Sabtu, 22 Januari 2011

Jika Orang Bernama "Allen" Menelefon Anda, Abaikan !


Dua mangsa kehilangan wang dalam akaun bank berjumlah RM20,000 akibat terpedaya dengan panggilan dari bank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kedua-dua kes melibatkan taktik serupa.

Beliau berkata, dalam kes pertama, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai Allen kononnya dari sebuah bank dan memberitahu bahawa mangsa berhutang kad kredit sebanyak RM9,380.

"Mangsa yang bekerja sebagai wireman dan tinggal di Bukit Mertajam itu percaya dengan kata-kata lelaki berkenaan dan memberikan semua butiran diri, kad kredit serta akaun bank bagi menyelesaikan masalah," katanya.

Roslee berkata, tidak lama kemudian mangsa memeriksa akaunnya di bank dan terkejut bila mendapati RM15,000 dikeluarkan.

Katanya, mangsa kedua seorang guru wanita berusia 31 tahun turut dihubungi lelaki yang juga memperkenalkan diri sebagai Allen yang menggunakan taktik sama

Sumber : Sinar Harian

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif