Jumaat, 14 Januari 2011

ADUN Komtar Mohon Maaf !


ADUN Komtar, Ng Wei Aik akhirnya mengalah dengan segala desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak kerana tindakan kejamnya merampas harta perniagaan milik Syed Kassali Mohammed Aliyar, peniaga Nasi Kandar. Dalam operasi itu, kakitangan MPPP telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima.

Pertelingkahan berlaku dan Ng didakwa menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali.

Menurut Malaysiakini :
ADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Pualau Pinang, Amir Ghazali yang menjadi orang tengah dalam pertelagahan itu berkata permohonan maaf itu bagi mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara kerajaan negeri dan komuniti India Muslim.

Sebelum ini, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan lain termasuk Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi amaran bahawa protes lebih besar akan diadakan hari ini pada jam 2 petang di Komtar.

Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada semua pemimpin DAP agar mengunakan akal dalam mengambil apa-apa tindakan yang menyentuh sensitiviti kaum. Mereka perlu ingat, dengan hanya melebihkan kaum Cina tanpa asas perlembagaan bakal mengundang satu malapetaka kepada negara kerana sejarah telah membuktikan, kaum itu bukan tergolong dari kaum yang terinaya.

DAP diingatkan jangan bermimpi mahu menjadi P.Pinang seperti Singapura kerana semua orang Melayu terutama pejuangnya sentiasa bersedia dan beringat kepada peristiwa perpisahan Singapura yang menyaksikan Kepulauan Melayu itu dirampas hasil dari pertelingkahan kaum. DAP perlu menghormati hak kaum lain dan berhati-hati atas semua tindak tanduk mereka. Ingatan ini juga Taming Sari tujukan kepada si kitol yang berstongkol dengan DAP Laknattullah ini. 

Jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana tebuan tidak pernah bersabar jika sarangnya diganggu. Orang Melayu juga yang cukup bersabar selama ini bakal hilang kesabarannya jika terus menerus isu perkauman dimainkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat. 

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa kuasa dia ada untuk mengarahkan kakitangan majlis perbandaran?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif