postif kepada badan walhal ia sebenarnya satu bom jangka yang boleh mengancam nyawa kita kerana mampu menghadirkan banyak penyakit berbahaya. Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. Keadaan ini berlaku kerana di dalam rokok terdapat campuran pelbagai bahan kimia berbahaya termasuk tar (digunakan untuk membuat jalanraya).


Kalau kita perhatikan gambar di atas, ada pelbagai ancaman dicetuskan oleh rokok :
1. Mengancam nyawa dan keselamatan diri.
2. Mengandungi kira-kira 4000 jenis racun merbahaya.
3. Usaha membunuh diri secara perlahan-lahan.
4. Jarum Yahudi untuk melemahkan umat Islam.
5. Menyokong pembunuhan umat Islam kerana sebahagian besar keuntungan daripada rokok disumbangkan dalam pembelian senjata Amerika dan Yahudi laknatullah.
6. Najis, kerana setiap batang rokok mengandungi pati najis haiwan. Ia direndam dalam alkohol (arak) untuk menyebabkan ketagihan perokok.
7. Contoh buruk dan budaya jijik yang ditunjukkan kepada golongn muda dan anak-anak.
8. Bapa kepada kemaksiatan (Jika arak adalah ibu kepada segala kejahatan)
i. Pelajar yang ponteng sekolah kebanyakannya bermula daripada ketagihan merokok.
ii. Remaja yang terlibat dengan gam, dadah, ganja, arak, mat rempit, bohsia, bohjan boleh dikatakan semuanya bermula dengan merokok.
iii. Remaja yang terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal dan jahat, kebanyakannya diumpan dengan rokok.
9. Amalan syaitan. Merokok diibaratkan seperti membakar duit dan ia adalah perbuatan yang sia-sia.
10. Menjadi fitnah kepada agama (Islam)

Gambar ni menunjukkan lelaki yg kena kanser mulut akibat merokok.

Jadi tidak hairanlah mengapa ia difatwakan haram. Kerajaan Malaysia juga sedar, bahawa untuk mengalakkan orang berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah, namun kerajaan tetap komited memberi kesedaran kepada perokok tegar untuk berhenti merokok dengan cara, menaikkan cukai rokok, mengadakan kempen kesedaran termasuk menampal contoh-contoh penyakit yang bakal terjadi jika menghisap rokok di kotak rokok.

Terpulanglah kepada perokok jika terus ingkar dengan fatwa haram ini. Ini kerana Allah sudah menjanjikan siksaan kepada mereka yang melakukan perkara yang dilarang dan diharam oleh Islam. Namun, Islam tetap indah dan bertoleransi. Ambillah masa anda untuk berhenti merokok, cekalkan hati untuk berhenti dan bertawwakkallah kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan membantu anda.   

Wallahhu'alam.

Penulis,

Khamis, 24 November 2011

Kerja Sambilan Punca Guru Tolak 9 Jam Kerja !!

Gambar hiasan.

Setelah dihangatkan dengan pemansuhan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, satu lagi isu hangat yang melibatkan profesion keguruan ialah kajian percubaan ke atas 5,000 orang guru di empat negeri untuk melihat kesan pelaksanaan tugas selama sembilan jam sehari sebagaimana dilakukan oleh lain-lain penjawat awam.

Bagaimanapun, usaha melakukan ujian perintis itu telah disambut dengan kegusaran dan rasa tidak senang oleh guru, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dengan alasan ia tidak boleh diterima kerana tanggungjawab guru tidak tamat selepas waktu persekolahan.

Secara rasionalnya kita boleh berfikir, berapakah jumlah hari bekerja bagi seseorang guru dalam persekitaran normal. Dalam setahun ada 365 hari manakala hari persekolahan ialah selama 210 hari dan tempoh di antaranya terdapat sejumlah 78 hari cuti penggal. Selebihnya adalah cuti kelepasan umum, hari minggu dan hari kebesaran negeri iaitu 87 hari.

Bagi seorang guru, mereka juga diberikan kelonggaran untuk menggunakan cuti rehat tahunannya selama 10 hari berbanding dengan lain-lain penjawat awam antara 25 hingga 35 hari setahun. Jika ditolak dengan kemudahan tersebut, seorang guru hanya mempunyai masa kerja selama 200 hari setahun, atau 6 bulan 20 hari sedangkan kerajaan membayar gaji penuh selama 12 bulan.

Kalau diikutkan dengan prestasi, yakni hari bekerja memang tidak berbaloi dengan hanya kerja selama tidak sampai tujuh bulan dapat upah setahun. Maka, apabila dilaksanakan kerja sembilan jam, bermakna guru sebenarnya mencapai tahap masa kerja yang boleh menyamai lain-lain penjawat awam, iaitu selama 243 hari (365 – 87 (hari minggu dan cuti kelepasan umum). Jika penjawat awam menggunakan keseluruhan cuti tahunannya, maka ini bererti mereka bekerja antara 218 hari hingga 208 hari.

Benarkah penjawat awam lebih banyak masa berbanding dengan guru yang terpaksa membawa balik ke rumah termasuk memeriksa buku latihan pelajar? Jawapan ini memang senang boleh ditepis kerana guru hanya mengajar setengah hari, maka setengah hari lagi mereka terpaksa membawa pulang beban itu untuk diperiksa. Berbanding dengan penjawat awam yang lain, mereka hanya sesekali membawa kerja ke rumah pada waktu malam.

Guru juga mendakwa, oleh kerana hari Sabtu diisytiharkan sebagai hari tidak bekerja bagi seluruh penjawat awam, tetapi di sekolah ia digunakan sebagai hari kokurikulum ataupun lain-lain aktiviti sekolah, masa hari terbabit terpaksa dikorbankan. Penjawat awam yang lain turut membuat perhitungan, mereka juga terpaksa mengorbankan hari Sabtu demi tanggungjawab, tetapi tidak sebagai alasan mengurangkan masa berkualiti dengan keluarga.

Penjawat awam banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja luar yang kadangkala memaksa mereka mengorbankan masa rehat termasuk cuti hujung minggu. Penjawat awam tidak diberikan kemudahan cuti penggal yang lama, cuma diberikan cuti tahunan yang lebih pendek, tidak pula menentang tempoh masa bekerja selama sembilan hingga sepuluh jam sehari.

Sebenarnya banyak guru yang menentang projek rintis itu termasuk dalam golongan guru-guru yang banyak menghabiskan masa rehat dengan kerja sampingan, termasuk melibatkan diri dalam jualan langsung, agen insuran, guru kelas tiusyen swasta dan mengusahakan lain-lain kegiatan ekonomi sampingan. Kalau dilihat dari perspektif tersebut, tepatlah penolakan yang dilakukan, kerana akan mengurangkan pendapatan bulanan mereka.

Bagi seorang penjawat awam, meskipun ada segelintirnya terlibat dalam kerja-kerja sampingan mereka lakukan ketika di luar waktu pejabat, kerana seorang guru melihat selepas masa mengajar sebagai luar waktu pejabat, maka mereka melakukan kerja-kerja terbabit sama ada waktu petang, malam ataupun hari minggu. Jawabnya amat jelas, penolakan itu ada kaitannya dengan kerja-kerja sampingan dan bukannya sebagai tuntutan profesion keguruan itu sendiri.

Guru pada masa sekarang kurang berada dalam kelompok masyarakat dan mereka banyak berada dalam kelompoknya sendiri. Atas sebab itulah para guru tidak mendapat kedudukan yang baik dalam masyarakat, kerana guru telah menyisihkan dirinya dari aktif dalam kerja-keraja kemasyarakatan tetapi mengutamakan kerja-kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan disebabkan tuntutan kos sara hidup yang meningkat ataupun mencari peluang untuk hidup mewah.

Penolakan cadangan itu ada kaitan dengan persoalan mengimbangi kerja-kerja sampingan yang dilakukan oleh guru, maka mereka perlulah jujur dengan profesionnya sendiri. Seorang guru akan mendapat kedudukan yang baik seandainya tidak menggunakan peluang mencari kekayaan, kerana apabila seorang guru berniaga dan mengajar di kelas-kelas tuisyen akan cuba mempamerkan kehebatannya, kerana ia dibayar manakala di sekolah banyak yang sambil lewa.

Para guru mestilah mengutamakan kerja wajib mereka (mengajar, memeriksa dan menyemak, mengurus para pelajar dan membimbing akademik) dan tidak melaksanakan kerja-kerja makruh secara lebih banyak. Kalau nak tambahkan pendapatan, memadailah dengan menggunakan cuti hujung minggu dan bukannya laksanakan pada hari-hari persekolahan yang lain, yakni waktu petang atau ketika tidak mengajar.

Seharusnya Kementerian Pelajaran membuat kajian menyeluruh dan mensyaratkan setiap guru yang bekeinginan mengajar kelas-kelas tiusyen perlu mendapatkan kebenaran bertulis agar tidak berlaku “conflict of interest” sebagaimana disyaratkan kepada lain-lain penjawat awam termasuk mengisytiharkan anggaran pendapatan tambahan. Inilah yang seharusnya dikuatkuasakan secara mandatori manakala guru yang enggan mematuhi syarat itu perlu dikenakan tindakan tata tertib, jika NUTP benar-benar ingin mempertahankan profesion keguruan agar lebih dihormati oleh masyarakat.

Untun dihormati oleh masyarakat bukan diukur dengan nilai wang, ia diukur berdasarkan sejauhmanakah seseorang guru mampu membentuk kemenjadian anak didiknya. Bahkan, ada ungkapan jika seseorang guru itu pada kedudukan terakhir lebih pandai dari anak didiknya, ada sesuatu yang tidak kena. Jika seseorang pelajar lebih pandai dari seorang guru, ia adalah natijah sebuah kaedah pendidikan yang berkesan dan terbaik.

Orang awam melihat cadangan melaksanakan kajian rintis mengenai tempoh bekerja selama sembilan jam sehari adalah sesuatu yang positif memandangkan bidang kerjaya pada masa sekarang sudah jauh berubah daripada masa-masa lalu, termasuk rigid dengan masa, business not as usual. Setiap masa perlu bersiap sedia, kerana jika tidak ada orang lain yang sanggup melakukannya dan mengambil alih peranan guru.

Lebih ramai mereka yang berminat menjadi guru dan memilihnya sebagai profesion. Mereka sanggup melakukan tugas tersebut dalam tempoh yang lebih panjang, kerana mereka akur dengan tuntutan perubahan dan cuba mengimbangi kehidupan peribadi dan bukannya sekadar mengatakan terlalu banyak beban. Berapa banyakkah beban terpaksa ditanggung oleh guru. Bukankah menguruskan hal ehwal pelajar juga menjadi tanggungjawan guru? Membentuk peribadi pelajar? Bertemu keluarga pelajar?

Tugas guru melebihi persekitaran sekolah, maka guru perlulah memahami bahawa dalam membangunkan profesionnya kembali ke penghormatan sebagaimana pernah diterima pada masa silam memerlukan kefahaman dan apreasasi guru itu sendiri. Kalau guru hanya mengatakan banyak kerja, dan dalam masa yang sama dilihat mengendalikan kerja-kerja sampingan, ia akan tetap bercanggah dengan kewajipannya secara hakiki.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Aminuddin Baki Bukan Guru Haprak

Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.

Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak 1926, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.

Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.

Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.

Walau bagaimanapun pada tahun 1949, Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu, beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di universiti, Aminuddin berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian.

Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sebentar waktu dan kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Ratu dan meninggalkan Pulau Pinang menaiki kapal pada 12 Julai 1952. Aminuddin memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan pada bulan Julai 1953. Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib.

Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada 1962, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.

Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Aminuddin Baki meninggal dunia pada tahun 1965 ketika berusia 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang.


Beginilah sumbangan dan jasa Allahyarham Aminuddin Baki kepada sistem pendidikan negara. Tamingsari amat terharu apabila membaca sejarah hidup arwah dan tidak dapat menahan sebak apabila mendapat tahu, arwah kembali ke rahmatullah pada usia yang amat muda.

Biarpun Tamingsari tidak akan sempat melihat wajah arwah, tetapi nama arwah yang disemadikan di beberapa institusi pendidikan meneruskan lagi ingatan kita semua kepada jasa arwah.

Inilah contoh terbaik yang boleh digunakan oleh guru masa kini agar lebih dedikasi, bertangungjawab, komited, ikhlas dan berwawasan. Janganlah jadi guru haprak yang lebih sudu dari kuah, diberi betis hendakkan peha.

Hayatilah perjuangan Aminnudin Baki agar anda guru sekalian tidak terpesong kepada perjuangan sempit yang tidak menguntungkan kepada agama, bangsa dan tanahair.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Kepenatan Punca Malaysia Tewas Kepada Syria!


Melihat kepada keadaan permainan Malaysia pada separuh masa pertama, sebenarnya Malaysia mampu menyaingi Syria semalam. Pasukan Syria bukanlah sebuah pasukan yang kuat tetapi mungkin mereka punya cukup stamina dan persediaan mental, mereka akhirnya mampu melakar kejayaan 2-0 ke atas pasukan negara.

Memang pada awal lagi Ong Kim Swee sudah menyangka bahawa anak buahnya akan menghadapi masalah fokus kerana masih keletihan selepas baru sahaja pulang dari Indonesia dua hari lalu. Ditambah pula dengan barisan serangan yang cedera serta beberapa orang pemain yang tidak layak lagi beraksi di sukan olimpik, skuad negara nampak pincang terutama di barisan depan.

Dilihat kepada penguasaan permainan di peringkat awal jelas, barisan tengah Malaysia yang dikemudi Nazmi dan Gurusamy masih boleh diharap. Cuma ketumpulan dan kegopohan Fakri sahaja menjadi punca sukar untuk Malaysia menghadirkan peluang.

Ong Kim Swee masih punya peluang untuk mengembalikan semangat bola sepak negara di arena olimpik kerana pasukan Bahrain menunggu pada hari Ahad ini untuk ditewaskan. Dalam tempoh beberapa hari ini, Kim Swee boleh mengintai pemain lain yang ada di dalam negara bagi mengisi barisan hadapan yang dilihat tumpul sejak Sukan Sea lagi. Ini cabaran baru jurulatih itu.

Tamingsari berharap, Kim Swee perlu segera menyedarkan anak buahnya untuk tidak terus dibuai rasa gembira atas kemenagan emas di peringkat sukan sea. Sudah tiba masanya Malaysia mencuba untuk ke peringkat lebih tinggi lagi.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Orang Kelantan Mengila Di Hadapan TS Muhyiddin Yassin Semalam

Bagaikan suatu kejutan apabila melihat sambutan rakyat Kelantan di Tanah Merah dan Machang semalam menanti kehadiran pemimpin no. 2 negara iaitu TS Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang berlaku semalam memang tidak dijangka kerana hujan yang mencurah-curah serta beberapa kawasan lain yang sudahpun ditengelami air dijangka akan mencacatkan jumlah kehadiran. Memang semangat rakyat Kelantan bagaikan berubah apabila sanggup juga hadir ke program bersama TPM ini walaupun beberapa jalan terpaksa di tutup kerana air sudah melimpah. Mereka juga sanggup beratur panjang dan meletak kereta lebih dua kilo meter semata tidak mahu terlepas dari menemui pemimpin kesayangan mereka itu.

Tamingsari amat yakin, gelombang merah yang dilaungkan Tok Pa sudah meresap dijiwa anak-anak Kelantan yang mahukan perubahan demi kesejahteraan hidup rakyat di sini. Sememangnya PAS ternyata gagal membawa arus pembaharuan kerana lebih 20 tahun mereka memerintah Kelantan, kemudahan paling asas pun tidak mampu mereka sediakan dengan sempurna.

Pemimpin PAS sesat itu lebih banyak berbicara dari berkerja. Rakyat dibiarkan menderita dan tidak ada pun sedikit rasa kasihan dijiwa mereka tentang nasib golongan bawahan. Semua tindakan mereka lebih kepada kepentingan politik dan orang yang mereka bantu pasti telah dipilih bulu. Sedangkan mereka pemimpin PAS hidup mewah dan berkereta besar. Rakyat dibiar makan pasir, beratap langit, berlantai tanah dan berdinding buluh.

Inikah perjuangan "Membangun Bersama Islam" yang mereka perjuangkan sedangkan hakikat sebenarnya mereka lebih percaya kepada "Membangun PAS Mempergunakan Islam".

Isyarat sambutan kepada TS Muhyiddin semalam satu petanda jelas akan kebangkitan rakyat Kelantan menumbangkan kerajaan zalim PAS dibawah pemerintahan fUlamak mereka, Nik Ajis.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Rabu, 23 November 2011

Fida Putus Dengan Mamat Sepah Atas Sebab Maruah!

Bermula dengan kisah percintaan yang terjalin antara dia dengan Mohd. Noor Murad atau Mamat yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Sepah, sehinggalah dia dikritik hebat kerana tidak lagi tampil dengan ciri-ciri gadis muslimah.

Malah, sekeping gambarnya tidak bertudung dan telah dimuat naik oleh Mamat menerusi laman Facebook ternyata mengejutkan ramai terutamanya peminat dan seterusnya ia menjadi punca dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan pelawak berkenaan.

Bangkit daripada hujan kritik yang menimpanya, Fida menegaskan bahawa sehingga kini dia masih lagi bertudung dan segala perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu adalah sekadar mengikuti perkembangan fesyen.

"Saya tahu ramai yang telah mengkritik saya terutamanya menerusi laman-laman blog hiburan tentang penampilan saya sekarang. Sebenarnya apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya melalui penampilan menerusi gaya dan fesyen yang terkini.

"Sebagai seorang artis sudah tentu saya tidak mahu terus tampil dengan imej yang sama. Cuma saya sedar ada segelintir pihak tidak puas hati dengan penampilan saya sekarang kerana tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti dahulu," tegasnya.

Tambah Fida, dia sendiri cuba mengelak untuk memperkatakan dengan lebih lanjut tentang aurat, namun memberitahu dia masih lagi kekal menutup kepala dan berharap agar peminat dapat menerima perubahan tersebut.

Pada masa yang sama, dia juga menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak mengenai perubahan yang dilakukannya sekarang itu adalah semata-mata mahu mencari publisiti murahan supaya orang lebih mengenali dirinya.

Ujarnya, segala kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya itu dianggap sebagai satu tamparan yang cukup hebat sepanjang berkecimpung dalam dunia seni dan mengakui agak tertekan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya itu.

"Mulanya saya ada membaca komen-komen negatif yang dilemparkan dan secara jujurnya saya memang amat kecewa. Bagi saya masing-masing ada hak untuk membuat kritikan, tetapi yang cukup mengecewakan saya apabila ada yang bertindak keterlaluan.

"Kalau mereka memberi kritikan yang membina terutamanya tentang kerjaya, saya masih lagi boleh menerimanya. Namun apa yang membuat hati saya terguris apabila ada yang sanggup menggunakan kata-kata kesat," luahnya.

Meskipun pada awalnya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku, Fida mengakui dia kini sudah dapat menerima hakikat bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang terutama tentang perubahan terhadap dirinya itu.

Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana terus mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan segala yang berlaku ke atas dirinya itu ternyata tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni.

"Saya menganggap semua yang berlaku itu ada hikmahnya dan setakat ini saya masih lagi menerima tawaran untuk berlakon dan mengacara walaupun terus dikaitkan dengan isu-isu kontroversi," ujarnya.

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat.


Baguslah Fida putus dengan mamat atas sebab mempertahankan maruah sendiri. Beginilah contoh terbaik yang perlu diikut oleh wanita di luar sana kerana bukan semua lelaki boleh dipercayai termasuk di dalam ahli keluarga sendiri. Sekurang-kurangnya Fida sudah kenal hati budi Mamat sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius.

Fida perlu beristhifar dan berfikir sejenak mengapa dia seorang artis yang patutnya menjadi contoh kepada ramai artis wanita yang lain boleh terpedaya dengan mainan lelaki. Maruah perlu diutamakan. Islam lah satu-satunya jalan bagi memartabatkan maruah seseorang wanita. Turutilah ajaran Islam, pasti anda selamat.

Kepada wanita diluar sana,
"Jadilah kamu seperti buah epal yang manis dan ranum serta berada di pucuk pokok yang tinggi. Biarlah kamu digapai oleh lelaki sejati yang sanggup memanjat tinggi mengapaimu daripada kamu mengugurkan diri ke tanah yang akhirnya dimakan oleh binatang sahaja. Begitulah mahalnya maruah kamu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Utusan Terus "Attack" Kelantan: Gigi Cucu Nik Ajis Dikatakan Rosak!

Bukan gigi cucu nik ajis je dikatakan rosak, gigi nik ajis pun sudah bertabur dan rosak akibat makan dan minum Air Keruh Sedih Benar (AKSB) yang berkarat dan kekurangan florida serta lebihan E-coli. 

Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.

Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus


Penemuan yang amat menarik. Jabatan kesihatan terus dijadikan sumber menyerang sebuah pemerintahan zalim dibawah pemerintahan fUlamak Pas yang pemalas dan bodoh sombong. Selepas lebih 20 tahun, inilah hasil kerja tangan puak yang paling banyak bercakap dari berkerja.

Teruskan pendedahan seperti ini dan diharapkan rakyat Kelantan sedar, mereka sememangnya dizalimi oleh puak Pas laknattullah ini.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Pasca Sukan Sea 2011 : Akuatik Dan Bola Sepak Terbaik Asia Tengara


Temasya Sukan SEA ke-26 Indonesia yang berlangsung di Palembang dan Jakarta selama 12 hari menyaksikan kontinjen Malaysia berjaya mengatasi sasaran 40 hingga 45 pingat emas yang ditetapkan, dengan meraih 59 pingat emas secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata jumlah pungutan pingat itu adalah pencapaian kedua terbaik Malaysia di luar Kuala Lumpur.

"Ia adalah pencapaian yang kedua terbaik selepas di Korat (Thailand) dengan 68 pingat emas. Kalau tiga acara sukan keutamaan seperti hoki, boling padang dan skuasy dipertandingkan, mungkin pencapaian kontinjen akan lebih baik," katanya pada sidang akhbar rumusan prestasi kontinjen Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada 59 pingat emas itu, 10 pingat datang disumbangkan sukan yang bukan di bawah program pembangunan sukan MSN.

"Empat datang daripada luncur air, dua (renang laut terbuka), dua (lawan pedang), acara olahraga 4x400m lelaki dan penampilan semula Sam Chong dalam acara snooker," katanya.

Kontinjen negara yang menyertai 38 daripada 43 jenis sukan yang dipertandingkan dengan meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa dengan akuatik menyumbang pingat emas terbanyak.

Acara sukan akuatik secara keseluruhannya meraih 19 pingat emas dengan tujuh daripada acara terjun, dua daripada renang laut terbuka serta renang dan renang berirama masing-masing dengan lima pingat emas.

Atlet renang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Shareen Hui menjadi atlet yang meraih pingat emas terbanyak dengan masing-masing meraih lima pingat emas.

Sementara itu, acara sukan memanah dan menembak dikategorikan sebagai sukan yang mempamerkan prestasi sederhana.

"Bagi acara recurve, kita tidak menghadapi masalah tetapi dalam acara compound kita masih belum capai prestasi yang memuaskan. Dalam acara menembak, Nur Suryani (Mohamed Taibi) telah menunjukkan bahawa beliau berjaya kekalkan prestasi sejak darioada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, tetapi penembak elit lain tidak dapat raih pingat emas," katanya.

Zolkples berkata MSN akan mengkaji semula kegagalan beberapa jenis sukan yang gagal menyumbang emas untuk kontinjen negara.

"Antara sukan yang gagal adalah gimnastik dan pelayaran. Kita sasarkan atlet gimnastik artistik untuk capai pingat emas tetapi mereka gagal. Bagi pelayaran, mereka sepatutnya pulang dengan pingat emas sebab mereka berjaya raih pingat perak di Sukan Asia," katanya.

Zolkples berkata kajian juga akan dilakukan terhadap prestasi skuad sepak takraw negara dan taekwondo.

Kejayaan skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia malam tadi membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di rantau ini buat masa ini.

Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lepas, bukanlah kerana nasib semata-mata.

Biarpun persembahan pasukan Malaysia sebelum ini dipertikaikan terutamanya oleh media Indonesia, kemenangan malam tadi menutup terus mulut pengkritik dan penyokong fanatik skuad negara tuan rumah itu.

Media di Indonesia kini mengakui Malaysia adalah "Raja Bola Sepak Asean". Dalam perlawanan akhir malam tadi di hadapan 100,000 penonton tuan rumah, Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Untuk keputusan penuh melibatkan atlit Malaysia di sukan sea, sila rujuk disini.


Wallahhua'alam.

Penulis,

Selasa, 22 November 2011

Kelantan Sedang Dilanda Banjir!


Situasi cemas mula kedengaran apabila air mula kelihatan naik dari merata ceruk. Parit dan sungai yang dulunya tenang mula mencapai tahap bahaya sekaligus mengusar hati ramai pihak terutamanya rakyat Kelantan.

Mereka sedar, biarpun negeri itu alah bisa tegar biasa kepada masalah banjir, tetap tiada apa-apa tindakan jangka panjang oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan sebuah parti penipu dan kejam. Rakyat Kelantan sentiasa redho dengan masalah itu setiap tahun.

Antara punca utama air cepat naik adalah kerana sistem pemparitan yang tersumbat seterusnya menyebabkan air bertakung dan tidak dapat mengalir dengan sempurna. Kerja-kerja ini jelas dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal menjaga kebajikan rakyat.

Kepada rakyat Kelantan, Tamingsari berharap agar anda sentiasa bersabar dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi memudahkan urusan pemindahan. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar bencana ini tidak teruk dan terkawal.

Wallahhua'alam.

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif