Rabu, 5 Januari 2011

Media Juga-lah Dipersalahkan


Nama Shuhaimi Shafiei semakin popular berikutan kenyataan kontroversinya mencabar Sultan Selangor. Ikuti kenyataan tanpa memikirkan masa depan, Shuhaimi Penderhaka Sultan, ADUN Seri Muda ini mengulas di dalam blognya berkaitan tindakan Istana Selangor dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah :
"..... dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.... "
Baca selanjutnya di sini

Pernyataan inilah yang menyinggung perasaan Sultan Selangor yang dizahirkan baginda di dalam satu kenyataan akhbar berkaitan perkata di atas. Utusan Malaysia bertindak sebagai penyebar fikiran rakyat mahu, Shuhaimi disiasat dibawah Akta Hasutan dan dikenakan tindakan ISA. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh beberapa NGO dan UMNO berkaitan kenyataan di atas. Hakikatnya, rakyat Selangor tidak boleh dikaitkan dengan penderhakaan ini kerana ini pandangan peribadi Shuhaimi.

Shuhaimi yang berpeluh ketiak difahamkan sanggup meminta maaf kepada Sultan Selangor bagi menjelaskan maksud beliau sambil menyatakan bahawa media telah memanipulasi kata-katanya. ikuti laporan Utusan Malaysia di sini. 

Beginilah pemimpin Pakatan Haram, yang satu sen pun tidak memberi harapan kepada rakyat dalam memartabatkan keamanan sejagat. Terserlahlah bahawa mereka ini gagal di dalam membawa keharmonian hidup masyarakat di Malaysia yang berpegang kepada prinsip Raja Berpelembagaan. Jika Sultan pun mereka gagal hormati, anda bayangkan rakyat marhaen seperti kita semua ini dipandangan mereka. 

Shuhaimi wajid disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana perangai seperti ini persis kurang ajarnya Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak berkaitan krisis di Perak tahun 2008. Peguam cabuk taraf cipan Karpal Singh itu lupa kerana yang mahu dicabar dan disamannya itu adalah Sultan Azlan Shah yang juga bekas Ketua Hakim Negara. Taraf dan ilmu baginda di dalam bidang perundangan lebih tinggi berbanding ilmu peguam OKU itu.

Kita tidak mahu, rakyat penderhaka seperti Karpal Singh, Nizar Jamaluddin dan Shuhaimi Shafiei menjadi pemimpin kita malah agenda mereka dan kerja tangan Pakatan Haram jelas, anti nasional, anti Melayu dan anti Islam.

Wallahhualam.

Penulis,



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif