Khamis, 13 Januari 2011

Ikan Puyu dan Kelebihannya !


Ikan Puyu merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan.

Kepercayaan orang tua-tua dengan kelebihan ikan puyu ini adalah ia boleh menghalang gangguan makluk halus dan juga mematikan sihir. Menurut sebuah cerita yang berkaitan dengan kisah ikan puyu ini adalah :

Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:

Ada kes dimana melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut' "Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam dan kenapa kamu tak masuk rumah yg ditengah² yg lebih besar?" "Saya tidak boleh masuk pak kerna dalamnya ada ikan puyu (tuan rumah ada bela ikan puyu) dan ilmu saya tidak menjadi", jawab pemuda indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dgn kenyataan indon ini.

Walaubagaimanapun, ikan Puyu tidak boleh dianggap sebagai pelindung mutlak kepada semua perkara ini kerana ia hanya asbab kepada ketentuan Allah. Hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mungkin benar boleh menjadi pendinding dan sesungguhnya ia adalah dari Allah jua. Jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga, biarlah dia membela beratus ribu ekor ikan puyu sekalipun, dia tidak mungkin dapat mengelak. Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui.

Sebaik-baik pendinding adalah ayat-ayat Allah, dan jika jiwa kita tenang, Allah pasti melindungi kita dari musibah ilmu hitam dan gangguan syaitan. Janganlah kita mensyirikkan Allah dengan melebihkan ikan Puyu dari memuji keagungan Allah yang mencipta ikan puyu itu.

Wallahhualam.

Penulis,

5 ulasan:

Muhammad Burn berkata...

slm. maaf ye. ini cuma pndpt saya. bela puyu tapi takda ilmu, tak menjadi. takda kesan pun. Tapi orang yang guna puyu sbg pelindung tu ada ilmu. samada sendiri buat, atau minta pada bomoh. dan kalau terkena sihir, puyu dulu yang akan mati.

Tamingsari berkata...

Terima kasih atas respon tuan !!

WHERE2 berkata...

Salam,
Saya pohon minta image PUYU? ..dan nak link too?

Tkasih...
@ http://where2-where2.blogspot.com/

y u y u Z u l a i k h a berkata...

saye nak ciplak boleh???

saye credit kat awak ^^

sila belas kasihan pada saye~

baguznet berkata...

mohon kebenaran untuk gunakan gambar ikan ini di dalam wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif