Rabu, 12 Januari 2011

Mustafa Ali Marahkan Hasan Ali ?


Lama, Dr. Hassan Ali ini menyepi selepas dia dilihat di dalam PAS bersikap lebihkan agama dari politik. Ini kerana banyak ungkapan dan kenyataannya berbeda dengan pandangan ulama politik PAS yang mendahulukan politik dari agama dan mendahulukan kafir harbi dari orang Islam sendiri.

Hari ini Dr. Hassan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor muncul kembali bersama kenyataan yang mendatangkan rasa marah, Setiausaha Agong PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali. Antara kenyataan Mustafa seperti yang dinyatakan oleh Haprakdaily :
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

Apa yang dimarahkan sangat oleh Mustafa kepada Hassan? Ini berikutan Hassan Ali mengeluarkan kenyataan sedemikian :
Hari ini media menyiarkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang antara lain menyatakan, beliau boleh bekerja dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Beliau juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada."

Ini membuktikan bahawa Hassan Ali nampak bahawa sokongan rakyat kepada Pakatan Selangor semakin merudum, akibat dari sikap pemimpin mereka yang angkuh dan tidak boleh ditegur. Malah Hassan juga nampak, pemimpin mereka lebih mendahulukan politik dari kepentingan negeri dan rakyat. Sultan Selangor langsung tidak mereka hormati dan Hassan Ali juga yakin istana sangat kecewa dengan sikap ADUN Sri Muda yang sehingga kini masih tidak mengakui kesalahannya. Jesteru Hassan meminta Yb Shuhaimi memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor. 

Dengan mengeluarkan kenyataan terbuka menidakkan keputusan Sultan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin yang sedang menerajui Selangor sekarang ini adalah penderhaka dan tidak layak memerintah negeri. 

Taming Sari bangga dengan pendirian teguh Hassan Ali dan membuktikan bahawa PAS kini sudah sesat dan dirasuk dengan ketamakan kuasa politik semata tanpa mereka sedar, mereka sudah sedikit demi sedikit menghakis prinsip perjuangan mereka sendiri. Dengan berstongkol dengan DAP Kafir Harbi anti Melayu serta PKR fasik lagi munafik, PAS kini turut terjebak di dalam Pakatan Syaitan dan ramai ahli akar umbi PAS sudah hilang kepercayaan sejak PAS menjadi semakin sesat ini.

Wallahhualam.

Penulis,
  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif