Sabtu, 22 Januari 2011

Misbun Dan Chong Wei, Persefahaman Yang Perlu Diinsafi !


Kepakaran Misbun Sidek begitu ditagih Lee Chong Wei sehinggakan selepas Misbun bertindak letak jawatan dari menjadi jurulatih BAM, Chong Wei turut mahu mengikut jejaknya. Chong Wei adalah seorang anak didik yang begitu menghargai ilmu Misbun dan dia amat mengisafi diri kerana tanpa Misbun belum tentu dia digelar Pemain No. 1 Dunia. 

Sentuhan mereka begitu mengasyikan peminat badminton tanah air apabila satu persatu kejayaan dicipta. Lee Chong Wei begitu hebat direncana Misbun sehingga manusia di muka bumi ini yang satu-satunya boleh menumbangkan Chong Wei adalah dari China iaitu Lin Dan. Namun kerap juga Lin Dan tersungkur dengan strategi Misbun yang diterjemah Chong Wei. 

Maka tidak hairanlah mengapa Chong Wei begitu menghargai Misbun dan pasti sukar baginya menerima jurulatih lain. Semangat yang ditunjukkan mereka begitu mengharukan walaupun mereka berasal dari agama dan bangsa yang berbeza. Keprofesionalan Misbun dan Chong Wei bersatu dalam membawa sejarah tersendiri seharusnya menjadi satu pedoman kepada rakyat Malaysia. 

Setiap kaum di Malaysia ini saling memerlukan. Itu adalah resepi kejayaan Malaysia yang tidak boleh dinafikan lagi. Apa yang penting, tidak perlu kita mengungkit itu dan ini serta menafikan hak orang itu dan orang ini kerana semua kita saling lengkap melengkapi. Sensitiviti setiap kaum perlu diperlihara dan tolerasi yang kita pertahankan selama ini perlu dipegang selamanya. 

Semuanya demi keharmonian Malaysia.

Nota Kaki : Chong Wei baru sahaja layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Malaysia. Misbun hadir ke stadium Bukit Jalil kerana pertama dia sayangkan negaranya, dan yang kedua dia sayangkan anak didiknya Lee Chong Wei yang merenget dahagakan semangat dan motivasinya.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif