Isnin, 24 Januari 2011

Karya Kabir Bhatia Sentuh Jiwa Penonton !


Kabir Bhatia sekali lagi telah menghasilkan satu karya bermutu apabila drama terbaru arahannya yang bertajuk "Gemilang" yang memulakan tayangannya pada hari ini sangat-sangat menghadirkan kesan perasaan. Taming Sari percaya, bagi peminat drama yang berjiwa sensitif pasti menitiskan air mata apabila babak-babak yang tunjukkan sungguh menyentuh jiwa dan memainkan perasaan. Walaupun ia baru di episod pertama, Gemilang dijangka segemilang tajuknya dihati peminat Kabir sendiri.

Taming Sari amat meminati drama arahan Kabir Bhatia terutama drama Nur Kasih yang sememangnya memberi kesan yang amat mendalam. Drama itu turut digemari oleh pelbagai peringkat umur sehinggakan ramai dikalangan peminatnya mahu ianya ditayangkan berkali-kali. TV3 tanpa mengecewakan penonton telah beberapa kali menayangkan drama itu.

Dalam drama Gemilang ini, ia mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Saifullah dan tiga lagi orang adiknya yang kematian ibunya hidup bersama ayahnya yang hanya seorang penoreh getah sekitar tahun 1970an. Saat-saat kematian ibunya itu sudah mula detik-detik sedih mengalir dalam jiwa penonton. Akibat tiada orang menjaga adik bongsunya, Saifullah bertindak berhenti sekolah dan menolong ayahnya menoreh getah disamping menjaga adiknya.

Jiwa penonton terus terusik apabila ayahnya menangis diwaktu malam selepas ke semua adiknya diberi kepada orang lain untuk dijaga dan hati penonton semakin dibuai rasa sayu apabila ayahnya mahu Saifullah mencari adiknya apabila dewasa. Penonton pasti menitiskan air mata lagi apabila cikgu yang dilakonkan oleh Datuk Jalaludin Hassan datang ke rumah Saifullah dan memberitahu ayah Saifullah telah mati akibat kemalangan.  Episod 1 berakhir dengan debaran yang memuncak dan rasa tidak puas dikalangan penonton  serta tidak sabar mahu menyaksikan episod seterusnya pasti membuak. Episod baru dijangka diisi dengan banyak lagi yang perkara yang bakal berlaku pada Saifullah.

Begitulah bijaknya Kabir memainkan perasaan penonton sehingga terbuai seperti benar-benar kita menghayati dan masuk ke alam fantasi drama itu. Walaupun ia baru diepisod pertama, Taming Sari sudah nampak, banyak sekali mesej dan moral value yang boleh diambil dari drama ini.

Tahniah kepada Kabir atas penghasilan karya yang hebat ini.

Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pun menangis tadi...

keris hitam bersepuh emas berkata...

ALANGKAH MULIANYA SEORANG INSAN JIKA AYAT AL QURAN DAPAT MENYENTUH JIWA KEPADA ORANG YANG MENGAKU BERIMAN KEPADANYA.

Tamingsari berkata...

Cit...

Jangan dilayan orang PAS nie...

Suka ambil kesempatan... tak boleh orang nak ulas apa sikit2...

InsyaAllah, moga AlQuran juga bakal memboleh anda keris hitam bersepuh emas kembali ke pangkal jalan dan diberi hidayah oleh Allah.

Jangan nampak pas je betul sedangkan hampas!

Cit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif