Khamis, 13 Januari 2011

Kerajaan Singapura Sekat Media Liberal !

Utusan Malaysia, 13.12.11

Singapura merancang mengenakan sekatan ke atas sebuah portal berita popular dan liberal di negara itu kerana dikhuatiri bakal membentuk satu platform politik yang boleh mengancam kedudukan PAP yang sedang memerintah Singapura sekarang ini. Portal berita itu yang dikenali sebagai The Online Citizen

Singapura merancang menyatu laman web itu agar tidak memihak kepada mana-mana parti dan dihalang menerima sebarang sumbangan dari luar negara. Kawalan yang dilakukan oleh sebuah agensi dibawah Pejabat Perdana Menteri yang digelar sebagai Pendaftar Sumbangan Politik melihat The Online Citizen mampu mempengaruhi rakyatnya dengan bahan politik yang dianalisis oleh portal tersebut.

Parti pembangkang negara itu sering mengisukan kebebasan media negara itu yang dikatakan kritikal di dalam melaporkan mengenai sesuatu isu. Isu media yang berat sebelah telah menyenaraikan Singapura negara yang berada di tangga ke 133 dari 175 negara di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2008. Pendedahan ini dilakukan oleh Reporters Without Border.

Malaysia yang turut tersenarai berada di tangga 131 dan negara yang paling teruk di dalam menyekat kebebasan media adalah Eriteria, di benua Afrika dan Korea Utara yang masing duduk di tangga ke 175 dan 174. Denmark dilihat sebagai negara yang paling bebas berkaitan media.

Bagi Taming Sari perkembangan ini membuktikan bahawa kerajaan PAP Singapura amat menjaga kredibiliti politik negara itu dan tidak mahu media memutar belitkan isu. Sudah pasti, DAP yang berkiblatkan PAP Singapura bakal mengunakan kaedah yang sama bagi menyekat kebebesan media. Dek kerana itu mereka begitu anti dengan media arus perdana negara yang dilihat cuba menyerang mereka sedangkan niat sebenar media ini, mahu mendedahkan kejahatan DAP yang bisa mendatangkan musibah kepada negara. 

Malaysia walaupun beza dua tangga dari Singapura masih dilihat kekal memberi lebih ruang kepada media pembangkang menabur macam-macam fitnah kepada kerajaan. Media liberal dan alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan, Sinar Harian, Siasah dan blog sudah cukup membuktikan Malaysia masih boleh berkompromi di dalam soal kebebasan media. 

Taming Sari melihat Malaysia harus mengenakan lebih sekatan media kepada aliran liberal dan alternatif kerana ia dilihat mampu menjadi perisai kepada kerajaan dari mengelak parti pembangkang menyalahguna peluang itu dengan menabur fitnah melampau kepada kerajaan.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif