Isnin, 17 Januari 2011

Normala Contoh Guru Yang Anti Kerajaan


Menurut Haprakdaily :

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Berdasarkan ringkasan profil calon PAS di Tenang ini membuktikan bahawa ramai dikalangan guru aktif bergiat di dalam parti berhaluan kiri terutamanya PAS. Jika kita perhatikan profil di atas, Normala mula masuk PAS sejak tahun 1997 kemudian menjadi guru bermula tahun yang sama sehingga 2010. Dalam tempoh selama 13 tahun itu,  apakah agaknya yang sudah Normala lakukan kepada rakan-rakan gurunya, pelajarnya dan masyarakat sekelilingnya.

Dek kerana itulah, Taming Sari tekankan di sini mengapa Anwar dan kuncunya begitu ektrim mahu mengula-gulakan golongan itu dalam janji 100 hari penipunya itu. Guru adalah mereka yang paling dihormati di dalam masyarakat kerana profesion itu melibatkan ilmu. Tidak kiralah guru itu memang lepasan Universiti perguruan atau guru lepasan KPLI yang dulunya sukar mendapatkan perkerjaan. Apabila sudah berjaya menamatkan pengajian, guru-guru ini lupa diri di mana di masa mereka susah, kerajaan lah yang membantu mereka dengan menawarkan pekerjaan namun apabila sudah lama berkerja, dek kerana tidak berpuas hati dengan dasar-dasar yang tidak memihak mereka, mereka khianati kerajaan dengan masuk ke parti berhaluan songsang.

Normala bakal menjadi agen menyebarkan kemanisan elaun RM500 kepada guru jika Pakatan menang di dalam PRU13 dan tidak perlu tunggu PRU 13, Normala yang kini menjadi calon Tenang, bakal menjanjikan apa sahaja yang memenangkan hati guru-guru.

Bagi Taming Sari, kerajaan perlu serius melihat kes ini secara halus kerana guru boleh merubah minda masyarakat dengan mudah dan jika semua guru bersifat pengkhianat seperti Normala ini maka akan rosaklah agenda kerajaan dan nasionalisasi bangsa. Ini kerana Pakatan yang didokong Normala terkenal dengan sebuah parti yang tidak memperjuangkan nasib Melayu dan Islam secara menyeluruh. Di dalamnya penuh dengan idologi sonsang, tiada persefahaman dan sifat curiga mencurigai.

Wallahhualam.

Penulis,

12 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

org berbudi kita berbahasa.


org memberi kita merasa.


tetapi jangan balas budi dgn tuba.


so, guru2 kena pangkah BN demi pastikan tuba tidak diberi kepada yg berbudi.

Tanpa Nama berkata...

salam,

ala biasa la bro, ipar-duai teman hampir kesemuanya (4 dari 6) cikgu kat perak dan majoritinya TAK sokong bn.

teman pun cikgu juge tapi TETAP sokong bn walaupun kadang2 rasa dipinggirkan je.

teman tak taula apa sebab yg deme ni suma benci sgt kat bn.

kalau kat sekolah tempat teman ngajor pun sama je. aura politik pr ni merata tempat, dari pejabat sekolah, sampaila ke bilik guru dan tak ketinggalan juga di dewan makan. topik2 menyokong pr ni semedang dibicara oleh kebanyakkan cikgu2 kat sekolah teman.

senang cerita majoritinya kat sekolah teman tu penyokong pr dan teman rasa boleh diandaikan juge kat sekolah2 lain berdasarkan trend yg teman dengar masa pegi kursus dengan cikgu2 dari sekolah lain.

tak dapat bonus masa pru12 dulu pun di jadikan alasan deme ni tak mo pangkah bn. (tak dapat bonus sebulan sanggup jual undi kat puak2 haprak perompak rakyat tu..murah benor undi deme teman kira.)

Klik Di Sini berkata...

salam tuan.. mohon link di blog tuan untuk membantu saya yang masih merangkak..

saya ingin menumpang kepopularan blog tuan..

segala kerjasama di dahului ribuan terima kasih..

mimview.blogspot.com

AnaQarbana berkata...

Betulkah guru-guru dipencil ataupun dipinggirkan oleh Kerajaan BN, dari sudut manakah Guru-Guru dipencil ataupun dipinggirkan, adakah gajinya terlalu rendah, kebajikan diabaikan sepenuhnya. Bagaimana dengan kakitangan awam lain yang tidak pernah disanjung tugasan mereka, yang sering di anak tirikan. Kakitangan Kerajaan lain sepatut mengikut contoh guru menyokong parti pembangkang supaya kerajaan BN tidak membutakan mata terhadap kebajikan serta dipencilkan. Lihat guru-guru, setiap tahun bila tiba hari guru ada sahaja habuan ataupun buah tangan disediakan oleh kerajaan kepada guru, kakitangan kerajaan lain apa dapat...

Tanpa Nama berkata...

butuh la pro umngok barang naik sokmo

Tanpa Nama berkata...

mmg patut la x tak dpat bonus..sbb byk spesis2 mcm ni dalam perkhidmatan awam.klo nak kata demokrasi sekalipun,jgnlah sampai terbawa2 fahaman politik kepartian dalam kerja.cukuplah sekadar tangan anda yang memangkah.bukannya jd agen2 pembangkang mensabotaj pelaksanaan dasar2 yang dibawa oleh pemerintah.namapun kerja dgn kerajaan,jd pelaksana dasar kerajaan yang memerintah.klo mcm ni jdnya.mmg patut pun najib bleh pk 2-3 kali nak bagi bonus.bonus ambil,pastu kutuk kerajaan.bgus2..x payah nak isu menteri2 ni dbyr oleh cukai dr rakyat.jd gaji mereka yg kerja dlm perkhidmatan awam yg jd agen pembangkang tu bkn dr cukai rakyat jg ke?x halal sesen pun sbg pembayar cukai klo mcm tu jdnya.

Tanpa Nama berkata...

memang benar ramai guru2 yg menyokong Pas secara tak langsong meka2 semua sokong pr.Cari puncanya dan atasi dng segerasal

Minda Segar berkata...

1) Ko ada bukti ke yang Normala ni buat kerja parti dia waktu bekerja?

2) Negara kita kan negara demokrasi, so ape masalahnya kalau dia nak sokong parti mana yang dia suka? Ada ka mana2 peraturan dalam pelembagaan yang meletakkan syarat bahawa guru tak boleh sokong pembangkang?
Kalu ada sila nyata fasal ape? akta ape?

3) Banyak je kat tempat aku, (termasuk bapak aku) yang jadi cikgu aktif dalam UMNO...tak kecoh plak? kenapa kalau sokong UMNO boleh sokong pembangkang tak leh?

Kesimpulannya

Ni la sebab kenapa orang Melayu (especially anak muda) tak sokong UMNO...korang ni tak tau beza antara kerajaan n parti..pada korang UMNO la kerajaan...so korang bole buat ape korang suka...korang nak gune duit kerajaan untuk parti korang, korang sesuka hati guna media utk kempen korang, korang sesuka hati guna kuasa utk takut2kan masyarakat..main isu perkauman dll...korang tak malu ke?

Korang tak rase berdosa ke? kuasa yang diberi oleh rakyat kepada UMNO kan satu amanah. Korang ni bekerja untuk rakyat macam kitorang...bukan kitorang di layan macam hamba lepas kitorang bagi kuasa kat korang..

Tanpa Nama berkata...

kalau diikutkan skrg ni byk sekali komen2 dari cikgu yg mengadu bebanan kerja yg byk,insentif x setimpal dan diarahkan bkerja ditempat2 yg x disukai...inilah diantara faktor byk cikgu2 yg menyokong PR...kononya jika PR memerintah semua perkara diatas boleh diatasi...tetapi mereka ni bodoh..itu semua gula anwar dan PR...hanya kerana nak kuasa mereka sanggup berjanji itu ini...!!para guru dan cikgu ramai yg tepengaruh dgn dakyah ini..apatah lagi ramai para guru menyebarkan dakyah PR pada semua org..!!tetapi mereka x sedar mereka dipergunakan oleh PR...

Tenang Station berkata...

Salam semua,

Yang paling afdal kita lihat adakah pemimpin yang kita pilih mampu menjalankan tanggungjawab dan amanah tanpa mengambil kesempatan mengkayakan diri sendiri dan merompak harta negara untuk kroni dan keluarga sendiri.

Saya tak kira, samada PAS atau UMNO, kalau mereka rasuah, tiada integrasi dan melanggar hukum dan landasan agama dan negara: Sudah pastinya akanku pangkah kakinya.

Sang Saka Bangsa berkata...

Kepada minda segar..

kerana demokrasilah Normala Sudirman tak dibuang oleh kementerian walaopon Normala ni aktif politik PAS sejak 1997 termasuk jadi Ketua Dewan Muslimat Labis.

Tapi cuba bayangkan kes Normala, mak ayahnya peserta FELCRA, Normala pula kakitangan kerajaan, jadi cikgu dapat kenaikan macam2 elaun macam dari kerajaan

Suaminya pon guru, benda sama juga dapat dari kerajaan.

Bagaimana agaknya dalam pemikiran nya dalam kempen mengatakan kerajaan BN ni tak betol setelah macam-macam nikmat dia peroleh?

Tepok dada tanya iman la..

Tanpa Nama berkata...

Itu lah kalau dah tak tahu di untung... asyik hentam Kerajaan jer,,, semua nya haram... tapi ambik gaji bulan2... beli barang keperluan untuk makan minum tak haram lak... kalau dah tahu hasil nya haram.. wat pa makan duit haram tu...tu la orang panggil BODOH SOMBONG nama nya... walau pun ade kelulusan yang tinggi.. tapi tak leh pikir... senang jer berenti kerja Kerajaan dan cari kerja lain or cari duit dari sumber yang lain pastu hentam lah Kerajaan sepuas-puas nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif