Isnin, 3 Januari 2011

Hanya Kerana Khusrin Pernah Menegur Kekhilafan Kerajaan Pimpinan Khalid


Perkara yang diperbesarkan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim berkaitan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan mendapat perkenan Sultan Selangor hanyalah polimik baru kerajaan negeri penuh kontroversi itu. Undang-undang yang melantik Khusrin dengan endosmen dari SPA adalah undang-undang yang sudah lama digunapakai dan tidak pernah dipertikai oleh kerajaan negeri.


Hanyalah yang dilantik itu bernama Khusrin, individu yang sangat dielergik oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim, ia terus diperbesarkan dan ada sesetengah daripada mereka sanggup menderhaka kepada perintah Sultan, dan sanggup mencabar Istana. Persoalannya, mengapa, Khalid dan rakan-rakan di dalam Exco dan ADUN Pakatan Rakyat begitu elergik dengan Khusrin? 

Jelas dan terang apabila disuluh lampu sportlight, Khusrin sewaktu memegang tampuk tertinggi JAIS begitu lantang menegur kerajaan negeri apabila melakukan kekhilafan berkaitan agama Islam di negeri itu. Antara keputusan Khusrin yang memanaskan lemak-lemak Khalid adalah pertamanya berkaitan penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri yang dikatakan tiada tauliah mengajar di Masjid dan surau di Selangor. Selain itu, tindakan ADUN DAP yang mencemarkan kesucian surau apabila mengunakan speaker dan ruang solat bagi menyempurnakan agenda politik mereka menyebabkan Sultan Selangor murka dan meminta JAIS menegur dan memantau kedaifan itu.

Hanya kerana sebab-sebab itu, Khusrin dibenci oleh Khalid dan rakan-rakannya. Khusrin sendiri menafikan tindakannya berunsur dan mematlamat peribadi malah menyatakan bahawa dia menjalankan tugas mengikut undang-undang dan perintah dari Sultan Selangor yang bertangungjawab di dalam hal ehwal Agama Islam negeri.

Khusrin begitu kecewa dengan keangkuhan Khalid dan barisan Exconya apabila dengan lantang menidakkan hak seorang SUK untuk berada di dalam Mesyuarat Exco dan Sidang DUN. Biarpun Sultan Selangor mencadangkan Khalid membawa perbincangan ini dengan SPA, perlantikan Khusrin sudah dianggap sah dan beliau tidak boleh dinafikan hak sebagai SUK. 

Paling tidak boleh diterima akal, Khalid dan rakan-rakannya tanpa usul yang kukuh menuduh UMNO dan BN punya agenda tersembunyi bersama Khusrin bagi merampas Selangor dari mereka. Jika mereka sudah tidak yakin mampu mempertahankan Selangor, janganlah menukar kenyataan itu dengan mencari lubang alasan semata mahu menutup kelemahan sendiri yang busuk dan mampu dihidu rakyat. Rakyat sudah muak dengan eksperimen ini dan sudah dapat menilai mana kaca dan mana intan.

Bagi Taming Sari, Allah itu maha Kaya dan maha Bijaksana. Setiap perbuatan yang khilaf dan batil itu tidak akan kekal lama kerana yang benar itu tetap akan mengatasi yang batil. Pakatan Rakyat tidak layak memerintah Selangor dan realitinya cukup-cukup terserlah.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

asemalpg berkata...

Seperti kata Khusrin, undi bini dia pun dia tak tau, macam mana nak kata dia nak tolong bn untuk merampas selangor? pr ni takut kepada bayan-bayang sendiri. undi ditangan rakyat la bukan di tangan Khusrin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif