Sabtu, 15 Januari 2011

Cucu Durjana Bunuh Atuk !

ANGGOTA polis berkawal di luar rumah Mohtar yang mati ditikam di Felda Palong Dua, Jempol, Negeri Sembilan.

Sepasang suami isteri tidak menyangka kepulangan mereka ke rumah di Felda Palong Dua di sini selepas menghadiri majlis tahlil disambut dengan tragedi apabila si suami mati ditikam oleh salah seorang daripada empat pencuri yang memecah masuk teratak itu kelmarin.

Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Mohtar Yusoh, 71, mati di lokasi kejadian selepas cedera parah ditikam di belakang badan dengan sebilah pisau oleh suspek.

Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada empat suspek tersebut merupakan cucu lelaki Mohtar berusia 17 tahun yang datang ke situ dari Melaka tanpa pengetahuan pasangan tersebut.

Isteri mangsa, Halimah Mad Yasin, 57, menceritakan, kejadian itu berlaku sebaik mereka sampai di rumah selepas menghadiri majlis tahlil di Bukit Rokan di sini.

Katanya, sebaik tiba, suaminya hairan apabila melihat rumah mereka terdedah dan terdapat kesan digeledah selain terdapat suara orang membuat bising seolah-olah sedang mencari sesuatu yang berharga

Sumber : Kosmo Online
__________________________________________________

Kata Taming Sari : Macam-macam masalah sosial melanda masyarakat kita sekarang ini. Salah siapa?

Penulis,

1 ulasan:

KERIS HITAM BERSEPUH EMAS berkata...

IKTIBAR DARI PERISTIWA INI... ADAKAH UMNO MASIH DENGAN PENDERIAN MEMBELA SI SIPENCURI DAN SIPEMBUNUH DARIPADA DI KENAKAN HUKUMAN HUDUD ATAU QISAH. BAYANGKAN JIKA INI TERJADI KEPADA KELUARGA ANDA SENDIRI. KENAPA SUSAH SANGAT UMNO NAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH SEDANGKAN MEREKA SUDAH DIBERI KUASA UNTUK MEMERINTAH.PEMIMPIN UMNO MAMPU BERFIKIR DENGAN PELBAGAI IDEA SEHINGGA TERCIPTA PELBAGAI WAWASAN SEPERTI WAWASAN 2020 DAN SEBAGAINYA KENAPA TIDAK ADA SATU WAWASAN PUN UNTUK MENCAPAI PERUNDANGAN ISLAM YANG BENAR- BENAR MENGIKUT LANDASAN AL QURAN. RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif