Rabu, 5 Januari 2011

Kes Rogol Amah dan Zina Di Koch Keretapi Tidak Ada Beza Kesannya


Apa yang telah difahamkan oleh informer, kes ADUN Selising sehingga kini masih tidak dibawa ke muka pengadilan oleh pendakwa dan saksi utama. Mengapa kes ini tidak dibawa ke mahkamah dan diselesaikan dengan kaedah undang-undang? Ia hanya disebarkan di blog dan pernah keluar di dalam media massa dan mengapa tiada usaha untuk membawanya ke mahkamah supaya pihak didakwa boleh dikenakan hukuman setimpal dengan tuduhan itu jika benar. Tetapi jika salah, mereka yang mendakwa boleh didakwa semula kerana menuduh seseorang tanpa bukti. Ini tuduhan zina bukan main-main. Sehingga kini kes ini masih hangat walaupun pihak didakwa telah menafikan sekeras-kerasnya.

Begitu juga dengan kes membabitkan seorang menteri yang merogol amah Indonesia yang pernah dipaparkan di Wikileaks dan seterusnya diperhebahkan oleh blog pembangkang serta blog pro kerajaan. Menteri terbabit yang kini memegang portfolio Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menafikan beliau terlibat. Kes ini jika benar dilakukan, seharusnya dilawan di mahkamah bagi membuktikan siapa yang benar siapa yang salah.

Janganlah kerana mahu memenangkan ideologi politik masing-masing serangan peribadi seperti ini diisi dengan tambahan rencah yang boleh mengelirukan rakyat. Fitnah dengan menuduh orang berzina adalah satu fitnah yang amat berat. Taming Sari amat pelik, mengapa, perkara ini sudah boleh dipermain-mainkan dengan sewenangnya dan tidak takutkah kita kepada siksaan Allah di akhirat kelak. 

Sehingga kini, Taming Sari tidak mahu mengulas panjang kepada kedua-dua kes ini kerana belum yakin siapa di pihak yang benar, siapa di pihak yang memfitnah. Jadi, bagi mengelakkan rakyat terus keliru, kepada kedua-dua pihak mendakwa, sila bawa kes ini ke mahkamah bagi membolehkan pesalah dihukum.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif