Isnin, 24 Januari 2011

BN Selangor Tampar Azmin Di Sidang DUN Tergempar!


Sidang DUN Tergempar yang dipanggil MB Selangor, Khalid Al-Gagap berlangsung hari ini dan menyaksikan pertikaman lidah antara penderhaka sebenar (PR) dengan penderhaka difitnah (BN). Paling malang, kedua-duanya tidak mengaku sebagai penderhaka tidak seperti Nizar-DAPig yang jelas penderhaka apabila pohon sembah derhaka kepada Sultan Perak.

Dalam peperangan saling tuduh menuduh siapa yang derhaka, Azmin Ali, (PKR-Bkt Antarabangsa) tersentak apabila Ketua Pembangkang Selangor, Mohamad Satim (BN-Serdang) mengeluarkan kenyataan :
"........ketika pindaan menghakis kuasa raja-raja itu dibuat oleh kerajaan Persekutuan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu merupakan seorang menteri di dalam Kabinet Dr Mahathir."

Selanjutnya di Utusan Malaysia

Bagaikan ditampar dengan lempangan yang kuat, Azmin terkedu apabila melihat brader-nya Anwar disebut sebagai penderhaka jika benar tindakan UMNO mengurangkan kuasa dan kekebalan Sultan kepada undang-undang negara adalah tindakan menderhaka. Tiada hujah lagi yang boleh Azmin lakukan kerana ketika itu juga dia menjadi anak angkat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed. Sememangnya benar apa yang dikatakan Mohamad Satim kerana Anwar ketika tahun 1993, salah seorang pemimpin UMNO yang memegang portfolio menteri sekaligus menyokong usul pengurangan kuasa itu. Maka Anwar dan Azmin juga berstongkol sebagai penderhaka.

Apa yang tidak boleh dijawab lagi oleh Azmin, tuduhan kepada PKR, DAP serta kuli mereka PAS yang jelas adalah penderhaka kepada Sultan Selangor apabila terang-terangan membantah perlantikan Khusrin sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan Selangor kerana Sultan sendiri yang memilih Khusrin berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan SPA. Tidak ada sokongan dan dorongan oleh kerajaan pusat. Semuanya adalah dibawah budibicara Sultan Selangor. Apabila Pakatan Haram tidak bersetuju dengan Khusrin, bermakna mereka tidak bersetuju dengan keputusan Sultan. Bukankah itu jelas sifat penderhaka?

Pakatan Haram kononnya mahu menjadi hero mengembalikan kuasa Sultan sedangkan isu sebenarnya mereka tidak mahu Khusrin diangkat sebagai SUK. Khusrin adalah bekas Pengarah Jais yang paling lantang mengkritik ketidaktelusan kepimpinan Khalid gagap, DAP, PKR dan kuli mereka, PAS.

Hakikatnya, usul dibawa Khalid hari ini tidak berjaya dipinda apabila tidak mendapat undi majori 2/3 kerana kesemua ADUN BN dan seorang ADUN bebas menolak usul itu.

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tipu

usin berkata...

sebelum sidang tergempar lg khalid brahim dh tahu dia akan dpt padan muka. maka pd sidang tergempar itu secara rasminya anugerah padan muka telah diserahkan...wakaka p/s org yg betul2 bodoh saja yg x tahu kerja yg dibuat itu kerja bodoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif