Khamis, 27 Januari 2011

Benarkah Cikgu Mala Derhaka Kepada Ibunya ?


Nik Aziz pernah kata, kalau Pas nak pilih calon, mesti calon yang molek-molek, yang tidak ada masalah moral dan sosial dan tidak merokok. Nik Aziz tak pernah pulak cakap yang calon Pas mesti seorang yang patuh kepada ibu bapa.

Ibu kepada Normala Sudirman, calon Pas di Tenang bernama Mumini Yahya. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, ibu Normala adalah seorang ahli UMNO yang masih aktif .

Mungkin ada dikalangan juak-juak Pas akan berkata, dia dah lama sokong Pas cuma UMNO yang tak buang namanya. Oh tidak….. kalau ada yang beranggapan begitu ternyata mereka silap.

Ibunya masih aktif bersama UMNO, buktinya pada tahun 2010 beliau masih lagi datang ke mesyuarat cawangan UMNO di tempatnya.

Nama : Mumini Bt Yahya
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor

Mak UMNO, anak Pas, apa cerita tu? Biasanya kalau emak UMNO, dan anak pula Pas, persengketaan dan perbalahan antara anak dan emak tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, Normala Sudirman memang aktif dengan Pas sejak sekian lama.

Budak-budak Pas sudah biasa sangat dengan cercaan terhadap sesiapa sahaja yang mereka ketahui menjadi ahli parti UMNO. Bahkan orang yang tidak jadi ahli UMNO tetapi sependapat dengan UMNO pun, dituduh sebagai UMNO juga.

Ahli-ahli Pas hanya tidak menderhaka kepada Tok Guru dan pemimpin Pas sahaja. Selain dari pemimpin Pas, mereka ‘dihalalkan’ derhaka walaupun orang itu adalah ibu bapa mereka sendiri.

Pernah dengar Tok Guru Nik Aziz bagi ceramah, jangan lawan mak bapa? Pernah sesiapa dengar Nik Aziz beritahu, selagi mak bapa itu tidak menyuruh melakukan maksiat, maka wajib seorang anak itu akur.

Yang selalu kita dengar, Nik Aziz beritahu, UMNO bukan Islam. Jadi, secara tak langsung, Nik Aziz dah halalkan sebarang penderhakaan kepada ibu bapa yang jadi ahli UMNO.

Walaupun Normala Sudirman tak cakap tentang kafirnya UMNO, hilang akidahnya UMNO, tetapi dengan bertanding sebagai calon Pas dan tidak menegah sebarang cercaan itu dengan bersungguh-sungguh, Normala Sudirman telah pun menyamakan ibunya seperti si kafir yang dimaksudkan.

Maka bayangkanlah seorang anak yang telah mengkafirkan ibunya, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung… jenis apakah anak itu?

Sumber : Kamuntingcentral

Penulis,

6 ulasan:

Jeffry berkata...

SEBLUM NI NAME MAZLAN ALIMAN SI ANAK TANGGANG ADE DI CALONKAN. TP WALLY SLIPOR KASI RESTU KAT CIKGU MALA. KONON2NYA DIA CALON PALING BERSIH TAPI HAMPEHH 2 X 5 GAKK. PASNGOK MMG SUKE CARI CALON TANGKAP MUAT. TP SEKALI SEKALA APE SLHNYA LETAK CALON POMPAN. SAJE NAK TEST MARKET WLUPUN CIKGU MALA NI DH DI KAMBING ITAMKAN...MBEKKKKK KEHKEHKEH

Tanpa Nama berkata...

Nizar dah bagi fatwa haram sokong Umno. Oleh itu Ibu cikgu mala dah kena hukum haram. Jadi cikgu mala anak apa murid2?

A. anak haram
B. anak kapir
C. kedua2 A dan B

Tanpa Nama berkata...

Ape masalah plak mak dia UMNO dia PAS tiba2 lak dia jadi menderhaka?

dia ada kuarkan statemetn yang menderhaka pada ibu dia ka? yang menyakitkan hati ibu dia ka?

Politik ni just pandangan / pendapat / perjuangan yang dipercayai oleh individu je...bapak aku UMNO and aku PAS..takde plak kitorang bergaduh sampai putus hubungan anak beranak...

takde plak aku nak menderhaka pada dia...walhal dia orang kuat UMNO..
aku org PAS...

Ko ingat orang skang bodo macam ko ke...takdenye keluarga yang bergaduh hanye sebab UMNO dan PAS..

Tak tau la ko nanti cane? mungkin ko akan putuskan hubungan ngan anak2 ko kalau dorang sokong PAS kot nanti...sebab ko sayang tuhan UMNO ko tu..

Suda la brader, kalau dah takda isu tu...diam2 je la...macam budak2 la ko ni...ko blaja kat skola mane ek? sebab aku tgk tulisan ko tak macam budak u...macam budak sekola je...

kampung guys berkata...

kalu anak pas ayah umno maka derhakalah anak kepada bapanya ,huhu sungguh dasyat fatwa orang umno.mak aku pas dan atuk dan nenek aku umno ok je .atuk aku orang kuat umno tak marah anak dia sokong pas. dan nama aku orang kuat umno lagi isi nama kau ayah aku tak marah pon kat orang umno tu,huhuuhu

kampung guys berkata...

typing error:
nama aku,bukan nama kau

Tanpa Nama berkata...

dekat2 nak prk je, mule lah nak buat isu merapu, sje nak rosakkan imej calon. isu salam pon nak pbesarkan. dh cikgu mala tu org islam, so dia folow la hukum islam (haram salam berlainan jantina), itu pun nak dibisingkan. lainla klu dia xfolow hukum islam. cerdik la sikit wahai org2 yg xtau hukum islam, jgn main sebat je laki pompuan. haramm... kdg2 nama je islam, tp hukum rojak diikutny

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif