Selasa, 11 Januari 2011

Mahfuz Buat Lawak 11.1.11. Haha !!


Ada seorang pak cik yang baru membeli akhbar Harakah dari pekan Pokok Sena terus melepakkan dirinya di atas pangking* di bawah pokok hadapan rumahnya. Lalu, akhbar lama yang mengalas tempat duduk itu diganti dengan akhbar harakah baru kerana baginya standard Harakah hanya selayaknya dibuat alas tempat duduk sahaja.

Sidang sibuk menukar alas baru, pak cik itu terpandang keratan akhbar yang tertulis kenyataan Mahfuz Omar Ahli Parlimen kawasan itu yang mengulas kenyataan DS Najib mengatakan janji 100 hari Pakatan tidak berpaksikan kenyataan. Tersengih pak cik itu menyeringai menampakkan gigi kuningnya kerana kuat sangat hisap rokok daun. Antara kenyataan Mahfuz dalam Harakah yang mengelikan ketiak pak cik itu adalah :
Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pelan 100 hari Pakatan Rakyat sebagai bukti bahawa Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini berkata, ianya juga membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN itu apabila mendakwa pelan tersebut tidak berpaksi kepada kenyataan dan mempersoal punca kewangannya.

Sedangkan menurutnya, apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat itu adalah keperluan rakyat yang sememangnya di dalam kemampuan negara jika sumber hasil diurus dengan baik.

"Ini menyerlahkan bahawa mereka tidak mahu hapuskan tol, tidak mahu beri imbuhan kepada guru dan tidak mahu hapuskan Felda Plantation.

Pak cik itu terus menerus ketawa dengan kenyataan Mahfuz kerana dikatakannya tawaran Pakatan Rakyat itu adalah keperluan rakyat sedangkan tawaran itu tidak menyeluruh langsung untuk semua rakyat. Pak cik pun rakyat juga. Pasal tol, pak cik naik moto sahaja. Pasal elaun guru, pak cik ni pesawah. Pasal hapus Felda Plantation, apa bendanya Felda Plantation tu pak cik tak tahu. Yang pak cik faham perkataan Felda. Pakcik bukannya orang Felda. Jadi mana hak pak cik sebagai rakyat? Kata Pakatan Rakyat perjuangkan keperluan rakyat.

Selain itu,
Najib mendakwa tawaran yang terkandung di dalam pelan tersebut sebagai populis dan tidak bertanggungjawab kerana akan menggadaikan masa depan negara.

Pelan itu juga jelasnya dibuat tanpa mengambil kira kemampuan negara, dan belaiu menjangkakan negara akan bankrap dalam masa dua tahun jika pelan itu dilaksanakan.
"Kalau dia kata sebagai populis, kita nak tanya RM65 juta baiki rumah Perdana Menteri dan bayar RM70 juta kepada Apco itu bukan untuk populis ke?" soalnya lagi.

Pak cik semakin terbahak-bahak kerana terkenangkan Mahfuz tak faham perkataan populis. Pak cik tetap faham walaupun anak pak cik kerja pulis. Pak cik tak terkeliru pun. Populis maksudnya popular. Benarlah kata PM, nak hapus tol nak popular di kalangan penguna lebuh raya, nak bagi elaun guru sebab nak popular di kalangan guru, nak hapus Felda Plantation nak popular dikalangan orang Felda. Bila dah popular nanti apa jaminan janji itu hendak ditunaikan.

Tapi perbandingan Mahfuz dengan membaiki rumah PM dan bayaran pada APCO yang dikatakannya satu tindakan populis, dimana popularnya perkara itu kepada rakyat? Pak cik kata dia tak nampakpun popularnya. Macamana agaknya Mahfuz berfikir kerana bodohnya lebih teruk dari Mr. Bean. Mr. Bean pun sekarang ini layak ditonton oleh budak-budak tadika sahaja. Analitikal pemikiran Mahfuz langsung tidak boleh digunapakai dan macamana agaknya orang Felda dan guru boleh mempercayai janji mereka. 

Pak cik terus tersengih sambil membebel sorang-sorang. Akhirnya keratan itu digunting dan digunakan bagi mencalit taik ayam yang melekat di kaki pangking itu lalu dibuang ke dalam parit berhampiran. 

Nota kaki : Hakikatnya pak cik tu kecewa sangat sebab dia dulu lupa buat Istikarah sebelum undi Mahfuz kerana dalam ramai-ramai orang Pokok Sena yang bijak-bijak, Mahfuz bean juga yang diangkatnya dan orang Pokok sena ke kerusi Parlimen kawasan itu. Haru-haru.

*Pangking adalah sejenis tempat duduk yang dibina dari kayu atau buluh. Tanya atuk kau lah kalau masih tak faham juga.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sokongan dah nak merudum...carilah cerita2 yg populis..pemimpin PAS mmg mcm tu..pintar berbelit lebih dari ular, ni lah umat akhir zaman ciptaan PAS..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif